RAKYAT MARHAEN |
- Tragedi Tanah Runtuh - Pesta Tuduh Menuduh Sudah Bermula
- TRAGEDI TANAH RUNTUH : LENSA DPPWM DI TEMPAT KEJADIAN SEMALAM...
- Video - Al Jazeera : Death toll rises in Malaysia landslide
- Video - Al Jazeera : Children trapped in Malaysia landslide
- Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan
- Video - Project IC: Anwar says he was kept out of the loop
- Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid
- Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Nama Mangsa
- Tragedi Tanah Runtuh : 16 maut, sembilan cedera
- Video : 25 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat
- Video : 'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh
- Tanah Runtuh : Semua 25 mangsa, 10 meninggal, sembilan selamat, enam masih hilang...
- Tanah Runtuh : Anggota keluarga angkat sedih, menanti maklumat terkini
- Tanah Runtuh : Angka Kematian Meningkat Ke 9 Orang
- Tanah Runtuh : Foto terkini
- Tanah runtuh: Operasi diteruskan dalam hujan lebat, kata IGP
- Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video
- Video : 100 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2
- Video - Tanah Runtuh Satu Lagi Mayat Kanak kanak Dijumpai, 7 Mangsa Selamat
- Tanah runtuh: MB Selangor arah bantuan segera
- Putrajaya orders government departments to cut costs
- Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah
- Sokong barisan nazional, Seolah Membunuh Diri.
- Keadaan Mendesak : Ahli Umno diminta fokus persiapan PRU-13....
- Sorry Ibrahim Ali, bags of fertilisers won't make the Chinese forgive you p
Tragedi Tanah Runtuh - Pesta Tuduh Menuduh Sudah Bermula Posted: 21 May 2011 07:55 PM PDT Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain. "Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam. |
TRAGEDI TANAH RUNTUH : LENSA DPPWM DI TEMPAT KEJADIAN SEMALAM... Posted: 21 May 2011 07:54 PM PDT Mangsa yang ke 9 yang berjaya dikeluarkan Dr Halimah dengan salah seorang waris yang terlibat.... mana shahrizat? Mangsa yang ke 11 berjaya dikeluarkan... kelihatan waris mangsa terbabait.... Mangsa yang ke 10 berjaya dikeluarkan bersama mangsa yg ke 9 Mangsa yg ke 11 Mangsa yang ke 12 dan 11 ditemui jam 11.30 malam Sahabat Unit Alam Puncak Alam Lokasi tempat kejadian |
Video - Al Jazeera : Death toll rises in Malaysia landslide Posted: 21 May 2011 07:51 PM PDT |
Video - Al Jazeera : Children trapped in Malaysia landslide Posted: 21 May 2011 07:50 PM PDT |
Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan Posted: 21 May 2011 07:45 PM PDT Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini. Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu. Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru. "Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Video - Project IC: Anwar says he was kept out of the loop Posted: 21 May 2011 07:42 PM PDT |
Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid Posted: 21 May 2011 05:44 PM PDT Read More / Baca Lagi >> |
Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Nama Mangsa Posted: 21 May 2011 05:42 PM PDT Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. Senarai nama mangsa : 1) Azrel, 8, 2) Nael, 8, 3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10, 5) Farid, 34, 6) Zaim * 7) Angah * 8) Rahimi * 9) Zaid Ashwal, 18, 10) Riz, 9, 11) Lokman, 11, 12) Fahad, 9, 13) Aiman, 10, 14) Hazim, 9, 15) Mustakim * 16) Hasril, 11, Sembilan yang terselamat: 1) Khairul, 9, 2) Hairis * 3) Harris * 4) Akmal * 5) Aizat * 6) Alaudin * 7) Irwan, 33, 8) Din, 30, 9) Syafiq, 23, * umur tidak diketahui |
Tragedi Tanah Runtuh : 16 maut, sembilan cedera Posted: 21 May 2011 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Mei — Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini. Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama. |
Video : 25 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat Posted: 21 May 2011 10:40 AM PDT |
Video : 'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh Posted: 21 May 2011 10:39 AM PDT |
Tanah Runtuh : Semua 25 mangsa, 10 meninggal, sembilan selamat, enam masih hilang... Posted: 21 May 2011 09:01 AM PDT TERBARU: HINGGA jam 11.45 malam ini, Agendadaily dimaklumkan bukannya 24 tetapi 25 mangsa yang terperangkapdalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat petang tadi. 19 mangsa sudah berjaya dikeluarkan, 10 darinya meninggal dunia, semuanya kanak-kanak, sembilan berjaya dikeluarkan dengan selamat termasuk seorang dewasa dipercayai sukarelawan. Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam. Read More / Baca Lagi >> |
Tanah Runtuh : Anggota keluarga angkat sedih, menanti maklumat terkini Posted: 21 May 2011 08:45 AM PDT Sekurang-kurangnya lima orang telah disahkan maut dalam tragedi terbaru ini. Mereka yang terbunuh berusia antara 11 dan 14 tahun. Seramai 10 lagi dilaporkan terperangkap dalam kejadian hari ini. Kesedihan Rosidah dikongsi oleh Ismail Mohd Sidek, yang merupakan pak cik kepada cucu-cucunya, Zaim Azahari dan Mohd Azred Azahari, masing-masing berusia 14 dan lapan tahun. "Mereka macam anak saya sendiri," kata Ismail, 50, kepada pemberita. "Kali terakhir saya jumpa Azred bulan lalu manakala Zaim, saya jumpa ketika Hari Raya. Mereka gembira," katanya. Sementara itu, mayat Zaim dibawa ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala Azred dipercayai dihantar ke Hospital Ampang. Datuk saudara mangsa, Muhammad Amri, 56, ketika ditemui memberitahu Zaim telah ditemui kira-kira pukul 4 petang tadi. Menurutnya lagi, kedua-dua cucu saudaranya merupakan pelajar tahfiz di madrasah tersebut. |
Tanah Runtuh : Angka Kematian Meningkat Ke 9 Orang Posted: 21 May 2011 08:41 AM PDT KAJANG 21 MEI : Setakat jam 10.30 malam ini, angka kematian kejadian tanah runtuh di Hulu Langat meningkat ke sembilan orang berbanding lima sebelum ini. Ini menjadikan jumlah yang masih belum ditemui tujuh orang, manakala yang mengalami kecederaan akibat runtuhan sembilan orang. Angka terbaru ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab. Kesemua mangsa terdiri daripada anak yatim, warden, dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga. |
Posted: 21 May 2011 06:54 AM PDT |
Tanah runtuh: Operasi diteruskan dalam hujan lebat, kata IGP Posted: 21 May 2011 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei — Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, ditemui. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika ditemu bual menerusi Astro Awani berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis. |
Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video Posted: 21 May 2011 06:48 AM PDT Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Read More / Baca Lagi >> |
Video : 100 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2 Posted: 21 May 2011 06:26 AM PDT |
Video - Tanah Runtuh Satu Lagi Mayat Kanak kanak Dijumpai, 7 Mangsa Selamat Posted: 21 May 2011 06:24 AM PDT |
Tanah runtuh: MB Selangor arah bantuan segera Posted: 21 May 2011 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera. "Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera," fulisnya di laman twitter petang tadi. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi. |
Putrajaya orders government departments to cut costs Posted: 21 May 2011 06:14 AM PDT "So I believe the directive from KSN and so on to ensure that everyone has to control ourselves and not overspend," he told reporters here, referring to Chief Secretary to the Government (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Read More / Baca Lagi >> |
Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah Posted: 21 May 2011 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. "Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," tulis beliau di laman twitter malam ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini. |
Sokong barisan nazional, Seolah Membunuh Diri. Posted: 21 May 2011 05:45 AM PDT "Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk, sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata Najib Razak di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.Itu Najib Razak yang kata... bukannya gua yang berkata-kata...hehehe...Read More / Baca Lagi >> |
Keadaan Mendesak : Ahli Umno diminta fokus persiapan PRU-13.... Posted: 21 May 2011 05:37 AM PDT Semua ahli Umno diminta supaya memberi fokus (keutamaan) terhadap persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebab itulah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan dengan tujuan supaya ahli Umno tidak memikirkan tentang pemilihan atau pun perebutan jawatan di peringkat bahagian. "Oleh itu, kita mahu jentera pilihan raya parti di semua peringkat (Wanita, Pemuda dan Puteri) supaya memberi tumpuan khusus kepada PRU ke-13 kerana kita sedar dan tahu bahawa pilihan raya umum kali ini bukanlah satu pilihan raya yang kita harus ambil ringan," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini. Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jempol 2011. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Jempol yang juga Anggota Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin. Read More / Baca Lagi >> |
Sorry Ibrahim Ali, bags of fertilisers won't make the Chinese forgive you p Posted: 21 May 2011 05:31 AM PDT It looks like Ibrahim Ali, praised to the skies by the ultra right-wing Malays and villified as an evil cartoon by the other races, is bent on staying in the headlines and accumulating notoriety. No matter how strong the torrent of complaints, no one is going to do him out of his two cents in the limelight. Read More / Baca Lagi >>And somehow he has managed again to draw a combination of laughter and scorn from his most hostile audience. On Saturday, Ibrahim denied accusations that he is racist, citing as an example his past gifts of fertiliser and cash as proof of his affection for the Chinese. The Chinese, though, disagree with his latest presumption. To them, "a few bags of fertiliser" was nowhere near sufficient to compensate for his racial insults of the past. "He is not doing anything more than what he should be doing as an elected representative to help his constituents. More likely than not, he is probably doing much less than he should," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan