Khamis, 19 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pakatan yakin tawan semula Perak

Posted: 19 May 2011 09:12 PM PDT

PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini.
Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman.
Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai.
Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr  Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: Free speech for all, even Ibrahim Ali.....but...ha..ha..ha..!!!

Posted: 19 May 2011 09:12 PM PDT


Nazri said it was hard to prosecute Ibrahim for sedition as his threats have not caused violence. — file pic
KUALA LUMPUR, May 20 — Standing by his decision not to haul up Datuk Ibrahim Ali for threatening a "crusade" on Christians, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz has pledged the same treatment for all similar transgressions in the future. "It is not just the opposition politicians but also those in the Barisan Nasional (BN). In fact, anybody at all... bloggers and so on," he told The Malaysian Insider when contacted.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Maslan Perlu Masuk Makmal

Posted: 19 May 2011 09:10 PM PDT


KATA Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar jangan desak polis untuk mendedahkan identiti lelaki dalam video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tegas beliau tidak ada keperluan untuk polis berbuat demikian. Penyiasatan hanya terarah kepada pengedaran video bereknaan.

Dalam hal ini katanya, polis sudah siap membuat siasatan dan telah diserahkan kepada peguam negara. Terserah kepada peguam negara sama ada ingin mendakwa atau tidak pengedar video berkenaan.

Polis nampaknya tegas dalam hal ini dan konsisten dengan kenyataanya. Awal-awal lagi Khalid mengatakan identiti lelaki itu tidak perlu didedahkan. Memanglah tugas polis bukan mendedah tetapi menyiasat.

Tetapi yang menjadi persoalan kenapa mereka yang bertanggungjawab dalam penyebaranya belum dikenakan apa-apa tindakan sedang siasatan sudah pun selesai? Kelambatan peguam negara memutuskan status terhap mereka ia boleh menimbulkan kecelaruan kepada orang ramai, bukannya soal apakah watak dalam viudeo berkenaan Anwar ataupun Mahathir?
Read More / Baca Lagi >>

Bahan Mentah Lynas Bahaya

Posted: 19 May 2011 09:05 PM PDT

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.
 
By Geologist, Kuantan
LYNAS Malaysia Sdn Bhd sedang membina kilang rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Bahan mentah yang akan dibawa masuk dari Australia, serta bahan sisa yang bakal dibuang di sini mengandungi radiasi radioaktif. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan persekitaran dan kesihatan penduduk sekitar serta generasi akan datang.
Bahan mentah Lynas yang diberi nama Low Lanthanide Thorium amat mengelirukan dari segi kandungannya. Seolah-olah Lynas ingin berselindung sesuatu. Ia digambarkan seolah-olah sejenis pasir atau tanah yang tidak berbahaya.
Sebenarnya Low Lanthanide Thorium mengandungi bahan Lantanium (La) dan Thorium (Th) disamping unsur- unsur lain. Kandungan Lantanium dan Thorium bermakna ia berasal dari mineral Monazite (Ce,La,Th)PO4.
Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Polis Dari Manusia Yang Paling Bodoh Di Selangor

Posted: 19 May 2011 09:02 PM PDT

GAPS YANG BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Ketirisan RM4.24 bilion projek MRT dapat membina Laluan Eksklusif Bas sepanjang 212km

Posted: 19 May 2011 09:01 PM PDT

Berbanding dengan MRT yang menelan kos hampir RM900 juta sekilometer, kos pembinaan BRT adalah hanya lebih kurang RM20 juta sekilometer sahaja.

By Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
Baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengambil tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Februari 2011 telah menganjurkan lebih daripada 30 sesi perundingan awam berkenaan dengan isu pembinaan MRT,[1] dan diikuti dengan acara pecah tanah pada 8 Julai 2011.[2]
Pelbagai cadangan dan pandangan kritikal telah dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung isu pengangkutan awam, khasnya projek MRT yang bakal dilaksanakan. KPRU tidak berhasrat membuat ulangan di sini. Sementara langkah-langkah seperti perundingan awam yang bersifat "konsultatif" tersebut merupakan satu perkembangan positif (terutamanya berbanding dengan pelaksanaan projek-projek sebelum itu seperti projek Star-LRT, Putra-LRT dan Monorail yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh dengan kerahsiaan dan keraguan), KPRU menganggap bahawa bentuk perundingan sebegitu masih jauh ketinggalan dalam penerapan dan penonjolan prinsip tadbir urus yang baik, malah lebih cenderung kepada 'sesi pameran sebelum pembinaan'.
Read More / Baca Lagi >>

Statistik Mengejutkan Penceraian di Malaysia..!!

Posted: 19 May 2011 08:58 PM PDT

by Kak Pornah   
.Penceraian! Tahukah anda bahawa ia perkara yang Halal dilaksanakan dalam konteks Islam namun amat tidak disukai Allah? Penceraian di antara suami dan isteri ibarat merobohkan sebuah masjid malahan lebih daripada itu ia bisa menggegar Tiang Arasy!

Menyentuh soal penceraian, ianya dilihat sebagai sesuatu yang normal yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Tak kurang juga yang beranggapan bahawa isu penceraian kini telah menjadi 'trend' atau gaya hidup bagi golongan-golongan tertentu. Tak perlu nak tuding jari kepada artis atau selebriti tanah air yang sememangnya cukup sinonim tentang kamus cerai berai, sebaliknya penyakit yang satu ini tidak mengenal siapa mangsanya.
 
Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit! Adalah menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila soal institusi keluarga ini dipandang remeh sehinggakan soal perkahwinan dijadikan perkara 'main-main' oleh golongan tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Terimakasih UMporNO : Harga Susu Naik 5-6% Mulai Jun..lagi mahal lagi baik..!!

Posted: 19 May 2011 08:57 PM PDT


Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

VAN DEN BERG menunjukkan sebahagian daripada produk keluaran Dutch Lady

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

"Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.Read More / Baca Lagi >>

AMK tangguh protes, Perkasa teruskan himpunan pertahan Utusan

Posted: 19 May 2011 08:26 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa meneruskan perhimpunan aman mempertahankan Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar milik Umno itu petang ini. Bagaimanapun sayap pemuda PKR memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan aman memprotes syarikat itu.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, selain mengadakan perhimpunan pihaknya juga akan menyerahkan memorandum kepada Kumpulan Utusan.
"Perkasa akan menyerahkan satu memorandum kepada Utusan Malaysia hari ini di pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Islam, pentadbiran negara tidak boleh dipisah

Posted: 19 May 2011 08:20 PM PDT

KAHERAH: Seorang pendakwah bebas Mesir, Syeikh Muhammad Hasan menegaskan, bahawa mana-mana pemimpin Islam di seluruh dunia yang melakukan percubaan dengan menolak Islam daripada pentadbiran negara adalah sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam dan tidak pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah menerusi sirahnya.
Beliau menolak dakwaan atau tuduhan golongan sekular di kalangan para pemimpin Islam yang menyatakan bahawa tidak ada agama dalam politik, begitu juga sebaliknya tidak ada politik dalam pentabiran negara yang mengamalkan sistem politik.
Read More / Baca Lagi >>

The General Election is in July, folks!

Posted: 19 May 2011 08:18 PM PDT

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
I wish I didn't have to say this but better safe than sorry, so I'm going to say it anyway. I honestly hope I'm completely wrong but my sixth sense is telling me that I'm right again.
Yes, despite whatever the prime minister has said, is saying, and will be saying, about the date of the 13th General Election (GE), I dare say that it's all meant to coax and delude us into believing that it's not going to be a snap poll.


And for all the "excellent" track record of this government, it will be foolhardy to expect me for one to buy the assurances. All the more because this country oddly represents the remaining dinosaurs of a la Westminster electoral democracy, where only the premier (and his wife in the case of Malaysia) and God Almighty know exactly when a general election will be held!
It does sound very weird, but very true indeed. Even the UK, the origin and birthplace of a la-Westminster democracy, is moving towards setting election dates well in advance.
Read More / Baca Lagi >>

Permulaan yang emosi: Selamatkan MerdekaReview

Posted: 19 May 2011 08:17 PM PDT

Suatu hari pada Januari 2011.  Permulaan yang emosional.  Saya tersepit dalam situasi yang sangat mencabar, menekan, merungsingkan.  Lalu, saya bertanyakan sahabat saya, Zhafir - bagaimana untuk...... Katanya, "Kau cuba buat ni...".  Lantas saya lakukan segera dengan perasaan berkobar-kobar seperti api yang sedang marak menjulang.  Seperti yang saya katakan; sebuah permulaan yang emosional, proposal artikel pertama saya kepada Suara Keadilan tidak diterima.  Maksudnya, artikel saya tidak akan diterbitkan dalam akbar itu.
Lalu, dalam perasaan sedih, saya kemudian menghantar artikel saya itu ke JalanTelawi dan kata editornya Ammar, "Artikel ini terlalu politikal...".  Dalam komen beliau terhadap tulisan saya, beliau juga telah mencadangkan saya menghantar artikel saya ke Malaysiakini, Eureka Asia...dan MerdekaReview.  Saya tertarik dengan MerdekaReview dan tidak tertangguh saya terus menghantar proposal artikel saya kepada Bahagian Editorial.
Read More / Baca Lagi >>

BN's latest 'devilry' against Anwar's PKR

Posted: 19 May 2011 08:12 PM PDT

BN's latest 'devilry' against Anwar's PKRIn the Lord Of The Rings Trilogy, there was one scene when the Fellowship of the Ring were in the dwarf-kingdom of Khazad-dum and loud, thunderous footsteps could be heard behind them.
One of the companions, Boromir remarked, 'What new devilry is this?' just before the Balrog, a terrible, gigantic demon of the ancient world emerged from the shadows armed with a fiery whip and sword.

In the latest attack on PKR, one can also use the phrase of 'What new devilry is this?'

The Registrar of Societies, which is supposed to be independent and neutral but has become another of BN's weapons to gun down Pakatan Rakyat, has threatened to de-register PKR. According to them, PKR had gone against a certain clause in the party's Constitution by sacking a member last year.
Read More / Baca Lagi >>

BN components wake up too late Umno has sold them out

Posted: 19 May 2011 08:11 PM PDT

BN components wake up too late Umno has sold them outPolitical parties based on racial demographics looks good on paper, especially when one takes into accounts the specific needs of the various communities.
But as a nation matures and it economic strength increases, political parties that were set up to represent any given ethnic group would actually be a detriment to the group it supposedly champions.
The very nature of "majority rules" cancels out the voice of any party hoping to champion their communities. The loudest voice drowns out all other voices.
In Malaysia, the loudest voice not only drowns out all other voices but also suffocates. This is what we see happening in Barisan Nasional. And it is coming to a tipping point at this very moment.
UMNO as the majority stakeholder in BN has gone beyond being just the majority voice, it is also the bully of the playground.
Read More / Baca Lagi >>

Permintaan Zahid bukti Joseph Kurup lemah

Posted: 19 May 2011 08:10 PM PDT

KOTA KINABALU, 20 Mei: Kenyataan terbuka Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen Pensiangan diberikan kepada Umno pada pilihan raya umum nanti menunjukkan bahawa PBRS di bawah pimpinan Tan Sri Josep Kurup amat lemah dan kurang wibawa.
Ketua Penerangan PAS negeri, Hisammuddin Sulaiman (gambar) berkata, ini menunjukkan PBRS gagal memajukan Parlimen Pensiangan yang mempunyai hasil mahsul yang bernilai tinggi.
"Jika datang ke Parlimen Pensiangan, kita boleh mengimbau pembangunan tahun 60-an, jalan raya utama kebanyakannya masih belum berturap dan kekurangan prasarana," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau.
Read More / Baca Lagi >>

Sebalik Tabir : Subsidi RM19 bilion kepada IPP akan dikurangkan...sebagai alasan menaikan tarif elektrik..!!!

Posted: 19 May 2011 08:02 PM PDT

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.
Read More / Baca Lagi >>

Australian eco groups claim Lynas hid info on Kuantan plant

Posted: 19 May 2011 08:00 PM PDT


Opposition to the Lynas plant is continuing both in Malaysia and Australia. — file pic
KUALA LUMPUR, May 20 — Two Australian environmentalist groups have accused Lynas Corp of withholding critical information to push through its RM700 million refinery in Gebeng, touted to be the world's biggest rare earth processing plant once built. Australia's leading grassroots environmentalist organisation, Friends of the Earth Australia (FoE Australia), and the Conservation Council of Western Australia waded into the controversy as pressure continues to build up in Malaysia that is threatening to delay — if not derail — the Lynas project.
Read More / Baca Lagi >>

Keadilan Islam : PAS setuju tetapi bukan kesatuan Melayu saja

Posted: 19 May 2011 07:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu semata-mata tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan 'agama itu nasihat', semangat 'at-Tawaasi- ingat mengingait' dan 'at-Tadaafu'-semak dan imbang' seperti yang tuntut al-Quran.

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."
Read More / Baca Lagi >>

Kekalnya Hadi, dekatkah PAS dengan Umno?

Posted: 19 May 2011 07:57 PM PDT

pas muktamar 55 agm assembly 050609 hadi awangKekalnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS tanpa bertanding bagi tempoh 2011-2013 mencetuskan beberapa tafsiran menarik antaranya berkaitan isu perpaduan dengan Umno.

Hakikat bahawa ahli parlimen Marang itu menang tanpa dicabar untuk menerajui PAS bagi tempoh tiga tahun akan datang menunjukkan kepimpinan beliau mendapat sokongan padu anggota akar umbi parti itu.

Namun, menarik juga untuk ditafsirkan bahawa sokongan padu kepada beliau, selain kerana gaya kepimpinan ulamanya, boleh jadi juga kerana anggota parti akar umbi ini turut mendokong pandangan Abdul Hadi yang ada pihak melihat sebagai cenderung kepada perpaduan dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Nasrudin kekal Ketua Pemuda PAS, tiga dicalon tarik diri

Posted: 19 May 2011 07:56 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan at-Tantawi mengekalkan jawatannya selepas tiga orang yang dicalonkan membuat keputusan tidak mencabar beliau kali ini. Nasrudin telah memegang jawatan itu sejak 2009 dengan menggantikan Salahuddin Ayub.
Kelmarin beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu.
"Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik.
"Atas semangat berlumba-lumba untuk mencari kebaikan saya akan (pertahankan jawatan) dan saya percaya calon-calon lain juga mempunyai potensi serta kelayakan yang baik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Posted: 19 May 2011 07:55 PM PDT

NONEKetua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.
Read More / Baca Lagi >>

Projek PRU : Bank Muamalat, DRB-Hicom, Syed Mokhtar dan Umno

Posted: 19 May 2011 06:17 PM PDT

Mula-mula, baca berita bertajuk "BIMB notified on Bank Muamalat stake sale". Antara lain, berita tu kata:
BIMB Holdings Bhd has confirmed receiving notification from Khazanah Nasional Bhd and DRB-Hicom Bhd on the sale of their stake in Bank Muamalat Malaysia Bhd to the company.
DRB-Hicom ada 70 peratus pegangan dalam Bank Muamalat. 30 peratus lagi Khazanah.

Bila nak jual Bank Muamalat kepada BIMB Holdings, takkan DRB-Hicom Berhad tak dapat untung. Tak kisahlah jual ka, bailout ka, takkan DRB-Hicom nak buat transaksi niaga yang tak untung. Mesti untung.
Read More / Baca Lagi >>

ROS Batal Parti PKR, Kerja Najib Dan Hisyam

Posted: 19 May 2011 06:14 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"ROS bukan rosmah mansor, satu agensi yang mengawalselia akta pertubahan dan meluluskan serta membatalkan pertubuhan di Malaysia.

Dari sumber berita dari kerajaan BN/umnoapco peluang parti PKR untuk dibatalkanhampir pasti terjadi. Memang BN/umnoapco jahat dan sudah terkena penyakit sawan babi.

Jika PKR dibatalkan menjelang PRU13, hanya parti DAP dan PAS berada dalam pakatan rakyat. Malah jika diambil kirapermainan politik ala Malaysia, peluang pakatan rakyat cukup terbuka luas menawan putrajaya.

Hanya dua parti benrtandung dalam pakatan rakyat. Ahli PKR boleh meilih masuk DAP atau PAS. Jangan ahli PKR yang kecewa benrtanding calun bebas.

Read More / Baca Lagi >>

Pilihan pengundi: Antara kepentingan dengan kesetiaan

Posted: 19 May 2011 05:58 PM PDT

Oleh Ghazali Mayudin
MENGAPA seseorang memilih calon atau parti tertentu dalam pilihan raya? Mengapa ada yang memilih calon atau parti yang sama berulang kali sementara yang lain pula menukar pilihannya dalam hampir setiap pilihan raya? Terdapat dua sebab utama atau penjelasan yang boleh diberikan bagi menjawab soalan di atas iaitu: pertama bagi menjaga kepentingan peribadi dan kelompok dan kedua kerana kesetiaan kepada parti.
Sehubungan itu dapat juga dijelaskan mengapa ada kelompok yang bersedia menukar kerajaan sedangkan yang lain lebih selesa mengekalkan status quo.
 
Secara umumnya dalam konteks pilihan raya di Malaysia, pola pengundian orang Cina lebih mirip kepada sebab yang pertama sementara orang Melayu lebih cenderung kepada sebab yang kedua.
Pengundi yang memilih berdasarkan kepentingan biasanya lebih kalkulatif dan kritikal semasa mengundi bagi memastikan calon atau parti yang dipilih sesuai dan dapat memenuhi kepentingan peribadi dan kelompok. Kesetiaan kepada parti bukanlah isu utama.
Read More / Baca Lagi >>

Agen 786 : Setelah Puas Membodek Akhirnya Dilantik Senator Oleh PM Najib

Posted: 19 May 2011 05:40 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpsbEQSmS6rYJvCqOZxS48UDeKhdsasx2muvXg77ZTrjsrHF6A5hwmCIswEGG5OnfzA9bR-dDh25PK49jnRvQxtQVko8EDjWvERG1Z59MYV8-DbPZhfRAug5bapze9sAsJILF0V7Li4MQq/s200/kimmak.jpgKUALA LUMPUR, 20 Mei — Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara minggu depan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau mengesahkan telah menerima surat rasmi pelantikan semalam dan akan mengangkat sumpah minggu depan, kemungkinan pada Rabu.
"Ya...ya... saya telah menerima surat rasmi pelantikan hari ini (semalam), sekarang saya hanya menunggu tarikh untuk mengangkat sumpah, mungkin hari Rabu.
"Saya menerima lantikan ini dengan hati terbuka dan saya berharap ia akan memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perjuangan," katanya.
Syed Ibrahim, 57, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lantikan itu dan akan memberikan kenyataan penuh setelah mengangkat sumpah.
Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: