Ahad, 29 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Posted: 29 May 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain.

Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin.

Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno.

Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./wfauzdin.blogspot.com

MB KEDAH PERLU LEBIH BIJAK ATASI KEZALIMAN AUKU

Posted: 29 May 2011 01:29 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Kerajaan Negeri Kedah redha dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan mahasiswa itu? Benarkah enam pelajar dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah kini sedang berhadapan dengan tindakan di bawah Akta zalim ini yang dari awal ditentang oleh Pakatan Rakyat?

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Jika benar seperti yang dilaporkan, tentulah amat mendukacitakan kerana Kedah kini ditadbir oleh PAS yang bersama dengan PR dan universiti ini pula adalah di bawahLink Kerajaan Negeri. Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan yang mengesyorkan agar rayuan boleh dibuat sehingga ke peringkat MB, pada saya satu tindakan yang kurang bijak. Sewajarnya sejak awal lagi MB Kedah menyuarakan bantahan terhadap penggunaan akta tersebut bukannya menunjukkan jalan keluar selepas mereka dizalimi dengan akta berkenaan.

Memang benar, Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk meminda akta berkenaan kerana ianya telah ditetapkan kepada semua universiti dan kolej universiti di negara ini, tetapi paling tidak pun MB Kedah boleh bersuara membela golongan pelajar ini dan melakukan sedaya upaya agar membantu mereka. Tentu ada pilihan lain selain dari menggunakan akta yang PR sendiri mahu lupuskan jika PR berkuasa di Putrajaya. Di sini lah rakyat ingin lihat kebijaksanaan MB Kedah di dalam menangani isu ini.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

MB Kedah mungkin akan menggunakan kebijaksanaannya di dalam isu ini pada ketika pelajar berkenaan mengemukakan rayuan kepada beliau. Tetapi, adakah kita perlu tungu ke tahap itu untuk menunjukkan bahawa PR sememangnya membantah AUKU? Kenyataan MB Kedah yang menyebut Presiden PAS tiada kuasa terhadap isu ini kerana KUIN berada di bawah Kerajaan Negeri memang betul, tetapi MB Kedah juga perlu berfikir adakah beliau menjadi MB Kedah tanpa keredhaan Presiden PAS?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: