Addin |
- Manusia Ini Tidak Mandi Selama 37 Tahun
- (Video) Video Seks Fitnah, Pelaku Ada Mirip Dato T ?
- Video Seks Fitnah : Dato "T" Hanya Di Denda RM1,000 - RM3,000
- Apabila Puak- Puak Ini Menyalak..
- Sabah Di Landa Gempa Bumi
- Skandal Scorpene : Kos Selenggara Meningkat 8 Kali Ganda, RM417 Juta
- Mai Pakat Ramai-Ramai Pakai Baju BERSIH Lebih Awal!!
Manusia Ini Tidak Mandi Selama 37 Tahun Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT VARANASI - Sebagian besar manusia mandi sehari dua kali untuk membersihkan tubuh dari keringat dan kotoran. Namun, seorang pria India bernama Guru Kailash Singh menolak untuk mandi. Parahnya, Singh bukan tidak mandi sehari atau dua hari, tapi selama 37 tahun. Pria 65 tahun asal Desa Chatav yang bekerja di pinggiran Sungai Gangga memilih mati daripada mandi. Ia pun tak peduli meski istrinya mengancam tidak mau tidur seranjang dengannya. "Ia melawan kami dan lari. Kami sudah mencoba memaksanya beberapa kali supaya mandi, tapi kami tidak dianggap," kata istrinya Kalavati Devi, 60 tahun, seperti yang dikisahkan oleh Daily Mail, Jumat 24 Juni 2011. Kailash Singh ini sehari-hari bekerja merawat sapi di pinggiran Sungai Gangga dengan temperatur rata-rata 47 derajat celcius. Ia mengakui tetangganya sering menertawakannya, tetapi ia mengklaim apa yang ia lakukan berdasarkan kehendak Tuhan. Kailash Singh mulai tidak mandi sejak tahun 1974. Ia juga tidak pernah memotong rambut dan jenggot gimbalnya hingga mencapai panjang hampir dua meter. Ia menuruti saran seorang pendeta yang menjanjikan ia akan mendapatkan anak lelaki dan warisan yang bernilai jika ia mengikuti nasehatnya. Ia selalu diolok-olok oleh tetangganya. Ia tidak akan bisa membujuk istrinya untuk punya anak. Nyatanya, ia punya tujuh anak perempuan dan tak punya seorang anak lelaki pun seperti yang dijanjikan pendeta. Meski sering mendapat olok-olok, Kailash tak peduli. Ia menganggap orang-orang tidak memahaminya dan ia tidak akan mengubah pendiriannya. Ia juga mengakui, istrinya juga tidak suka dengan pilihannya. Tetapi sebagai istri yang baik, menurut Kailash, Kalavati harus bisa tahan. Kailash punya cara sendiri untuk membersihkan diri. Ia tidak mandi dengan air, melainkan dengan menggunakan asap yang ia lakukan setiap sore. Menurutnya, asap itu bisa menghilangkan keringat. Anaknya yang berusia 16 tahun, Pooja, mengatakan ayahnya menjadi terkenal karena kebiasaan tidak mandi itu. "Teman sekolah saya penasaran dan ingin melihat ayah saya," katanya. Mereka bertanya-tanya bagaimana bisa hidup sekian tahun dengan orang yang tidak pernah mandi. Awalnya Pooja masih suka marah dengan kebiasaan ayahnya itu, tapi lama-kelamaan ia tidak bisa melakukan apapun untuk mengubah kebiasaan ayahnya. Ayahnya hanya bersentuhan dengan air ketika membersihkan mulut dan kaki saja./Tempo |
(Video) Video Seks Fitnah, Pelaku Ada Mirip Dato T ? Posted: 24 Jun 2011 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR - KEADILAN menerbitkan video dokumentari untuk menangkis usaha jahat Umno-BN yang mengedarkan video seks mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dokumentari berkenaan menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mengemukakan bukti secara analisis dan memaparkan pelbagai keraguan yang timbul dari video seks jahat berkenaan. Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi. Ia juga sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T, adalah Anwar. Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim. Video tersebut juga boleh ditonton melalui Youtube di sini |
Video Seks Fitnah : Dato "T" Hanya Di Denda RM1,000 - RM3,000 Posted: 24 Jun 2011 01:21 AM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah majistret menjatuhkan hukuman ke atas Trio Datuk atas tuduhan menayangkan video seks mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Carcosa, 21 Februari lalu. Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, RM1,000 atau sebulan penjara dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim RM1,500 atau dua bulan penjara. Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Aizatul dalam penghakimannya berkata keputusan itu diambil kira setelah mempertimbangkan fakta kes, eksibit dan faktor peranan tertuduh. "Dalam kes ini faktor kepentingan awam hendaklah seimbang dengan faktor kepentingan peribadi tertuduh," katanya. Trio 'Datuk T' hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan penayangan video lucah yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka bertiga mengaku bersalah atas tuduhan. Datuk trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Shazryl Eskay, Abdul Rahim dan Shuib hadir berbaju kot hitam hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta kira-kira 9 pagi tadi. Shazryl dan Shuib didakwa dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan Akta 574 atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Manakala Abdul Rahim didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib serta turut didakwa dibawah akta yang sama. Selepas trio Datuk T mangaku bersalah, mahkamah kini mendengar fakta kes and menanda eksibit. Majistret juga mengambil keputusan untuk melihat tayangan video lucah yang dirakam menggunakan empat kamera dalam mahkamah, disaksikan peguam and orang ramai. Tayangan kira-kira 20 minit itu bagaimanapun dilajukan. Sementara itu, kira-kira 200 penyokog Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) lain hadir diperkarangan mahkamah membawa sepanduk menunggu sejak pagi bagi memberikan sokongan terhadap trio terbabit. Sementara itu, Peguam Rahim, Datul Seri Shafie Abdullah mengemukakan rayuan supaya majistret dapat meringankan hukuman. Shafie dalam hujahnya berkata tindakan ketiga-tiga menayangkan video lucah itu bukan untuk menjejaskan sesiapa, cuma mendedahkan kepada rakyat tentang kepincangan moral pemimpin politik yang korup, iaitu Anwar. Sambil menggambarkan tindakan trio itu sebagai mulia (honorable), Shafie berkata mereka hanya berniat untuk mendedahkan supaya masyarakat dapat buat keputusan tentang kredibiliti pemimpin pembangkang. "Saya rasa mereka sudah buat satu kebaikan kepada orang awam," katanya. Shafie turut mengemukakan laporan analisis pengecaman muka yang terkandung dalam video daripada pakar membandingkan 'individu X' yang terdapat dalam klip video itu dengan beberapa keping gambar rawak Anwar adalah 99.9 peratus sama. Laporan yang dikeluarkan 4 Jun lalu itu daripada pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire. Mahkamah ditangguh selama 15minit sebelum majistret membuat keputusan./FMT Addin : Aku dah agak.. mesti hukuman paling minimum di beri pada Dato "Tipu".. |
Apabila Puak- Puak Ini Menyalak.. Posted: 23 Jun 2011 11:00 PM PDT Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini. Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu. Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis. Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu. Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim . Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.Bercakap kepada wartawan kemudian, seorang lelaki berkata mereka adalah penyokong 'Datuk T' yang terdiri daripada "pelbagai NGO dari seluruh negara". "Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini. "Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T," kata lelaki yang tidak mahumendedahkan identinya. Namun, beliau kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih), seorang pembantu kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik.Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismail berkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan. "Tak ada orang yang bayar kami untuk datang," katanya. Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh./MK Addin : Malaysia boleh!!.. apabila puak-puak ni menyalak.. walaupun depan mahkamah, depan polis, polis buat tak kisah je.. butakan mata, pekakan telinga. Buat macam takde apa-apa berlaku. Jikalau ini berlaku pada penyokong PR sudah tentu di tangkap dan di heret ke dalam black maria.. pak menteri , pencacai serta polis akan cakap "ini salah dari segi undang-undang di seksyen bla..bla..bla" Puak-puak pencacai songkok tinggi ini dapat imuniti dan di taja untuk melakukan apa sahaja untuk survivor politik golongan songkok tinggi.. 1Malaysia 2Undang-Undang.. |
Posted: 23 Jun 2011 09:18 PM PDT |
Skandal Scorpene : Kos Selenggara Meningkat 8 Kali Ganda, RM417 Juta Posted: 23 Jun 2011 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun. Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem 'Submarine Escape Rescue Intervention' bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia. Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan. Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan. Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memohon peruntukan sebegitu tinggi untuk kontrak selengara berkenaan, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.2 bilion. Ahli Parlimen Gombak itu juga mempertikai mengapa kementerian pertahanan tidak memasukkan elemen penting dalam kontrak perolehan seperti pemindahan teknologi, latihan dan senggaraan. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut mempersoalkan perkara yang sama dan menuntut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad memberi jawapan yang telus. "Bahas kementerian pertahanan: Kenapa kos selenggara kapal selam Scorpene tiba-tiba bertambah 8 kali ganda? Mula RM50 juta setahun kata timbalan menteri sekarang bertambah belanja RM417.6 juta!," ujarnya. 'Kalau menteri tak beri maklumat terpeinci konon atas sebab keselamatan pertahanan negara, wajib wujud jawatankuasa pilihan untuk pembelian peralatan pertahanan," ujarnya yang turut menyatakan kekesalan itu dalam laman twitter. Mac lalu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dianggar RM50 juta setahun. Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset itu dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Abdul Latiff pada masa itu berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun./KD |
Mai Pakat Ramai-Ramai Pakai Baju BERSIH Lebih Awal!! Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru orang ramai agar memakai pakaian berwarna kuning pada Sabtu 25 Jun dan 4 Julai ini. Katanya, ia sebagai persiapan awal bagi membangkitkan momentum dan semangat seluruh rakyat yang akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. "Sama-sama kita bangkitkan semangat rakyat dan menyahut seruan bersih 2.0 dengan pemakaian baju kuning. Kita tidak gentar dan terus bangun walaupun telah menerima pelbagai halangan dari pihak tertentu," katanya kepada Keadilandaily.com. Menurut Samsul, ia pernah dilakukan menjelang perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 di mana rata-rata rakyat Malaysia memakai baju kuning beberapa minggu sebelum himpunan besar itu dianjurkan. "Jadi dengan itu, kali ini kita perlu (sekali lagi) menaikkan semangat untuk membangkitkan momentum rakyat di seluruh negara," kata beliau. Dalam pada itu, AMK mengerahkan 5,000 ribu hingga 10,000 anggotanya di seluruh negara untuk turut serta dalam menjayakan himpunan berkenaan. Beliau berkeyakinan penuh bahawa himpunan bagi menuntut lapan perkara berhubung reformasi pilihan raya itu akan mendapat sokongan 200,000 peserta dari seluruh negara. Katanya, pelbagai promosi telah dilancarkan termasuk melalui Khidmat pesanan ringkas (SMS), risalah, e-mel dan pengunaan media baru menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter. AMK katanya, akan menggiatkan promosi Bersih pada Program Jelajah Selangor Tawan Putrajaya yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang pada 25 Jun, Sabtu ini./KD Addin : Mai kita pakat ramai-ramai pakai baju BERSIH lebih awal.. biar terkincit dan terkucil UMNO dan pencacai-pencacainya melihatnya.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan