SharpShooter |
Posted: 04 May 2011 09:47 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta. Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak. "Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham. Begitu pun, Singham turut mengakui peranan Eskay dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd. Eskay yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu. Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu. Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan Sharpshooter - sian Eskay RM20 juta terbang..apa susah bersumpahlah pula..bukankah sumpah boleh selesaikan semua masalah..buat sumpah laknat kepada Merong Mahawangsa pula...hahahaha Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Posted: 04 May 2011 06:37 AM PDT Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya. Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com. Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan. Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau. Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional. Sharpshooter - Allah itu Maha Kuasa.. Anda nilailah sendiri insan yang bernama eskay ini dari awal kenyataannya hingga hari ini..siap bersumpah laknat.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Tok Bilal dan Tok Siak senyum meleret.. Posted: 04 May 2011 06:18 AM PDT Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus. Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu. Peningkatan elain itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya. Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak. Kali ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan. Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600. Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya. Sharpshooter - hari ini ada dua kenaikkan, satu elaun tok siak dan bilal dinaikkan dan satu lagi harga petrol RON (Rosmah Najib) naik lagi 20 sen menjadikan harga baru RM2.90 sen. Sudah pasti rakyat lebih gembira dengan kenaikkan harga petrol sebab memang sah BN barang naik. Orang umno tak kisahlah harga petrol naik sebab depa dapat diskaun petrol bila tunjuk kad ahli umno... hahahahahahahaha Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan