Tukar Tiub |
- SURAT DARI PEMBACA
- PELIK TETAPI BENAR
- BERITA YANG HENDAK KITA BACA
- INI BUKAN BERITA LAWAK
- SAUDAGAR SENJATA PUNCA RANCANGAN
- TEKA - SIAPA JANTAN ITU?
- JUMAAT INI - DEMO ANTI KILANG LYAKNAT
- BERITA GUMBIRA
- MAKAN TANGGUNG - BERAK CHANGKUNG
Posted: 18 May 2011 10:31 AM PDT JUMAAT JAM 2.00 PETANG JANGAN LUPA jumaat ini turun bearmai ramai berkumpul di sekitar klcc jam 2.00 petang berarak ke kedutaaan australia di hadapan klcc menghantar memo membantah kilang lyaknat di gebeng yb fauziah salleh yb tian chua ketua pemuda pas akan memimpin perarakan hari jumaat ini! SURAT DARI PEMBACA bro aku ada secebis kisah untuk diceritakan.Aku menetap di pekan Pusing tidak jauh dari pusat pelupusan sisa2 buangan kilang di bukit merah.Aku terbaca kisah2 sedih dan duka penduduk bukit merah baru aku terasa menyesal menetap di pekan Pusing tapi apakan daya duitku sudah habis membeli rumah untuk anak dan biniku dulu aku fikir menetap dikawasan hutan dan bukit aku merasa nyaman dgn udara yang segar tetapi sekarang aku macam duduk ditempat yang sangat bahaya.Aku takut racun itu akan tersebar kerumahku. Aku selalu pergi kekawasan air terjun dihutan Papan membawa bini dan anaku2 bermandi manda dan sambil menikmati udara hutan yang nyaman dan kehijaun namun sekarang tidak lagi dan aku juga risau air terjun dari hutan akan tercemar mangalir ke sungai Johan dari situ mengalir pula ke sungai Kinta aduhai... Oleh Tanpa Nama pada BANGANG TAK ADA UBAT pada 11/05/18 |
Posted: 18 May 2011 10:16 AM PDT HOTEL INDAH LAGI MEWAH nota: pelik tetapi benar dalam hotel mewah ini maksiat tidak pernah berlaku maksiat hanya berlaku di hotel pak pong di chow kit kah kah kah DARI ARKIB : 25 April 2010 MAUT JATUH APARTMEN ELAK DITANGKAP KHALWAT - berita hairan KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan. MATI JATUH BANGUNAN ELAK DI CEKUP KHALWAT - tiewnama KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini. Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zulkarnain berkata, pihak JAWI mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. KAH KAH KAH KAH AKH KAH KAH AKH KAH woit… SUSAH IKUT AGAMA ISLAM INI…. kah kah kah.. kah kah kah… SAMPAI MATI … ORANG KENA PAKSA PERGI SYURGA…kah kah ka kah kah kah…. TAK NAK PERGI SYURGA TAK BOLEH KE?.... kah kah kah.. kah kah kah…. BOLEH PAKSA SAMPAI MATI UNTUK PERGI SYURGA…. kah kah kah kah kah kah… TAKUT ORANG KAPIR BILA BACA BERITA INI…. kah kah kah.. kah kah kah… YANG PELIK TU… MENTERI KAKI RASUAH…. MENTERI KAKI ROGOL…. TAK BERANI DEKAT PULAK…. kah kah kah… kah kah kah… KES BUNUH ALTANTUYA… TAK BERANI KOMEN APA-APA…. kah kah kah.. kah kah kah… KES KOMISEN KAPAL SELAM… TAK KATA APA APA PUN…. kah kah kah kah kah kah... ASIK ASIK KHALWAT.... kah kah kah.. kah kah kah... HARI MERDEKA TANGKAP KHALWAT... kah kah kah.. kah kah kah... HARI VALENTINE TANGKAP KHALWAT.... kah kah kah.. kah kah kah.... HARI TAHUN BARU TANGKAP KHALWAT.... kah kah kah.. woit... SEMUA YANG DI TANGKAP... ORANG MISKIN... kah kah kah.. kah kah kah... YANG KAYA...DALAM HOTEL MAHAL... KENA HALAU KALAU DTANG... kah kah kah.. kah kah kah...ORANG KAYA DALAM KONDO MEWAH...KAT GATE PUN TAK LEH MASUK.... kah kah kah.. kah kah kah... SUSAH JADI MISKIN... NAK PANCUT PUN ADA YANG KAWAL.... kah kah kah kah kah kah…. LECEH ADA PEGAWAI POTONG STIM…. kah kah kah |
Posted: 18 May 2011 10:08 AM PDT CIIIT PANDDY KUTTY KESAL BANYAK KES DADAH LIBATKAN ORANG MELAYU- meloya SHAH ALAM 18 Mei - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini melahirkan kekesalannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini melibatkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam. Hakim Datuk Abd Rahim Uda berkata, orang Melayu telah dididik sejak kecil bahawa dadah itu adalah haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam. "Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama. KESAL BANYAK KES MAHKAMAH HAKIM MELAYU MENIPU - melayu SHAH ALAM 18 Mei – Awang bin Sudin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini hari ini melahirkan kekesalannya apabila melihat banyak kes kes hakim menerima rasuah dan hakim menyalah guna kuasa dalam negara ini yang melibatkan hakim tua berketurunan Melayu dan beragama Islam. Awang bin Sudin berkata, orang Melayu telah dididik sejak kecil bahawa rasuh dan salah guna kuasa itu adalah haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam. "Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama. Awang bin Sudin dari Kuala Jerai telah berkata demikian di luar mahkamah sateah dia mengikuti perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. |
Posted: 18 May 2011 09:53 AM PDT INI LAPORAN BERITA JIKA DEDAH IDENTITI , POLIS DITUDUH BERPOLITIK - meloya Timbalan Ketua Polis Negara, Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. "Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah…UMANG AAAIIII…. JUJUR NYA MAT MATA INI… kah kah kah… kah kah kah… INI MAT MATA DARI MANA?.... kah kah kah.. kah kah kah…. BETUL KE MAT MATA INI TIDAK BERPOLITIK…. kah kah kah… kah kah kah… SEMINGGU SEKALI MATA INI AKAN BERCAKAP TENTANG VIDEO INI…. kah kah kah… kah kah kah… MINGGU INI MAT MATA INI KATA – PELAKON TELAH DI KENALI…. kah kah kah.. kah kah kah… MINGGU DEPAN… KENYATAN YANG VIDEO INI TULIN…. kah kah kah.. kah kah kah…. MINGGU DEPAN DEPAN… VIDEO INI HANTAR KE KOREA…. kah kah kah.. kah kah kah…MINGGU DEPAN DEPAN DEPAN… VIDEO INI HANTAR KE AMERIKA…. kah kah kah woit… KEMUDIAN TIAP MINGGU VIDEO INI AKAN DI HANTAR KE NEGARA BARU… kah kah kah.. kah kah kah...ADA 105 NEGARA DI BAWAH BANGSA BANGSA BERSATU.... kah kah kah.. kah kah kah... 105 MINGGU MAT MATA INI AKAN BECAKAP DI MEDIA.... kah kah kah.. kah kah kah..INI UNTUK MEMASTIKAN MAT MATA INI AKAN TERUS BERCAKAP DI MEDIA…. kah kah kah… kah kah kah…INI UNTUK MEMASTKAN RAKYAT MALAYSIA TAK LUPA TENTANG VIDEO BOROI INI…. kah kah kah.. woit..BILA PARLIMEN DI BUBAR… kah kah kah... kah kah kah...MAKA AKAN KELUAR LAH KENYATAAN MAT MATA INI BAHAWA LELAKI ITU IALAH ANWAR IBRAHIM…. kah kah kah.. kah kah kah…LANCOW TAK BERPOLITIK…. kah kah kah |
SAUDAGAR SENJATA PUNCA RANCANGAN Posted: 17 May 2011 11:00 PM PDT BETUL MATI ATAU MATI BETUL BETUL Pada 2 haribulan May yang lalu dunia digemparkan dengan berita Osama Bin Laden mati di bunuh oleh soldadu Amerika. Heboh seluruh dunia. Kematian Osama ini menjadi kempen Jom Heboh Obama. Semenjak serangan WTC di New York pada 9/11 dahulu, Osama yang mengidap penyakit buah pinggang telah dilaporkan mati beberapa kali. Arwah Benazir Bhutoo ketika menjadi Perdana Menteri Pakistan telah pernah dilaporkan oleh akhbar Guardian London berkata yang Osama telah lama mati. Ini sebelum Benazir sendiri di bunuh mati. General Hamid Gul bekas pengarah ISI – Inter Services Intelligence ( pasukan risiskan Pakistan) telah dilaporkan beberapa tahun dahulu mensahehklan bahawa Osama telah lama meninggal dunia. Selama sepuluh tahun Osama tidak berkata apa apa – senyap dan sepi. Yang heboh-heboh hanyalah media yang melaporkan aktiviti apa yang mereka panggil pengganas Islam Al-Qaida. Osama - nama Osama - menjadi jenama untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Osama yang beragama Islam dijadikan 'hantu' untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar melihat Islam sebagai musuh. Dengan bangganya Rumah Puteh telah mengeluarkan berita kematian Osama. Berita awal melaporkan bagaimana pasokan SEAL – komando elit Amerika – datang dengan helikopter telah bertempur dengan pengawal Osama di Abbotabad Pakistan. Laporan media juga berkata Presiden Obama dan ahli kabinetnya terpukau melihat operasi ini secara terus menerus di Rumah Puteh. Melalui berita awal ini rakyat dunia juga telah di beritahu bahawa Osama telah menggunakan isterinya yang muda dan comel sebagai pelindung. Esoknya kesah ini bertukar pula. Osama diberitakan tidak bersenjata. Osama dilaporkan tidak menggunakan isterinya sebagai pendiding. Hanya ada seorang pengawal yang bersenjata. Pertempuran hebat itu tidak pernah berlaku. Presiden Barak Obama tidak melihat secara terus menerus tetapi menerima laporan dari pimpinan tentera. Semua propaganda telah kantoi! Semua menjadi kantoi kerana warga di Abbotabad telah pergi melihat rumah yang dikatakan tempat Osama tinggal. Mereka tidak melihat tembok pecah dan lantai robek. Kesan-kesan peluru juga tidak ternampak. Saheh tidak ada pertempuran. Kesah dongeng ini cuba dibetulkan oleh Rumah Puteh. Media dunia telah diberi satu gambar yang menunjukkan muka Osama pecah berdarah. Tetapi Rumah Puteh terlupa bahawa hari ini telah wujud internet dan teknoloji komputer gambar. Muka Osama berdarah ini dibuktikan sebagai gambar lama yang telah pernah dikeluarkan oleh Rumah Puteh tiga tahun dahulu. Rupa-rupanya ini gambar muka Osama luka berdarah telah di photoshop. Ini samalah seperti gambar muka Rosmah Mansor yang montok dan leher yang berlapis-lapis telah dilangsing dan dicunkan. Kalau rakyat Malaysia boleh ketawa apabila melihat muka Rosmah yang di potoshop – bayangkan rakyat dunia lagi ketawa besar apabila melihat kerja bodoh Rumah Puteh. Kantoi demi kantoi ini menjadikan Obama tertekan. Presiden Obama kini sedang dilihat sebagai Pelawak Hitam – Black Comedian – yang diupah membuat lawak oleh saudagar senjata berkulit puteh. Untuk meneruskan jenakanya si Pelawak Hitam ini telah memberitahu dunia bahawa mayat Osama telah dibuangkan ke dalam laut. Mengikut lojik Obama apabila telah dibuangkan ke laut maka tidak ada dakwa dakwi. Tidak perlu gambar. Tidak perlu DNA. Khalas. Period. Khatam kes Osama Bin Laden. Kes tutup. Untuk kita yang rasional, sama ada Osama mati bulan dulu atau lima tahun dahulu tidak penting disini. Apa yang jelas peranan Osama untuk menakut-nakutkan dunia telah tamat. Tetapi Al-Qaeda masih dikatakan wujud. Al-Qaeda kini ialah satu jenama sama seperti FaceBook atau Sabun Fab. Jenama ini telah menyerap masuk ke dalam ingatan bersama rakyat dunia. Ini penting untuk kuasa imperial Amerika dan saudagar senjata. Untuk memahami jenama ini mari kita semua kembali melihat strateji dan taktik kuasa imperial Amerika yang terdahulu. Di zaman Perang Dingin/Cold War diantara blok Amerika dan Russian dahulu – yang dijadikan hantu ialah komunis. Komunis telah digunakan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar menyokong Amerika yang dikatakan membawa obor kebebasan dan demokrasi. Rakyat dunia telah ditakut-takutkan dengan mistos ideloji komunis. Untuk orang Islam - komunis telah dikatakan tidak bertuhan. Kaum tani pula telah ditakut-takutkan dengan sistem ekonomi komunis dimana semuanya wajib dikongsi termasuk berkongsi cangkul dan sabit. Jika ini tidak menakutkan kaum tani – dalam sistem komunis dikatakan sang isteri juga akan dikongsi sama. Ketika Perang Dingin berjalan saudagar senjata dan syarikat gergasi senjata di Amerika Syarikat telah mendapat kontrek yang lumayan dari kerajaan Amerika. Saudagar dan tuan empunya syarikat senjata telah digalakkan untuk mencipta dan mengeluarkan senjata terbaru/tercanggih yang boleh mengalahkan Russia. Di era ini perlumbaan senjata antara Amerika dan Russia telah dijadikan kuliah wajib oleh media dunia. Khutubah tentang kekuatan senjata Russia ini dijaja ke hulu ke hilir untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Hasilnya : di Eropah banyak negara dipaksa membukakan tanah air mereka untuk dijadikan pengkalan senjata nuklear Amerika. Pertembongan dua ideloji antara sistem kapitalis dengan sosialis ini telah menjadikan dunia tegang. Amerika terus membuat huru hara. Ketegangan dan huru hara yang berterusan ini amat baik untuk saudagar senjata. Justeru, di zaman Perang Dingin , Amerika telah menobatkan ramai General untuk mengambil alih kerajaan sebagai langkah menentang komunis. General Pinochet di Chile, General Suharto di Indonesia, General Thanom Kitikachorn di Siam, General Pak Chug Hee di Korea adalah contoh-contoh soldadu yang dinobatkan untuk menjadi kepala negara. Sebenarnya - keadaan tegang ini adalah cuaca dan suhu yang terbaik untuk saudagar senjata. Senjata-senjata baru terus dicipta. Senjata lama dijualkan kepada negara dunia ketika yang berjaya ditakut-takutkan dengan 'hantu komunis'. Apabila negara-negara dunia ketiga merasa takut maka tidak dapat tidak mereka akan berpayung di bawah bendera Amerika Syarikat. Semua ini berubah apabila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1998. Dua German – Barat dan Timur – yang dahulunya bermusuh kini bersatu. Russia menjadi lebih demokratik dan mengamalkan sistem kapitalis. China menjadi murtad dimana Parti Komunis China menjadi budak suruhan kepada kaum kapitalis. Yang lebih menakutkan kaum kapitalis, saudagar dan tuan empunya kilang senjata ialah suasana aman damai dalam dunia ini. Jika dunia aman maka senjata tidak lagi diperlukan. Jika rakyat dunia tidak bergaduh sesama sendiri maka tidak ada negara yang ingin membeli senjata. Kilang senjata dan saudagar senjata tutup kedai. Perang menjadi sejarah. Justeru, satu strateji baru dieram. Para pemikir yang diupah oleh kaum pemodal telah menimbulkan satu strateji baru. Samuel P. Hutington pada tahun 1992 telah menetaskan apa yang dipanggil Clash of Civilisation – Pembentrokan Tamadun. Teori ini diwujudkan setelah tamatnya Perang Dingin. Dalam teori ini yang dijadikan musuh dan hantu - yang dilihat sebagai masalah ialah budaya dan tamadun yang berbeza dengan budaya dan tamadun Amerika Syarikat. Kepelbagaian budaya ini tidak dilihat sebagai positif yang mengkayakan dunia tetapi dilihat sebagai masalah. Justeru Islam telah dinobatkan oleh Samuel P. Hutington sebagai salah satu tamadun dan budaya yang akan membawa masaalah kepada tamadun dan budaya Anglo-Saxon. Maka disini terselitkanya nama Osama bin Ladin. Sebelum serangan keatas WTC pada 9/11, para pemikir dan pembuat dasar Amerika telah lama bersedia untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Setahun sebelum Iraq diserang pemikir strateji tentera Amerika telah merancang untuk menyerang Iraq. Negara ini menjadi sasaran kerana Iraq adalah negara ke dua yang terbanyak menyimpan bahan bakar minyak petrol sesudah Saudi Arabia. Justeru, racangan dua buah kapal terbang melanggar WTC bukan satu yang baru. Pada tahun 1962 telah ada perancangan yang dipanggil Operation Northwood. Dalam operasi ini CIA akan melakukan serangan terhadap tempat tempat yang telah dipilih. Serangan mengejut ini akan memeranjatkan rakyat Amerika. Mengikut skrip Operation Northwood , dengan pantas Presiden Amerika akan menuduh Castro dan Cuba sebagai penyerang. Rakyat Amerika akan dibakar kemarahan. Ketika patriotisma rakyat Amerika tercabar, disaat inilah Cuba akan diserang. Inilah yang berlaku pada 9/11 dahulu. Kerja 'orang dalam' ialah melanggar WTC dengan dua buah kapal terbang untuk disaksikan oleh seluruh rakyat Amerika. Ini samalah seperti serangan Perlabuhan Pearl di Hawaii pada 7 Disember 1941 dahulu. Serangan Jepun ini memang digalakan oleh saudagar-saudagar senjata agar Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Kedua. Kalau Amerika tak masuk perang maka kilang senjata tidak berfungsi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa serangan terhadap WTC pada 9/11 itu adalah kerja 'orang dalam'. Nama Osama dimunculkan sebagai strateji untuk menjadikan Islam sebagai jenama musuh rakyat dunia. Media dan propaganda Amerika telah memuntahkan kepada dunia bahawa Osama ialah penjihad Islam. Islam kini dilihat sebagai musuh baru terhadap kebebasan rakyat dunia. Strateji Perang Dingin kini telah beralih menjadi Perang Melawan Keganasan – War on Terror. Suasana reda aman damai sesudah runtuhnya Tembok Berlin hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kini suasana dunia menjadi tegang kembali. Kalau di zaman Perang Dingin ada perang di Vietnam, Kamboja dan Laos. Di zaman Perang Melawan Keganasan ini ada perang di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Hakikatnya kilang membuat senjata tidak berhenti henti membuat senjata. Saudagar senjata ketawa terbahak-bahak memasukan duit ke dalam bank. Dan kita jangan jadi bodoh untuk terus bertanya Osama sudah mati atau belum.(TT) nota: tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN 16 yang sedang dalam pasaran sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipin : 03-22-72-40-45 |
Posted: 17 May 2011 10:10 PM PDT ANAK RAZAK ATAU CUCUK RAZAK? nota: gambar klasik ini menimbulkan banyak persolaan seluruh alam dunia bertanya: anak razak atau cucuk razak kah kah kah SIAPA ORANG KETIGA BERSAMA RAZAK BAGINDA DAN ALTANTUYA KE MALTA? – keadilan daily Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya. "Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia. Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… SIAPA AGAKNYA?.... kah kah kah.. kah kah kah…INI MESTI DATUK ESKAY…. kah kah kah.. kah kah kah…. DALAM KAPAL YANG SAMA KERANA NAK BUAT FILEM PORNO?... kah kah kah.. kah kah kah…TAPI… MUSTAHIL DATU ESKAY… YANG ALIM LAGI WARAK… kah kah kah.. kah kah kah… SIAPA AGAKNYA?.... JANTAN ATAU BETINA?....kah kah kah… kah kah kah…INI MESTI JANTAN YANG MINAT MINAH CUN YANG SLIM…. kah kah kah.. kah kah kah…. SILA TEKA…. SIAPA JANTAN YANG MINAT MINAH SLIM?.... kah kah kah…. nota: adakah jantan ini amt ezam? tak mungkin kerana tak ada kotak? adakah jantan ini zul nordin? tak mungkin kerana ketika itu bisul belum melatus adalah jantan ini rais yatim? tak mungkin kerana rais yatim sedang merogol kah kah kah |
JUMAAT INI - DEMO ANTI KILANG LYAKNAT Posted: 17 May 2011 09:06 PM PDT TURUN BERAMAI-RAMAI JUMAAT JAM 2.00 PETANG KUMPUL DI KLCC KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia. Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan pencinta alam akan menyerahkan memorandum kepadaPesuruhjaya Tinggi Australia. Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don't Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan |
Posted: 17 May 2011 08:49 PM PDT TEKA SIAPA JANTAN INI nota: jujur pada diri sendiri tengok betul betul apakah ini muka melayu yakinkah muka ini akan berjuang untuk ketuanan melayu kah kah kah SELESAIKAN SEGERA MASALAH DALAMAN - TPM - meloya Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut. Muhyiddin berkata, semua pihak terbabit perlu mengambil serius berhubung perkara tersebut kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa. Dia berkata, meskipun sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mula kelihatan, namun ia belum cukup kuat dan meyakinkan apatah lagi dalam situasi beberapa bahagian UMNO tidak menunjukkan perubahan seperti yang diharapkan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BERITA BAIK UNTUK SEMUA... kah kah kah woit… GEROMBOLAN SEDANG GADUH SESAMA SENDIRI…. kah kah kah.. kah kah kah… SEMUA NAK BUNUH SAMA SENDIRI…. kah kah kah… PERLIS: shaidan nak bunuh isa isa nak bunuh razi razi nak bunuh azmi khalid GANU: geng deris nak bunuh geng mb semua dah sedia nak lari masuk pas N.SEMBILAN semua nak bunuh mb adik beradik semua nak bunuh kaki rogol di jelebu kaki rogol sesak bernafas KEDAH orang kedah tak suka orang sabah baaaaa.. orang kedah nak eeee PERAK eee zamby akan dinobat lawan eee kj dua dua hitam dua dua eee PAHANG mat mongol nak tendang adanan kah kah kah JOHOR tak payah cakap berebut kerusi dengan cukong mca muhyiddin nak bunuh hishamuddin azalina nak bunuh akasi semua geng nak bunuh syed hamid kah kah kah SELANGOR ezam nak bunuh toyo toyo nak bunuh mat noh lokman adam nak bunuh ezam kah kah kah DAN DAN rosmah nak bunuh muhyiddin muhyiddin nak sembelih rosmah tapi tak jumpa leher kah kah kah BERITA BARU MASUK dari pulau pinang di beritakan lim guan eng akan masuk islam dia akan jadi melayu masuk gerombolan kah kah kah |
MAKAN TANGGUNG - BERAK CHANGKUNG Posted: 17 May 2011 07:25 PM PDT YA AMPOOON !!! nota: inilah dia raja yang sebenar siapa pemilik kilang dia pemilik buruh siapa pemilik buruh dia pemilik politikus siapa pemilik politikus dia pemilik negara kah kah kah dibelakang kuasa politikus kita ialah duit judi kah kah kah nota: nak cakap apa? kalau tak ambil duit judi pilihanraya kalah nanti kah kah kah JANGAN PERTIKAI AGAMA , KONTRAK SOSIAL - meloya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya tidak mempertikai atau mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara. Titah baginda, pembentukan negara menerusi amalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik hidup dalam keadaan aman dan harmoni. "Marilah kita mengimbau kembali sejarah pembentukan negara yang terbina di atas sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Raja Perlis di Istana Arau di sini hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… MEMANG LAH TAK NAK PERTIKAI… kah kah kah.. kah kah kah…SIAPA YANG NAK PERTIKAI KAN…. kah kah kah.. woit… KALAU DAPAT MAKAN TANGUNG… BERAK CHANGKUNG… kah kah kah kah kah kah… KEMBANG PUNGGUNG… kah kah kah kah kah kah…ENTOT BERSAMBUNG SAMBUNG…. kah kah kah kah kah kah... TIDOO TERAPUNG... kah kah kah.... kah kah kah...HARI HARI MELEBONG.... kah kah kah.. kah kah kah...CUKUP BULAN PUNGUT DUIT MASUK KANTUNG.... kah kah kah kah kah kah…. SEMUA RAKYAT TANGGUNG…. kah kah kah.. woit…KALAU MEK NGOK DAN MEK JOH DAPAT MACAM INI….kah kah kah.. kah kah kah... SAMPAI KIAMAT TAK AKAN PERTIKAI…. kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan