Ahad, 15 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIRUS `KATAK GILA'

Posted: 15 May 2011 09:33 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA katak ini sudah menjadi `katak gila'. Virus `katak gila' amat merbahaya dari virus JE yang banyak membunuh manusia di Kg Nipah, Port Dickson suatu masa dahulu. Kali ini virus `katak gila' dibawa dari Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya sudah lama kita terbau akan busuknya katak ini terutamanya apabila dia mula berbunyi. Rupa-rupanya bau yang busuk itu sebagai tanda bahawa katak ini semakin tenat dan terbukti benar katak tersebut kini menjadi `katak gila'.

Setakat dia seekor yang gila tidak mengapa juga, tetapi masalahnya dia kaitkan orang lain dengan gilanya. `Katak gila' ini berkata, "Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya," katanya.

Kununnya katak ini akan `mati katak' terlebih dahulu bergelimpang di depan katak-katak yang lain sekiranya orang Kristian di negara ini ingin berperang dengan orang Islam. Bila masa orang Kristian mahu berperang? Mana `katak gila' ini dapat maklumat sedemikian? Nampak sangat `katak gila' ini ingin mencari publisiti kununnya ingin menjadi hero di kalangan katak-katak sepertinya. Jika benar sekali pun orang Kristian mahu berperang dengan orang Islam, kita selaku orang Islam tidak akan membenarkan `si katak gila' ini turut bersama. 'Katak gila' ini tidak boleh dipercayai langsung dan akan menyusahkan kita nanti.

Hakikatnya rakyat di negara ini waras tidak gila seperti `katak gila'. Sebenarnya `katak gila' ini pasti akan bergelimpang juga nanti tetapi bukan di tangan orang-orang Kristian. `Katak gila' ini akan bergelimpang di kampung halamannya di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. /wfauzdin.blogspot.com

SAIFUL SEORANG YANG BERWIBAWA - HAKIM

Posted: 15 May 2011 08:56 PM PDT

Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri

Mei 16, 11

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar./Malaysiakini

SEKITAR MAQASID SYARIAH DAN MASYARAKAT MAJMUK PERINGKAT NEGERI PAHANG

Posted: 15 May 2011 06:21 PM PDT


Berbicara tentang Maqasid Syariah, ianya adalah merupakan satu penghayatan syariat dalam erti perlaksanaan hukum-hakam dan merealisasikan maqasidnya. Dalam ertikata lain, maqasid seumpama buah bagi pokok, melaksanakan hukum tetapi gagal mencapai maqasidnya adalah ibarat menanam pokok tetapi gagal memetik buahnya.

Apakah objektif utama di dalam maqasid? Mengikut Al-Imam Al-Ghazali R.A, terdapat lima perkara yang menjadi objektif maqasid iaitu;

- Pemeliharaan agama (hifz al-din)
- Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)
- Pemeliharaan akal(hifz al-'aqli)
- Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)
- Pemeliharaan harta (hifz al-mal)

Menyedari betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini memahami pengertian Maqasid Syariah di atas, maka gabungan NGO Islam Negeri Pahang bersama Pakatan Rakyat Negeri Pahang telah menganjurkan Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk pada 15 Mei 2011 bertempat di Sekilau Seafood Restaurant, Jalan Hj Ahmad, Kuantan mulai jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Kehadiran peserta di dalam wacana yang diadakan amat menggalakkan di mana dianggarkan melebihi seribu yang hadir memenuhi dewan yang terdiri dari berbagai kaum dan agama. Ahli-ahli Panel yang berucap adalah terdiri dari Dato` Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), Dr Muhammad Nur Manuty (Timb Presiden WADAH) , Ustaz Nasruddin Hassan Al-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Moderator adalah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Negeri Pahang).


Ahli Panel Pertama, Ustaz Nasruddin Hassan Al-Tantawi menarik perhatian peserta dengan memberikan jaminan bahawa di dalam situasi sekarang di mana ada pihak yang bermain politik dengan menimbulkan isu perkauman dan sensitiviti keagamaan, beliau menyatakan jaminan bahawa Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan berada di saf hadapan bagi melindungi rakyat tidak kira apa jua bangsa dan agama dari ancaman musuh yang cuba menimbulkan kekacauan. Masyarakat majmuk di negara ini wajib dilindungi dan diberi keadilan kerana Islam tidak mengajar kepada permusuhan.


Dr Muhammad Nur Manuty pula menggesa agar rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan yang berupa api kebencian di kalangan berbagai kaum dan agama. Seterusnya Ahli Panel Ketiga, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menerangkan panjang lebar tentang apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid Syariah di dalam negara yang berbilang kaum dan agama.

Beliau menerangkan betapa Islam memandang berat tentang hak seseorang tanpa menafikan juga hak masyarakat sekeliling. Islam juga melarang kita hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Beliau turut menyentuh tentang budaya fitnah yang melampau sehingga sanggup mengenepikan hukum-hakam yang termaktub di Al-Quran. Menyentuh tentang isu video seks yang sengaja dijaja melalui media di negara ini, beliau memperingatkan bahawa Allah SWT menjanjikan balasan Neraka buat mereka yang menuduh seseorang Muslim itu berzina tanpa membawa 4 orang saksi yang adil seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran. Turut disentuh adalah hukum bersumpah menurut Islam yang mana perbuatan bersumpah bukan boleh dipermainkan sewenang-wenangnya.


Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat Ahli Panel terakhir dengan menjanjikan perubahan besar terhadap negara ini sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat menjadi pemerintah. Beliau menyentuh beberapa isu yang membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak lagi mampu berlaku adil kepada rakyat. Sikap kerajaan yang hanya mementingkan beberapa puak menjadikan rakyat semakin dihimpit kesusahan.

Pakatan rakyat kata beliau, akan menjadikan Maqasid Syariah ini sebagai satu panduan di dalam mentadbir negara dengan mengambil contoh kehebatan pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz. Sikap amanah, jujur dan bertanggungjawab di samping mempunyai nilai moral yang tinggi menjadikan pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz disenangi rakyat di zamannya.

Ketua Umum PKR ini juga menyentuh sepintas lalu tentang isu fitnah terhadapnya oleh musuh-musuh politik beliau. Beliau dengan tegas menyatakan tidak akan tunduk kepada segala tekanan terhadap diri dan keluarganya. Apa jua yang terjadi ke atas dirinya, tidak akan mengubah apa-apa selagi negara ini dipimpin oleh pemimpin yang zalim dan korup. Beliau menggesa agar rakyat melakukan perubahan di dalam Pilihanraya Umum akan datang agar apa yang digariskan di dalam Maqasid Syariah ini dapat direalisasikan.

Kesimpulannya, Wacana Muqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk yang telah diadakan di peringkat Negeri Pahang kali ini telah berjaya menarik ramai peserta berbagai kaum dan agama mengikutinya. Di saat negara ini dimainkan dengan isu perkauman dan sensitiviti agama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, maka tepat pada masanya wacana seperti ini diadakan. Tahniah kepada pihak Penganjur dan parti yang terlibat termasuk beberapa pihak dan individu yang membantu menjayakan program ini.

Sekitar Gambar Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk Pada 15 Mei 2011


Disediakan Oleh: Blogger PKR Pahang

Tiada ulasan: