WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LAWATAN DSAI KE TEMERLOH.PAHANG BAKAL BERUBAH KERAJAAN.
- Umno RESAH BAKAL JADI PEMBANGKANG
- Umno Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun, Kata Anwar
- Sendayan, Pangkalan Baru TUDM Ganti Sg. Besi
- AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo
| LAWATAN DSAI KE TEMERLOH.PAHANG BAKAL BERUBAH KERAJAAN. Posted: 28 May 2011 07:21 PM PDT LAWATAN DAN CERAMAH KELOMPOK-1 Temerloh-Semalam lawatan DSAI ke Temerloh mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ceramah yang di adakan di kampung baru kaum cina ini pada mulanya akan di adakan di salah sebuah restoan di pekan lama temerloh ,namun di batalkan di saat akhir kerana MCA tidak mahu ianya di adakan di situ. Jadi Lokasi berubah di dalam kawasan kampung kaum Cina dan sambutan tetap tidak menghampakan.Lihat sendiri gambar...Bn gagal lagi. LAWATAN KE DUA KE JENDERAK UTARA Selepas di Temerloh DSAI ke kawasan Jendedak Utara dimana ceramah kelompok yang sama di kawasan jenderak Uatara di adakan.Umno yang pada mulanya mahu mengadakan provokasi akhirnya tidak dapat melakukannya kerana kawasanini di kuasai Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah dikalangan kaum asal pengundi dikawassantersebut."Pak Jabib" turut hadir sebagai MC di dalam ceramah.Man Kadir lebih di kenali di kawasan Jenderak Utara kerana bergerak bersama Hj Suhaimi Said yang dikatakan akan menjadi calon di salah satu DUN di Pahang ini. Ceramah Terakhir ialah di markas besar PAS di Kuala Krau .Lebih 10,000 hadir mendengar ceramah yang turut dihadiri Sdr Mat sabu,Dato Tn Ibrahim Tn Man,Siti Aishah Srikandi Keadilan, Fauziah Salleh,Yb Syeikh, dan pimpinan setempat. |
| Umno RESAH BAKAL JADI PEMBANGKANG Posted: 28 May 2011 10:34 AM PDT 'Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang' ![]() Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim. Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini."Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa. "Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat. "Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang," kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini. Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa. "Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa. "Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat," katanya.Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu "disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan". |
| Umno Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun, Kata Anwar Posted: 28 May 2011 10:30 AM PDT ![]() MUAR 28 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem amalan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) kini kian menyimpang dari landasan Islam apabila cuba menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun. Katanya, ini kerana Umno-BN bukan sahaja membiarkan budaya fitnah berleluasa sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut. "Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah," ujarnya. "Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum PKR itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, semalam. Anwar kini dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh UMNO sejak 13 tahun lalu. Beliau dihambat dengan kes Liwat I dan II, paling terbaru beliau dikaitkan dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T. Bukan itu sahaja,malah isteri, anak dan cucu beliau juga turut terkena tempias gelora politik kotor UMNO ini. Menurut Anwar, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. "Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. "Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya. Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama. "Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang. "Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporan, kebaikan Umno," katanya. Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan kira-kira 2,500 orang dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam tadi. Kedatangannya ke Johor kali ini disambut dengan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan atau FRU dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba seawal jam 7 malam lagi. Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama pihak polis yang mensyaratkan supaya program itu tidak menghalang lalu lintas kawasan ini. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Pengerusi PKR Johor, Dato Dr Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. |
| Sendayan, Pangkalan Baru TUDM Ganti Sg. Besi Posted: 28 May 2011 10:29 AM PDT ![]() GEMAS 28 MEI : Satu pangkalan udara baru akan dibina di Sendayan dekat Seremban untuk menggantikan lokasi TUDM yang beroperasi di Sungei Besi, Kuala Lumpur. Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata butiran lanjut akan menyusul. Najib mengumumkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas selesai melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin hari ini. Sendayan terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban. Laporan Bernama menyebut, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berada dalam sesi media yang sama berkata, pihaknya akan membuat satu pengumuman yang lebih lanjut mengenainya akan datang. Akhbar hari ini memetik Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata lokasi pangkalan udara baru itu telah dikenal pasti tetapi enggan menyatakan lokasinya kerana kontrak mengenainya akan ditandatangani pertengahan bulan depan. Katanya, TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja. Satu laporan media Ogos lalu menyebut TUDM sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sg Besi. Ketika itu, Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shahron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sg Besi ke lokasi baru. Shahron berkata pangkalan Sg Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun. Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya. Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan dan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta serta pelabur asing, malah satu perjanjian telah ditandatangani membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah. Lapangan Terbang Sg Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini. |
| AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo Posted: 28 May 2011 10:14 AM PDT ![]() SHAH ALAM 28 MEI : Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini. Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo pada 20 Mei lalu. Menurut Mohd Azuan, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan blogger dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik. Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan blogger Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain. "Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu). Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut," ujarnya. Bagaimanapun menurut Mohd Azuan, beliau tidak dapat mengenal pasti masa satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan blogger Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian. Jelas Mohd Azuan lagi, antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah "nak mati ke?" dan "memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya" . Manakala pada 21 Mei pula, adalah seperti "Bunuh je, kasi kerat kote tu hehehe" dan pada 22 Mei ialah "Kau islam ke? Bunuh je" dan "he he he takut ke apa? rumah dah jumpa…..huhuhu". Dalam pada itu, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya menyifatkan ugutan bunuh tersebut sebagai satu perkara yang serius serta berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan Mohd Azuan tidak terancam. "Ini satu perkara yang sangat serius dan kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan ancaman nyawa seseorang malah terhadap keluarga Mohd Azuan sendiri. Pihak polis harus mengambil tindakan segera iaitu dengan memastikan kawalan keselamatan di rumah beliau dan kawalan keselamatan keluarga beliau." katanya. Jelas Azmizam lagi, AMK percaya ugutan yang dibuat Papa Gomo ini merupakan tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab berikutan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan majoriti blogger serta pelayar internet hari ini condong ke arah pembangkan. "Papa Gomo kini mungkin sudah terdesak kerana beliau tahu rakyat hari ini lebih bijak menilai kenyataan-kenyataan bernas dari blogger pro-PR yang majoritinya penyokong PR sendiri,"jelasnya. Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fariz Musa yang ditemui di luar perkarangan IPD Shah Alam turut menyatakan sokongan kepada Mohd Azuan dan berharap polis akan bertindak tegas serta menjalankan siasatan ke atas Papa Gomo yang dikatakan blogger atau cybertrooper Umno-BN yang menjadi rujukan media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3. Tambah Fariz, tindakan blogger Papa Gomo ini juga jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan moral pengikut-pengikut Umno-BN. "Tindakan ini menggambarkan betapa tidak berakhlaknya Papa Gomo kerana menghantar mesej sedemikian. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.
Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan