WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU
- Ratusan ribu guru diperbodoh akhirnya...kena tipu
- PENDEDAHAN SAYUTI MENGEJUTKAN
- Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan
- Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau- Shuhaimi
Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU Posted: 17 May 2011 07:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) "tidak bimbang" untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok sepertimana hendak dilakukan Umno dalam dua bulan lagi. "Kita telah persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya umum di semua peringkat, semua parti telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi BN. "Dari segi PAS, kita akan membentuk satu pelan bertindak yang lebih serius selepas pemilihan parti nanti. Kita telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ditambah pula dengan pengalaman beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Katanya, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok seperti mana yang akan dilakukan BN itu. "Saya rasa kita ada cara lain yang kita rasa boleh (dilakukan), kita tidak perlu mengadakan pilihan raya olok-olok kerana kita ada mekanisma tersendiri untuk melihat tahap sokongan rakyat. "BN terpaksa mengadakan pilihan raya olok-olok sebab mereka harapkan sokongan 1 Malaysia dikembalikan yang mana BN kehilangan sokongan orang bukan Melayu terutamanya di Sabah dan Sarawak," kata beliau lagi. "BN adakan pilihan raya olok-olok sebab nak lihat tahap sokongan orang bukan Melayu, kalau tidak berjaya (dapat sokongan) kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan...kalau dapat sokongan mungkin ia akan diadakan penghujung tahun ini," katanya. Laporan awal hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pilihan raya "olok-olok" bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan menjadi topik utama dalam mesyuarat pengurusan Umno esok. Baru-baru ini, beliau berkata, Umno selaku parti teras BN akan mengadakan pilihan raya persediaan itu Julai ini. BN juga sepatutnya membincangkan jentera pilihan raya olok-olok Jumaat lalu tetapi ditangguhkan sehingga Datuk Seri Najib Razak kembali dari lawatan ke luar negara. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, mesyuarat esok akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhydidin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya. "Kita akan bawa perkara yang dibincangkan esok itu kepada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 23 Mei untuk diputuskan tarikh mengadakan pilihan raya olok-olok di semua bahagian di seluruh negara," katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PR sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera di seluruh negara. "Kita sudah membuat persiapan rapi, kita juga telah arahkan jentera-jentera kita untuk turun ke bawah untuk menemui pengundi. "Semua ini telah kita lakukan, kita sudah gerakkan jentera di seluruh negara dan kita tidak memerlukan pilihan raya olok-olok," katanya. Jelas beliau, hasil keputusan pilihan raya olok-olok BN itu akan menjadi penentu tarikh sebenar pilihan raya umum ke-13. "Kita sudah dapat hidu bila pilihan raya umum akan diadakan, semua bergantung kepada pilihan raya olok-olok ini. "Mungkin ia akan diadakan hujung tahun ini atau tahun depan, kita perlu bersedia dari sekarang," katanya. The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen. Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej PR sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini. Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, pilihan raya olok-olok BN itu tidak akan menutup hakikat pilihan raya adil akan dilaksanakan. Justeru, beliau menjemput BN untuk mengadakan satu pilihan raya yang adil dan telus pada pilihan raya umum ke-13. "Demi menghormati proses demokrasi PKR dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan sebarang persediaan sebaik mungkin. "Pun begitu pilihan raya olok-olok BN tidak dapat menutup hakikat pilihan raya umum yang tidak telus dan tidak adil, justeru saya menjemput BN secara serius dan bukan olok-olok untuk bersama Pakatan Rakyat menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. "Barulah pilihan raya olok-olok itu dapat dijadikan suatu latihan yang berguna," katanya. Kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, pilihan raya yang telus dan adil boleh dilaksanakan sekiranya BN menghentikan segala bentuk politik yang bersifat fitnah, lucah dan ugutan. "Kenyataan bahawa medan pilihan raya tidak adil sepenuhnya datang daripada hakikat penggunaan politik lucah, fitnah dan ugutan yang dilakukan BN menerusi media yang dimilikinya serta kuasa eksekutif yang ada. "Hakikat ini menyebabkan saya mempersoalkan keyakinan dan keberanian BN untuk menang secara adil dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke-13," katanya.
| |||
Ratusan ribu guru diperbodoh akhirnya...kena tipu Posted: 17 May 2011 06:57 AM PDT Ratusan ribu guru diperbodoh akhirnya...CIKGU-CIKGU PUN TERASA DI TIPU.MANAKAN PULA ORANG KAMPUNG 'Berita gembira' yang kononnya dinanti-nantikan lebih 400 ribu warga pendidik sempena sambutan Hari Guru 2011 akhirnya muncul dengan berita basi mengenai peluang kenaikan pangkat yang hanya melibatkan beberapa ribu guru sahaja. Mereka yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat pula, bukanlah sepenuhnya dilaksanakan secara automatik tetapi perlu melalui beberapa karenah birokrasi malah ada yang berhadapan tindakan pilih kasih di pelbagai peringkat pengurusan. Kononnya guru-guru juga berpeluang 'menikmati' kenaikan gaji tahunan - semua kakitangan kerajaan tanpa mengira jabatan, 'menikmati' kenaikan gaji tahunan melainkan kes-kes tertentu dan terpencil hingga menyebabkan gaji mereka ditahan. Bagi golongan yang telah mencapai tahap gaji maksimum, apa yang dapat mereka nikmati melainkan kekal pada tahap gaji yang sama untuk beberapa tahun sebelum bersara. Akhirnya, berita gembira yang dinanti-nanti, yang diumumkan sempena Hari Guru, hanyalah berita basi yang hanya dapat memanfaatkan sebilangan kecil warga pendidik. Maaf ya, cikgu pun tertipu dengan 'berita gembira'. Pengumuman Perdana Menteri amat jauh daripada kesediaan kerajaan Pakatan yang menjanjikan kenaikan gaji RM500 sebulan kepada kesemua warga pendidik dalam tempoh 100 hari berjaya mengurus dan mentadbir Putrajaya.
Insentif Guru : Kesatuan Sekerja Kecewa KUALA LUMPUR 17 MEI : Beberapa kesatuan sekerja perkhidmatan guru mendesak kerajaan meneliti semula insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, yang disifatkan sebagai tidak memenuhi permintaan dan keperluan utama warga pendidik keseluruhan peringkat. | |||
Posted: 17 May 2011 01:03 AM PDT Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja. Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam. "Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya. "Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya. Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya. Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu. "Saya kira pertemuan itu serius dan penting kerana ia memakan masa yang panjang. Tetapi disini kita tidak boleh hendak mengatakan apakah keputusan hari ini (keputusan terhadap Anwar) adalah terhasil selepas berlaku pertemuan itu," katanya. Bagaimana pun beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar? [ttdi.kl 7:45 pm 16/05/11] | |||
Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan Posted: 17 May 2011 12:57 AM PDT
| |||
Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau- Shuhaimi Posted: 17 May 2011 12:51 AM PDT SHAH ALAM 17 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kawasan Sepang mensyaratkan agar nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan dari senarai penceramah sebelum meluluskan permit untuk Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah JELAS- Tawan Malaysia. Tindakan 'lebih sudu dari kuah' itu dipertikai banyak pihak berikutan polis sebelum ini hanya meminta butiran penganjur sahaja sebelum meluluskan sebarang permit. Namun akhir- akhir ini institusi polis secara jelas diperkuda UMNO BN untuk kepentingan politik mereka, mengekang Anwar dan Azmin untuk turun padang menjelaskan isu semasa kepada rakyat. Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie ketika dihubungi TvSelangor berkata, polis bertindak keterlaluan apabila meletakkan syarat sedemikian yang dilihat jauh menyimpang daripada peranan sebenarnya, menjaga keselamatan awam. "Mulanya dia kata dia bagi permit kalau Datuk Seri Anwar tak ada tapi kemudian dia beritahu lagi, dia akan beri permit kalau Azmin Ali tak ada. Ini apa punya masalah? Permit ini sebenarnya siapa kita nak jemput terpulang kepada penganjur, syaratnya beri nama penuh, nombor kad pengenalan." Siri ceramah Jelajah Tawan Malaysia yang dijadulakan berlangsung di Dewan Orang ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat malam tadi pada mulanya mendapat permit. Namun pada saat- saat akhir, permit itu ditarik balik atas alasan dewan itu kecil dan hanya boleh dihadiri sekitar 400 orang sahaja. "Di Dewan Kg Bukit Changgang, Banting, polis bertindak menyita dewan, memasang pita rentang dan sebagainya atas alasan dewan itu kecil. Kalau tidak orang ramai yang hadir mesti 400 orang saja. "Pihak penganjur tidak perlu memohon sebarang permit untuk membuat ceramah didalam dewan," ujarnya lagi. Beliau menjelaskan pihak pengajur kemudiannya memindahkan lokasi ceramah ke Dewan orang ramai Salak Tinggi, Kuala Langat. Namun usaha itu turut mendapat halangan daripada polis. "Polis lakukan perkara yang sama juga, menghalang dengan 4 buah kenderaan peronda polis, Kemudian majlis itu dipindah buat kali ketiga ke Kg Taman Delima (Markas PAS). "Polis memberikan alasan tempat itu sempit memaksa ceramah itu dipindahkan ke Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS). Polis cuba tahan juga tapi setelah diterangkan baru ceramah dapat diteruskan," jelas Shuhaimi. Program ceramah penerangan siri ke-6 terbabit telah dihadiri kira-kira 1,400 orang malam tadi. Shuhaimi menjelaskan, tindakan polis itu dipercayai didalangi oleh campur tangan Ahli Parlimen Sepang, Mohamad Zin Mohamed yang cuba mengelakkan rakyat mengetahui kebenaran. "Kalau UMNO buat program di mana-mana kawasan persendirian tak mohon permit tapi tak ada FRU turun pun, tak ada polis buat sekatan jalan raya, jadi nampak sangat bahawa dalam daerah Kuala Langat cabang Sepang ini Ahli Parlimen dia mendalangi sekatan ceramah ini dan tidak mahu program itu dibuat." TV Selangor juga difahamkan mengenai kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim dalam ceramah tersebut namun beliau terpaksa mengubah fikirannya disebabkan gangguan polis itu. "Bukan batalkan kehadiran, bila susunan melibatkan MB dan orang-orang penting mereka kadang-kala mempunyai banyak program dalam satu malam, jika program terpaksa dianjakkan masa jadi kami tak mahu ganggu program beliau yang lain," ujarnya. Sebelum ini, KEADILAN Selangor melancarkan siri jelajah JELAS bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai 2011. Sehubungan itu, Shuhaimi meminta polis agar memberikan kerjasama terhadap gagasan Pakatan Rakyat selain menumpukan perhatiannya kepada menjaga keselamatan awam. "Jadi harap program JELAS selepas ini, saya minta dengan baik polis berilah kerjasama sebaik mungkin kerana kita juga parti yang patuh kepada undang-undang," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan