Khamis, 26 Mei 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERSEKSA SELURUH NEGARA

Posted: 26 May 2011 11:47 AM PDT



SATU PEMILIHAN



nota:
ada lah lebih senang untuk memilih
sotong jantan atau sotong betina
dari memilih siapa diantara
dua malaon ini yang wajib
dinobatkan sebagai sang badut negara





IBRAHIM: SIAPA BADUT SEBENAR, NAZRI?
– mkini

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

"Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

"Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

"Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas," katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…INI YANG SUSAH… kah kah kah…

kah kah kah…. PAYAH SEKALI JADI RAYAT MALAYSIA…. kah kah kah..

kah kah kah…TERSEKSA JADI RAKYAT MALAYSIA…. kah kah kah…

woit… TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. MEMILIH ANTARA BRAHENG DAN NAZRI… kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA BADUT NEGARA…. kah kah kah..

woit…INI SATU SEKSAAAN YANG AMAT PERIT…UNTUK RAKYAT MALAYSIA.... kah kah kah

BAPAK BADUT

MIC PARTY TAK SEDAR DIRI

Posted: 26 May 2011 11:36 AM PDT



SIAPA PUNYA INI?



nota:
lihat tangan yang tembam ini
siapa punya tangan ini?
tangan ini amat amat menakutkan

ini baru melihat tangan
belum lihat peha lagi
kalau ternampak peha
pasti yang ternampak akan
terperanjat terus jadi batu!




BIASISWA : USAH TUNJUK LEBIH KUASA DARI KERAJAAN, PEMUDA MIC KECAM PERKASA
- minsider

Pemuda MIC mencabar Presiden Perkasa Ibrahim Ali supaya bersuara untuk rakyat, bukannya mempertahankan kerajaan jika ada kelemahan dalam pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang muncul isu kontroversi sekarang.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda MIC kebangsaan C Sivarraajh berkata, kenyataan Ibrahim menerusi badan yang diwakilinya semalam menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding kerajaan dalam isu membabitkan masa depan pelajar.

"(Oleh itu) pergerakan Pemuda MIC dengan sekeras-kerasnya ingin membantah kenyataan akhbar oleh YB Ibrahim Ali (semalam) yang memberi amaran kepada MIC dan MCA agar tidak bercampur tangan dalam urusan JPA.

"Persoalan yang timbul di sini adalah apakah YB Ibrahim Ali sungguh berkuasa untuk bersuara demi kerajaan dan mampu memberikan amaran kepada MIC dan MCA parti politik yang terulung di Malaysia bersama Umno?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, MIC dan juga rakan parti komponen dalam BN iaitu MCA merupakan kerajaan pemerintah dan apa salahnya menegur antara satu sama yang lain.

"YB Ibrahim Ali mewakili parti mana? Beliau merupakan seorang calon bebas dan bersuara menerusi NGO yang bernama Perkasa.

"Saya ingin mencabar YB Ibrahim Ali untuk tampil bersuara dalam menyuarakan isu biasiswa JPA dan kelemahan dalam implementasi arahan Kabinet," katanya lagi.
Oleh itu kata Sivarraajh, beliau mencabar Ibrahim Ali bahawa, sebagai seorang wakil rakyat, harus bersuara untuk rakyat bukannya mempertahankan kerajaan sekiranya ada kelemahan dalam implementasi keputusan Kabinet.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… HEBAT BETUL PEMUDA MIC INI…. kah kah kah..

kah kah kah…PARTY MCA KENA TIBAI BRAHENG… TAPI TAK BERANI BERSUARA…kah kah kah..

kah kah kah… MCA TAK BERANI MACAM MIC INI…. kah kah kah…

kah kah kah ….MIC INI TAK TAHU SIAPA BRAHENG INI…. kah kah kah…

kah kah kah… MIC TAK SEDAR… POWER BRAHENG INI…. kah kah kah…

kah kah kah…SEMUA PROJEK KALAU BRAHENG TAK SETUJU… JAMIN TAK JALAN… kah kah kah…

kah kah kah.. TAK CAYA …TENGOK PROJEK LRT… KENA UBAH IKUT CAKAP BRAHENG…. kah kah kah…

woit…. MIC INI TAK SEDAR…. MAT MONGOL HANYA TAKUT PADA DUA ORANG… kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN TAKUT DENGAN ANWAR IBRAHIM…TAPI TAKUT DENGAN IBRAHIM ALI…. kah kah ka..

kah kah kah…YANG SORANG LAGI MAT MONGOL TAKUT DENGAN SIAPA?.... kah kah kah….

kah kah kah… TEKA DAN AGAKLAAAA…. kah kah kah…

TAMPAR MUKA INI

9 JULAI HARI ANAK MUDA

Posted: 26 May 2011 11:32 AM PDT




TURUN!





HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh 'Perhimpunan Rakyat' pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

"Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

NOTA:
anak anak muda bersedia
anak anak muda bersedia
9 julai adalah hari anak muda

siapa yang nak cuti lamar cuti dari sekarang
siapa yang nak kahwin sila kawin sekarang
siapa yang nak bersunat sila bersunat sekarang

siapa tak ada duit cari kerja dari sekarang
siapa ada duit simpan dari sekarang
semua perlu datang ke kuala lumpur
kerana 9 julai ialah hari anak muda!


SELAMAT KAN ANAK INI

Posted: 26 May 2011 01:02 AM PDT



PENDERAAN KANAK-KANAK




APA ITU SEMIOTIK

ilmu semiotik ialah ilmu yang mendidik kita
untuk memahami makna dari tanda dan gambar
semiotik bukan ilmu yang baru
dari zaman berzaman manusia telah mengunakan semiotik
hanya dalam kehidupan harian kita tidak menyedari
yang kita menggunakan semiotik

lihat gambar di atas:

gambar juga kalau kita kaji
akan memiliki nahunya dan hukumnya tersendiri
ini bermakna gambar juga boleh dibaca untuk
memahami makna yang dihatar oleh imej ini
gambar juga bersuara
gambar juga seperti karangan boleh kita fahami
gambar seperti sajak boleh kita kupas untuk memahmi maknanya

lihat gambar diatas:

seorang perempuan yang gemok memakai cermin mata hitam
gemok ini dapat dibuktikan dengan senang sekali
kita hanya perlu membezakan tangan perempuan ini dengan
tangan yang terpampang depan kita
tangan yang terpampang dihadapan sekali
kelihatan slim dan kurus

tangan perempuan gemuk ini kembung
tidak serupa tangan yang slim dan kurus
malah tangan gemok ini pula di sulam dengan dua cincin mutiara
di jari kiri dan kanan
juga ada gelang tangan yang dipakai
kelihatan pergelangan tangan juga tembam

dari segi semiotik jelas perempuan ini cuba mengatakan pada dunia bahawa dia kaya
bukti kenyataan : aku kaya!
kerana perempuan ada cincin dan gelang mutiara
bukan satu tetapi banyak

dari ilmu semiotiok ini kalau kita kahwin kan pula
dengan ilmu psikoanalis maka kita akan faham
saikoloji perempuan gemok ini
si gemok ini cuba menunjukkan sesuatu
untuk menutup asal usulnya
mungkin cuba menututup asal usulnya yang datang dari ulu kampong
justeru dengan memasang intan berlian dan mutiara
maka akan tertutup lah asal usulnya

kemudian kita perhatikan yang perempuan ini memakai kaca mata hitam
selalunya mafia sahaja yang memakai kaca mata hitam
atau mat feed lepas kena debu
atau rock star atas pentas sedang 'stone' yang pakai kaca mata hitam

ertinya: orang yang memakai kaca mata hitam cuba menyorokkan sesuatu
kerana mata adalah pintu rahsia
mata akan membuka seribu satu macam rahsia

kenapa perempuan gemok ini memakai cermin mata hitam?


lihat pula baju yang dipakai oelh perempaun gemok ini
berenda-renda berkait kait
ini menunjukan bahawa cita rasa peremouan gemok ini masih rendah

kita boleh keluarkan perempan gemok ini dari kampong gomoncheh
tapi kita tak boleh keluarkan kampong gomoncheh dari perempaun gemok ini
taste perempaun gemok masih lagi kampongan

perhatikan pula

kanak kanak yang sedang digomol oleh perempun gemuk ini
perhatikan mata kanak-kanak ini
biji matanya naik keatas
ini jelas tanda mata yang dalam ketakutan

mata kanak kanak itu
memandang keatas adalah tanda meminta pertolongan
di hadapan kanak kanak ini ada seseorang - yang kita tidak nampak
mata kanak kanak ini memandang keatas dengan suara jeritan meminta di selamatkan

kanak kanak adalah manusia suci yang belum membawa
beban hidup - tidak tahu berbohong - mata kanak kanak ini
terbau sesuatu yang kita tidak dapat kita yang dewasa mencium

kanak kanak ini dapat merasakan kepura puran perempuan gemok ini
kanak -kanak ini sedar yang ini hanya untuk diambil gambar
dan perempuan gemok ini sedang berlakun untuk kamera

kanak kanak ini sedar

dalam masa yang sama
mata melihat keatas itu menyatakan bahawa kanak-kanak ini
tidak suka di gomol oleh perempuan gemuk ini

kalau di eropah atau di amerika perempuan gemok ini
akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah
kerana cuba mengomol kanak-kanak
ini satu deraan keatas kanak kanak

perhatikan pula mata perempuan berbaju puteh dan menjenjeng beg
perempuan ini mungkin bekerja dengan perempuan gemok ini
cuba perhatikan mukanya
dari muka perempun berbaju puteh ini kita dapat
membaca bahawa dia melihat dengan jijik
apa yang sedang berlaku dihadapannya

lihat pula perempuan berbaju merah dibelakang yang berbaju puteh
dia juga melihat dengan jijik
apa yang sedang dilakukan oleh perempuan gemok ini

dua orang perempuan berbaju merah
yang paling hampir dengan kamera tersenyum
perhatikan betul betul
ini senyum yang dibuat buat
dan juga perhatikan lelaki berkaca mata dibelakang
dalam ilmu semiotok ini dipaggil senyuman bodek

fbi/cia/kgb semuanya menggunakan ilmu semiotik
untuk data profiling
disini dengan ilmu semiotik
kita dapat mengetahui bentuk badan
kelas dan niat perempuan gemok ini

perhatikan apa dalam tangan perempuan gemok ini?
kipas

kenapa perempuan gemok ini memerlukan kipas
walhal amat jarang kita lihat orang berjalan
dalam kota atau pekan kita yang menggunakan kipas

kipas ini mungkin untuk menghalau lalat
kerana bau perempuan gemok ini amat amat diminati oleh lalat

nota:
sesudah kajian semiotik ini dilakukan
pasti perempuan gemok ini tidak akan lagi
memakai kaca mata hitam dan membawa kipas
kah kah kah


NOTA :
soalan cepu emas
siapa perempuan gemok ini?

ANAK MUDA SELURUH DUNIA SEDANG BANGUN MELAWAN

Posted: 25 May 2011 11:44 PM PDT



BANGUN MELAWAN!




NOTA:
lihat dan lihat
baca dan baca
dengar dan dengar

dunia sedang berubah!

kaum kapitalis sedang merancang
kaum kapitalis sedang berkomplot
kaum kapitalis sedang membuka pentas perang
kaum kapitalis sedangh melancarkan perang

perang dunia akan pecah!

hanya anak muda yang akan menentukan arah dunia hari ini
hanya anak muda yang dapat memberhentikan perang
hanya anak muda yang memiliki jawapan

pegang tangan kekasih
isikan dalan fb
hantarkan dlam sms
ingatkan tarikh 9 julai
bersama anak muda sedunia

dari tunis ke rabat
dari rabat ke algiers
dari algiers ke al cairo
dari cair ke manama
dari manama ke madrid

anak anak muda telah bangun !

dengan gendang yang dipalu
dengarkan payung yang dipasang
9 julai tarikh kita

dari kangar ke kuala kangsar
dari gopeng ke gebeng
dari senawang ke selibin
dari pantgai dalam ke pantai remis
dari felda taib andak ke felda chemomoi
anak anak muda anak semua bangsa akan turun

berarak menuntut keadilan
berarak menuntut refortmasi
berarak dan berjanji tidak mahu lagi ditipu dalam pilihanraya

yakinlah dunia ini akhirnya milik anak muda!!!




ANAK MUDA - DUNIA INI AKHIRNYA ADALAH MILIK KAMU!



THE BATTLE OF THE BADUTS

Posted: 25 May 2011 10:20 PM PDT



BADUTS WAR PART TWO




nota:
ulat taik jamban hitam kata
ulat taik jamban kuning bodoh
ulat taik jamban kuning kata
ulat taik jamban biru duduk dalam taik

nah!

ini persolan falsafah yang amat payah
hendak dipecahkan dari zaman greek lagi
kenapa mereka ini jadi ulat taik
kah kah kah



JIHAD : PERKASA KECAM NAZRI AZIZ DAKWANYA PEMIMPIN HALF PAST SIX - minsider

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan pihaknya tidak akan melayan kritikan Nazri Aziz dalam isu "perang jihad", sebaliknya menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin "half past six."

Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Ibrahim Ali sebagai "badut."

"Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.

"Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti Mahathir dengan macam-macam gelaran," katanya.

Oleh itu, katanya, "gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah."

"Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri 'half past six' macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno," katanya lagi.

Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai "badut" sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.

"Pada saya, beliau Ibrahim adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.

"Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang," kata Nazri lagi.

Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…PEMBACA YANG BUDIMAN…. kah kah kah..

kah kah kah…SILA BACA DALAM LAPORAN INI…kah kah kah…

kah kah kah…INI KESAH PERTEMPURAN BADUT-BADUT…. kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN PERTEMPURAN BANDIT BANDIT.... kah kah kah

kah kah kah…SILA TEKA ADA BERAPA EKOR BADUT…. kah kah kah..

NOTA:

woit - HALF PAST SIX NI APA?.... kah kah kah

KEPALA BADUT

MAIN SANDIWARA PULAK!

Posted: 25 May 2011 09:39 PM PDT




BANGUN DAN LAWAN !




WASPADA KEMUNGKINAN BANJIR
- meloya

Penduduk negeri ini diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke tempat lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan banjir yang disediakan jika diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Jangan tunggu banjir menjadi serius baru hendak berpindah kerana tindakan yang lewat boleh mengundang padah dan kehilangan nyawa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TENTANG BANJIR MALAON INI TAHU PULAK BERI INGATAN…. kah kah kah…

kah kah kah… TENTANG LOJI LYAKNAT ITU… BUAT BUAT DONNO…. kah kah kah..

kah kah kah…NAMPAK MACAM ADA HATI PERUT…. kah kah kah..

kah kah kah….NI KERANA MESTI KERANA PILIHANRAYA NAK DATANG… kah kah kah..

kah kah kah…NI MESTI KERNA MALAON INI DAH TAHU…AKAN KENA TENDANG OLEH BIK MAMA… kah kah kah

woit…LOJI GI GEBENG INI LEBIH BAHAYA DARI BANJIR… kah kah kah

TANAMKAN DI GEBENG


DUIT TRAAAAAK

Posted: 25 May 2011 08:21 PM PDT




HABIS LINGKUP



GAJI GURU: KERAJAAN TAK MAMPU SEBAB KRISIS KEWANGAN – mkini

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
kepada anak anak muda
yang masih belajar di universiti dan kolej dan dalam, sekolah
yang akan keluar dalam masa satu dua tahun
adalah di maklumkan bahawan semua PEKERJAAN dan JAWATAN
dlam kerajaan telah di BEKUKAN – kah kah kah

kenapa?

kerana:
duit taraaak kah kah kah


duit sudah membazir:
beli kapal selam – setiap tahun 1 bilion ringit penjagaan
nak beli 257 kereta kebal dari syarikat DEFFTECH Sdn Bhd – harga 8 bilion ringgit
membazir projek plkn
membazir buat istana baru

dan paling membazir setiap tahun beri cukong 19 bilion ringgit
kah kah kah

NOTA:
tak lama lagi gaji kaki tangan kerajaan
pun tak cujkup kah kah kah

NOTA:
sila selidik syarikat defftech ini
kroni yang mana ?
kah kah kah


KAKI SONGLAP

Tiada ulasan: