WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
SUMPAH LAKNAT - SOKONG TINDAKAN AMK HALANG KEMUNGKARAN DAN APA KATA MUFTI? Posted: 30 Apr 2011 11:10 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DUNIA sudah mahu terbalik agaknya. Orang yang buat salah dan melakukan ajaran sesat buat laporan terhadap golongan yang mahu mencegah kemungkaran atau fahaman sesat di Rumah Allah. Itulah yang boleh dibayangkan apabila beberapa puak sekutu Apco membuat laporan Polis terhadap sekumpulan penyokong PKR yang membantah upacara sumpah laknat yang dilakukan oleh kumpulan `three strooges' diketua oleh Eskay. Ada yang menyebut tindakan Ketua AMK yang mengetuai bantahan itu adalah satu tindakan tidak betul dan biadab kununnya mencemari kesucian masjid. Biadab kah kita jika kita cuba melarang seseorang atau kumpulan yang ingin melakukan satu upacara karut yang tidak diajar di dalam Islam dengan menggunakan masjid? Ini bukan masalah kita takut Eskay mahu bersumpah, kita peduli apa dia mahu bersumpah jutaan kali pun tetapi jangan gunakan masjid dengan amalan karut marut itu. Jika beliau bersumpah di rumahnya atau di bawah jambatan mahupun di pasar malam, saya pasti AMK tidak akan memperdulikannya. Kalau Majlis Agama Islam atau JAWI sendiri gagal menjadi badan Amal Makruf Nahi Mungkar, salahkah AMK ingin mempertahankan kesucian Rumah Allah tersebut? Akhbar Sinar hari ini melaporkan, beberapa Mufti sependapat bahawa sumlah laknat Eskay itu amat bertentangan dengan Islam. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes menyebut, " seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan 4 orang saksi yang adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi TIDAK LAYAK melakukan sumpah laknat". Mufti Perak Tan Seri Harussani pula berkata, " Sepatutnya, selepas dia (Eskay) membuat tuduhan orang itu (Anwar) berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. "Menuduh orang itu berzina bermakna Qazaf, Qazaf ini bukannya bersumpah tetapi bawa bukti (saksi). "Cara yang dilakukan oleh Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami dan isteri". Akhbar yang sama juga memetik kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhammad Isa Abdul Ralip "Saya sendiri kurang jelas Eskay sumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum Syarak ditetapkan di dalam Islam. "Jangan sewenang-wenangnya angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik". Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, "Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja". "Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid". Jauh berbeza dengan kenyataan Jamil Khir, Senator yang dilantik oleh Najib. Jamil Khir mudah memberi hukum dengan menyebut, "Sumpah laknat Eskay adalah hak peribadi individu perpegang kepada katanya sebelum ini". Apabila ditanya oleh wartawan, adakah perbuatan Eskay itu menyalahgunakan masjid, Jamil Khir mudah menjawab, "Ini kerana sebaik-baik tempat untuk berbincang dengan orang ramai di masjid". Betulkan apa yang dilakukan oleh Eskay kelmarin itu berbincang? Jika berbincang mengapa perlu ada Pegawai Polis dengan beberapa anggota membuat kawalan rapi? Perlukah Eskay hadir ke masjid untuk berbincang dengan memakai baju kalis peluru? Siapa yang mengetuai perbincangan itu jika benar ada? Tidak tahukah Jamil Khir bahawa apa yang berlaku di Rumah Allah itu adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan Al-Quran di dalam isu tuduhan zina ini? Mengapa ianya dibenarkan berlaku jika tidak bertujuan politik dan untuk menyesatkan umat Islam? Justeru itu, walaupun saya tidak banyak bersetuju dengan Ketua AMK di dalam beberapa tindakannya, tetapi di dalam isu ini saya menghormatinya kerana jika saya berada di situ sekalipun sukar untuk saya boleh membiarkan perkara karut dan sesat boleh dilakukan di dalam Rumah Allah. Pedulikan laporan Polis yang dibuat oleh sekutu Apco itu kerana kita semua maklum, Apco tidak akan senang jika ada yang menentang perbuatan mungkarnya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan