Senyum Tangis Sendu |
Gambar: KELUAR atau Susah Betul Nak Baca Posted: 01 May 2011 06:33 AM PDT Err.. KELUAR ke ni? Mata aku kabur ke ni? Ketika bersiar-siar di negeri Maju 2010 selama 3 hari, kemajuan yang dilaungkan itu tidaklah seberapa lama sebenarnya dengan jasad dan minda yang diperhatikan. Ali Rustam sudah bagi tahu kepada media bahawa kemajuan itu gagal. Buktinya lapangan terbang Melaka. Serentak dengan itu, kenaikkan tarif air sebanyak 5% hingga 25% juga berkaitan dengan kegagalan fungsi lapangan tersebut. Kos menaiktaraf lapangan terbang itu sebanyak RM131juta tetapi rakyat Melaka terus jadi tidak betul akibat penindasan kerajaan zalim itu. Akibat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggidan kadar inflasi yang mencanak naik, maka kebinggungan manusia di Melaka itu kian merisaukan. Singgah di hotel melihat papan tanda dan masuk melalui pintu, terpapar tulisan yang agak tidak betul dan songsang itu. Salah siapakah itu? Berkaitan Melaka terutama mereka yang suka melancong dingatkan bahawa Melaka telah menaikkan cukai pelancongan sebanyak 3% setiap kali anda menginap di hotel-hotel di Melaka. Sungguhpun saudara tidak mengetahui, ingin dikongsi inilah kerja jahat kerajaan BN Melaka. Tarif air naik 5% hingga 25% dan cukai pelancongan naik sebanyak 3% serta cukai barangan telah pun naik kepada 6%. Inilah kerajaan zalim jika terus dilayan mandatnya. Miskin terus miskin dan kaya terus kaya. Orang UMNO/BN turut dikencing oleh kerajaan Mereka. |
Posted: 30 Apr 2011 08:22 PM PDT KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mencadangkan UMNO untuk keluar dari menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memelihara dan memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Menurut Najib, sudah tiba masanya untuk UMNO keluar daripada agenda mempertahankan kedudukan MCA kerana parti itu tidak pernah sesekali memperjuangkan agama Islam. "Kenapa buat baik dengan MCA. Adakah MCA boleh perjuangankan Islam? "Cukup-cukuplah dengan kerana ia merugikan kita," katanya di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini |
Posted: 30 Apr 2011 06:19 PM PDT KOTA KINABALU: "Sepatutnya saya membimbing suami ke jalan benar selepas memeluk agama Islam tetapi apa berlaku adalah sebaliknya. "Malah, saya pula terikut-ikut kelakuannya seperti keluar berfoya-foya, minum arak dan memakan benda haram, termasuk daging babi dan ayam tidak disembelih," kata Maria, 30, yang mengakui menyesal dan kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun, Maria mendakwa penyesalannya tidak berguna lagi apabila ditinggalkan suami manakala dua anak lelakinya kini lebih terarah kepada agama asal bekas suaminya. "Sepanjang berkahwin 13 tahun lalu, saya tidak pernah solat, berpuasa mahupun menunaikan zakat. Saya tidak pernah bayar zakat walaupun kehidupan kami baik dengan suami mengerjakan ladang," katanya. Ketika ditanya mengenai perkenalan dengan suaminya yang hanya dikenali sebagai Peter, Maria berkata, mereka bertemu ketika membantu ibu saudara menjaga kedai runcit manakala bekas suami bekerja di kawasan ladang berhampiran. "Selepas mengenali hati budi dan lima bulan menjalin cinta, saya mengambil keputusan berkahwin dengan Peter dalam satu majlis sederhana," katanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan