Senyum Tangis Sendu |
- Najib Lucah, Anwar Kata Kesat
- Wanita! Hati-hati Dengan Lelaki Misteri Ini
- Kereta Terjunam ke Longkang
- Doktor dan Jururawat Maut Lemas
- Baring Mayat Atas Landasan
Posted: 10 May 2011 04:36 AM PDT Cuba perhatikan gambar di atas. Utusan cuba menunjukkan sikap baiknya dengan membodek Najib tentang tindakan Anwar mengeluarkan kata-kata kesat ketika di ceramah Pakatan Rakyat. Bagi UTUSHIT, kata-kata kesat adalah lebih dahsyat jika dibandingkan dengan lucah. Gambar ini pula menunjukkan UTUSHIT tanpa segan silu mengeluarkan gambar lucah di dalam akhbarnya. Bukan setakat lucah tetapi mempromosikan lagi tajuk lucah yang mengaibkan orang. Inilah sikap bacul UTUSHIT yang hanya memfitnah. UTUSHIT juga telah megalihkan isu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 dengan mengalihkan isu berkaitan agama rasmi dan isu video seks. |
Wanita! Hati-hati Dengan Lelaki Misteri Ini Posted: 09 May 2011 07:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri. Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu. "Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai 'alkaline-based' atau 'oxidizing agent' ke arah muka atau badan mangsa. "Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera. "Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai," katanya. Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu. Lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini. |
Posted: 09 May 2011 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Bunus di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu berlaku apabila kereta yang dipandu rakan mangsa dari arah Jalan Ampang menghala ke Jalan Dang Wangi dipercayai hilang kawalan apabila tiba di lampu isyarat berhampiran selekoh Jalan Munshi Abdullah. Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa, D Parameswaran, 31, dari Taman Sri Andalas disahkan mati di tempat kejadian selepas kereta dipandu rakannya yang hilang kawalan melanggar penghadang kiri jalan sebelum terjunam dan tenggelam di dasar sungai. "Mangsa adalah penumpang hadapan manakala rakannya yang memandu kereta BMW (523i) putih itu serta seorang lagi penumpang belakang selamat dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
Doktor dan Jururawat Maut Lemas Posted: 09 May 2011 05:45 PM PDT KUCHING: Majlis makan malam yang dirancang malam tadi bagi meraikan Hari Ibu bertukar menjadi kenduri tahlil berikutan kematian seorang doktor pakar kardiologi ketika cuba membantu rakannya lemas di pusat perkelahan Air Terjun di Kampung Giam, dekat sini, pagi semalam. Dr Mohd Azri Dollah, 27, dari Kampung Semariang, dekat sini, lemas selepas terjun ke dalam sungai untuk membantu jururawat yang juga rakan sekerjanya, Nor Fazila Abdul Kadir, 23, yang tergelincir sebelum lemas di dalam lubuk sedalam empat meter itu. Kejadian yang meragut dua nyawa itu berlaku pada kira-kira jam 11.30 pagi ketika kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka berkelah di situ. Ibu Dr Mohd Azri , Sharifah Mordiah Wan Abu Bakar, 57, berkata Allahyarham sudah mengatur masa bagi mengadakan majlis sambutan Hari Ibu dan menunggu seorang ahli keluarga yang dijangka pulang ke rumah, malam tadi. "Saya menerima khabar sedih itu sebaik selesai menunaikan solat Zuhur apabila dihubungi seseorang yang tidak dikenali yang menggunakan telefon bimbit milik arwah. "Selepas tiba di hospital, saya tidak mampu berkata apa-apa sebaik menatap wajah arwah yang sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, arwah anak yang baik dan memuji tindakannya mahu menyelamatkan nyawa orang lain walaupun dia sendiri terkorban. Mayat Dr Mohd Azri yang juga pakar kardiologi di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak dan Nor Fazila ditemui penduduk kampung terbabit yang turut membantu mencari dan menyelamat kira-kira setengah jam selepas kejadian. Difahamkan, dua rakan mangsa yang terselamat bergegas mendapatkan bantuan penduduk berdekatan selepas melihat kedua-duanya terkapai-kapai sebelum tenggelam. Seorang penduduk, Kulen Lises, 39, yang turut membantu menyelamatkan mangsa berkata, Nor Fazila dikatakan sudah tidak bernyawa ketika ditarik ke tebing. "Ketika saya mengangkat mangsa lelaki, saya melihat nadi di tangan masih bergerak dan cuba memberi bantuan pernafasan tapi tidak berjaya sebelum mendapati dia sudah meninggal dunia. "Saya bersama rakan, (Velindo Bidak, 23,) turun ke lubuk berkenaan dan menyelam selama kira-kira 20 minit sebelum menemui mayat kedua-dua mangsa di dasar lubuk itu. "Kami terpaksa memakai kaca mata penyelam berikutan keadaan air agak keruh ketika kejadian. Malah, saya terkejut apabila melihat darah keluar dari mulut, telinga dan hidung mangsa lelaki," katanya. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk dikebumikan. |
Posted: 09 May 2011 04:54 PM PDT SHAH ALAM: Seorang pemandu komuter panik dan terpaksa memberhentikan tren itu secara mengejut selepas terpandang sekujur tubuh terbaring di landasan di Kilometer 12.87 berhampiran Stesen Komuter Batu tiga Shah Alam, di sini, malam kelmarin, yang kemudian disahkan polis sebagai mayat lelaki mati dibunuh. Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan operasi komuter antara laluan Shah Alam ke Pelabuhan Klang, dekat sini, tergendala lebih tiga jam. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, laluan komuter berkenaan hanya dibuka semula jam 1.38 pagi semalam. "Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan itu kerana terpaksa memberi laluan kepada polis yang menjalankan siasatan kes berkenaan. "Kami membuat laporan polis berhubung kemungkinan mayat itu mangsa yang dilanggar komuter. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan