Isnin, 27 Jun 2011

Addin

Addin


Bekas Presiden Tunisia, Ben Ali Beli Bintang Di Angkasa

Posted: 27 Jun 2011 09:21 AM PDT

Bekas PresidenTunisia Ben Ali memang selalu membuat heboh dan kali ini, nama Ben Ali kembali menjadi perhatian di mana dirinya dilaporkan membeli sebuah bintang di langit atas namanya!Radio FM Express melaporkan bahawa pihak penyelidikan menemukan adanya sebuah sijil dari sebuah lembaga ruang angkasa Russia yang mengatakan bahawa bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali adalah pemilik tunggal sebuah bintang dalam konstelasi bintang Virgo. Sijil kepemilikan bintang tersebut, di mana Express FM (Radio Tunisia lokal) memiliki salinannya, memberikan serta menjelaskan koordinat dari bintang milik Ben Ali di konstelasi bintang di angkasa.


Sijil, yang dikeluarkan oleh "The International Star Catalogue Space-Earth Ground" di Moscow, ditawarkan oleh Mohamed Mouldi yang berhasil meyakinkan bekas presiden untuk memiliki bintang atas namanya yang bintang tersebut akan bersinar setiap malam.

Dilaporkan juga bahwa pendaftaran nama bintang "Zine El Abidine Ben Ali" dilakukan pada 2 Februari 2009 dalam sebuah buku yang bernama The International Star Catalogue Space-Earth Ground.

Sijil Pemilikan Bintang
Sijil ditemukan oleh Komisi Nasional pencari fakta kes penggelapan dan rasuahi Ben Ali di salah satu laci pejabat presiden yang digulingkan itu./BK

Addin :

Inilah pemerintah yang gila, sanggup berbelanja boros kepada yang tak bermanfaat pun kepada rakyat jelata.. Pemerintah yang boros guna dana rakyat.. makin hari makin ego dan bongkak. Pemerintah negara kita apa kurangnya.. tunggu masa sahaja untuk jadi seperti Ben Ali dan Husni Mubarak..


Pergh!!..RM 49Juta Untuk Biayai Rumah Najib, Muhyiddin

Posted: 27 Jun 2011 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya./Hrkh

Addin :


Pergh!! Puak-puak songkok tinggi buat negara ni macam mak bapak diaorang je.. subsidi rakyat di tarik.. subsidi pak menteri di tambah-tambah..



Bongkar!! Perbelanjaan Lawatan Najib, Rosmah RM 17Juta

Posted: 27 Jun 2011 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR -  Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri ROsmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011.Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.


Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

"Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya," kata Tian ketika ditemui Keadilandaily. 


Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara. "Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?

"Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.

"Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan," soal Tian Chua.

Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam./KD


Pokok Ini Berwajah Seram

Posted: 27 Jun 2011 03:16 AM PDT


LONDON – Sebuah pohon berhasil menarik perhatian banyak orang di Essex, London. Bagaimana tidak, pohon ini tampak seolah menjerit ketakutan seperti lukisan 'The Scream'. Pohon ek 400 tahun yang memiliki rupa serupa lukisan karya Edvard Munch ini terletak di pelataran Marks Hall Gardens and Arboretum di Coggeshall, Essex. Terlihat, pohon ini memiliki dua mata dan mulut yang terbuka lebar dan tampak menyeramkan.


Staf yang bekerja di tempat pohon ini berada menamai pohon ini 'The Screaming Tree'. Sejak itu, pohon ini menjadi pembicaraan hangat di seluruh kota karena memiliki rupa serupa karya pria Norwegia pada 1893.

Pembuat taman Jonathan Jukes mengatakan, "Pohon ini memiliki keangkerannya sendiri". Menambah atmosger keangkerannya, pohon ini sendiri ditinggali kelelawar, gagak dan burung pelatuk./inilah.com 


Tujuan Dato' A. Samad Said Di Soal Siasat Semata-Mata Untuk Takutkan Rakyat

Posted: 27 Jun 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat. Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

"Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil"

"Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi," jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.

Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata, beliau kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

"Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara," ujar beliau.

A Samad Said akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.

Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen./KD


UMNO Makin Terdesak, Kerah Tentera Untuk Halang BERSIH

Posted: 26 Jun 2011 10:33 PM PDT

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang. Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai. Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.


Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai.Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini.

"Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan.

"ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan," kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini.

Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). "Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan.

"(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu," katanya lagi.


Anwar Berbaju Kuning, Tanda Sokongan BERSIH 2.0

Posted: 26 Jun 2011 06:00 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.


Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning. 

Anwar dalam twiter itu ada menyebut, ia sebagai protes terhadap tindakan keras terhadap rakyat. "MPP Keadilan esok: Saya akan pakai baju kuning – tanda protes ke atas tangkapan anak2 muda. Umno kian terdesak dan tambah zalim," tulis Ketua Pembangkang itu, semalam.

Sejak beberapa hari lalu, ramai rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis semata-mata kerana memakai t-shirt kuning baik yang ada logo Bersih 2.0 ataupun tidak. Situasi itu berlarutan hingga hari ini.


Tiada ulasan: