Addin |
Tahniah Buat Calon Ketua Menteri Melaka Yang Baru, Sdr Adly Zahari.. Posted: 12 Jun 2011 09:02 AM PDT Addin mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan Pesuruhjaya PAS negeri yang baru di lantik pada Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang di pengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Sebagai warga PAS Melaka, Addin juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Adly Zahari sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru menggantikan Ustaz Ghani. Sdr Adly Zahari antara Pesuruhjaya negeri yang termuda yang pernah dilantik oleh PAS. Berlatar belakang bidang kejuruteraan, sdr. Adly Zahari sebelum ini adalah YDP PAS Alor Gajah dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan Sdr. Adly Zahari di antara calon yang layak memegang jawatan Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti di Melaka. Dengan kredibilitinya memimpin PAS Melaka dan sifat karismatiknya, ia tidaklah mustahil... KUALA LUMPUR, 12 Jun (Harakahdaily) - Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf. Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu. "Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara. "Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya. Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim. Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut: Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed Perak- Ust Abu Bakar Husin Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak P.Pinang- Ust Salleh Man Perlis- Ust Hashim Jasin Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad Sarawak- Ust Adam Ahid |
Petanda UMNO BN Akan Tewas PRU 13 Posted: 12 Jun 2011 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan. Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis. Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini. Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini./Kosmo Addin: Ini mungkin salah satu petanda UMNO BN akan tewas pada PRU 13 nanti.. rakyat makin menyampah dan meluat dengan cara tadbir urus UMNO BN yang terus menerus menindas rakyat.. Keluarga dan kroni terus hidup selesa dengan kesusahan hidup rakyat.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan