WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Dr Wahbah : 'Anwar Perlu Terus Mengadu Ke Hadrat Allah'
- PR Boleh Rampas Kerajaan Walau Bila Pun PRU, Kata Azmin
- Anwar : 'Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya'
- NEGARA MAJU PEMIMPINNYA MUDA DAN IDEALIS...SELEPAS YANG TUA MENTADBIR TANPA RASUAH....DI MALAYSIA YANG TUA TERHEGEH-HENGEH BUAT ISU SEKS.....
- Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat, Kata Dr Dzul
- 'Pengalaman Dalam UMNO Matangkan Saya ' - Anwar
- Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid
Dr Wahbah : 'Anwar Perlu Terus Mengadu Ke Hadrat Allah' Posted: 14 May 2011 06:48 PM PDT SHAH ALAM, 15 MEI : Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, "sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T." "Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini," kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam. Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga. Ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu dan semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, analisis pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen. Dalam pada itu Dr Wahbah menambah, peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam. Katanya, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi. "Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya. Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri. Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar. Tegasnya lagi, jika si penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya. "Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H. Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas. Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden. Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja. Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya. "Umat Islam hendaklah mengambil syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," jelas beliau. Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s.w.t. datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir. Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari dan berakhir hari ini. Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam. Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah. Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam. |
PR Boleh Rampas Kerajaan Walau Bila Pun PRU, Kata Azmin Posted: 14 May 2011 06:26 PM PDT KUALA LUMPUR 15 MEI : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berkeyakinan untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) bila-bila masa sekalipun. Azmin merujuk kepada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak agar pilihan raya umum diadakan tahun depan kerana menurut Mahathir, 'Umno akan tewas jika PRU 13 diadakan tahun ini. |
Anwar : 'Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya' Posted: 14 May 2011 06:22 PM PDT SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu. Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya. "Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita," kata Anwar. Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan. Bulan lalu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut berada dalam keadaan membahayakan apabila kereta yang dinaikinya terbabas dalam perjalanan pulang dari memberi ceramah di Chemor Perak. Pemeriksaan oleh mekanik mendapati sistem brek kereta Mercedez Benz itu dipercayai disabotaj oleh pihak tertentu. Anwar menambah, pihak mekanik juga telah mengeluarkan surat hitam putih mengesahkan bahawa kereta yang dinaiki Azizah disabotaj. "Memang benar, selain kepada saya, Azizah juga terlibat dengan satu kemalangan. Mekanik mengesahkan, hitam putih bahawa itu adalah satu sabotaj. Itulah sebab kita membuat laporan polis," katanya. Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said membuat laporan polis itu. Beliau yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat. |
Posted: 14 May 2011 06:19 PM PDT Kuan Yew, Goh Bersara Dari Kabinet Singapura 15/05/2011 SINGAPURA 15 MEI : Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan. "Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit. "Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu. Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita. "Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka. |
Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat, Kata Dr Dzul Posted: 14 May 2011 08:32 AM PDT SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad. Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau. "Kita tahu di negara barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli. "Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau. Pagi tadi Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakya. Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan. "Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat. "Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang. Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak. Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen. Dr Dzulkifli berkata keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar. "Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan." "Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua," tambah Dr Dzulkifli Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik "rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing." Ini bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk luar bandar. Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia. "Perisytiharaan" itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak. Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun. |
'Pengalaman Dalam UMNO Matangkan Saya ' - Anwar Posted: 14 May 2011 08:31 AM PDT
SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menyesal menyertai UMNO hampir 30 tahun lalu dan menyifatkan ianya merupakan pengalaman paling berharga dalam karier poltiknya. Menurut Anwar, pengalaman yang berharga itu berjaya mematangkan dirinya disamping hubungan baik beliau bersama teman- teman dan golongan ulama masih kekal baik. "Alhamdulillah saya bersyukur, kerana pengalaman saya dalam kerajaan cukup berharga. Walaupun ada sebahagian teman-teman tidak bersetuju, saya tidak kesali keputusan saya menyertai Umno. Saya kesali mungkin ada hal-hal yang patut saya buat lebih baik dari dahulu. Ya, itu ada," katanya dalam Forum pengkisahan Sejarah Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM. Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982 yang ketika itu di bawah kepimpinan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Beliau menambah, pengundurannya daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM dan ABIM adalah untuk memberi peluang kepada ganerasi baru ketika itu dan menegaskan tidak pernah meninggalkan ABIM sebaliknya hanya melepaskan jawatan dalam ABIM. "Bukan meninggalkan, meninggalkan jawatan ABIM. Jangan salah faham istilah. Saya merasakan sudah lama sumbangan saya dan cukup untuk meberikan ruang kepada yang lain," katanya. Anwar mengakui kagum dengan ketokohan yang ditonjolkan oleh bekas Timbalan Presiden ABIM, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan turut mengimbau kata-kata kebimbangan yang diucapkan kepadanya dalam satu pertemuan panjang. "Ya, ana (saya) doakan sebaiknya kerana ana (saya) tidak pernah pertikai niat anta (awak) dan keupayaan Anwar. Cuma ana (saya) bimbang satu perkara, mereka akan khianati anta (awak)," katanya. Ungkapan 'Khianat' diucapkan sebanyak tiga kali sebagai tanda kebimbangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap Anwar, bermula pada tahun 1982, ketika Anwar meninggalkan Pemuda UMNO untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 1987 dan sebelum beliau dipecat daripada kerajaan pada 1998. Turut berucap dalam forum ini ialah dua mantan Presiden ABIM, Prof. Razali Nawawi dan Dr. Siddiq Fadzil. Prof. Razali Nawawi melahirkan rasa terkilan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak faham dengan perjuangan ABIM sehingga sanggup melebelkan mereka sebagai ekstrim dan untuk mencetuskan huru-hara dalam negara. "Saya nak beritahu ABIM ada dalam kerajaan sejak dahulu lagi sehingga sekarang. Boleh semak mereka-mereka yang berada dalam kerajaan sekarang. Siasat adakah mereka-mereka yang bersama ABIM cuba untuk mensabotaj dasar kerajaan," katanya. Menurut Dr. Siddiq Fadzil, walaupun mereka tidak mendokong mana-mana parti politik, seluruh warga ABIM turut merasakan kesedihan yang dihadapi oleh Anwar dan keluarga apabila diaibkan setiap hari tanpa pengecualian. "Apabila maruah beliau dicemarkan dan diaibkan dengan melampau, maka seluruh warga ABIM merasakan kesedihannya kerana ia melibatkan semua maruah gerakan Islam yang disertai," katanya. Forum pengkisahan Sejarah Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM diadakan di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dihadiri oleh aktivis-aktivis yang masih bersama dengan perjuangan ABIM. Turut diundang Ulama Besar Syiria, Sheikh Prof Dr. Wahbah Al Zuhaily. |
Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid Posted: 13 May 2011 10:56 PM PDT SHAH ALAM 14 MEI : Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu. Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu. "Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu. Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai "tidak bertamadun". Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat. "Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain," kata beliau kepada TVSelangor. Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina. "Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya. Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu. "Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya. Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah. Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim. Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang. Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu. Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan