Rabu, 4 Mei 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Sebelum Terleka, Mereka Ingat..

Posted: 04 May 2011 02:33 AM PDT


Mereka tidak akan lupa akan penciptaNya. Walaupun untuk menonton bola, rukun Islam tetap tidak dilupakan. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh penyokong pasukan Kelantan. Mereka boleh menunaikan solat di mana sahaja walau tiada surau sekalipun.

Bagi mereka, solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja yang penting niat kerana ALLAH. Inilah sikap yang patut di contohi oleh mereka yang datang untuk menyaksikan bola terutamanya bola yang berlangsung jam 8.45 malam.

Sukan bukan penghalang bagi kita leka dan lalai. Setiap kelekaan kita dan kelalaian yang kita lakukan akan mendatangkan kesusahan kepada diri kita. Jadilah manusia yang mementingkan solat.

Bakar Perut, Tetak Kepala

Posted: 03 May 2011 07:20 PM PDT


IPOH: Seorang lelaki tidak hanya ditetak berulang kali di kepala hingga mati, malah perutnya dibakar oleh penjenayah hingga hangus sebelum ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa ditemui sekumpulan warga emas yang bersenam di taman permainan di Taman Dr Seenivasagam, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mayat lelaki dikenali sebagai M Daniel, 31, itu ditemui terbaring berlumuran darah tidak jauh dari papan selaju di taman permainan berkenaan. Mangsa yang masih lengkap berpakaian itu parah kesan tetakan senjata tajam di kepala, muka dan tangan termasuk kesan torehan pisau sepanjang 7.5 sentimeter di dahi.

Adik mangsa, M Donovan, 30, yang ditemui di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, kali terakhir dia menemui abangnya itu kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya percaya mangsa dipukul sebelum dibunuh berdasarkan kesan kecederaan teruk ditetak senjata tajam di kepala, tangan dan muka.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, perut mangsa juga terdapat kesan terbakar.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya.

Tiada ulasan: