shalehudin |
| Posted: 25 May 2011 07:05 AM PDT Elok sangat dah laa... Umno katok gendang, Pas pakat menari. Orang dah kata dah jangan dok layan la gendang dari Umno tu. Aku pun heran betoi laa, mana punya hantu tak tau la yang selalu sangat bangkitkan isu rundingan dengan Umno yang telah pun mencetuskan debat panas dan pergeseran dalam Pas nih.... Kenapa masih ada lagi cerdik pandai yang bagaikan tak menghiraukan suara majoriti ahli bawahan serta penyokong akar umbi nih. Korang mungkin lupa kot, orang ramai yang mengundi Pas masa pilihanraya hari tu bukan pasai Pas tu kuat sangat tapi pasai meluat kat Umno. Hangpa rasa orang ramai akan undi hangpa lagi ka kalau dah hangpa yang terhegeh hegeh lebih dok nak ber"UG" gak ngan Umno tu... Pertemuan dengan Umno selama ini dikait terus dengan usaha bergabung dengan Umno atau disebut "kerajaan perpaduan," cadangan presiden Pas pada 2009 yang merujuk penubuhan kerajaan semua parti berdasarkan peratus kerusi Parlimen dimenangi. Cuba la perati tengok tangan yang hangpa nak ber"UG" tuh... dah hilang ka nanah nanah fitnah yang di henyak keatas DSAI selama lebih 13 tahun tuhh? Dah wangikah tangan itu dari kebusukan rasuah yang menimbun selama lebih 53 tahun memerintah negara yang amat makmur ini? Dah kering dan hilangkah darah merah ahli ahli Pas Memali dulu? Jangan pasai PKR nak diharamkan ja dijadikan sebagai alasan nak berbaik dengan Umno. Alaahaii... rapuh sungguh la kesepakatan dalam Pakatan Rakyat nih, setakat ni saja ka kesungguhan dan iltizam hangpa dalam Pakatan Rakyat? |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan