Addin |
- Apabila Malikul Todi Keluar Fatwa Songsang
- Sebenarnya Blogporno Papagomo Yang Hadap Duit UMNO
- Najib, Muhyiddin Hidup Mewah Ketika Rakyat Kesempitan
- Selepas Parti KITA, Kini Parti BERSAMA Nak Tanding PRU 13
Apabila Malikul Todi Keluar Fatwa Songsang Posted: 29 Jun 2011 09:24 AM PDT Inilah akibatnya kalau terlalu kecut perut dengan suara kebangkitan rakyat, sesuka hati sahaja mengeluarkan fatwa songsang. Pakai t-shirt Carlsberg apasal tak tangkap?? pakai t-shirt gambar lucah apasal tak tangkap?? Pakai t-shirt carlsberg tak pe.. sebab dulu hang pun kaki tonggang!! Pemuda UMNO yang terang-terang membuat ugutan untuk membakar ibu pejabat PKR dibiarkan begitu saja. Polis hanya tengok saja, tanpa membuat apa-apa. Betapa jijiknya sikap pemimpin UMNO, tunggulah masanya untuk rakyat menyahkan kamu semua dari kerusi empuk Putrajaya. PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Rabu bahawa kemeja-T Bersih adalah haram kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram. "Kemeja-T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram," kata belia pada sidang ahbar bersama dengan Pesuruhajaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini. Hishammuddin menjawab pertanyaan mengenai tindakan polis menangkap orang-orang yang memakai kemeja tersebut. Ditanya sama ada tangkapan orang-orang berkaitan dengan perhimpunan haram 9 Julai itu bermotif politik, Hishammuddin berkata: "Di pihak mereka atau di pihak kami? saya boleh kemukakan soalan sama kepada mereka". Mengenai perkara lain, Hishammuddin berkata tindakan akan diambil terhadap anggota Pemuda Umno yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya Isnin lalu, oleh kerana mereka berhimpun tanpa permit polis. "Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," kata beliau. |
Sebenarnya Blogporno Papagomo Yang Hadap Duit UMNO Posted: 29 Jun 2011 03:23 AM PDT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengulangi ketegasannya bahawa beliau tidak pernah meminta wang daripada Trio Datuk T, yang menayangkan rakaman video seks mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebuah blog pro Umno- Papagomo hari ini menyiarkan klip video ketika Johari dipertontonkan video seks itu di Hotel Carcosa Seri Negara, Mac lalu. Blog itu mendakwa Johari meminta wang RM100 ribu sebagai wang pelincir dan RM1 juta lagi bagi setiap ahli parlimen yang berjaya dipujuknya menonton video berkenaan. Namun rakaman itu tidak menunjukkan Johari berbuat demikian sebaliknya hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video tersebut dengan tiga individu iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim. "Kalau saya betul nak minta Rahim, saya mintak RM100 juta bukan RM1juta. Amatlah bodoh kalau saya nak mintak duit daripada mereka. Saya tak hadap duit mereka," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Sebaliknya kata Johari, Rahim Tamby Chik ada menawarkannya untuk menyertai Umno, namun beliau menolaknya. "Rahim pernah offer, masuk balik UMNO tapi saya tak nak sebab saya tahu semuanya menipu. "(Dakwaan) Itu semua pembohongan, kenapa sekarang baru nak bangkitkan? Banyak sidang media yang telah saya buat untuk menafikan lelaki dalam video itu adalah anwar," tegasnya. Ketika ditanya mengapa beliau kelihatan ketawa sepanjang klip rakaman selama 2 minit itu, Johari berkata, ia kerana beliau yakin individu dalam video seks yang ditunjukkan bukan Anwar. "Saya gelak tak semestinya kata itu Anwar. Tak kan saya nak bertumbuk dengan mereka sewaktu tengok video tu? Memanglah saya gelak kalau dah tengok video 23 minit orang bertelanjang," katanya berseloroh. Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang dibawa menonton video seks berkenaan pada 21 Mac lalu oleh trio berkenaan, namun menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video itu adalah Anwar. Pada 24 Mac, beliau menafikan meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan salah seorang dalang video seks berkenaan, Shazryl Eskay. Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan./KD Addin : Sebenarnya blogporno Papagomo yang hadap duit Umnoporno.. jikalau tak kerana duit.. tak kan lah sanggup Papagomo keluarkan cerita fitnah dan video lucah dalam blognya.. Semata-mata kerana duit haram, Papagomo sanggup di caci maki oleh masyarakat.. |
Najib, Muhyiddin Hidup Mewah Ketika Rakyat Kesempitan Posted: 29 Jun 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Wilayah kesal atas tindakan kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin negara, dalam keadaan beban sara hidup yang ditanggung rakyat. "Dalam keadaan bebanan kos sara yang hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan Timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat,". "Dalam keadaan demikian, patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa," ujarnya dalam satu kenyataan media. Menurut Suhaimi, jumlah RM 49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma kepada ribuan mahasiswa setiap tahun. "Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat," tegasnya. Justeru beliau meminta kerajaan mengkaji semula kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalannya. "Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu," jelas beliau./KD |
Selepas Parti KITA, Kini Parti BERSAMA Nak Tanding PRU 13 Posted: 28 Jun 2011 11:00 PM PDT ALOR SETAR - Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang telah bertapak di Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Presidennya, Shuhaiddin Langkap yakin keahlian parti itu dijangka mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum nanti. Beliau mendakwa keahlian Bersama di Semenanjung telah melebihi 167,000 manakala 56,000 ahli di Sabah dan Sarawak. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Bersama negeri Kedah di sini hari ini, Shuhaiddin mendakwa parti itu mampu bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti lain. Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru Bersama pada 23 Mac lepas apabila mengembangkan sayapnya ke Semenanjung./Bernama Addin : Parti KITA,BERSAMA, PERKASA.. sama saja.. tajaan Umnoporno.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan