SharpShooter |
- Expo Rakyat N.06 Teluk Ayer Tawar
- Chegubard - Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar
- Sharpshooter vs Rais di Mahkamah 4 Julai
- Chegubard ke Siam
| Expo Rakyat N.06 Teluk Ayer Tawar Posted: 06 May 2011 09:43 PM PDT |
| Chegubard - Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar Posted: 06 May 2011 08:59 PM PDT Dari Blog Chegubard 1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR. 2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau.3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggal rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program. 4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan. 5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah :
6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya. 7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR. 8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ? 9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa. 10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan. 11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat.Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti. 12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah. 13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'. 14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak. 15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang. Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini. 16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu. Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu. Sharpshooter - Chegubard tak mungkin akan tinggalkan ribuan AMK yang mengundi beliau semasa pemilihan dibiarkan terkapai-kapai tanpa Chegubard....mereka masih mengharap dan menaruh harapan tinggi pada Chegubard.... lawan tetap lawan...lawan sampai menang... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Sharpshooter vs Rais di Mahkamah 4 Julai Posted: 06 May 2011 07:49 PM PDT ![]() Masih ada yang keliru rupanya....berita semalam bukan tentang Rais saman Sharpshooter tetapi Rais saman blogger kedua iaitu Ahmad Mutalib Sabahkini.net. Ada pula yang kata sharpshooter surrender....kalau kata bodoh marah pula...hahahaha....Bila masa pula yang Sharpshooter surrender....Sharpshooter akan bertembung dengan Rais pada 4 Julai 2011.....lawan tetap lawan.... Bernama - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim akan memohon kepada mahkamah untuk memasuki satu penghakiman terhadap penulis blog dalam saman fitnah, jika penulis itu gagal hadir di mahkamah. ![]() Peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir penganalisis politik dan juga penulis blog Ahmad Mutalib Mohamed Daud di Sabah. Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes bagi perkembangan perkara tersebut. Ia merupakan percubaan terakhir untuk menyerahkan saman kepada penulis blog, setelah mereka gagal untuk menyerahkan saman itu secara peribadi kepadanya. "Kita memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lepas kerana kita tidak dapat menyampaikan saman itu secara peribadi kepadanya. Kita buat penyampaian gantian melalui pengiklanan pada 13, 14 dan 15 April di akhbar harian Sabah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Selepas itu, katanya mereka telah menampalkan saman berkenaan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Dan kini, kita telah menampalkan saman itu di alamat terakhirnya, jika (penulis blog) itu gagal hadir di mahkamah, kita akan memasuki satu penghakiman terhadapnya," kata Norhani. Rais memfailkan saman itu pada 10 Feb, selepas empat artikel yang beliau anggap sebagai memfitnah, bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net. Ahmad Mutalib, penulis blog yang menyediakan berita bebas melalui laman webnya, yang didaftarkan di Kota Kinabalu. Dalam kenyataan tuntutan, Rais menyatakan bahawa sesetengah perkataan yang disiarkan dalam artikel itu adalah dengki dan memfitnah beliau yang sangat memudaratkan peribadinya dan reputasi profesionalnya di seluruh negara serta antarabangsa, menyebabkan beliau malu yang amat sangat, duka dan menjejaskan. Beliau juga menyatakan bahawa artikel itu tidak masuk akal dan keji yang memberi gambaran salah mengenai kelakukan dan jawatanya. Rais juga menuntut ganti rugi am, khas, memudaratkan dan kerugian teladan dan juga injunksi untuk memaksa Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan fitnah dan perenggan dalam artikel itu. Ini baru Berita tentang Rais saman Sharpshooter... (Bernama) - KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan memberi keterangan dalam kes saman beliau terhadap penulis blog berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau. Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 4 Julai depan untuk mendengar kes itu. Beliau menetapkan tarikh itu selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Azad Bashir yang mewakili Rais dan Gan Chee Wei yang mewakili penulis blog, Amizudin Ahmad. Bercakap kepada pemberita, Azad berkata saksi utama daripada pihak plaintif adalah Rais sendiri. Beliau berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak untuk menyerahkan kepada mahkamah dokumen berkaitan kes itu sebelum 23 Mei dan menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak meneliti dokumen berkenaan sebelum perbicaraan bermula. Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas. Beliau antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan dari blognya artikel itu dan melarangnya dari terus menyiarkannya. Pada 2 Feb lepas, Rais memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin Ahmad mengeluarkan (membuang) artikel yang memfitnah beliau daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. Amizudin pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti daripada menyiarkan artikel itu yang didakwa memfitnah menteri itu. Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau. Menteri itu berkata tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia serta tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral. Rais berkata bahawa ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan telah menafikan tuduhan itu selepas seorang penulis blog menamakan beliau. Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau selama lapan tahun, dilaporkan oleh sebuah portal berita Indonesia, telah menafikan yang beliau pernah dilayan buruk atau dirogol oleh majikannya. Amizudin dalam pernyataan pembelaannya mempertahankan tindakannya dengan berkata artikel itu menyatakan apa yang benar berlaku.-BernamaSharpshooter - Pak Menteri Rais sebenarnya telah menyaman 2 blogger dalam isu rogol Amah. Lawan tetap lawan...takkan nak suruh Rais bersumpah macam Eskay dan Saiful pula kot...hahahaha.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 06 May 2011 08:39 AM PDT Chegubard berceramah malam ini bersama Ustaz Sharil Long di Kg Siam, Lunas. Chegubard menyentuh soal pilihanraya Sarawak, isu Melayu, isu pertembungan Najib dan Anwar dan isu video lucah Eskay. Isu panas yang hangat dikatakan hari ini benarkah Chegubard akan keluar parti Keadilan? Benarkah atau sekadar khabar angin? Kalau benar mengapa? Adakah kerana pemilihan? Adakah kerana Anwar atau Azmin atau Shamsul Iskandar? Semua sedia maklum Chegubard pernah buat keputusan menolak jawatan Penolong Setiausaha Keadilan Pusat di rumah Sharpshooter. Ada yang kata Chegubard akan keluar parti kerana kalah pemilihan yang penuh penipuan..eh takkan kerana tu Chegubard nak keluar parti kot.. Ada yang kata Chegubard akan keluar parti kerana Anwar dan Azmin atau Shamsul..eh takkan kerana tu Chegubard nak keluar parti kot... Chegubard seorang pemimpin yang kental dan tahan uji..setiap pemimpin akan diuji dengan berbagai ujian.. Dalam politik..jika takut dipukul badai..usah berumah di tepi pantai..itu adat dan asam garam politik.. Ini sebenarnya satu lagi ujian yang Chegubard kena tempuh..biasalah bila kita kuat dan mengancam kedudukan..berbagai onak Chegubard kena tempuh seperti Anwar yang ternyata kuat dan mengancam umno b-end sebab itu Anwar teruk difitnah, diaibkan, dimalukan dan dituduh dengan berbagai tuduhan.. Itulah asam garam seorang pejuang..lagi dituduh lagi lawan..lagi difitnah lagi lawan..lawan tetap lawan.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan