Selasa, 7 Jun 2011

Addin

Addin


(Gambar) Siapa Tinggal Rumah Semewah Ini?

Posted: 07 Jun 2011 08:08 AM PDT




























 
Mewah gilakan....Sebenarnya yang tinggal di rumah ini ialah presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe, sahabat karib kepada mantan PM Tun Mahathir.. Rakyat Zimbabwe  hidup merempat tetapi presidennya hidup dalam keadaan mewah yang melampau-lampau.. Sebenarnya apa kurangnya pemimpin UMNO BN, ada yang rumah lebih mewah dari ini.. Fikir-fkirkanlah dan mari kita sama-sama berubah pada PRU 13 nanti, sama-sama kita kuburkan UMNO BN..


BK


Akibat Perjanjian Berat Sebelah TNB - IPP, Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan 15 Tahun Lalu

Posted: 06 Jun 2011 10:41 PM PDT

15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope (gambar) mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. 


Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik)," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB. "Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP. 

Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui. "Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi," tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu. Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir. 

Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP. "TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya. Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak. 

"Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat. "Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini," tambah Tuan Ibrahim. 

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan, dari RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016./Hrkh


UMNOporno Hanya Pandai Komen Tapi Tak Berani Buat Pemilihan

Posted: 06 Jun 2011 10:12 PM PDT

KUALA LUMPUR - Umno yang dilihat tidak putus-putus menghentam Muktamar PAS, dicabar mengadakan pemilihan parti itu segera jika benar-benar berani, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.Beliau berkata demikian sebagai membidas ulasan beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Muktamar PAS ke-57 yang berlangsung 3 hingga 5 Mei lalu banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya dan bukan memfokuskan perjuagan Islam parti itu lagi.


"Kalau begitulah saya ingin mempersoalkan tindakan menangguhkan pemilihan Umno pada tahun ini adalah dengan pertimbangan apa? "Jelas mereka menanguhkan pemilihan kerana takut berlaku perpecahan dan menyukarkan mereka untuk menghadapi PRU ke 13," katanya membidas tindakan Umno dan parti komponen BN yang lain yang menangguhkan pemilihan semata-mata berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib ketika mengulas Muktamar PAS kelmarin menggambarkan perjuangan PAS tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri. Beliau merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' yang didakwanya sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan Umno BN selama ini.

"Dia (Najib) sendiri telah membuka pekung didadanya. Kebajikan yang dimaksudkannya ialah dalam konteks yang sangat sempit dan melibatkan kepentingan kroni dan rakan terpilih sedangkan rakyat Malaysia mengharapkan kebajikan yang lebih luas terutama dalam soal harga barangan yang sering naik," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya, kalaulah Umno sudah jadi penakut dan menangguhkan pemilihan pada tahun ini yang sepatutnya diadakan, apalah nilai ulasan yang berjela-jela dari 'si penakut' itu. Kejayaan PAS mengadakan Muktamar katanya lagi, secara jelas telah memberi tamparan hebat kepada Umno BN.

"Kerana itu saya kira layak juga saya mengambil peluang untuk mencabar Najib untuk melakukan pemilihan Umno pada tahun ini. "Jangan hanya berani memberi ulasan dari pelbagai sudut dan membuat pelbagai andaian yang tidak masuk akal terhadap PAS sedangkan Umno sangat kecut perut untuk membuat pemilihan pada tahun ini," tegasnya./Hrkh


Skandal Scorpene : Sebenarnya Zahid Dan Muhyiddin Perangkap Najib

Posted: 06 Jun 2011 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin. Menurut CheGuBard, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.


Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin. "Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard. 

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan. "Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard. 

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas. Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai. "Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. 

Dalam tidak sedar dia menyerang Najib. "Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian. CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis. 

"Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya. Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari. 

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC). 

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut. Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera. 

"Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air./KD


Panas!! Skandal Cetak Mata Wang Libatkan Sepupu Najib

Posted: 06 Jun 2011 08:39 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology. Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.


"Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan," lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut akhbar itu lagi, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan./KD


Tiada ulasan: