WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Keputusan Hakim Iyakan Sistem Kehakiman Alat Kerajaan
- Kerajaan Mansuh Diesel Super Subsidy 9 Kategori Kenderaan
- The Coming Hard Times!
- SPOT THE DIFFERENCE
- THE COUNTRY HAS NOT LOST A DECADE, BUT HAS LOST TWO GENERATIONS said Dr Chen Man Hin
- Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya
- Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib?
- Saiful mengadu ‘hanya percubaan liwat’, Peguam Negara perlu gugurkan kes- Karpal Singh
- Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar
- Wan Azizah Tekad Kaji Elaun Guru-CIKGU KENA BOHONG DENGAN PM
- DI FELDA PURUN...
- GAMBAR LAWATAN DSAI KE BERA 15MEI.2011-JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN DAP
- Kes Anwar : Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggil
- Liwat Fitnah II : Anwar Diarah Membela Diri
| Keputusan Hakim Iyakan Sistem Kehakiman Alat Kerajaan Posted: 16 May 2011 08:29 PM PDT ![]() ![]() SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim membela diri bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, "memalukan dan tidak mempunyai kredibliti". Pengamal undang- undang yang juga aktivis Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada sistem kehakiman di Malaysia sekaligus mengiyakan institusi ini sebagai alat kepada kerajaan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. "Ini adalah sesuatu yang sangat menghina sistem kehakiman di Malaysia terutamanya sistem keadilan jenayah dan ini meletakkan kita semua Rakyat malaysia di bawah satu ancaman dimana kehakiman itu sendiri tidak telus dan tidak bebas sebab juri-juri terbabit melebihkan untuk memepertahankan kuasa pemerintahan BN (Barisan Nasional) daripada mendaulatkan undang-undang dan mempertahankan kehakiman yang bebas," katanya. Menurut Fadiah, sejak awal lagi proses ini pincang dan usaha pembelaan disifatkan sia-sia ditambah dengan sistem perundangan yang tidak adil dan sudah dicabuli. "Sebenarnya sistem itu sendiri sudah tidak adil dan sudah dicabuli. Kalau kita nak cakap kenapa pula orang yang dituduh itu perlu membela diri sedangkan proses yang dari mula itu sendiri sudah tidak telus dan tidak adil. Jadi perkara yang dibangkitkan ini adalah sia-sia sebab kita membela kepada sesuatu yang tidak adil, soa apa yang kita nak bela," katanya. Ujar beliau lagi, pembelaan berlaku sekiranya sesuatu kes itu mempunyai asas dan untuk kes ini banyak bukti- bukti bercanggah ditambah dengan saksi yang tidak mempunyai kreadibiliti. "Kalau ikut perundangan sebenar kes ini tidak ada 'prima facie' atau asas langsung dan sepatutnya dibuang setia tiada pembelaan. Pembelaan ini berlaku sekiranya ada asas dan bukti-bukti yang diketengahkan pada peringkat pendakwaan itu ada asas. Kita lihat bukti-bukti bercanggah, saksi tidak kreadibel, jadi apa yang emreka cuba buktikan sekarang," katanya. Hakim Mohamad Zabidin semalam menetapkan 6 hingga 30 Jun untuk Anwar membela diri. Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin. Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh. Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008. Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kerajaan Mansuh Diesel Super Subsidy 9 Kategori Kenderaan Posted: 16 May 2011 08:05 PM PDT KUALA LUMPUR 17 MEI : Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel 'super subsidy' kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun depan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 sen seliter. Walau bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter. Kategori kenderaan yang terlibat adalah Penggerak Utama, Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Menurut kenyataan itu, rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober tahun lepas yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan. "Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini. Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta," menurut kenyataan KPDNKK itu. Sementara itu, KPDNKK memaklumkan bahawa diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan. Menurut KPDNKK, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter. Dalam pada itu, KPDNKK berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan. Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 sen seliter. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 16 May 2011 08:04 PM PDT Surviving The Coming Hard Times! By Stanley Koh (MCA - Head Of Research Unit) It turns out that the government you voted Barisan Nasional has apparently decided that So what is the use of a government that Few believe that the removal of subsidies It is better for Malaysians to be rich and You do not need an economist to tell you In what we may call the Malaysian Misery Most Malaysians do not expect the situation Two years ago, the BN government Double Whammy When the GST (goods and services tax) Some have argued that imposing GST on Indeed, the future looks bleak. Yet, quite a number of us are gullible Instead of believing the promises of a Ronald Reagan once described inflation as a So how do we fight the inflation of Economists generally agree that the average To Fight Inflation Here are some of the things we can do:
Perhaps economist Milton Friedman was right Malaysians do not take the official Many suspect that the government uses it The average household consumption According to Professor Lim Teck Ghee, real Today, a family of five spends 50% to Not long ago, there was official In fact, the biggest failure of the 'Why Not Change The Government?' In 2006, when Najib Tun Razak was A blogger by the name of Chong wrote in "Inflation has gone up 4.5% (and above) and the government is pushing the cost of living higher by increasing electricity tariffs, but our income remains the same." Others felt it would be easier to change "Instead of listening to Najib asking us to change," one critic remarked, "Why not we change the government at the next general election?" To me, that makes a lot of sense. Any When such a government decides to cut Any government that stands accused of having Please help to spread the message if you wish to see changes for a better Malaysia. Forward to everyone in your email contacts list, asking them to send out via their email list too, so that more people will come out to vote wisely in the 13th General Election for a better Malaysia for your children and their children too. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 16 May 2011 08:03 PM PDT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| THE COUNTRY HAS NOT LOST A DECADE, BUT HAS LOST TWO GENERATIONS said Dr Chen Man Hin Posted: 16 May 2011 08:02 PM PDT
The signs foretell that Malaysia will be left behind during the rising of Asia
There are no signs that life is getting better. All the promises made by PM Najib about 1 Malaysia , no corruption and more opportunities are not delivered.
THE FIGURES TELL THE STORY OF HOW THE MALAYSIAN FELL FAR BEHIND THE 'FOUR ASIAN TIGERS'. THE STAGNATION BEGAN IN 1971, THE YEAR THAT THE NEW ECONOMIC POLICY WAS LAUNCHED BY TUN RAZAK, FATHER OF PM NAJIB.
Will he do the right thing, so as Malaysia can join the rise of Asia movement? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya Posted: 16 May 2011 08:49 AM PDT ![]()
KUALA LUMPUR 16 MEI: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten. Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan. Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara. "Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul. "Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam. Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan. Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta. "Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin. Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma. Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar. Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil. Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wikileaks: Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Najib? Posted: 16 May 2011 08:36 AM PDT KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura: Bilahari Kausikan Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura. Dalam Mac 2008, Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar. Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009. *Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung KeADILan, dengan tajuk asal Laporan Sydney Morning Herald dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KeADILan menolak pendapat peribadi yang disensasikan. ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Saiful mengadu ‘hanya percubaan liwat’, Peguam Negara perlu gugurkan kes- Karpal Singh Posted: 16 May 2011 01:53 AM PDT
"Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara," kata Peguam Anwar, Karpal Singh. Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat. Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal. "Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah. "Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini," kata Karpal. Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan. "Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh. "Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan. "Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian)," kata Karpal. Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata. "Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini," kata Sankara Nair. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar Posted: 16 May 2011 01:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II. "Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan," kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan. Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011. Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah. Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa' walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.
Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar. "Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua 'rencah' pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini," kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini. ![]() Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini. "Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama," kata Sankara. Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup. "Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan," kata Sankara. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wan Azizah Tekad Kaji Elaun Guru-CIKGU KENA BOHONG DENGAN PM Posted: 16 May 2011 01:37 AM PDT ![]() ![]()
SHAH ALAM 16 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tekad untuk mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang. Wan Azizah berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei, hari ini. Justeru Wan Azizah menambah, komitmen PR ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang dilancarkan baru-baru ini. "Pakatan Rakyat juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung," kata Wan Azizah. Buku Jingga merupakan dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menggariskan agenda dan program dalam masa 100 hari menawan Putrajaya. Antara lain, Pakatan Rakyat turut menjanjikan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru dan pendidik bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan negara. Selain mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, Wan Azizah turut mendoakan kesejahteraan atas jasa mereka yang mencurahkan ilmu selama ini. Menurut Wan Azizah, guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. "Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. "Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan," kata beliau. DIBAWAH NI KOMEN CIKGU-CIKGU....HA...KAN DAH KATA..LIHAT BLOG KEMPEN GURU TERTINDAS.... KOMEN DALAM MALAYSIAKINI
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 16 May 2011 01:08 AM PDT PUAK-PUAK PANDY KUTTY MELANCARKAN DEMONTRASI DI KAWASAN FELDA ...KAH..KAH..ULU BANAT PUN NAK DEMONTRASI....MALAH DISEDIAKAN TAPAK KHEMAH UNTUK BERKARAOKE....ISMAIL SABRI PUNYA KERJA.... BERA - 15 MEI Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat komited dalam melaksanakan prinsip maqasid syariah di seluruh negara yang merupakan formula terbaik dalam penyatuan ummah pelbagai kaum. Menurut Ketua Pembangkang itu, prinsip maqasid syariah sesuai diamalkan semua kaum sekaligus sebagai kunci keadilan dalam kepimpinan sesebuah kerajaan. Mengulas lanjut objektif maqasid syariah yang diperjuangkan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya dalam membentuk keharmonian masyarakat majmuk, Anwar menegaskan prinsip ini sebagai asas kehidupan yang menjamin keharmonian semua kaum. "Sebab itu saya katakan Islam itu satu jaminan, tak ada kebebasan, tak ada Islam, tak ada keadilan, tak ada Islam. Islam itu tegak kerana kebebasan dan keadilan," kata Anwar pada siri ceramah beliau di kawasan Felda Purun semalam selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran DAP Bera Jelas Anwar, tanpa keadilan tidak mungkin ada kedamaian dan kesejahteraan dalam merealisasikan hasrat mentadbir negara yang berbilang kaum. "Sebab itu saya katakan, dalam aspek maqasid syariah, perlu ada satu perbincangan yang baik, tetapi aspek ini tidak ada di Malaysia. Yang ada hanya mengikut kata orang yang berkuasa (kerajaan), jadi apa kaitannya dengan maqasid syariah seperti apa yang dibincangkan hari ini?, Ianya mesti melalui jalan keamanan, mesti adil,"kata Anwar lagi. Anwar juga mengingatkan bahawa kepimpinan berteraskan Islam tidak akan diterima baik oleh masyarakat bukan Islam sekiranya pemimpin Islam itu sendiri dangkal pengetahuannya tentang Islam. "Islam tidak akan berkembang sekiranya kefahaman umatnya terlalu dangkal dan cetek, Islam pada mereka hanya mengamalkan sumpah, Islam mereka (hanya menuntut) jam Omega, Islam mereka orang sibuk (buat) solat hajat mereka sibuk dengan penyebaran VCD dan gambar lucah,"sindir Anwar. Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar turutmemuji kehadiraorang ramai walau pun kehadiran beliau bukan sahaja dengan maki hamun malah di keluarga beliau diancam katanya ... dan latar belakang agama dengan menyifatkan sambutan hebat ini sebagai salah satu daripada kejayaan prinsip maqasid syariah yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. "Ini adalah antara pengalaman saya dalam Umno, bila menyetuh soal Islam, orang Melayu sahaja terlibat, tiada campuran kaum seperti majlis hari ini, inilah hebatnya Pakatan Rakyat, tidak ada pula pengagihan antara Islam dan Kristian,"katanya. Sekurang-kurangnya, 5,000 orang hadir walau sehelah petangnya kehadiran party kutty yang mengadakan demontrasi bagi tidak membenarkan DSAI hadir.. Antara yang turut hadir, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden WADAH, Dr Mohd Nur Manuty, YB Triang Leong Ngah Ngah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| GAMBAR LAWATAN DSAI KE BERA 15MEI.2011-JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN DAP Posted: 16 May 2011 12:21 AM PDT KOMENTAR : Tali Umno untuk menjerut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua semakin mencengkam leher beliau. Proses untuk menghumban beliau kembali ke Penjara Sungai Buloh di mana beliau menghabiskan enam tahun sebelum ini, semakin deras untuk sampai ke garis hujungnya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie dan justeru itu Anwar perlu membela diri. Dalam erti kata lain, bukti pendakwaraya adalah kukuh dan Anwar perlu mengemukakan pembelaan kenapa beliau tidak harus dihukum. Pada masa sama, Polis juga bergerak laju membereskan siasatan video lucah terhadap Anwar. Kenyataan terbaru Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar ialah kini ada bukti dari Amerika Syarikat video itu tulen dan pelakunya sudah dikenal pasti. Jelas ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang. Rencana ini tidak boleh memperinci keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah kerana batasan undang-undang mengenai kes yang masih dibicarakan di mahkamah. Terlalu banyak pun sudah ditulis sebelum ini mengenai "kewibawaan" pengadu Saiful Bukhari Azlan, keterangan pakar-pakar, bukti yang diperolehi polis secara tipu helah dan bermacam-macam lagi. Cukup sekadar merumuskan Hakim tidak mendapati sebarang cacat cela dalam kes pendakwaraya. Hujah-hujah yang diberikan oleh Zabidin begitu mirip dengan penghakiman yang diterima oleh Anwar kali pertama beliau menghadapi tuduhan sama pada tahun 1999. Dalam kes terbaru, sebagaimana pertuduhan pertama Anwar sudah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat yang arif menilai sendiri segala "bukti-bukti" yang dibawa oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Dalam menyediakan pembelaan diri sebagaimana yang dikehendaki oleh Zabidin, Anwar kini terpaksa menghadapi pusingan baru dengan Polis dan Gani Patail berhubung dengan video lucah Datuk T. Setakat ini belum pasti tuduhan apa yang akan dibawa oleh Gani terhadap Anwar bersabit video fitnah itu yang sudah diedarkan di masjid-masjid, pasar malam dan rumah-rumah selain terpancar di Internet. Tetapi yakinlah, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah "bukti-bukti" dan keterangan bersabit video itu. Lebih sebulan telah berlalu, namun pihak yang menayangkan video itu pada 21 Mac lalu – Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay masih bebas untuk menabur fitnah ke sana ke mari. Segala 'lakon layar" yang sedang dan bakal dipersembahkan oleh Umno-BN dengan tujuan tertentu dan dengan memperalatkan institusi awam seperti polis, Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman masih berterusan. Untuk makluman umum, Ketua Hakim Negara adalah Tun Zaki Azmi, bekas penasihat undang-undang Umno dan ahli Lembaga Displin parti itu. Zaki dilantik menjadi Ketua Hakim Negara setelah hanya setahun berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan. Umno-BN menjangka "lakon layar" arahannya akan berakhir dengan Anwar dihumban ke penjara dan kredibilitinya tercalar dengan tuduhan liwat dan video lucah. Ini akan melemahkan Pakatan Rakyat dan membolehkan Umno-BN mencapai kejayaan gemilang pada PRU akan datang. Namun manusia merancang….kesudahan lakon layar adalah ditangan Maha Esa. Kegigihan Anwar mengharungi detik-detik getir yang menjelang adalah juga sebahagian daripada ujian Allah. Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan fitnah video lucah yang cuba dipalitkan kepada Anwar hanyalah lagi satu lapisaan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam menamatkan pemerintahan sebuah parti yang kian terdesak dengan kemungkaran yang kian terdedah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kes Anwar : Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggil Posted: 16 May 2011 12:09 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan. Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah, Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan. Contohnya Saiful mendakwa beliau "dipaksa' melakukan liwat itu namun mengakui selepas kejadian itu, beliau minum kopi dan makan karipap sebelum pulang ke rumah. Beliau juga mendakwa tidak membuang air besar selama 48 jam namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur Saiful kosong. Hakim Zabidin bagaimanapun mendapati Saiful seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Zabidin juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA rosak kerana disimpan terlalu lama tetapi menegaskan kerosakkan itu tidak menjejaskan hasil keputusan. "Saya tidak terkejut (dengan keputusan) namun apa yang mengejutkan ialah beliau (Zabidin) seolah-olah sudah pun membuat keputusan penuh perbicaraan dan menjangkaui skop prima facie untuk memanggil pembelaan para tahap ini," Anwar memberitahu pemberita. "Ini menjadikan kedudukan pihak pembela (untuk menyediakan pembelaan) begitu genting," kata Anwar. "Kita akan pertahankan pendirian kita. Kita akan memanggil saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz (Jaafar)," tambah Anwar. Mumtaz adalah rakan karib kepada Rosmah dan dipercayai terbabit dalam mengatur pertemuan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dan Rosmah. "Adalah jelas bahawa Najib, Rosmah, dan Musa terbabit dalam kes ini," kata Anwar. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Liwat Fitnah II : Anwar Diarah Membela Diri Posted: 16 May 2011 12:03 AM PDT ![]() ![]() KUALA LUMPUR 16 MEI : Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew (gambar kanan) and agensi perisikan negara itu.
Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".
Menurutnya, "Khairy Jamaludin (gambar kanan) akan ditikam di dalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".
Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim (gambar kiri) perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.
Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.






















































Tiada ulasan:
Catat Ulasan