Addin |
- TGHH - Mari Membangun Negara Berkebajikan
- (Gambar) UMNO Dan Arak Sinonim Sejak Dahulu
- Umno Hilang Sokongan Kerana Melayu Sudah Bijak Berfikir
- Bongkar!! Gaji CEO TNB RM 1.8 Juta Setahun
- (Gambar) Inilah Sekolah Di Palestin
- Pertembungan PAS, UMNO.. Pertembungan Akidah
- Penghormatan Buat Tuan Guru Nik Aziz
| TGHH - Mari Membangun Negara Berkebajikan Posted: 03 Jun 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Jun - PAS mengajak semua rakyat negara ini untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan di negara ini. Perkara ini dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini. Ia berlangsung di dewan yang penuh sesak dengan perwakilan, pemerhati dan para tetamu yang datang untuk melihat muktamar yang dijangka mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.Turut bersama mereka adalah para pemimpin dari parti rakan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Muktamar ini berlangsung di ambang pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa. Medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita," kata Abdul hadi dalam ucapannya. Maka di atas komitmen ini, kata beliau, tibalah masanya pula PAS memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang PAS bawa sebagai asas komitmennya, untuk mentadbir negara masyarakat majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. "Mauduk yang begitu besar ini, menuntut kita untuk membawa tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN, sebagai tema muktamar pada tahun ini," katanya. Ini bertepatan dengan perjuangan PAS yang berkonsepkan amal kebajikan, di mana seluruh kegiatan kita selama ini adalah kebajikan, apabila Allah SWT memberi kemenangan dengan pertolongannya maka wajib diisi dengan kebajikan, tambahnya. "Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita, bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain. Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya," kata Abdul Hadi. Abdul Hadi yakin, walaupun mungkin adanya perbezaan dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk. "Walau pun berbeza dalam perkara halal dan haram, tetapi kita tentunya bersama dalam menegakkan adil untuk semua dan menentang kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan seperti rasuah dan sebagainya. Inilah kerjasama yang menuntut kita untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi membawa agenda perubahan ini," tegasnya. Ucapan dasar ini, kata beliau, adalah menggariskan dasar umum serta falsafahnya yang berpihak dan menepati Islam. Maka pemahaman konsep kebajikan dan objektifnya adalah sangat penting kepada PAS supaya apa yang dirancangkan sebagai agenda parti sepanjang sesi ini dapat dilaksanakan, yang akan terus menerus diperincikan oleh seluruh jentera parti di berbagai peringkat dari masa ke semasa. "Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa. Maka Islam menegaskan bahawa berpolitik adalah tugas para nabi dan pengikutnya yang setia," kata Abdul Hadi./Hrkh | ||||||||||||||||||
| (Gambar) UMNO Dan Arak Sinonim Sejak Dahulu Posted: 03 Jun 2011 05:00 AM PDT
| ||||||||||||||||||
| Umno Hilang Sokongan Kerana Melayu Sudah Bijak Berfikir Posted: 03 Jun 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Orang Melayu, terutama golongan kelas pertengahan sudah bijak berfikir untuk menolak Umno yang sarat dengan rasuah dan politik kotor, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas. Beliau mengulas pendedahan pusat kajian antarabangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) yang melaporkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu, khususnya golongan Melayu pertengahan dan bandar. "Sekiranya laporan yang mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu terutamanya golongan pertengahan, saya rasa itu bukan satu perkara yang janggal, memandangkan rakyat sekarang berpengetahuan luas dan bijak berfikir," "Golongan pertengahan dan bandar khususnya, mempunyai pemikiran yang luas dan mendapat maklumat melalui pembacaan daripada media baru dari internet,"kata beliau ketika dihubungi. Dalam pada itu, Kamarul berkata, kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap kaum Melayu menyebabkan orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu. Ia disebabkan amalan rasuah, ketirisan dan pembaziran yang dilakukan pimpinan mereka dengan tujuan mengkayakan segelintir kroni, sedangkan rakyat pula hidup susah. Contoh lain, katanya, Umno tergamak melesapkan sebanyak RM52 bilion saham bumiputera sejak ia diperkenalkan pada 1980 an bertujuan untuk meningkatkan martabat ekonomi di kalangan Melayu. Sementara amalan politik kotor seperti penyebaran video fitnah dan lucah untuk menjatuhkan lawan, yang dianjurkan Umno menjadikan orang Melayu bertambah meluat. "Mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana Umno menganjurkan politik kotor yang tidak mencerminkan budaya orang Melayu sebab itu mereka sudah meluat dengan gelagat Umno," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang. "Paling mudah kita ambil contoh isu penyebaran video lucah yang sehingga kini, individu bertanggungjawab mengedar dan menayangkannya masih bebas. Tetapi penularan video lucah juga tetap tidak dikawal oleh kerajaan. "Sebab ini juga orang Melayu mula berfikir bahawa kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, tetapi merosakkan lagi pemikiran rakyat dengan cerita lucah," katanya. Laporan terbaru EIU itu menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, berpunca amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu. Menurut laporan itu lagi, kelompok ini dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet./KD | ||||||||||||||||||
| Bongkar!! Gaji CEO TNB RM 1.8 Juta Setahun Posted: 03 Jun 2011 12:06 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu. Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik. "Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju. Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan. "Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat," ujarnya. Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009. Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, 'hanya' dicatat sebanyak 1,107,280.00. Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440. Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750. Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya./KD | ||||||||||||||||||
| (Gambar) Inilah Sekolah Di Palestin Posted: 02 Jun 2011 09:00 PM PDT | ||||||||||||||||||
| Pertembungan PAS, UMNO.. Pertembungan Akidah Posted: 02 Jun 2011 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah. Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara. Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno. Menurut beliau, sebalik perbezaan itu perlu dinyatakan dengan jelas dan tegas agar difahami setiap pihak, selaras dengan perjuangan PAS untuk Islam, manakala Umno atas dasar nasionalis. Namun dalam hubungan ini, beliau kesal kerana terdapat ulama PAS di peringkat kawasan sendiri enggan menjelaskan perkara itu dengan mengatakan terpulanglah kepada kefahaman sendiri untuk menanggapinya. "Begitu juga jika ditanya tentang kepentingan mendaftar diri untuk menjadi pengundi, ada ulama di kawasan hanya memberikan jawapan seperti itu, pada hal ia perlu dicantas terus dengan menjelaskan perbezaan pertembungan antara PAS dan Umno sebagai pertembungan akidah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucap utama pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar Gombak, di sini, hari ini. Bagi mengatasi perkara itu, beliau menyarankan agar para ulama bukan sekadar memiliki pelbagai ilmu, tetapi juga memiliki sifat keberanian untuk menyatakan kebenaran dan melakukan perubahan. Lebih untung bersama Pakatan Rakyat Sejajar dengan itu, beliau menegaskan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno-Barisan Nasional sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain. Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin berkata, kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang merupakan satu cabaran penting kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup. Beliau berharap agar kemenangan itu pula jangan menimbulkan kepuakan dalam PAS. Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Perlis, Idris Yaakub berkata, kemenangan yang sebenar bagi umat Islam adalah berpegang kepada ajaran Allah. Perwakilan Dewan Ulama PAS Johor, Ustaz Arif Salim Osman mengingatkan golongan ulama agar memainkan peranan dengan berkesan kepada masyarakat dengan ilmu yang dimiliki kerana ia merupakan amanah Allah kepada mereka. Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nazmio Kamaruddin berharap agar PAS mewujudkan Majlis Penyelidikan dengan segera bagi kepentingan seluruh ahlinya. Perwakilan Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Nuri Al-Amin Endut pula meregaskan kekuatan Islam antara lain terletak pada prinsip. Oleh itu, beliau berharap agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS terus cekal dengan prinsip perjuangan Islam bagi membolehkan PAS terus maju mendepani pelbagai cabaran. Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Pahang 'mengKelantankan' Pahang dengan antara lain melakukan penguasaan terhadap masjid dengan mengimarahkan masjid. Selain itu, beliau juga berharap agar rakyat Pahang turut mencontohi negeri Kelantan menerusi keilmuan dengan berusaha memperbanyakkan pusat penyebaran ilmu di negeri itu./Hrkh | ||||||||||||||||||
| Penghormatan Buat Tuan Guru Nik Aziz Posted: 02 Jun 2011 05:00 PM PDT SHAH ALAM - Ia merupakan satu penghormatan buat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz apabila anaknya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu. Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:- Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Riduan Mohd Noor 2) Khairul Faizi Ahmad Kamil 3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah 4) Adram Musa 5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad 6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari 7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi 8) Ustaz Nazri Chik 9) Ustaz Yusni Mat Piah 10) Mohd Sany Hamzan 11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri 12) Ustaz Mohd Noor Hamzah |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan