WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA
- Bahasa Umno-Utusan Lebih Kesat Dari Pandi Kutty : Surendran
- Urus Tadbir Merosot Punca Harga Barang Naik
- Pandi Kutty - Utusan Fitnah Anwar Lagi
- Ada Cubaan Sabotaj Kereta Anwar, Kata Pemandu
- Dua lagi rasuah Scorpene RM32.5 juta dibongkar
- UMNO BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA UMUM???
- PM Bentang Bajet Seminggu Awal, 'Bajet Pilihan Raya'?
- BN TAKUT KECUNDANG...AMBIL WARGA ASING SEBAGAI PEGUNDI
- PKR dakwa Umno konspirasi jadikan rakyat asing jadi pengundi
Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA Posted: 10 May 2011 06:59 PM PDT Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA May 11, 2011 KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu. Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. "Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. "Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan. "Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya. Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama. Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah. "Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat. "Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya. Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog". "Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan. "Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya. Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.
|
Bahasa Umno-Utusan Lebih Kesat Dari Pandi Kutty : Surendran Posted: 10 May 2011 06:48 PM PDT SHAH ALAM 10 MEI : Parti Keadilan Rakyat menganggap sebagai lucu, fitnah terbaru Umno dan Utusan Malaysia menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya menggunakan ungkapan 'Pandi Kutty' terhadap Perdana Menteri Najib Razak pada satu ceramah Sabtu lalu. "Surat khabar Umno memperbesarkan perkara ini tetapi mereka sendiri menggunakan perkataan dan tuduhan lebih teruk daripada perkataan 'pandi kutty' Utusan dan Umno menfitnah orang liwat tanpa bukti, menuduh kononnya Anwar adalah pelaku dalam video seks walaupun tidak ada bukti," tambah beliau. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya. |
Urus Tadbir Merosot Punca Harga Barang Naik Posted: 10 May 2011 06:47 PM PDT KUALA LUMPUR 10 MEI: Kenaikan harga barangan menunjukkan kerajaan semakin hilang kawalan dan kemampuan dalam mengurus hasil pendapatan negara dengan baik.
|
Pandi Kutty - Utusan Fitnah Anwar Lagi Posted: 10 May 2011 04:53 AM PDT SHAH ALAM 10 MEI : - Utusan Malaysia sekali lagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu. Rakaman ceramah itu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau. |
Ada Cubaan Sabotaj Kereta Anwar, Kata Pemandu Posted: 10 May 2011 12:09 AM PDT PETALING JAYA 10 MEI : Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat laporan polis petang ini kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa dinaiki Ketua Pembangkang itu dan keluarganya. Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mendedahkan satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu. Abdullah Sani bin Haji Said yang bertugas sebagai pemandu untuk keluarga Anwar selama 28 tahun akan membuat laporan polis itu pada pukul tiga petang di Balai Polis bersebelahan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya. Butir-butir penuh mengenai sabotaj itu akan didedahkan selepas beliau membuat laporan itu. |
Dua lagi rasuah Scorpene RM32.5 juta dibongkar Posted: 10 May 2011 12:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia. "Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi," katanya. Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini. Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu. Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13062 |
UMNO BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA UMUM??? Posted: 09 May 2011 11:49 PM PDT Inilah yang sedang di usahakan oleh Umo /Bn dimana mereka akan mengadakan pilihanraya umum berkemungkinan dalam masa terdekat.Maklumat ini dihantar oleh seorang penyokong dimana diberitakan Yb berkenaan telah mengedarkan flyers kesemua taman perumahan di kawasan beliau dengan meletakkan semua misi dan visi. |
PM Bentang Bajet Seminggu Awal, 'Bajet Pilihan Raya'? Posted: 09 May 2011 11:32 PM PDT PUTRAJAYA 10 MEI : Perdana Mneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. |
BN TAKUT KECUNDANG...AMBIL WARGA ASING SEBAGAI PEGUNDI Posted: 09 May 2011 11:21 PM PDT PETALING JAYA 10 MEI : Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan usaha terbaru Umno-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin. Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan. Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk mereka ini diberikan kewarganegaraan bagi menjadi pengundi pada PRU 13," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan Umno Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Naib Presiden PAS Mahfuz Omar sebelum ini mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi berkaitan bersekongkol dengan Umno untuk mendaftarkan warga asing "secara senyap' di Lembah Kelang sekitar negara untuk diberikan kad pengenalan Malaysia. Mahfuz menjelaskan, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan. Zuraida berkata beliau akan membuat laporan polis esok terhadap Idris dan Hishammuddin. "Kita mahu hantar mesej kepada Najib mengatakan pegawai kerajaan tidak lagi seratus peratus di belakang beliau. Politik ugut tidak lagi relevan. Jadi kita sudah ada penyokong kita ramai di mana sahaja. Apa pun yang dia (Umno-BN) mahu buat tidak akan berjaya kerana kita sudah ada rakyat Malaysia yang matang politik. Minggu lalu beberapa wakil rakyat Selangor mendedahkan pemindahan ratusan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain menggunakan alamat palsu semata-mata untuk memperkuatkan sokongan bagi kerusi-kerusi yang dijangka akan ditandingi oleh Umno pada PRU akan datang. Contohnya SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Chempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan. Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno dan menyenaraikan dewan orang ramai sebagai alamat bermastautin di kawasan mengundi baru.
|
PKR dakwa Umno konspirasi jadikan rakyat asing jadi pengundi Posted: 09 May 2011 11:21 PM PDT PETALING JAYA, 10 Mei — PKR hari ini mendedahkan satu dokumen yang mendakwa Umno berkonspirasi menukar status pemastautin tetap rakyat asing bagi membolehkan mereka memperoleh kerakyatan bertaraf penuh, yang jumlahnya melibatkan 2,000, bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13. Timbalan ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin memberitahu sidang media hari ini bahawa satu permohonan bertarikh 23 Mac 2011 telah dihantar ke pejabat Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri itu bagi mengubah sttaus 2,000 pekerja asing yang kini memiliki status pemastautin tetap. "Ia diserahkan kepada satu agensi pekerja asing bagi tujuan pemprosesan permohonan itu," kata beliau. Salinan permohonan itu, menurut Zuraida, yang diberikan kepada beliau oleh seorang kakitangan awam Jumaat lalu, diedarkan kepada wakil media pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini. Permohonan itu, yang bertajuk "Pilihan Raya Umum ke-13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor", menggunakan kepala surat Umno Hulu Selangor Umno dan ditandatangani oleh ketuanya Datuk Idris Abu Bakar. Dokumen itu mendedahkan bahawa parti tersebut telah mengenal pasti dan mengesahkan senarai bakal pengundi dengan status pemastautin tetap yang boleh membantu BN di Hulu Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. "Bersama ialah senarai nama mereka yang boleh menjadi pengundi di Hulu Selangor dan kami telah mengadakan tapisan ketat ke atas setiap individu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tuduhan jenayah atau dadah atau mengikuti kumpulan bahaya atau ajaran sesat. "Mereka terdiri daripada pelajar dan usahawan, dan mereka boleh membantu negara menjadi lebih maju, dan tambahan pula boleh membantu BN menang di setiap pilihan raya terutama dalam pilihan raya umum ke-13. "Dengan ini, diharapkan Datuk Seri boleh memberikan kelulusan awam agar kami dapat meneruskan permohonan dengan lancar," kata surat itu. Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, surat itu satu bukti jelas BN sedia menggunakan "apa sahaja senjata" yang ada untuk merampas balik Selangor daripada Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan