Senyum Tangis Sendu |
- Utusan Ibarat Najis, Najis Itu Utusan
- Kami Solat Tidak Kira Tempat
- Ajal Bantu Murid Lemas
- Jururawat Rentung Selamatkan Anak
| Utusan Ibarat Najis, Najis Itu Utusan Posted: 07 May 2011 07:13 AM PDT Ada media minta pandangan dengan Tuan Guru Nik Aziz mengenai akhbar Utusan. TGNA jawab mudah sahaja. Kalau MCA dfah tidak suka Utusan, buat apa minta pandangan. Media patut tanya MCA dan bukan tanya TGNA. Apa kelas Utusan sehingga TGNA mahu menjawab pandangan media. Utusan boleh dijadikan alas untuk lapik najis atau buat lap cermin bangunan. Maruah Utusan lebih hina dari seluar dalam dan aksi seks tetapi lebih teruk dari najis. Hari-hari Utusan dimaki oleh rakyat kerana menyebarkan fitnah. Orang dalam Utusan itu yang menyebarkan artikel ini sama seperti tahi dalam tangki kumbahan. Hidup Utusan hanya bergantung pada UMNO dan bila UMNO mati, Utusan hanya jadi sampah sahaja. Jualan Utusan semakin hari semakin terus bagaikan lebihan najis yang keluar dari tangki kumbahan yang melimpah ruah. Hanya orang yang membaca Utusan akan menjilat najis dari Utusan ini. Tetapi tidak mengapa kerana Utusan adalah najis paling busuk jika dibandingkan dengan najis pembuat artikel ini. Media perkauman UMNO sudah menyembunyikan semboyan tahinya kepada rakyat dan ingin melihat rakyat berpecah belah. Hanya melayu UMNO sahaja fikirannya sempit macam Utusan. Sebab itu siapa yang baca Utusan akan jadi lebih bodoh dari keldai. Esok mugkin ada puak-puak songkok tinggi duduk melalak tepi longkang dengan slogan "Hidup Melayu". Pergi jahanam dengan slogan itu. Utusan jugalah yang memperok-perandakan kaum dalam negara ini tiba-tiba mahu wujudkan "1Melayu 1Bumi". Esok slogan barua apa yang Utusan mahu lontarkan? Slogan yang dilontarkan dahaulu tidak mendapat sambutan. UMNO,Utusan dan BN adalah barua terbaik dalam sentimen perkauman. Itu sebab orang paling ramai menganggur ialah orang Melayu yang ditadbir oleh UMNO/BN. |
| Posted: 07 May 2011 02:24 AM PDT Tanggungjawab terhadap yang menciptakan alam ini tidak pernah dilupakan oleh penyokong setia pasukan bola sepak Kelantan. Walaupun sukan, tetapi yang paling penting ialah tanggungjawab sebagai seorang khalifah terhadap penciptanya. Solat berjemaah ini ketika perlawanan malam tadi yang melibatkan pasukan tuan rumah, Kelantan melawan Kedah yang mana keputusan penuh telah berpihak kepada Kelantan. Contohilah apa yang dilakukan oleh penyokong dan peminat Kelantan ini agar kita tidak lupa akan tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Semoga ia menjadi ikutan setiap peminat di venue-venue lain. Utamakan Solat, Pasukan Menang. |
| Posted: 06 May 2011 08:30 PM PDT PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas. "Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka. "Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ. Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika Zulkifly memberi bantuan CPR, murid lelaki itu masih tidak sedarkan diri. "Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri," katanya. Ibu Zulkifli, Nyapon Jantan, 63, berkata, anaknya itu berulang kali memberitahu bahawa dia akan pergi jauh. "Namun, ketika itu saya tidak perasan sebarang perubahan dia kerana beranggapan dia mahu pergi jauh untuk bekerja. "Saya reda menerima berita kematiannya, namun saya tidak menyangka ia berlaku terlalu cepat sekali," katanya. Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat membancuh segelas air teh dan minum petang bersama arwah. "Dalam perbualan itu, arwah berkata dia akan pergi jauh untuk mencari kerja kerana Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi. "Kemudian, anak saya dengar tiga budak lelaki terkapai-kapai menjerit meminta tolong di tengah laut lalu terus berlari ke pantai memberi bantuan kepada mereka. Sepupu Zulkifly, Badiozaman Abu, 43, yang turut sama memberi bantuan kepada tiga budak lelaki itu melihat Zulkifly jatuh pengsan selepas itu. "Saya terus mengangkat dan membawanya ke kereta untuk mendapat rawatan di HPD. Ketika diberitahu dia sudah meninggal dunia, lemah seluruh anggota badan," katanya. Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8. Sementara itu, tiga murid sekolah itu selamat dan seorang daripada mereka kini mendapat rawatan di HPD. |
| Jururawat Rentung Selamatkan Anak Posted: 06 May 2011 07:00 PM PDT KUALA KRAI: Seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya dalam kebakaran rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini, semalam, sebelum maut apabila terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu utama. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Rafidah Ismail, 36, sempat mengeluarkan anaknya menerusi tingkap, namun gagal keluar kerana ruang antara besi yang dibengkokkan hanya muat untuk kanak-kanak. Selepas api dipadamkan bomba, mayat Rafidah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai (HKK) ditemui rentung berhampiran pintu utama rumahnya. SEDIH... Suami mangsa, Zamri Hamat mencium Rashidah sambil memeluk Zaim, semalam. Gambar kecil, rumah mangsa Tiga anaknya, Rashidah Illiana , 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2, terselamat tanpa kecederaan. Ketika kejadian, bapa mereka yang bertugas sebagai tentera tiada di rumah kerana bertugas di Kem Sri Banding, Grik, Perak. Difahamkan, selepas menyelamatkan anaknya, Rafidah cuba keluar menerusi pintu utama, tetapi ketika membuka jeriji pintu berkenaan kunci tiba-tiba terjatuh, menyebabkan mangsa panik dan lemas akibat asap tebal. Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 tengah hari bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dan enam anggota. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan