Isnin, 16 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Menteri Kata Rakyat Sarawak Sokong BN, Yang Ni Rakyat Mana?

Posted: 16 May 2011 09:03 AM PDT










Semua gambar di atas hasil sokongan rakyat terhadap kerajaan Bn yang zalim. Mereka menipu rakyat dalam televisyen tetapi mereka tidak boleh menipu rakyat melalui blog-blog yang dikuasai oleh media alternatif. Lokasi ini di Sarawak dan kaum yang terlibat ialah Bidayuh.

Sumber: Addin77

Video: Banyak Ni Je datang Persidangan UMNO?

Posted: 16 May 2011 05:24 AM PDT


Alahai! Ni macam tempat luas pun orang tidak mahu datang. Kalau buat ceramah lagi orang tidak datang tambah-tambah lagi kalau UMNO yang buat. Sebab itu UMNO suka ganggu ceramah Pakatan Rakyat sebab tempat mereka tidak seramai seperti dalam video ini.

Ini ialah tempat persidangan UMNO di suatu tempat dalam Malaysia.


200 Pemuda UMNO Buat Demo Tapi Utusan Tulis 1000

Posted: 16 May 2011 12:45 AM PDT


Lebih 4,000 peserta Ladang Rakyat berhimpun di Koperasi Ladang Rakyat sempena program hari himpunan anggota koperasi ladang rakyat di Wakaf Baru.

Biarlah sekitar 200 peserta Umno berdemo di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk menyerahkan 'memo rakyat' tetapi di sini mereka yang menyertai himpunan begitu ramai untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri dan Ladang Rakyat.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Dua deklarasi dicapai iaitu menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan memperteguhkan kerajaan dipimpin ulama.

Deklarasi itu disampaikan oleh Nazmi Ghazali.

Pagi tadi juga, kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan Kota Darul Naim, pejabat SUK Kerajaan negeri bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, Umno menghalakan serangannya kepada dua projek utama kerajaan negeri iaitu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru. Ladang Rakyat dibuat untuk membantu para penduduk miskin dengan cara memberikan dividen bulanan antara RM200 hingga RM300 untuk setiap peserta ladang itu.

Bazar Tok Guru pula bakal menjadi mercu tanda baru pusat perniagaan untuk peniaga kecil Kelantan tidak lama lagi. Ia sudah siap dibina namun Umno dengan menggunakan pihak lain sentiasa sahaja mempertikaikan projek itu.

P/s: Tadi Utusan tulis dalam UTUSHIT yang datang demo bantah Ladang Rakyat di Kota Darul Naim seramai 1000 orang tetapi yang sebenar hadir 200 orang sahaja. Kehadiran 4000 orang yang meminta kerajaan negeri meneruskan program itu mendapat sambutan dari peserta.

Tidak Perlu Jumpa Semua Ketua Editor, Cuma Jumpa Utusan Sahaja

Posted: 15 May 2011 11:22 PM PDT


Hishamuddin tidak perlu jumpa semua Ketua Editor kerana yang buat hal dalam perkauman adalah editor dari Utusan dan bukannya editor-editor yang tidak berkaitan. Mengapa perlu semua terlibat sedangkan yang berak itu Utusan dan bukannya akhbar lain yang kena cuci berak itu.

Cuba kita buat perbandingan sebagai contoh kehidupan manusia pada hari ini. Kita ambil contoh anak dengan bapa untuk kita kaitkan akhbar Utusan ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai ayah manakala Utusan pula sebagai anaknya.

Pada suatu hari ketika anaknya (Utusan) sedang bermain-main ditepi kereta mewah milik ayahnya (KDN), tiba-tiba kereta ayahnya telah dicalarkan oleh anaknya sendiri dengan membaling batu ke arah cermin depan kereta ayahnya itu.

Ayahnya yang berang terus memanggil anaknya (editor Utusan) dan anak-anak jiran (editor akhbar lain) yang tidak terlibat dalam memecahkan cermin kereta itu. Tiba-tiba anak jiran itu turut dimarahi sekali kerana status dia adalah anak kepada jiran.

Anak (Utusan) sendiri buat hal tiba-tiba mahu salahkan anak-anak jiran yang lain. Inilah sikap bongkak seorang yang berada mempunyai kereta mewah tetapi ego dan menyalahkan orang lain dengan segala tindakan yang dilakukan oleh anaknya (Utusan).

KDN ibarat jilat tahi yang diberak oleh anaknya (Utusan). Kesalahan sendiri tidak mahu diakui tetapi kesalahan jiran yang mereka nampak besar. KDN perlu nasihatkan Utusan sebelum nasihatkan orang lain. Jangan nasihatkan jiran sebab anak jiran tahi tidak basuh sedangkan tahi anak sendiri pun ayah (KDN) tidak kenal.

Kronologi Kes Anwar

Posted: 15 May 2011 09:15 PM PDT



KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.

"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Ganas Bagai dirasuk Syaitan

Posted: 15 May 2011 08:35 PM PDT

 GANAS...rakaman CCTV menunjukkan aksi ganas lelaki dan anaknya yang berkopiah serta bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya



JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi 'syaitan' apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

"Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Polis diserang

Posted: 15 May 2011 07:45 PM PDT


JOHOR BAHRU: Bukan setakat menetak anak saudaranya di kepala, seorang bapa yang juga pemandu teksi tergamak membawa tiga anak menyamun menggunakan parang di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Permas Jaya, tengah hari kelmarin.

Tindakan itu bukan saja dipercayai bagi mengajar anaknya mendapatkan wang dengan cara mudah, malah disyaki bagi membolehkannya menjadikan tiga anak lelakinya, masing-masing berusia 15, 14 dan lapan tahun sebagai perisai apabila berdepan tindakan polis.

Terdahulu pada jam 9 malam Jumaat lalu, lelaki itu menetak kepala anak saudaranya hingga mendapatkan empat jahitan berikutan pertengkaran di rumah suspek di Bandar Baru Permas Jaya.

Ekoran kejadian berkenaan, mangsa membuat laporan di balai polis pada kira-kira jam 12.05 tengah hari kelmarin, sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob (gambar) berkata, apabila pasukan berkenaan tiba di rumah suspek, didapati suspek dan lima anak serta isterinya menaiki teksi.

Melihat keadaan itu, katanya, pasukan berkenaan mengekori suspek sebelum lelaki berkenaan singgah di stesen minyak di taman perumahan itu sambil melibas cermin tingkap kenderaan lain yang terbuka menggunakan parang. "Ketika itu, kami dapati suspek bersama tiga anaknya masing-masing bersenjatakan parang memasuki kaunter stesen berkenaan dengan salah seorang daripada anaknya itu mengawal di luar premis.

"Suspek berusia 49 tahun serta dua anak lelaki masing-masing berusia 15 dan 14 tahun sempat menyamun empat bungkus rokok serta coklat, manakala anaknya berusia lapan tahun yang turut bersenjatakan parang menunggu di bahagian luar kedai, manakala dua anak perempuannya bersama isterinya menunggu di dalam teksi," katanya.

Menurutnya, anggota polis cuba memujuk suspek untuk menyerah diri tetapi tidak diendahkan, malah mereka diserang semua suspek menggunakan senjata masing-masing.

"Melihat anggota polis tidak mendekati mereka, semua suspek memasuki kenderaan sebelum meneruskan perjalanan sambil diekori polis.

"Kami akhirnya menahan keluarga berkenaan di Jalan Pasir Pelangi kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian pada jam 2.03 petang, selepas memberhentikan teksi dinaiki sambil memujuk mereka menyerah diri kerana tidak mahu mencederakan sesiapa.

Menurutnya, siasatan mendapati dua anak suspek berusia lapan hingga 15 tahun yang terbabit dalam kejadian itu masih bersekolah di kawasan berhampiran.

Katanya, selain itu, siasatan mendapati keluarga berkenaan mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun dan lapan bulan yang berada di dalam teksi bersama ibu mereka ketika kejadian.

"Pemeriksaan terhadap kereta membawa kepada penemuan enam parang, pisau pemotong sayur dan sebatang cota," katanya.

Lelaki Muda Tiada Kualiti

Posted: 15 May 2011 06:22 PM PDT

 
KUALA LUMPUR: "Poligami memang hak masing-masing, namun jika lelaki mahu berpoligami dengan wanita yang terlampau muda daripada usianya, ia perlu difikirkan," kata Ketua Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Wilayah Persekutuan, Latipah Johdi.

Bagaimanapun katanya, jika jodoh seseorang itu ditakdirkan sama ada dengan wanita yang lebih muda daripada usianya atau pun tidak, ia sebenarnya adalah ketentuan Allah.

"Cuma diharapkan, hubungan yang terjalin bukanlah kerana nafsu dan jangan sampai melakukan maksiat. Kalau poligami itu boleh mengelakkan maksiat, teruskan perkahwinan itu tidak kiralah wanita yang dikahwini lebih muda atau tidak.

"Namun, poligami haruslah dilakukan berlandaskan syariat Islam seperti lelaki itu berkemampuan menyediakan segala keperluan semua isteri serta mampu berlaku adil kepada mereka," katanya.
 
Pengakuan isteri kedua Salih Yaacob, Norraha Hamad, 43, yang percaya suaminya tidak bermasalah memimpin bakal isteri keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Emimenjalani hidup bersama keluarga mereka. Penyanyi, pelawak, pelakon mendedahkan cadangan bagi melengkapkan kuota poligami dengan mengambil Emi seorang penuntut ijazah sarjana di universiti tempatan sebagai isteri keempat.

Mengenai kecenderungan wanita muda berpoligami dan mengahwini lelaki lebih berusia, Latipah berkata, ia mungkin disebabkan keadaan sekarang iaitu lelaki muda ramai yang kurang berkualiti.

Tiada ulasan: