Sabtu, 28 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Barcelona julang Liga Juara buat kali ke-4 .....kena sampuk oleh penonton istimewa kat Putrajaya .. MU tersungkur...!!!!

Posted: 28 May 2011 05:28 PM PDT

Bintang Barcelona Lionel Messi (kanan) dan Javier Mascherano bersama piala Liga Juara selepas menundukkan Manchester United di Stadium Wembley, London. — Foto Reuters
LONDON, 29 Mei — Barcelona yang gemilang, dengan inspirasi bintang mereka Lionel Messi, mempamerkan aksi menakjubkan untuk menundukkan gergasi England Manchester United (MU) 3-1 bagi menjuarai Liga Juara dan menjulang piala Eropah itu buat kali keempat (awal pagi tadi, waktu Malaysia).
Gol disumbat yang oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa menggambarkan penguasaan pasukan Sepanyol itu terhadap MU, yang baru-baru ini dimahkotakan Liga Perdana Inggeris buat musim ke-19.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Mat Sabu, Kerdau Pahang

Posted: 28 May 2011 05:24 PM PDT

PKR off the blocks in battle to keep Selangor

Posted: 28 May 2011 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, May 29  – In the small towns and villages of Malaysia's biggest state, PKR politicians are already on the hustings to defend their tenuous hold on power in Selangor even though elections do not have to be called until early 2013.
At a recent rally, about 1,000 locals were gathered in and around a small hall in rural Kampung Bukit Changgang, where just 10km away, huge commercial planes take off and land at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Read More / Baca Lagi >>

In the end, it will be the Malays who lose most

Posted: 28 May 2011 04:34 PM PDT

In the end, it will be the Malays who lose mostMalaysia is 54-years old. But to many of its citizens, the country sure doesn't seem to be as matured as it should be. And Prime Minister Najib Razak - who at 58 is 4 years older - sure doesn't behave his age either.
His strategies have created the impression that Malaysia is little more than a flighty teenager, pimply and full of adolescent urges that destabilise public and investor confidence, from within and overseas.
Najib's Barisan Nasional has been the government of the day since independence from colonial rule in 1957. BN is a coalition of 14 race-based political parties where communal lines are sharply defined.
Pakatan Rakyat, the opposition alliance led by Anwar Ibrahim, is structured more along multiracial lines where communal groupings are not encouraged.
Read More / Baca Lagi >>

Time for stubborn Umno to dump divide-and-rule mentality

Posted: 28 May 2011 04:32 PM PDT

Time for stubborn Umno to dump divide-and-rule mentalityFor many years, MCA, MIC and Gerakan used to be part of BN's collective decisions. Together they charted out the nation's grand scheme of things and designs for the future of this nation. They ensured that Malaysians of all races get to coexist in peace and harmony. Laws were enacted to ensure Racial Conflicts were quickly doused and not allowed to simmer. Not so anymore, with little or no representation inPparliament, these political entities have all but faded away.
Non-Malays who used to give full support to BN were gradually marginalized, reminded constantly in the mainstream media that they weren't Malaysians, just Chinese and Indians. Along the way, BN lost track of their focus and embarked on a self enrichment spree, without due regard for the future of this nation and its people.
Read More / Baca Lagi >>

Gerai Cendol Digantung Kepala Babi - Angkara Siapa?

Posted: 28 May 2011 12:31 PM PDT


Nibong Tebal: Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata bagaimanapun pemilik gerai tidak melaporkan kepada polis perbuatan khianat yang berlaku pada Januari dan Mac lalu itu.

"Polis percaya kesemua perbuatan terbabit termasuk panggilan telefon misteri kepada pemilik gerai dilakukan oleh pihak yang sama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengenai kepala babi berkenaan, Shafien berkata ia sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dianalisa bagi mengetahui bila haiwan itu disembelih.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Anwar Ibrahim: Kita Lawan Sebab Jaga Kepentingan Rakyat

Posted: 28 May 2011 12:22 PM PDT

Video : Anwar Ibrahim, Kerdau Pahang (2)

Posted: 28 May 2011 12:21 PM PDT

Video : Anwar Ibrahim, Kerdau Pahang (1)

Posted: 28 May 2011 12:20 PM PDT

Didakwa hina Islam, Pemuda PAS mahu menteri muda Sarawak minta maaf

Posted: 28 May 2011 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Dewan Pemuda PAS Sarawak mendakwa langkah Majlis Islam Sarawak yang mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung sebagai "satu diskriminasi"  dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan mereka ke negeri Bumi Kenyalang.
Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan seorang anggota Kabinet negeri kerana seolah-olah menganggap guru dari Semenanjung sebagai "ekstrem" dan mahu beliau meminta maaf.
Read More / Baca Lagi >>

NIAT mahu mogok lapar desak Putrajaya tarik balik Interlok

Posted: 28 May 2011 08:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) mahu mengadakan mogok lapar jika kerajaan tidak memansuhkan novel Interlok, yang menjadi komponen sastera tingkatan lima, yang kontroversinya berterusan hingga kini.
Novel itu kini melalui proses pindaan bahagian-bahagian yang sensitif.
Langkah itu bertujuan membuktikan bahawa NIAT serius dalam pendiriannya menuntut novel tersebut digugurkan.
"Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan, jangan memandang rendah terhadap suara rakyat. Mereka tidak tahu apa kita boleh lakukan walaupun jumlah kita sedikit.
"Kita sanggup lakukan mogok lapar. Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar. Tidak makan berhari-hari. Kita akan berjuang habis-habisan sehingga kerajaan menghapuskan novel Interlok ini," kata Pengerusi NIAT, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim pada sidang media petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Sengal Malam Minggu : Bala kena di dunia, tak henti-henti Rosmah jadi joker

Posted: 28 May 2011 08:30 AM PDT

Video Fitnah: Blogger Umno Nazar Lari Bogel

Posted: 28 May 2011 08:27 AM PDT


Beberapa orang blogger Umno berjanji akan berlari bogel mengelilingi KLCC sekiranya ada pihak berjaya menampilkan lelaki mirip pelakon video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Nazar bodoh lagi bahlol dari puak-puak bodoh bahlol!!

Antara blogger yang telah bersetuju untuk turut serta dalam kempen tersebut termasuklah parti KITA, Gomo, GAP, RBF, Parpu Kari, Pisau, Keris Putra, Gerakan Timur, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju, Badut Rakyat, Malay Delima, Panglima Perang Cyber, Bravehart, Padi Jantan dan dipercayai ramai lagi bloggers yang akan turut serta.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau ada 'fulus' apa pun boleh lulus.

Posted: 28 May 2011 08:19 AM PDT

Ramai juga yang tidak selesa dengan komen saya dalam banyak isu yang berkaitan dengan 'intution' saya yang tidak begitu sedap dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kadangkala saya berfikir juga kenapa saya perlu sibuk untuk menulis tentang isu-isu itu kerana ianya hanya memungkinkan saya di rembat dengan hebatnya oleh pihak yang tidak gemar dengan pandangan saya.

Kadangkala ada juga penyesalan kerana saya terlibat mengambil tahu tentang politik ini. Walaupun tidak bergiat secara fisikal lagi benak saya tetap berfikir tentang politik ini.. Saya tetap juga memberikan pandangan secara terbuka kerana saya tidak pernah berusaha untuk menaiki tangga kejayaan politik dan saya tidak pernah menyesal dengan keadaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Video : AMK DIUGUT BUNUH

Posted: 28 May 2011 08:01 AM PDT

Video : Umno Kembalikan Ciri ciri Pemerintahan Firaun

Posted: 28 May 2011 08:00 AM PDT

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Posted: 28 May 2011 07:57 AM PDT

Oleh Aspan Alias
Kalaulah pandangan saya betul, kita sedang melihat perubahan stuktur pemikiran ramai yang isu perkauman sudah menjadi isu yang agak dibenci dan tidak begitu gemari oleh rakyat pada hari ini. Keadaan ini berlaku kerana isu benci membenci di antara kaum telah dimainkan terlalu berluasa-luasa dan menjemukan mereka.
Rakyat sedar yang jika isu perkauman masih menjadi isu oleh mana-mana parti dan pihak, parti itu akan manghadapi kemungkinan ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

Like Rosmah's FLOM, Najib self-styles himself 'Father of Transformation' or FOT

Posted: 28 May 2011 07:49 AM PDT

Like Rosmah's FLOM, Najib self-styles himself 'Father of Transformation' or FOTWhile his wife Rosmah Mansor was determined to grab and hold onto the First Lady of Malaysia title for herself, it appears Prime Minister Najib Razak is just as keen to crown himself the "Father of Transformation".
Sadly, it is a tag few Malaysians have thought of giving him, considering the lacklustre achievements by his administration since he came to power in April 2009.
At a three-day event in Putrajaya called the One Million Youth Gathering, the 58-year old Najib also tried to give the impression that 1,000,000 youths were there  to cheer for him on Saturday.
However, the actual number was lesser than even 10,000. According several news portals, including Malaysian Insider, there were about 8,000-odd people present to hear his speech.
Read More / Baca Lagi >>

AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo

Posted: 28 May 2011 07:39 AM PDT


SHAH ALAM 28 MEI : Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini.

Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo pada 20 Mei lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Pelajar Gaduh SMK Di Shah Alam Tukar Jadi 'Krisis PIBG'

Posted: 28 May 2011 07:38 AM PDT


SHAH ALAM 28 MEI : Isu pergaduhan pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam kini bertukar menjadi pertikaian antara ibu bapa dan kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Hari ini, sekumpulan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sri Muda di sini berikutan kenyataan Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut pertengahan minggu ini.

Wakil ibu bapa, V. Stephen Perumal berkata, laporan polis pihaknya merujuk kepada kenyataan Yang Dipertua PIBG, Anita Atan Khamis lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar perlembagaan tolak hujah Gaps

Posted: 28 May 2011 07:35 AM PDT

NONEPakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari hari menolak dakwaan kononnya perlembagaan persekutuan memperuntukkan hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak eksklusif bagi mendapatkan biasiswa.

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu hanya berdasarkan peruntukan 'keistimewaan Melayu' sebenarnya telah menyalah tafsirkan undang-undang.

"Mungkin peruntukan yang dimaksudkan oleh Gaps (Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor) adalah Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu; sesuatu lanjutan dari peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan Malaya 1948," kata Abdul Aziz.

Beliau yang juga seorang pensyarah undang-undang berkata perkara itu "hanya menyebut kedudukan istimewa" tanpa menghuraikannya dan tidak secara khusus menyebut mengenai hak keistimewaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Posted: 28 May 2011 07:25 AM PDT

KOTA BHARU, 28 Mei: Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
Read More / Baca Lagi >>

Projek Kencing : Melayu mesti disatukan bagi BN menang

Posted: 28 May 2011 07:22 AM PDT

NONEPerpaduan majoriti kaum Melayu di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu merupakan satu formula baik yang boleh digunakan oleh BN untuk memenangi sesebuah kawasan pada pilihan raya nanti.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN perlu menggunakan formula penyatuan dan perpaduan majoriti orang Melayu di kawasan sedemikian, dan berusaha memenangi hati pengundi Cina dan India bagi mengukuhkan kemenangan calon BN.

"Kita tidak boleh kata semua pengundi akan pilih BN, maksud majoriti di sini adalah minima 51 peratus undi Melayu (di kawasan berkenaan) sokong BN, bermakna sekiranya 51 peratus pengundi Melayu memilih BN, ini bererti BN sudah menang dan jumlah majoriti peratus itu akan bertambah dengan undi daripada kaum Cina dan India," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di Taiping hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mahu Himpunan Sejuta Belia pertahan Putrajaya dari Pakatan...kencing PRU 13 pandi kutti telah bermula...!!!

Posted: 28 May 2011 07:21 AM PDT


Suasana di Putrajaya yang menganjurkan Himpunan Sejuta Belia dengan ucapan Datuk Seri Najib Razak petang tadi. – Foto Choo Choy May
PUTRAJAYA, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju. Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.
Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.
Read More / Baca Lagi >>

Letih sekadar nak lawan Umno boleh sangatlah

Posted: 28 May 2011 07:18 AM PDT

SELAYANG, 28 Mei: Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sri Kundang, Mat Senin Mat Lana mengetuai 111 ahli cawangan itu membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Mat Senin bersama bekas ketua pemuda cawangan tersebut, Mohd Khairuddin Abu Bakar dan bekas ketua wanita, Kamariah Meor Baldin secara rasmi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.

Laungan takbir bergema dari kira-kira 2,000 orang yang hadir memenuhi padang sewaktu pengerusi majlis mengumumkan perkara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: