Senyum Tangis Sendu |
- Najib Gembira Osama Terbunuh Tapi Menangis Kamal Atartuk Terbunuh
- Eskay Takut Punca Pegang Al-Quran Terbalik
- Osama Laden Meninggal
- Maut Terjunam Dalam Sungai
- Jari, Telinga Kena Potong Sebab Hutang
Najib Gembira Osama Terbunuh Tapi Menangis Kamal Atartuk Terbunuh Posted: 02 May 2011 08:55 AM PDT Inilah kegembiraan Najib selepas kematian Osama Laden. Berikut kata-katanya dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini. kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan. serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam. Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu. Tapi Najib menangis dipusara seperti dalam gambar di atas. Bukan setakat Najib, Hishamuddin juga turut gembira setelah kematian Osama. Tetapi jawapan untuk gambar di atas bgaimana untuk menjelaskan? Kamal Atartuk itu pengkhianat Islam tetapi PM kita menyukainya. Apakah kesimpulan kematian Osama dengan Kamal Atartuk? |
Eskay Takut Punca Pegang Al-Quran Terbalik Posted: 02 May 2011 03:47 AM PDT Punca pegang ayat suci Al-Quran terbalik disebabkan terlalu takut dengan suasana yang berlaku diperkarangan masjid. Eskay berpaling sana-sini seperti dalam video di atas kerana bimbang akan ditembak oleh mereka yang tidak dikenali. Video yang dirakam oleh UMNO Online itu juga menunjukkan ada konspirasi dengan pihak polis. Mereka dikawal ketat bukan sahaja oleh pihak polis tapi turut dibantu oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal kejadian yang tidak diingini diperkarangan masjid tersebut. Trio Datuk T itu juga telah mengenakan jaket kalis peluru di dalam pakaian mereka. Mereka bimbang akan dibunuh kerana sumpah laknat itu. Jika diperhatikan dari jarak dekat, pakaian mereka itu kembang kerana dilapisi oleh jaket kalis peluru yang dibekalkan oleh pihak keselamatan. Daripada tiga orang tersebut, hanya Eskay sahaja wakil untuk angkat sumpah. Hanya orang munafik sahaja yang berani melakukan kerja-kerja yang sudah terbukti bahawa dalam video itu bukan Anwar. Eskay juga dikatakan mengamalkan ajaran Hindu dan bagaimana beliau boleh memegang ayat Al-Quran. Eskay hanya indah pada nama sahaja dan sebab itu beliau tidak tahu memegang ayat Al-Quran dengan betul serta melafazkan kalimah syahadah tidak betul seperti masih dalam keadaan pelat. Kenapa tidak diberikan sahaja kepada Thamby dan Shuib? Semua yang ada di masjid itu telah melakonkan watak terbauik dan sudah dirancang dengan teliti agr majlis itu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit gangguan daripada orang yang datang untuk solat Asar di masjid tersebut. Kesucian masjidtelah dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan gejala sumpah inii sudah menjadi trend oleh puak-puak munafik ini kerana orang munafik tidak takut untuk melakukan apa sahaja demi memastikan agenda mereka tercapai. |
Posted: 01 May 2011 08:40 PM PDT Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama. Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan. |
Posted: 01 May 2011 08:00 PM PDT TELUK INTAN: "Ketika cuba menyelamatkan mereka, saya melihat pemandu dan kanak-kanak dalam kereta itu kelemasan dan bergelut untuk keluar," kata Mohd Izzaidi Mohd Rosli, 23, saksi kemalangan yang meragut nyawa dua bersaudara, semalam. MAUT...anggota polis memeriksa mayat Menan selepas ditarik keluar penduduk kampung. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban ke dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini. Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan Menan Raj mati di tempat kejadian akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu, manakala anak saudaranya R Thivaran, 7, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI). Dua lagi penumpang yang juga adik beradik Thivaran, R Rajeletchumi, 9, dan R Vimal, 2, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTI manakala abang mereka, R Mugilan, 13, dalam keadaan stabil di hospital sama. Mohd Izzaidi berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi geseran tayar sebelum dentuman kuat seperti objek tercampak ke dalam air. "Saya bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian dan seperti tidak percaya melihat sebuah kenderaan tenggelam dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter itu. "Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya melihat terdapat beberapa mangsa terperangkap di dalamnya bergelut untuk keluar," katanya yang ditemui di tempat kejadian. Mohd Izaidi bersama beberapa ahli keluarga dan penduduk kampung kemudian terjun ke dalam parit dan berjaya menarik Mugilan keluar dan segera memberikan pertolongan cemas kepadanya. Menurutnya, mereka kemudian berhempas-pulas membuka pintu kenderaan itu sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa. "Dalam keadaan kelam-kabut sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa, saya sempat melihat seorang daripada mangsa (Menan Raj) sudah tidak bergerak kerana tersepit di tempat duduk, manakala tiga lagi seperti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. "Saya sedih kerana seorang daripadanya disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dikejarkan ke hospital. Saya berdoa dua lagi mangsa yang dilaporkan kritikal supaya selamat," katanya. Sementara itu, bapa kepada keempat-empat penumpang yang juga abang kepada Menan Raj, gagal ditemu bual kerana terlalu sedih atas kejadian malang itu. Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya, dekat sini, selepas menjemput Mugilan yang menghadiri kem di sebuah sekolah rendah berdekatan tempat kejadian. Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan. |
Jari, Telinga Kena Potong Sebab Hutang Posted: 01 May 2011 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus. Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin. A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu. Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu. Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan