Selasa, 31 Mei 2011

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


KOMBUNASI ULAMA DAN BUKAN ULAMA

Posted: 31 May 2011 05:27 AM PDT

Takut benar "penyokong ulama" jika Timbalan Presiden Pas bukannya dari kalangan ulama. Kononya nanti tak ada orang mampu berhujah dengan al quran dan hadis . Realitinya kini Pas berjaya menarik orang awam bukan menggunakan hujah alquran  sahaja. Jika ya, sudah barang tentulah penceramah yang bijak dan pakar al quran dan hadis  seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Taib Azmudin, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasarudin Tantawi dan Ustaz Nasarudin Isa akan dihadiri ramai  orang. Hujah al quran dan hadis hanya digunakan untuk program "dalaman" Pas sahaja.

Secara ikhlas marilah kita mengaku bahwa golongan bukan ulama dalam Pas lebih berjaya menarik  orang ramai dalam berhujah membongkar kezaliman BN/UMNO. Malah isu Allah yang dieksploitasi oleh Umnio itu pun berjaya di jawab  dan dipatahkan oleh Hj Khalid Samad dan Dr Dzulkefli Ahmad.  Setakat ini hanya TG Nik Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang  dari gologan ulama yang berjaya memikat orang ramai.

Kita merasakkan jika Timbalan Presiden Pas bukan dari kumpulan bukan ulama pun, jika Presidennya meninggal dunia pun, ianya tetap diganti oleh tokoh dari kumpulan ulama  juga. Timbalan Presiden bukan ulama hanya memangku buat sementara sahaja.

Oleh kerana 'syok" dengan tokoh dari ulama, maka posisi Timbalan Presiden Pas sejak Hj Hadi menjadi Presiden, sentiasa sahaja ditandingi. Ini bermakna anggota Pas tidak puas hati dengan prestasi pemegang jawatan Timbalan Presiden dari kumpulan ulama. Ya, jika ada tokoh baik dari kumpulan bukan ulama, mengapa kita tidak mahu menerimanya. Isunya bukan soal ulama  atau tidak tetapi adalah kemampuan menggerakkan parti. Tambahan pula pihak luar parti yang menyokong Pas pun mahukan Tuan Hj Mohamad Sabu  sebagai Timbalan Presiden Pas. Mohamad Sabu for all. 

Alangkah baiknya  jika Pas berjaya menonjolkan pada awam  bahwa hirarki kepimpinan Pas menunjukkan kombinasi ulama dan bukan ulama dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.


Tiada ulasan: