Ahad, 29 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: 3000 Belia Menonton Bola Man.U Vs Barca Bersama Exco Kelantan

Posted: 29 May 2011 06:02 AM PDT

UMNO sebelum ini bergelora dengan gelombang merah yang dibayar program tersebut untuk menarik golongan belia tetapi  PAS Kelantan malam tadi telah membuktikan kesinambungannya menonton perlawanana bola sepak bersama-sama belia untuk perlawanan akhir yang melibatkan Manchester United menentang Barcelona dengan beberapa Exco Kerajaan Kelantan.

Pada perlawanan tersebut, Barcelona telah menjuarai perlawanan tersebut dengan keputusan menewaskan Manchester United dengan jaringan 3-1 di Stadium Wembley. 

Belia yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak di skrin yang diletakkan di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke-4, Kota Bharu. Bukan sekadar menyaksikan perlawanan bola tersebut malah ada program sampingan turut diadakan pada malam tadi seperti gambar di bawah.



 Pertunjukan variasi warna basikal


 YB Fatah Haron





YB Fatah turut main futsal 



Menjawab Tuduhan UMNO

Posted: 29 May 2011 04:23 AM PDT


Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi. Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama "Melayu".

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: "Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi".

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: "DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa."

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi 'pak turut' kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, 'disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng' seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak'. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum. – Roketkini.com

500,000 Kilogram Ikan Mati

Posted: 29 May 2011 02:04 AM PDT


Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.


Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. 

Barbican Haram?

Posted: 29 May 2011 12:00 AM PDT


Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri 'bir halal' itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

"Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

"JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara," katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

"Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

"Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam," katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

"Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman 'halal' berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras," katanya.

Himpunan 1juta Belia Tapi Yang Datang 8000 Orang

Posted: 28 May 2011 09:30 PM PDT


Himpunan tawan Putrajaya oleh belia. Kata Najib kepada belia-belia yang datang dalam program Himpunan Sejuta Belia. Perhimpunan belia itu juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai 10% dari sasaran asal kerana yang datang hanyalah 0.8 %.

Adakah ini menunjukkan bahawa belia tidak lagi menyokong kepimpinan Najib? Sebelum ini Najib dikatakan mempunyai peratus popular dikalangan pemimpin iaitu 76% jika dibandingkan dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Adakah ia telah jatuh merudum kerana isu ekonomi yang membebankan rakyat?

Berbeza dengan Himpunan Munajat Anak Muda yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan yang mendapat sambutan 150% yang mana mensasarkan 10,000 orang anak muda tetapi kehadirannya ialah 15,000. Kita boleh buat perbandingan antara yang ikhlas dan yang menunjuk-nunjuk.

Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?" tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.- Najib.

Sasaran Najib pada program belia itu menunjukkan beliau risau dengan golongan muda yang dikatakan akan menjadi penunjuk aras pada pilihan raya umum akan datang. Sasarannya bukan melebihi 100,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang datang. Kehadiran hanyalah sekitar 8,000 orang sahaja.

Ke mana belia harapan Najib ini? Najib jangan anggap belia ini bodoh macam pemimpin UMNO/BN yang suka menipu dan menindas rakyat. Belia juga dikalangan rakyat dan bukannya warga asing yang diberikan kad pengenalan percuma seperti yang dilakukan di Selangor dan juga cuba dilakukan di Kelantan iaitu di Tumpat.

Blogger Pro-UMNO Papagomo Ugut Bunuh

Posted: 28 May 2011 07:53 PM PDT


Mohd Azuan Ab Rahman, 33, yang juga ahli pemuda PKR (AMK) berkata ugutan untuk membunuhnya diterima daripada seorang penulis blog pro-Umno iaitu Papa Gomo pada 20 Mei lalu.

Menurutnya, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan penulis blog dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik.

Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain.

Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu).

Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut. - blogger Harapan Rakyat 
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengenal pasti mana satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian.

Antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah "nak mati ke?" dan "memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya" .

Manakala pada 21 Mei pula, mesej itu semakin lantang seperti "Bunuh je, kasi kerat xxxx (dipadamkan) tu hehehe" dan pada 22 Mei pula berbunyi "Kau Islam ke? Bunuh je" dan "he he he takut ke apa? Rumah dah jumpa…..huhuhu".

P/s: Blogger dengan pemimpin sama je jahatnya. Kalau sudah baka pembunuh memang akan ikut jejak pembunuh

Tiada ulasan: