shalehudin |
- Pekerja ketiga mati di loji nuklear yang bermasaalah
- Man U juara liga...
- Ada lagi ka yang tak kena Anwar ngan ABIM nih...
- Husam heran kat Najib...
- Amerika tiru Umno... kahkahkah...
- Berjaya dah kot lagu ni...
- Malangnya kita...
- Ni pondan mana punya kerja nih... haha...
- Kali pertama kena siasat...
- Err... blogger ja ka? Utusan Meloya camana plak...
Pekerja ketiga mati di loji nuklear yang bermasaalah Posted: 14 May 2011 09:25 AM PDT Third worker dies at Japan's troubled nuclear plant TOKYO (Reuters) - A worker at Japan's tsunami-crippled Fukushima Daiichi nuclear power plant died on Saturday, plant operator Tokyo Electric Power Co said, bringing the death toll at the complex to three since a massive earthquake and tsunami in March. Despite the prolonged nuclear crisis, Prime Minister Naoto Kan is set to announce at a G8 summit in France that Japan will keep using nuclear power, the Yomiuri newspaper said. Workers in protective suits operate remote-controlled machinery to clear debris in the compound of Tokyo Electric Power (TEPCO) Co.'s crippled Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant in Fukushima, northern Japan April 10, 2011, in this handout photo released by TEPCO April 11, 2011. (REUTERS/Tokyo Electric Power Co/Handout/Files) The cause of the worker's death was unknown. The man, in his 60s, was employed by one of Tokyo Electric's contractors and started working at the plant on Friday. He was exposed to 0.17 millisieverts of radiation on Saturday, Tokyo Electric said. The Japanese government's maximum level of exposure for male workers at the plant is 250 millisieverts for the duration of the effort to bring it under control. The worker fell ill 50 minutes after starting work at 6:00 a.m. on Saturday (2100 GMT on Friday) and brought to the plant's medical room unconscious. He was later moved to a nearby hospital and confirmed dead, a Tokyo Electric spokesman said. Working conditions at the plant are harsh. Goshi Hosono, a special adviser to Prime Minister Naoto Kan and a ruling Democratic Party lawmaker, voiced concerns about the working environment at the Fukushima complex on Wednesday. "I would like to spend my energy to improve working conditions. Many people told us working environment (at the plant) is way too bad," Hosono told a news conference. The March quake and tsunami triggered cooling system malfunctions at the plant, and caused radiation to leak into the atmosphere and the sea, prompting Kan to review Japan's nuclear-leaning energy policy from scratch. Kan plans to tell the G8 summit at the end of May in Deauville, France, that Japan will rely more on renewable energy, but it will also enhance safety of atomic power and continue nuclear power usage, making it clear the country is not withdrawing from nuclear power generation, the Yomiuri said. Engineers are still struggling to bring the Fukushima plant under control. Two Tokyo Electric employees went missing while patrolling the plant soon after the quake and were later found dead. The government plans to soon unveil a timetable to show how it aims to proceed with the nuclear crisis-related steps such as containing the radiation leak, and investigating the cause of the accident, the Asahi newspaper said. In what might be a fresh hurdle to bringing the troubled plant under control, Tokyo Electric said it found a large amount of water in the basement of the building that houses the No.1 reactor at the Fukushima plant. It is likely that water that was injected into the reactor to cool it down leaked out into the basement, a Tokyo Electric official said. (Reporting by Kiyoshi Takenaka; Editing by Daniel Magnowski) |
Posted: 14 May 2011 07:29 AM PDT |
Ada lagi ka yang tak kena Anwar ngan ABIM nih... Posted: 14 May 2011 06:32 AM PDT Anwar: Saya tak menyesal masuk Umno dulu Jimadie Shah Othman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas. "Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM). Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka. Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM. "Ada orang beranggapan, tanpa Anwar habislah ABIM," katanya sambil memberitahu andaian itu tidak pernah menjadi kenyataan. Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan "mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah". Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan. Menceritakan pengalaman awalnya bersama Umno, Anwar mendakwa tindakannya menyertai usrah (perbincangan) selepas Subuh danqiamullail (solat malam) mengundang perasaan tidak selesa segelintir anggota parti itu sendiri. Pengalaman amat pahit, kata Siddiq "Mereka kata ada usaha mengubah landasan Umno," katanya tanpa menyebut pihak tersebut secara jelas. Sebelum itu, presiden ketiga ABIM Datuk Dr Siddiq Fadzil yang memangku jawatan itu ketika Anwar meninggalkan ABIM berkata berasa amat "pedih" dengan tindakan itu. Katanya, setelah cukup 40 tahun usia ABIM pada tahun ini, beliau mahu memberitahu bahawa pengalaman itu amat pahit sekali. "Kalau saya anak-anak kecil dan mahukan ghanimah (harta), sudah tentu saya mengamuk dan lari (keluar ABIM)," katanya disambut gelak ketawa hadirin. Dia juga menghambur pertanyaan yang membuatkan Anwar terus tersipu-sipu di pentas. "Dia jadi menteri kewangan, apa dia bagi pada kita? Kita tahulah dia sibuk, baru masuk dah hendak bertanding ketua Pemuda (Umno)," katanya lagi dengan sinis. Dalam gerakan Islam di Malaysia, masih banyak pihak yang beranggapan tindakan Anwar menyertai Umno 29 tahun lalu sebagai pengkhianatan dan mengecewakan banyak pihak. Lebih-lebih lagi, ABIM merupakan antara gerakan Islam terawal dan paling berpengaruh ketika itu. |
Posted: 14 May 2011 12:36 AM PDT Husam Musa: Kenapa Najib biarkan Utusan? Oleh: YB Husam Musa Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak wujud. Trend Utusan Malaysia mempermainkan api perkauman dan agama – terakhir isu konspirasi Kristian – jelas membahayakan keamanan negara dan kemakmuran hidup masyarakat majmuk Malaysia. Ia tidak membantu menguatkan Islam bahkan sebaliknya memercikkan api yang boleh melemahkan negara dan kedudukan Islam di negara ini. Tepat sepertimana disebut Perdana Menteri sendiri, "...semua pihak mesti membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara." (Perdana Menteri; Berita Harian 12 Mei 2011) Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara, kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi 'anak nakal' yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati? Jika kenyataan Hatta Hawari, wartawan Utusan Malaysia yang terpecat kerana membongkarkan agenda politik Utusan Malaysia yang jelek dalam rangka mengekalkan UMNO/BN terus berkuasa dijadikan asas, jelas wujud persekongkolan antara Utusan Malaysia dan UMNO. Adakah kerana itu Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tidak bertindak terhadap Utusan Malaysia? Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden UMNO sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa dua pancing satu umpan. Pada satu pihak, Utusan Malaysia bertindak bagi pihak UMNO menimbulkan sentimen terancam (fear psychology) iaitu supaya orang Melayu kekal menyokong UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang, sama seperti sentimen dari isu 'tengkolok bersalib' yang dikenakan ke atas Tengku Razaleigh Hamzah menjelang PRU-1986 yang lalu. Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Perdana Menteri mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan. Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia. Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihanraya umum akan datang. Suka saya mengingatkan, langkah ini bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang menggunakan provokasi kaum dan agama. Larangan memaki hamun sembahan yang lain yang boleh menimbulkan kebencian agama seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An'am, ayat 108 boleh dijadikan contoh. وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْواً بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." Langkah Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab untuk tidak bersolat dalam gereja Kristian walaupun dijemput berbuat demikian dalam peristiwa pembukaan Baitul Maqdis dengan tujuan mengelakkan persengketaan merebut rumah ibadah, juga boleh dijadikan contoh penghormatan beragama yang diberikan oleh Islam untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah negara. Tindakan Utusan Malaysia yang provokatif dan sikap berlepas tangan Perdana Menteri, adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya. Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi. Saya selaku rakyat merakamkan rasa kesal terhadap perkembangan ini. |
Amerika tiru Umno... kahkahkah... Posted: 13 May 2011 09:04 PM PDT Bahan porno ditemui di rumah agam Osama mati ditembak WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video. Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui. Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan. Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu. Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam. Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad. Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu. Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya. Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh. |
Posted: 13 May 2011 07:34 PM PDT Gaddafi mungkin meninggalkan Tripoli, tercedera: Itali ROM: Menteri Luar Itali, Franco Frattini, berkata beliau percaya Muammar Gaddafi sudah meninggalkan Tripoli dan dipercayai cedera ketika konflik di negara itu tercetus. "Saya berpendapat berdasarkan komen Bishop Tripoli, Monsignor Martinelli yang memberitahu kami Gaddafi mungkin di luar Tripoli dan kemungkinan cedera. Tetapi kami tidak tahu lokasi beliau ketika ini," katanya. - AFP |
Posted: 13 May 2011 07:25 PM PDT Malang sungguh rakyat Malaysia sekarang ni yang terpaksa menyusuri politik negara yang paling kotor dalam sejarah negara maupun dunia. Rakyat kebanyakan telah dipaksa menjadi saksi pada permainan paling jijik politik negara yang belum pernah disaksikan sebelum ini di mana mana ceruk rantau dunia. Islam kah negara kita sekiranya pemimpin negara hanya sibuk tentang soal agama rasmi negara tanpa usaha memartabatkan Islam sebenar, Islam sebagai pemerintah bukan Islam diperintah. Malaysia dah jadi negara cacamarba sekarang ni, negara tunggang langgang yang menyebabkan kebimbangan rakyat ditahap paling tinggi terhadap tahap pemahaman masyarakat yang semakin menipis berhubung agama Islam. Pemikiran rakyat kini dikongkong dengan kejahilan sehingga rakyat terhindar daripada memahami prinsip Islam sebenar. Pemimpin hanya bercakap tentang soal kosmetik Islam dari mendidik roh roh Islam dalam diri rakyat mereka. Mereka lebih sibuk risaukan negara jadi negara Kristian akan tetapi hukum Qazaf, sumpah (laknat) dan hukum Syarak tidak dipatuhi. Islam hanya di anut setengah dan di sejuk bekukan lagi setengah. |
Ni pondan mana punya kerja nih... haha... Posted: 13 May 2011 03:00 PM PDT Nurul Izzah terima SMS ugutan mahu culik anak perempuannya Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani Nurul Izzah percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri kerjaya politik ayahnya. KUALA LUMPUR, 13 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menerima mesej SMS yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu. Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui. Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak sulung Anwar percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri kerjaya politik ayahnya. Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. "Orang itu mengugut bahawa anak perempuan saya akan menghadapi nasib yang sama seperti (kes) Sharline. Jika saya terus sokong bapa saya, maka saya tidak boleh menyelamatkan anak saya. "Dia juga mengugut bahawa jika saya tidak menggesa bapa saya (Anwar) agar berhenti daripada politik, maka sesuatu akan berlaku ke atas anak saya," kata beliau kepada pemberita selepas membuat aduan di balai polis Dang Wangi di sini pagi ini. Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan. "Pada 5 Mei 2011, saya menerima SMS pertama daripada individu itu mengatakan ada sesuatu penting untuk beritahu saya. Orang itu meminta saya menghubungi dia segera. SMS itu dihantar dua kali," katanya. "Saya risau tentang keselamatan anak-anak dan keluarga saya. Ini bukan kali pertama, keluarga saya diugut dengan video seks dan (kejadian) sabotaj kereta ayah saya (bulan lalu)," katanya lagi. Selasa lalu, pemandu Anwar membuat laporan polis bahawa kereta majikannya kemungkinan telah disabotaj dengan sistem brek diusik, kejadian yang dikesan bulan lalu. Sebulan sebelum itu, "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks, yang si pelakunya didakwa Anwar, dengan dipertontonkan kepada wakil media pada 21 Mac lalu. |
Posted: 13 May 2011 11:26 AM PDT Mubarak ditahan 15 hari atas tuduhan salahguna kedudukan KAHERAH: Mesir hari ini mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meraih kekayaan secara haram. Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari membuat arahan berkenaan selepas menyoal siasat Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh. Ia adalah kali pertama Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram terbabit. Mubarak masih lagi ditahan di hospital Sharm el-Sheikh berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sebelum ini beliau disoal siasat berhubung beberapa tuduhan termasuk memberi arahan untuk menembak tunjuk perasaan antikerajaan. - AFP |
Err... blogger ja ka? Utusan Meloya camana plak... Posted: 12 May 2011 05:36 AM PDT Kristian-Islam: Blogger pro-Umno terus kecam 'Bigdog', gesa minta maaf Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog "Bigdog", penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu. Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger "Bigdog" sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf. Penulis blog "Bigdog" melalui entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara. Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu. Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian. Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. "Untuk kontroversi terbaru ini bukan orang Melayu, Cina dan India sahaja, malah semua rakyat Malaysia mesti bangun mendesak dia menarik semula kenyataan 'Kristian Sebagai Agama Rasmi Negara?, yang kononnya didesak oleh sekumpulan paderi dan pemimpin DAP agar Kristian dijadikan agama rami negara. "Pandangan blogger ini telah dikeluarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, tiada bukti, tiada fakta... hanya sekeping gambar dikeluarkan. Mungkin ramai yang keliru dengan status blogger ini," kata kata blogger "Gelombang-Rakyat". Tambah penulis blog itu, tindakan "Bigdog" itu akan menjatuhkan imej dan kepimpinan negara. "Kenapa perlu nyatakan yang palsu? Tindakan Bigdog ini bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara, malah boleh mencetuskan perpecahan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama. "Lebih pelik, ia hanya sekadar rekaan semata-mata. Sebenarnya ini yang dinamakan mainan politik dan tidak mustahil Bigdog akan terus melaksanakan strategi-strategi begini," katanya. Sementara itu blogger "Gelombangwangsamaju" bersetuju blogger "Bigdog" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian negara. "Saya memang bersetuju, ISA sahaja, blogger pro-kerajaan yang memalukan BN dengan membangkitkan isu sehingga menggugat ketenteraman awam dan bakal menyebabkan perbalahan antara agama," katanya. Sementara itu blogger "Papa Gomo", menyifatkan tuduhan palsu yang dilemparkan "Bigdog" bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kesannya turut diterima blogger pro-Umno yang lain. "Kalau sudah salah mengaku sahaja, tidak perlu nak bongkak sangat... akibat dari tindakan anda ini telah mengakibatkan Malaysia jadi kecoh dan ketenteraman awam tergugat malah kesannya turut mencalar imej kami blogger pro-Umno yang lain. "Kenapa nak bongkak sangat? Kerana dia, semua blogger terima tempias, isu yang dibawa Bigdog ini kesan kecelakaannya amat besar dan tidak ada guna nak simpan blogger macam ini. "Bukan sekali dia merosakkan kerajaan malah sudah berpuluh-puluh kali... cukup-cukuplah elok anda duduk diam dan keluarkan permohonan maaf, tidak perlu keluarkan kenyataan yang bongkak dan angkuh," katanya. Awal pagi tadi The Malaysian Insider melaporkan blogger "Bigdog" mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah. "Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf? "Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan