WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Cilaka punya finance-WARTAMAYA
- Osama Laden meninggal dunia
- "HERO PORNO" Soi Lek Diingatkan Urus 'Nasib' MCA Dahulu
- Putrajaya Kaji Sistem 1Sekolah Pupuk Perpaduan
- Guan Eng : Kos Sara Hidup Meningkat, Najib Perlu Jawab
- Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi)
- Nik Aziz: Anwar Lambang Tenaga Melayu
- Hadi : Umno Perlu Muhasabah Diri Sebelum Pelawa PAS
- Himpuan 1 Mei - Polis tahan 17 orang termasuk Ahli Parlimen
- Undi Cina: Najib, Soi Lek Guna Politik Ugutan
Cilaka punya finance-WARTAMAYA Posted: 01 May 2011 08:46 PM PDT Cilaka punya financeGambar kat atas tu, kereta Merz model E class tahun 1996. Aku teringin nak beli. Mudah maintenance dan tidak mahal harganya. Nilai sekarang cuma sekitar RM60,000. Sama harganya dengan Perodua Alza. Aku dah gi ke merata Finance...diorang kata aku tak boleh beli sebab Payslip aku tak cukup nak bayar bulanan. Dengan hasil jual cendol pada hari Ahad dan Sabtu .. memang aku dah boleh bayar. Confident gila babi punya ... Aku try call finance sekali lagi. Last try .. "Hello cik ... saya xxxxxxxxx, yang nak buat loan tu hari." "Ye Encik .. saya ingat" "Ni la .. saya rasa saya boleh bayar bulanan, Kalau Cik tak caya, minggu depan lepas sembahyang Jumaat, datang ke PJ, saya nak buat sumpah lakhnat. " ".....Toootttt .... toootttt....toootttt" ... Talipon di letakkan. "Cetttt ... celaka punya finance !" |
Posted: 01 May 2011 08:29 PM PDT Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama. Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan. |
"HERO PORNO" Soi Lek Diingatkan Urus 'Nasib' MCA Dahulu Posted: 01 May 2011 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR 2 MEI : Kepimpinan PAS pusat menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menguruskan parti komponen BN yang diketuainya itu dan bukannya mengheret parti Islam itu untuk terjebak dengan masalah yang dialami BN menjelang pilihan raya umum. Gua punya ini macam wooo ..IHSAN WARTAMAYA
|
Putrajaya Kaji Sistem 1Sekolah Pupuk Perpaduan Posted: 01 May 2011 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR 2 MEI : Putrajaya sedang mengkaji syor menyeragamkan sistem persekolahan, bakal dikenali "1Sekolah" — yang akan mencetuskan semula debat mengenai keperluan sekolah vernacular — sistem mirip Sekolah Wawasan diperkenalkan oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk memupuk perpaduan. |
Guan Eng : Kos Sara Hidup Meningkat, Najib Perlu Jawab Posted: 01 May 2011 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR 1 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab kenapa kos sara hidup rakyat terus melonjak walaupun beliau mendakwa ringgit dikatakan semakin kukuh dan pelaburan asing meningkat enam kali ganda, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencurigai kenyataan kerajaan bahawa inflasi Malaysia stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu manakala ringgit kukuh kerana asas ekonomi negara yang kukuh. "Jika ini benar kenapa rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan. Ini tidak berlaku, "Jika ekonomi Malaysia begitu berjaya, kenapa inflasi dan kos sara hidup semakin naik. Rakyat tidak menikmati sebarang penurunan dalam harga barangan impot dan perkhidmatan," kata Guan Eng dalam teks ucapan Sempena Hari Pekerja yang diedar kepada media hari ini. Guan Eng turut mempersoalkan ke mana kerajaan menyalurkan wang hasil daripada pelaburan asing 2010, yang menurut Najib mencecah RM9 bilion. "Ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara," tambah Guan Eng. Guan Eng menegaskan DAP turut kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa "brain drain" atau penghijrahan golongan bijak pandai ke luar negara bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara, malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009. Menurut beliau sungguhpun ketidakadilan sosial dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN. "Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan negara jiran, bila Malaysia kehilangan dua juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60 peratus adalah berpendidikan rendah," kata beliau. Guan Eng turut menyarankan Malaysia untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini, Oleh itu beliau menegaskan Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil. "Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekanan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia. "Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti," tegas Guan Eng
|
Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi) Posted: 01 May 2011 12:12 AM PDT BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka. Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.
Kronologi Najib 'mintak nyawa' untuk selamatkan Barisan Nasional:
UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN? KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).
Dan ini jawapan DAP: DAP tolak pelawaan Umno sertai BN DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bila usaha mempelawa DAP tidak berjaya, DAP menjadi anggur masam.... Najib beralih kepada PAS dan memperlekeh DAP! Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?" Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
Pada hari yang sama, PAS bulat-bulat menolak pelawaan Najib yang sudah tenggelam-timbul kelemasan.. KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan "terima kasih" kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN). "Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Jika PAS tidak mahu menyertai BN, Najib saran PAS keluar daripada Pakatan rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Terengganu.
TG Nik Aziz jawab, "Itu cerita lama...." Nik Aziz: Pelawaan kepada PAS sertai BN cerita lama KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini. Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.
Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan. Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Ayoyo Najib... mengorat DAP, DAP tolak, berpatah balik kepada PAS, PAS tak hingin... dah jadi macam budak tadika. Meroyan le jawabnya. Masa terus berjalan dan semakin menekan Najib, BN dan umno-umnonya.. Jangan mempermudahkan Solat Hajat yang dilakukan oleh umat Muhammad SAW yang teraniaya dan dizalimi.
|
Nik Aziz: Anwar Lambang Tenaga Melayu Posted: 30 Apr 2011 11:50 PM PDT KOTA BHARU 1 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyifatkan penyebaran video lucah sebagai cubaan terdesak pihak tertentu untuk menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai lambang "tenaga orang Melayu." Nik Aziz berkata video seks itu sengaja dibuat dengan raut wajah pelaku kabur dan dalam hitam putih demi membolehkan fitnah terhadap Anwar disebarkan. "Kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku. Sehingga kini kerajaan, mahukan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek kerana mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan seorang wanita pada tahun 2007. Nik Aziz meminta pengundi Melayu supaya tidak mudah termakan dengan fitnah Umno mengenai Anwar. "Jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara." |
Hadi : Umno Perlu Muhasabah Diri Sebelum Pelawa PAS Posted: 30 Apr 2011 11:49 PM PDT KUALA LUMPUR 1 MEI : Pas hari ini menggesa Perdana Menteri Najib Razak berhenti bermain politik dan menunjukkan iltizamnya untuk melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan kebenaran serta keadilan untuk semua kaum di negara ini. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, mengapa mereka tidak laksanakan (kerana) kuasa sudah ada di tangan mereka," kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Semalam Najib sekali lagi mengulangi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat yang turut diterajui oleh PKR dan DAP. Najib mendakwa kerjasama itu hanya menguntungkan DAP dan justeru mahukan pemimpin PAS bekerjasama dengan Umno jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam. Kenyataan berbaur perkauman itu sekali lagi ditolak oleh Hadi yang menegaskan penyertaan PAS dalam PR adalah atas prinsip menegakkan keadilan untuk semua kaum, sebagaimana yang dituntut oleh Islam. "Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang. Kerjasama Pas selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Hadi menegaskan kerjasama itu berlainkan dengan hubungan wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun. "Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam? "Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang dalam kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra? "Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya. Jawapannya, kata beliau, adalah kerajaan pimpinan Umno- BN. Justeru parti itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. Hadi berkata seruan Najib itu adalah aneh, kerana Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno-BN untuk terus melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah membawa bencana kepada negara. Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
|
Himpuan 1 Mei - Polis tahan 17 orang termasuk Ahli Parlimen Posted: 30 Apr 2011 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR 1 Mei : Polis menahan sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jayakumar yang menyertai perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam. Beliau ditangkap ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Kira-kira 200 aktivis dan wakil pekerja berhimpun di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah penangkapan itu. Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mengesahkan tangkapan itu. Setakat ini tidak ada maklum balas dari polis. Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam menyatakan polis tidak patut menangkap mereka yang berada di hadapan pejabatnya kerana mereka berhak berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati bersabit isu-isu hak pekerja. "Hari ini 1 Mei, hari pekerja, rakyat kaum bekerja boleh menyuarakan pendapat mereka. "Saya harap mereka yang ditangkap dibaskan secepat mungkin tanpa kekerasan," kata James. |
Undi Cina: Najib, Soi Lek Guna Politik Ugutan Posted: 30 Apr 2011 06:42 PM PDT SHAH ALAM 1 MEI : Ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng menolak gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang Cina menyokong MCA jika mahu mengekalkan perwakilan kaum itu dalam kerajaan. Chua berkata "nasihat" Najib itu adalah ugutan terang-terangan oleh Barisan Nasional demi meraih undi pada pilihan raya umum ke-13. Chua berkata Najib dan Presiden MCA Chua Soi Lek terdesak mencari jalan untuk menongkah arus sokongan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat seperti yang dizahirkan pada beberapa pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu. "Itu seperti Sarawak lah, baru-baru ini Najib menggunakan ugutan yang sama terhadap SUPP tapi orang Tionghua masih sokong Pakatan Rakyat, dengan begitu jelas undi majoriti besar diterima masyarakat Tionghua," kata beliau. "Tengoklah apa berlaku di Hulu Selangor, di pilihan raya kecil Tenang, dan baru-baru ini di Sarawak. Jelas orang Cina sudah bosan dengan politik perkauman Umno-BN yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam mahupun ajaran kaum Cina. Politik perkauman akan melemah dan memusnahkan negara," kata beliau kepada TVSelangor. Chua berkata Najib dan MCA tidak perlu bongkak dan angkuh mengugut kaum Cina mengenai perwakilan mereka dalam kerajaan kerana belum tentu BN akan kekal sebagai kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. Jelas beliau lagi, Tuhan akan menentukan segalanya, dan bukan Najib mahupun Chua Soi Lek, kata bekas Menteri Kesihatan itu. Ugutan dua pemimpin itu mencerminkan mereka sememangnya terdesak berikutan peratusan pengundi kaum Cina yang menyokon parti pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini kian meningkat. Mereka memang sudah terdesak, hari ini kita nampak di muka depan NST, Najib minta PAS tinggal DAP, tapi dia tak nampak apa yang berlaku di dalam BN, banyak parti yang terbaru ini, SUPP di Sarawak sudah tenggelam, MCA, Gerakan sudah kalah, MIC dan parti-parti lain sudah lemah sekarang." Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri. Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan