Khamis, 30 Jun 2011

Addin

Addin


Dr. Mashitah Berbohong Di Dewan Rakyat?

Posted: 30 Jun 2011 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa Speaker Dewan Rakyat merujuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen kerana mengelirukan dewan. Izzah mendakwa jawapan diberikan Mashitah bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berhubung penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Ia berhubung pertanyaan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution 21 Jun lalu, mengenai penggunaan wang zakat bagi membayar khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Jamil Khir dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mashitah menjawab sebanyak RM31,150.00 digunakan bagi membayar kos guaman kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April tahun lalu.

Dua hari selepas Mashitah memberi jawapan di Parlimen, Jamil mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, iaitu wang yang digunakan bukan wang zakat sebaliknya peruntukan kementerian.

"Peraturan Mesyuarat 36 (12) menyatakan, mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata Izzah.

Tambahnya, usul ini juga telah diberikan secara bertulis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan nasihat beliau.

"Secara khusus, Datuk Seri Jamil Khir menyatakan 'Tuduhan mengenai penggunaan wang zakat ini adalah satu kesilapan dan kekeliruan'.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri ini mengelirukan Dewan Rakyat. Persoalan sudah ditujukan kepada Mashitah oleh Ahli Parlimen Machang, sehingga Mashitah masih berpegang kepada jawapannya.

"Sudah tiba masanya penjawat jawatan tertinggi kerajaan pusat dipertanggungjawabkan, jikalau mereka didapati membohongi rakyat jelata," tegas Izzah./KD


Tikus Unik, Berkaki Kangaroo Bercuping Arnab

Posted: 30 Jun 2011 06:23 AM PDT


Tikus yang satu ini sangat unik. Cuping telinganya panjang seperti arnab dan kaki belakangnya kurus panjang seperti kangguru. Uniknya lagi, di hujung ekornya terdapat sejumput bulu hitam. Entah kerana kelainan genetik atau merupakan hasil pekahwinan antara tikus dan kangguru (mungkinkah?), bentuk tikus ini cukup aneh dan luarbiasa.







Terkini : 2 Pejabat UMNO Disimbah, Di Letak Bangkai Haiwan

Posted: 30 Jun 2011 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Bangunan pejabat Umno Bahagian Bandar Tun Razak dan Umno Bahagian Cheras di sini, disimbah cat selain bangkai ayam dan kucing dilekatkan di pintu pejabat. Dalam kejadian di bangunan Pejabat Umno Bahagian Bandar Tun Razak, dindingnya disembah cat kuning dan enam bangkai ayam yang telah disembelih serta bangkai seekor kucing diletakkan di hadapan pintu pejabat. Setiausaha Umno bahagian itu, Mohd Sukeri Abdul Samad berkata beliau menyedari kejadian itu kira-kira 6.45 pagi ini ketika ingin memulakan kerja di pejabat itu dan menurutnya gambar seekor kambing turut dilekatkan di pintu pejabat tersebut.

"Semalam, kira-kira pukul 7.10 malam, saya ada terlihat kelibat seorang wanita menaiki Proton Iswara berwarna coklat berlegar-legar di hadapan pejabat ini sambil mengambil gambar bangunan ini.

"Saya terus mengambil gambar kereta yang digunakan wanita terbabit serta menyalin nombor pendaftaran keretanya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan kira-kira pukul 8.15 pagi ini," katanya. Dalam kejadian di bangunan Pejabat Umno dan Pemuda Umno Bahagian Cheras, terdapat tompokan cat kuning dan empat bangkai ayam yang telah disembelih diletakkan di hadapan pejabat itu.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata kejadian disedari kira-kira pukul 8 pagi oleh kakitangan pejabat. Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat itu dirancang oleh pihak tertentu untuk mencetuskan rasa syak wasangka di antara kaum dan akhirnya akan berlaku pergaduhan./Bernama

Addin :

Skrip drama terbaru Umnoporno..


Tengkorak Monalisa Di Jumpai

Posted: 30 Jun 2011 05:04 AM PDT

Rahsia susuk di balik lukisan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci mulai terkuak. Sejumlah arkeologi mengatakan telah menemukan tengkorak yang diduga tengkorak  Mona Lisa. Mereka menemukan tengkorak tersebut ketika menggali sebuah biara tua di Florence, Itali. Para arkeologi menduga tengkorak dalam kubur di bawah biara St. Ursula itu adalah milik Lisa Gherardini Del Giocondo, susuk yang diduga Mona Lisa. Sejumlah ilmuwan yakin Lisa Gherardini adalah orang di balik senyum misteri lukisan da Vinci. Tengkorak itu memiliki ukuran tengkorak seorang perempuan.


Ketika ini, para arkeologi tengah membandingkan DNA dengan dua tulang anaknya yang dikubur tak jauh dari kubur tersebut. Jika benar tengkorak tersebut milik Mona Lisa, seniman forensik akan melakukan rekonstruksi wajah untuk membandingkan dengan lukisan da Vinci yang telah berusia 500 tahun. Bila berhasil, teka-teki Mona Lisa boleh terpecahkan.

"Sekarang kami belum boleh memastikan tulang tersebut milik siapa," kata arkeologi yang menjadi pimpinan penggalian ini, Silvano Vinceti. "Tapi, penemuan ini membuktikan hipotesis kami bahawa ada tulang manusia di biara St. Ursula dan kami yakin di antara tulang itu milik Lisa Gherardini."

Penemuan tengkorak ini tak mudah. Para arkeologi menggunakan bantuan radar, map kuno, serta beberapa dokumen. Tengkorak itu pun berada di bawah lapisan lantai setebal 90 sentimeter. "Temuan ini sungguh sebuah penemuan penting, kami sangat senang, riset kami terbukti," kata Vinceti.


Lisa Gherardini meninggal pada 1542. Dia adalah isteri dari saudagar sutra kaya raya Francesco de Giocondo. Di Italia, Mona Lisa dikenal sebagai La Gioconda. Beberapa sejarawan sepakat Mona Lisa adalah Lisa de Giocondo yang menjadi biarawati setelah suaminya wafat. Dia meninggal di biara pada 15 Julai 1542 di usia 63 tahun.

Pasangan Giocondo ini menikah pada 1495, ketika itu Lisa berusia 16 tahun dan Fransesco berusia 35 tahun. Beberapa ilmuwan menduga lukisan da Vinci ini adalah sebuah potret untuk menandakan kehamilan Lisa. Lukisan tersebut mulai dibuat sekitar 1503 dan 1504, tapi lukisan ini baru selesai pada 1519 setelah da Vinci pindah ke Perancis. Lukisan Mona Lisa adalah milik pemerintah Perancis dan ini adalah lukisan paling terkenal di dunia./Tempo


Prof. Aziz Bari - Menteri, Polis Jangan Atasi Parlimen

Posted: 29 Jun 2011 10:34 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis. Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini. Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.


Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut. Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

"Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,".

"Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail. Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kelmarin menyeru pihak berkuasa membenarkan perhimpunan aman tersebut dianjurkan.

Tegas Suhakam, rakyat mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana terkandung dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat./KD


Laman Sosial Myspace Di Jual

Posted: 29 Jun 2011 08:56 PM PDT

Perusahaan media milik Rupert Murdoch News Corporation, dikabarkan segera menjual MySpace. Situs jejaring sosial itu dijual lantaran pengunjungnya terus merosot dalam tiga tahun terakhir. Dengan dilepasnya MySpace, News Corporation akan memangkas setengah dari 500 pekerjanya. Seperti dikutip dari kantor berita AP, Rabu 29 Juni 2011, ada tiga perusahaan yang tertarik membeli My Space, yakni Specific Media, perusahaan yang bergerak di bidang iklan online, perusahaan investasi Golden Capital, dan Austin Ventures.


Menurut situs all Things D, News Corp akan menjual MySpace antara US$20 juta hingga US$30 juta. Namun, harga itu baru perkiraan dan masih ada kemungkinan laku terjual dengan nilai yang lebih tinggi.

Angka penjualan MySpace ini jauh dibandingkan ketika News Corporation membelinya pada Juli 2005. Ketika itu mereka membeli situs jejaring sosial tersebut dengan harga US$ 580 juta (Rp 5,24 triliun).

Menurut Debra Aho Williamson, analis dari lembaga riset eMarketer, turunnya harga MySpace karena merosotnya jumlah pengunjung, tergerusnya brand MySpace di dunia Internet, dan teknologi yang ketinggalan. "Ini sebabnya News Corp ingin menjualnya dengan harga berapa pun," kata Debra.

Pada Oktober lalu, MySpace berusaha memoles diri dengan mengubah diri menjadi jembatan dan situs yang kaya akan hiburan. Namun, upaya ini gagal. Pengunjungnya terus turun. Pada Januari tahun ini, separuh stafnya atau sekitar 500 orang akan dipangkas.

Menurut data yang dirilis comScore, pada Mei tahun ini, MySpace memiliki 74 juta pengunjung, turun dari 32 persen dari tahun lalu. Adapun Facebook dikunjungi 1,1 miliar kali, naik 26 persen, Twitter 139 juta, naik 54 persen, dan LinkedIn dikunjungi 86 juta kali/Tempo 


UMNO Tewas, Isu Bazar Tok Guru Selesai

Posted: 29 Jun 2011 07:00 PM PDT

Usaha jahat Umno menjadikan isu Bazar Tok Guru sebagai modal besar menjelang pilihan raya umum ke-13 kini punah apabila hampir kesemua peniaga menandatangani perjanjian memiliki lot niaga di situ.Hampir kesemua 336 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Arked Uda telah menandatangani perjanjian pembelian lot kedai dan dokumen berkaitan urusan peguam.Program menandatangani perjanjian itu diadakan mulai 27 Jun lalu dan dijangka berakhir esok.


Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, esok peniaga terbabit akan diserah kunci lot kedai bagi membolehkan mereka memindahkan barang.

"Sehingga hari ini sebahagian besar daripada 336 peniaga sudah menandatangani perjanjian dengan PMBK untuk memiliki lot kedai di Bazar Tok Guru. "Dijangka pada Jumaat ini mereka boleh membawa masuk barangan jualan masing-masing," katanya di sini.

Sebelum ini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Bazar Tok Guru.

Malah berdasar kepada laporan media persatuan itu juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kelantan termasuk pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ahli persatuan juga dilapor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan Pasar Lama MPKB, namun tiada sebarang penyelewengan ditemui.

Isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB dan peniaga Arked Uda juga dimuatkan dalam akhbar Umno, Khabar yang disebar secara percuma di kaki lima masjid April lepas.

Biar pun dikecam hebat persatuan, kerajaan negeri tetap berusaha menyelesaikan bagi kebajikan peniaga termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu. Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Daftar awal boleh pilih

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian. Selain itu PMBK memperluaskan lorong di bahagian belakang di mana 29 lot kedai diroboh.

Khalili berkata, 29 lot diroboh bagi memberi keselesaan kepada peniaga biar pun PMBK kehilangan pendapatan lebih RM2 juta, di mana setiap lot bernilai RM88,000 pada harga semasa. "Jumlah RM2 juta yang dimaksudkan hanya kehilangan pendapatan ekoran 29 lot kedai diroboh," katanya.

Beliau juga berkata, 96 peniaga yang mendaftar awal diberi peluang memilih sendiri lot tanpa perlu mengundi berdasarkan kepada polisi ditetapkan daftar dahulu dapat awal.

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim setinggi tiga tingkat mempunyai 860 lot. Lot di tingkat satu dan dua ditawar kepada orang ramai yang berminat berharga antara RM84,000 hingga RM92,000.

Lebih separuh lagi lot di tingkat satu dan dua dibuka tawaran kepada orang ramai yang berminat. Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Jualan PMBK di talian 747 4545 atau 013 907 3209 (Norin) atau 014 507 9001 (Izziani).


(Video) Pemuda UMNO Mahu Bakar Ibu Pejabat KEADILAN

Posted: 29 Jun 2011 05:34 PM PDT

 


Addin : 

Kenapa sehingga kini tiada tangkapan terhadap Pemuda Umnoporno, terang-terang telah melakukan kesalahan ugutan.. dimana polis ketika itu?


Tiada ulasan: