WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?
- DAP, PAS Mahu Anwar Terus Menjadi Ketua Pembangkang
- Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video
- Tiada Foto Bedah Siasat Osama, Kata Obama
- Negara Polis dan Kebangkitan Rakyat
- Mampukah pemimpin China pengaruhi Cina sokong 1Malaysia?
- PR Anjur 'Siri Jelajah' Perjelas Fitnah
- Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar
- Mahathir Pula Dakwa M'sia Kecoh Jika Cina Tak Sokong MCA
- Wartawan: Kerjaya suci dan jujur
- MCA: Kami Ikut Demokrasi, Bukan Ugut Pengundi Cina
- PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang
- Anwar: PR bersiap sedia hadapi PRU 13 tahun ini
| Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Posted: 04 May 2011 08:46 PM PDT ![]() dari milo suam.. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini? Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini. Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Siapakah Eskay? 1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran. 2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat. 3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya. 4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya. 5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu. 6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan in 7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung. Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... | |||
| DAP, PAS Mahu Anwar Terus Menjadi Ketua Pembangkang Posted: 04 May 2011 08:15 PM PDT ![]() SHAH ALAM 4 MEI: DAP hari ini menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang paling layak memegang jawatan Ketua Pembangkang kerana rekod dan prestasi baik beliau di dalam dan luar kerajaan pemerintah. Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata Pakatan Rakyat sepakat Anwar harus terus mengisi jawatan penting itu tanpa mengambil kira dominasi parti di Parlimen. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Abang Johari Openg agar menggantikan Anwar dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang memandangkan parti itu memegang majoriti kerusi pakatan pembangkang berbanding PKR dan PAS masing-masing 23 kerusi. Chin Tong menyifatkan kenyataan Abang Johari itu bersifat perkauman. "Kita anggap seseorang itu sesuai atau tidak, yang kita pertimbangkan adalah kepakaran beliau dan prestasi rekod yang lama perlu ditimbang. Bukan hanya bangsa. "Abang Johari gagal besar di Sarawak, dia cuba untuk buat perselisihan dan ceraikan parti Pakatan Rakyat. Politik beliau bukan secara jujur," ujar beliau kepada Tv Selangor. Malah beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan memegang tampuk pemerintahan negara, gagasan itu tidak akan menolak untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpendirian komitmen yang diberikan Anwar kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang. Beliau berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS sejak 2008 dengan melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang tidak akan berubah. Jelasnya muafakat yang wujud ternyata melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau lagi. "Jadi tidak semestinnya parti yang mendominasi dalam parlimen itu akan menjadi ketua pembangkang, itu memang menjadi lumrah tapi apa yang di amalkan Pakatan Rakyat hari ini telah melangkawi amalan itu dan kita pergi kepada asas kesepakatan dan penghormatan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi. | |||
| Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video Posted: 04 May 2011 08:07 PM PDT ![]() KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu. "Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi. Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan. Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar. Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman. Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai. Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube. "Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian," kata Eskay. | |||
| Tiada Foto Bedah Siasat Osama, Kata Obama Posted: 04 May 2011 07:47 PM PDT ![]() WASHINGTON 5 MEI : Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan foto-foto jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden, yang mati ditembak pasukan elit Amerika Isnin lalu, kata White House semalam. Pengumuman itu muncul selepas seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu NBC News mengenai keputusan pihaknya tidak mahu melepaskan foto bedah siasat dan Obama juga mendedahkan pendiriannya ketika temu bual khas bersama program "60 Minutes" CBS semalam. Media melaporkan bahawa White House telah mempertimbangkan syor mengeluarkan gambar-gambar itu, sebahagian daripada bukti untuk meyakinkan bahawa Osama telah terbunuh ketika serbuan ke atas sebuah rumah agam yang dihuninya di timur laut Pakistan, awal pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu. Ramai sangsi dengan operasi dan laporan kematian walaupun ada gambar awal menunjukkan Osama sudah terbunuh. Bagaimanapun pegawai-pegawai White House berpandangan, gambar-gambar itu sungguh mengerikan dan boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mereka yang melihatnya. "Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda," kata Obama kepada CBS News, demikian menurut jurucakap White House Jay Carney. Obama juga dipetik berkata, beliau berpandangan tindakan mengeluarkan gambar terperinci akan menyebabkan risiko ke atas keselamatan nasional. Ditanya mengenai responsnya berhubung reaksi sesetengah pihak di Pakistan mengatakan Amerika Syarikat berbohong kononnya sudah membunuh Osama, Obama berkata: "Sebenarnya kami sedang memantau reaksi dunia. Tidak ragu-ragu bahawa Osama sudah terbunuh." "Sudah pasti tiada keraguan di kalangan Al-Qaeda bahawa dia sudah mati. "Dan, kami tidak fikir satu gambar sahaja akan membawa perbezaan. Akan ada orang yang menafikannya (kematian Osama," katanya lagi. — Agensi | |||
| Negara Polis dan Kebangkitan Rakyat Posted: 04 May 2011 05:54 PM PDT
| |||
| Mampukah pemimpin China pengaruhi Cina sokong 1Malaysia? Posted: 04 May 2011 05:53 PM PDT
| |||
| PR Anjur 'Siri Jelajah' Perjelas Fitnah Posted: 04 May 2011 05:42 PM PDT KLANG 4 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menganjurkan program Jelajah Maruah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah dan Lucah serta Jelajah Selangor Tawan Malaysia di Markas PAS, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Sabtu ini. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS Klang bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat berhubung perkembangan politik negara serta menyangkal segala dakwaan Barisan Nasional (BN) berhubung fitnah liwat dan fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata kedua- dua program itu diadakan supaya masyarakat mendapat maklumat secara terus dan sahih daripada Pakatan Rakyat. "Kita mulakannya di Parlimen Klang di mana dalam program ini kita akan menjemput penceramah-penceramah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menerangkan dan juga menjawab isu-isu semasa terutamanya macam kes video. Siri jelajah itu juga bakal menjelaskan kepada rakyat mengenai matlamat Pakatan Rakyat mahu mengambilalih pentadbiran negara dengan sasaran awal, menawan enam kawasan Parlimen di Selangor iaitu Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Sepang dan Pandan. Selain itu, rakyat akan dibekalkan dengan perincian kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor termasuk kecemerlangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). "Dalam masa yang sama juga kita tanpa henti akan memperkenalkan Buku Jingga Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia dan juga kita akan terangkan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di sini hari ini. AMK menjangkakan siri jelajah itu bakal mendapat sambutan rakyat berikutan panel yang terlibat cukup disegani termasuklah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Turut serta adalah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; ADUN Sri Andalas,Dr Xavier Jayakumar; ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. | |||
| Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar Posted: 04 May 2011 05:38 PM PDT ![]() KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang semalam. Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan. Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau. Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet . Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu. "Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay. | |||
| Mahathir Pula Dakwa M'sia Kecoh Jika Cina Tak Sokong MCA Posted: 04 May 2011 05:37 PM PDT ![]() PUTRAJAYA 4 MEI : Mantan Perdana Menteri dan penaung Perkasa Tun Mahathir Mohamad hari ini mendakwa kestabilan negara akan terjejas jika rakyat tidak menyokong MCA dan parti itu menolak jawatan dalam kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang. Kenyataan itu selari dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek yang dilihat mengenakan syarat kepada pengundi Cina untuk menyokong parti berkenaan jika mahukan kepentingan kaum itu terus terpelihara. Mahathir berkata kaum Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan. Jika tidak, "ia akan mencetuskan kebimbangan bagi seluruh negara. Apabila kita membahagikan kita kepada Cina dan Melayu, dan kita bertelagah satu sama lain, maka akan berakhirlah kerjasama dan tidak akan wujud kestabilan dalam negara," kata Mahathir selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Penulisan Esei MPH-Yayasan Kepimpinan Perdana 2010 di sini hari ini. MCA ketika ini hanya memegang empat daripada 30 jawatan Kabinet dibawah pimpinan Datuk Seri Najib. MCA kini menghadapi krisis keyakinan dikalangan pengundi Cina kerana dilihat semakin dibawah telunjuk Umno dan gagal untuk mengekang amalan rausah dan penyelewegan kuasa dalam kerajaan yang menjejaskan persekitaran perniagaan. Pada pilihanraya umum 2008, parti itu cuma memenangi 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN. Pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini, pengundi di bandar, khususnya pengundi Cina menolak Barisan Nasional dengan memberi undi kepada DAP. Parti Pakatan Rakyat itu memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Bimbang dengan kemerosotan sokongan pengundi, MCA mengugut untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika tidak diberi sokongan pada PRU yang akan datang. Tindakan itu dipersoalkan pelbagai pihak yang merujuk kepada kegagalan MCA mempertahankan kepentingan kaum itu walaupun semasa beradaa dalam Kabinet. | |||
| Wartawan: Kerjaya suci dan jujur Posted: 04 May 2011 05:33 PM PDT
| |||
| MCA: Kami Ikut Demokrasi, Bukan Ugut Pengundi Cina Posted: 03 May 2011 11:48 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 4 MEI : MCA hari ini menegaskan keputusannya tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet jika gagal mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihanraya umum akan datang bukan satu ugutan untuk mendapatkan undi kaum itu. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pendirian parti itu sesuai dengan prinsip demokrasi dan untuk menghormati keputusan pengundi kaum Cina. Ramai pihak sebelum ini menyifatkan keputusan MCA itu seolah-olah untuk memaksa pengundi Cina supaya menyokong parti itu jika tidak mahu kehilangan perwakilan dalam Kabinet. Perdana Menteri Najib Razak sendiri bersetuju dengan keputusan MCA berkenaan yang dibuat berikutan penolakkan pengundi Cina terhadap BN pada pilihanraya negeri di Sarawak bulan lalu. "Majlis Presiden MCA memutuskan bahawa MCA akan menarik diri sepenuhnya daripada semua jawatan dalam kerajaan pada semua peringkat jika parti kami gagal mendapatkan mandat pengundi Cina pada pilihanraya umum akan datang," kata Liow beliau. "Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan yang mendalam dan tidak ada kaitan dengan apa yang disebut sebagai politik perkauman," tambah beliau. Liow mendakwa keputusan itu menerima sokongan meluas akar umbi MCA di seluruh negara. Presiden MCA Chua Soi Lek menyalahkan kepimpinan parti sebelum ini kerana menerima jawatan dalam Kabinet walaupun parti itu tewas teruk pada pilihanraya umum yang lalu. Meskipun membuat tuduhan itu, Chua sendiri mencadangkan anaknya untuk diangkat menjadi Timbalan Menteri dalam Kabinet Najib pada tahun lalu. Chua sendiri menerima perlantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. | |||
| PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang Posted: 03 May 2011 09:56 PM PDT ![]() SHAH ALAM 4 MEI: PAS berpendirian komitmen yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang. Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang sejak Ogos 2008 tidak akan berubah. Perlantikan Anwar untuk menerajuo pembangkang di Parlimen melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau. "Jadi tidak semestinnya parti yang mendominasi dalam parlimen itu akan menjadi ketua pembangkang, itu memang menjadi lumrah tapi apa yang di amalkan Pakatan Rakyat hari ini telah melangkawi amalan itu dan kita pergi kepada asas kesepakatan dan penghormatan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi. Salahuddin mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) , Datuk Seri Abang Johari Openg supaya Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang untuk digantikan dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang. Dalam kenyataannya di Kuching semalam, beliau berkata Kit Siang boleh diambil sebagai Ketua Pembangkan kerana DAP mempunyai 29 kerusiberbanding PKR dan PAS masing-masing 23. Seterusnya Salahuddin berkata, Abang Johari cuba mengitarkan semula modal politik lapuk BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Justeru katanya, PAS tidak akan mengambil berat tipu helah yang cuba disuntik ke dalam persefahaman yang wujud sejak sekian lama oleh pakatan itu. "Dia cuba mempermainkan dengan politik. Cuba untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat tapi kita tidak akan terusik dengan apa yang beliau (Abang Johari) katakan," ujar beliau lagi. | |||
| Anwar: PR bersiap sedia hadapi PRU 13 tahun ini Posted: 03 May 2011 09:55 PM PDT
|
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Operasi Lalang 1987 yang didalangi Mahathir Mohamad (gambar kiri) ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (SUHAKAM) N Siva Subramaniam (gambar kiri) pernah menyatakan bahawa 70% kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.
Namun sekembali ke tanah air, wacana yang dibawa pemimpin negara dan media arus perdana begitu sempit. Umat Islam di Malaysia senantiasa dikaitkan dengan orang Melayu. Lawatan pemimpin negara dari China pula diberikan liputan berita yang meluas sekali oleh akhbar Cina tempatan. Contoh terbaru ialah lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao ke Malaysia.
Kemudian kerajaan Najib menjelaskan bahawa kesilapan tersebut disebabkan oleh perkhidmatan penterjemahan tawaran google yang cacat (apakah ini sebab kita harus tolak gmail dan guna email 1Malaysia?), lantas penterjemahan ayat berbunyi "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia" ditransformasi kepada "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi"! Cukup hebat keupayaan transformasi Kerajaan Najib berlandaskan retorik 1Malaysia!
Selepas itu, Wen Jiabao ketika berucap dalam perjumpaan tertutup selama setengah jam dengan kira-kira 400 hadirin yang terdiri daripada pelabur China di Malaysia, kakitangan Kedutaan Besar China di Malaysia, serta komuniti Cina Malaysia, memuji Najib kerana memperkenalkan 1Malaysia kononnya untuk mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Namun sehingga hari ini, Najib bukan sahaja terus disuap dengan komen positif pemimpin Huatuan atau "pemimpin masyarakat Cina" yang kononnya dapat mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina, malahan dihanyutkan oleh liputan meluas akhbar Cina berhubung sesetengah isu utama seperti lawatan pemimpin negara dari China yang "mislead" dan tidak lagi membayangkan hakikat kekompleksan dan perubahan dalaman pemikiran dan kemahuan masyarakat Cina yang telah sekian lama sebati dengan masyarakat Malaysia secara amnya.

Dalam ertikata lain sesiapa saja yang berminat untuk menjadi wartawan boleh menceburinya dengan memulakan penulisannya. Mereka boleh memilih untuk bertugas di media cetak atau media elektronik, yang semakin berkembang di negara ini.
Namun, mereka yang bekerja di alam siber seperti portal berita bolehlah dikategorikan sebagai wartawan atau lebih tepat wartawan alam maya. Kebanyakan mereka juga pernah bekerja di media cetak atau elektronik.
Namun, perkara pokok untuk menjadi wartawan ialah bakat menulis dan minat mendalam dalam bidang penulisan sehingga mampu menghasilkan berita dan laporan yang baik dan jujur. Ini penting sejajar dengan Etika Kewartawanan.
Ia juga boleh menuju ke arah mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya yang suci dan jujur.
Ketika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.
Penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.
Menurut Kadir yang kini adalah Ketua Pengarang Berita Publisihing Sdn Bhd, dalam pengalamannya berurusan dengan jabatan dan agensi yang "berkuasa" ke atas media massa, ada kalanya beliau berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, selepas mesyuarat pimpinan PR, yang dihadiri Presiden Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Seng Giaw, dan pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat.
"Di antaranya kurang ketelusan, belum ada pendedahan laporan EIA, tiada maklumat terperinci dan rundingan dengan masyarakat di kawasan terlibat, di sekitar Kuantan," sebelum Anwar (gambar kanan) meneruskan, "Kesan radioaktif walaupun dinafikan kerajaan Malaysia tidak meyakinkan, kerana keterangan dari kertas asal Australia itu berbeda. Dan keduanya, kenyataan menteri Australi bahawa buangan bahan radioaktif itu tidak akan dibawa balik ke Australia dan akan disimpan atau ditanam di Malaysia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan