Rabu, 18 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Muktamar PAS : 'Tuan Ibrahim jadikan Mat Sabu tak relevan'

Posted: 18 May 2011 08:20 PM PDT

petrol price hike protest 2 100306 mat sabuPerebutan kerusi timbalan presiden PAS dilihat akan lebih mendebarkan sekiranya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berubah fikiran dengan turut bertanding dalam pemilihan kali ini.

Menurut pemerhati politik, sekiranya perkara itu jika berlaku hampir pasti menyebabkan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Mohamad, Tuan Ibrahim dan penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

"Mohamad tidak akan berkompromi dengan sesiapapun. Mohamad tidak akan tarik diri. Tuan Ibrahim atau Nasharudin yang sepatutnya berkompromi," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ujian sebenar bagi Mohamad apabila beliau dilihat tidak lagi relevan dengan penyertaan Tuan Ibrahim.

"Mereka (kawasan) kemukakan (pencalonan kepada) Tuan Ibrahim sebab tidak berpuashati dengan Nasharudin," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua kampung lantikan politik jadi ‘tunggul kayu’

Posted: 18 May 2011 08:05 PM PDT

Zharudin Narudin   
KUCHING, 19 Mei: Pemuda PAS Sarawak berharap ketua kampung yang dilantik atas dasar politik tidak dijadikan tunggul kayu yang hanya menjadi simbolik untuk menunjukkan pihak tertentu sudah menjalankan tugas.
Justeru, ketuanya, Arifiriazul meminta pihak terbabit supaya melakukan pemilihan ketua kampung di seluruh negeri harus dilakukan secara demokrasi.
Pemilihan itu, katanya seharusnya tidak dipengaruhi oleh parti pemerintah dalam menentukan siapa yang layak dilantik melalui lantikan pegawai daerah berkaitan.
"Kita amat kecewa di sesetengah kampung-kampung di Sarawak ini pemilihan ketua kampung dipengaruhi oleh parti politik pemerintah yang akhirnya menyebabkan matlamat dan objektif perlantikan itu gagal dilaksanakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: Apa yang perlu anda tahu

Posted: 18 May 2011 08:01 PM PDT

Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.
Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong 'nadir bumi' atau 'rare earth' khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.
Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan  manusia yang  sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

Posted: 18 May 2011 07:58 PM PDT

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

NONEPeserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

"Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SPR: Tiada lagi pilihan raya kecil mulai esok...tapi dun sarawak ade la...!!!

Posted: 18 May 2011 07:57 PM PDT

NONETiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.

"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

Video : RPK's Malaysiakini Interview Part 2

Posted: 18 May 2011 06:53 PM PDT

Geng 786 : Pendapatan RM8 billion setahun?......penyumbang dana UMporNO.

Posted: 18 May 2011 06:48 PM PDT

Sebut saja restoran India Muslim atau lebih dikenali sebagai restoran mamak, pasti ada yang melemparkan 1,001 isu dan pandangan negatif mengenai industri itu. Daripada isu penggunaan kas-kas dalam masakan, pengaruh budaya lepak, lambakan pekerja asing sehingga kepada harga makanan yang 'mencekik darah'. Bukan mahu menidakkan perkara itu tetapi jumlahnya amat kecil. Kasihan, kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'.
Dari sisi lain, pengusaha restoran mamak turut diagung-agungkan sebagai pelopor kedai makan yang beroperasi 24 dalam menawarkan pelbagai makanan mampu beli.
Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusaha itu.
"Industri restoran mamak di negara ini menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun. Lihatlah begitu besar sumbangannya kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

Brain drain: Only the untalented and intellectually-challenged will remain

Posted: 18 May 2011 06:43 PM PDT

Brain drain: Only the untalented and intellectually-challenged will remainThe idea that tax cuts and sending Bahasa Melayu teachers abroad to entice the many Malaysians overseas to return to Malaysia and serve their country indicates a lack of sensitivity the government has in tackling the brain-drain the nation is currently facing.
The brain-drain issue is further compounded when you factor in the number of skilled technically trained workmen and women who ply their trades elsewhere but in Malaysia. This is a group who are skilled in a form of craft or handy-work, yet they are unable to find employment in Malaysia and are eagerly taken up by overseas companies to work on oil-rigs or in the construction industry.
Add in the fact that many Malaysians are opting to migrate and seek permanent residence in their country of choice, and the issue is at crisis level.
Human migration is nothing new. The out of Africa hypothesis is a school of thought a lot of scientists use to explain how Homo-sapiens ended up populating almost every corner of the world except the Polar Regions.
The reasons for human migration are fairly easy to guess - food and shelter. In today's modern world we can also add in the element of economics and opportunity.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: SPR jangan main silap mata

Posted: 18 May 2011 06:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa sangsi terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu menyekat sebaran maklumat awal keputusan pilihan raya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau telefon oleh ejen pilihan raya.
"Bagi DPPP, tindakan ini seakan menyekat kebebasan maklumat yang perlu diterima dan disampaikan oleh seseorang kepada orang lain," kata Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) kepada Harakahdaily.
Dalam kepesatan teknologi hari ini, katanya maklumat perlu disebarkan secepat mungkin bagi memudahkan rakyat akses kepada maklumat.
Justeru, katanya DPPP mempersoalkan apakah motif SPR menghalang maklumat tentang keputusan pilihan raya disebarkan awal.
Soalnya lagi, apakah kerana keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang pada peringkat awalnya ada maklumat daripada ejen pilihan raya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi setelah selesai pengiraan undi, tetapi sebaliknya berlaku setelah diumumkan keputusan rasmi oleh SPR.
Dalam hal ini, beliau menegaskan SPR tidak perlu khuatir kerana Borang 14 ada di tangan ejen tempat mengundi dan juga SPR, justeru sebarang keputusan perlu berdasarkan kepada Borang 14 tersebut.
"Atau mungkinkah SPR berniat bermain silap mata dalam pilihan raya ke 13 nanti?" tanya beliau yang juga ahli Parlimen Jerai.
Read More / Baca Lagi >>

Terdesak : ROS ugut haramkan PKR, sidang media tengah hari ini

Posted: 18 May 2011 06:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
"Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

DSAI: Bersiap sedialah

Posted: 18 May 2011 06:17 PM PDT

Oleh: modayu

"Assalamualaikum ....

Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan.Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa,tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini.Entahkan benar entahkan tidak,yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia.

Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah.

Read More / Baca Lagi >>

'Jika dedah identiti, polis dituduh berpolitik'

Posted: 18 May 2011 06:09 PM PDT

Oleh: bumiperak

"Firasat akulah...

1.Sebenarnya pihak polis serba salah. Kalau kata Anwar memang sah polis bohong tapi kalau kata bukan Anwar, UMNO pula hilang modal nak burukan Anwar. Oleh itu, senyapkan saje sebab orang kampong bergantung maklumat TV3 dan Utusan terus dungu tak tahu. Itu kebenarannya PDRM nak cover? Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru.

2. Sebab PDRM kata mereka tidak terlibat dalam politik dan biar kes ini terus tanda-tanya. Jika polis dedahkan, pelaku dalam video seks tersebut, maka DSAI akan bersih namanya. Biarkan rakyat dalam teka teki sebelum PRU nanti. Jika tidak nanti, susah jugak nak cari modal fitnah baru utk PRU 13.

Read More / Baca Lagi >>

Angkara Buku Jingga, Najib terpijak tahik?

Posted: 18 May 2011 06:08 PM PDT

Oleh Ust Saiful Bahri

Konon khabar gembira. Najib dan Muhyidin nak buat gempak. Rupa kini langkah menjadi sumbang. Semuanya angkara buku jingga. Umno-BN nak juga tunjuk hero. Kononnya mereka ada idea nak lawan apa yang ditawarkan dalam buku jingga. Tawaran 100 hari buku jingga antaranya diberi kenaikan RM500 kepada semua guru yang berjumlah hampir 500 ribu orang.

Lalu berkokoklah TPM bahawa ada berita gembira sempena hari guru

Tersengihlah para guru menanti dengan penuh debaran. Tawaran apakah itu? Tup! Tup! Maka PM pun mengumumkanlah. Rupanya PM baham tahik ayam atas papan. Ini jerat Muhyidin pe? Ini telah memalukan PM. Mana muka Najib nak letak. Seolah-olah Najib nak tipu 500 ribu guru di Malaysia. Ingat para guru ni bodoh ke? Kalau UMNO dan Najib serta Isa Samad boleh tipu warga Felda, munasabah le… ni Cikgu pun nak tipu pe???

Read More / Baca Lagi >>

Jadilah pembela agama Allah

Posted: 18 May 2011 06:07 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
UNTUK menjadi manusia yang layak mendapatan syafaat (recommendation) baginda Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepada sejauh mana kita telah memberikan sumbangan bakti kepada Islam dalam erti kata yang menyeluruh.

Sumbangan bakti yang pernah dilakukan oleh para sahabat baginda hingga dijanjikan dengan syurga Allah SWT, mereka telah menyumbang sama ada dari sudut tenaga, pemikiran idea, harta benda, masa dan sebagainya, semata-mata mahu melihat Islam terus berdaulat di muka bumi ini.

Ia bermula dengan kesungguhan kita untuk menggarap ilmu-ilmu agama yang pelbagai yang dijadikan sebagai alat untuk memperkasa diri, kemudian menyampai dan melaksanakan dalam kenyataan hidup sebagai Muslim yang sejati, serta memimpin manusia seluruhnya untuk bersama menghayati ilmu-ilmu berkenaan sebagai benteng terakhir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tindakan itu juga dianggap sebagai usaha untuk membela agama Allah agar terus subur dan dapat diterima oleh generasi selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kebebasan media hanya untuk pemerintah

Posted: 18 May 2011 06:05 PM PDT

KEBEBASAN akhbar yang sebenar tidak ada di negara ini kerana terlalu banyak undang-undang yang mengekang elemen kebebasan itu dari hidup subur, dakwa bekas wartawan veteran, Said Zahari.
Beliau diminta  mengulas mengenai sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang diraikan pada 3 Mei lalu.Katanya, selagi mana akta-akta seperti OSA, ISA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak masih wujud kebebasan tidak akan dapat direalisasikan sampai bila-bila pun, melainkan ia menguntungkan pihak kerajaan dan sekutunya.


"Malah saya lihat akhbar di Malaysia selama ini tidak pernah membincangkan tentang kebebasan akhbar ditambah pula dengan isu kebebasan persuratkhabaran ini tidak banyak diperkatakan orang.

"Kita dapat lihat ramai yang berpendapat wujud atau tidak kebebasan akhbar tidak memberikan kesan kepada negara ini," ujarnya kesal.
Mengulas lanjut mengenai kebebasan sebenar, penerima tokoh Anugerah Kewartawanan itu berkata ianya banyak bergantung kepada sejauh mana kebebasan wartawan boleh menulis tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Sahih dan palsu yang menakutkan

Posted: 18 May 2011 06:04 PM PDT

Oleh ONG TEE KIAT
Dalam persada politik negara ada banyak isu, baik yang sahih mahupun palsu. Sahih - kebanyakannya berkisar kepentingan kaum, agama dan awam. Isu palsu lazimnya tidak timbul, sebaliknya sengaja diwujudkan semata-mata untuk menakut-nakutkan atau memporak-perandakan masyarakat demi kepentingan politik pihak tertentu yang sempit.
Dalam bahasa Inggeris, istilah bogeyman merujuk kepada 'benda yang menakutkan'. Dalam kehidupan saban hari, bogeyman sering diguna pakai tidak lain daripada hantu.


Demikian juga, beberapa ketika dulu, bila Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menyatakan, Singapura kemungkinan terpaksa bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya daya saing republik bandar itu kurang menyerlah. Kemungkinan dimaksudkan juga disamakan dengan bogeyman kerana kita menyedari motif Lee bukanlah hendak bergabung dengan Malaysia, tetapi semata-mata berniat menakutkan, atau sekurang-kurangnya mengejutkan rakyat Singapura agar tidak leka dalam pembangunannya. Read More / Baca Lagi >>

Jangan Melayu takat sembang deras macam Ibrahim Ali

Posted: 18 May 2011 06:04 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Di bawah artikel bertajuk "Pakatan faults BN for subsidy 'opium' addiction", terdapat komen yang menarik hati saya. Bagai biasa, saya tak edit sikit pun:
 Before they get a job , the students are already indebt ... Moreover , they are indebt to pay lousy studies that even cannot give them the BASICS knowledge of their job ..


Jika dakwaan di atas benar, berapa banyak pelajar dan ibu bapa yang tahu?

Sebenarnya, saya dah lama dengar perkara macam tu. Pernah seorang ahli korporat mendakwa kepada saya bahawa institusi pengajian tinggi awam negara ini hanya melahirkan jaguh kampung. Tak menepati international accreditation, dia mendakwa. Aku mana tau. Masuk universiti pun tak pernah.Read More / Baca Lagi >>

Najib: ‘Saya tidur lena!’

Posted: 18 May 2011 06:00 PM PDT

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Kalau seseorang itu tidur tidak lelap, makan tak kenyang dia jelas tidak tenang fikirannya. Dia runsing (masalah peribadi, politik dan sebagainya), rindu (cinta, gila talak dan sebagainya). Orang macam itu bagai tidur atas miang – sangat gelisah.
Seperti saya beritahu pembaca berkali-kali, syukur Alhamdulillah, saya tidur jenera - mengikut isteri, saya tidur mati: nyenyak. Tetapi saya juga walau bagaimana pun mudah dikejutkan.

Perdana Menteri Najib Tun Razak menegaskan, kata kasar ketua pembangkang Anwar Ibrahim dalam Bahasa Tamil – pandi kutty (anak babi) – terhadapnya tidak pun buat tidurnya tidak jenera. Serang-menyerang peribadi dalam politik lazim di negara tidak bertamadun dan antara politikus yang tidak berbudi bahasa, tidak sofistikated. Politikus canggih dan mendukung prinsip atau ideologi tidak wajar turun ke tahap politik kaki lima, yakni mereka yang pendekatan politiknya tidak imaginatif dan menarik. Anwar tidak menafikan mengguna perkataan pandi kutty, tetapi dia menyangkal ditujukan kepada Najib. Berbagai tafsiran, tanggapan boleh dibuat. Apa pun Najib tidak rugi. Pengundi akan menilai tohmahan, dakwaan, rekod pencapaian, budi pekerti dan kepimpinan serta kelakuan seorang pemimpin. Persepsi penting.
Read More / Baca Lagi >>

Quiz for the day: Which to cut first - subsidies, BN or Najib?

Posted: 18 May 2011 05:54 PM PDT

Quiz for the day: Which to cut first - subsidies, BN or Najib?The quiz question for today is which expense would you cut first:
A. 10 Billion in subsidies to all Malaysians
B. 17 Billion in Government Administrative Costs
C. 28 Billion in Wastage
If you thought the answer was C followed by B, you would be wrong. As far as the BN is concerned, they must cut A. Even though cutting A would cause untold hardships to many Malaysian households. Even though cutting A would cause the price of petrol to shoot up, thus causing the prices of food, transport and all other essential items to rise in tandem.
It is very strange that the BN government would penalise Malaysians when the price of oil goes up. Malaysia is, after all, a net oil-exporting country. When the price of oil rises, Malaysia makes more profit from its exports. As a net exporter Malaysia makes more than it loses from its imports of lower-grade oil for its domestic use. So why should the average Malaysian have to pay more? It makes absolutely no sense at all.
If we planted a lot of cabbage, would we export it all, and then import cabbage from  somewhere else and claim that we were 'subsidizing' cabbage? No, we would sell the cabbage to domestic consumers, and export only the excess!
There would then be no 'subsidies' to worry about. Malaysia is not subsidizing petrol at all, the BN is simply playing with numbers to fool the public. There is absolutely no justification to raise petrol prices in Malaysia, not as long as it is a net-exporter of oil.
Read More / Baca Lagi >>

Naib Presiden PAS: Ketua Penerangan tanding, 12 lain belum pasti

Posted: 18 May 2011 05:52 PM PDT

 KUALA LUMPUR, 19 Mei — Daripada 14 orang layak bertanding jawatan naib presiden PAS, hanya Ketua Penerangan Idris Ahmad telah mengesahkan akan turun gelanggang pemilihan parti itu awal bulan depan.
Idris antara muka baru yang layak bertanding jawatan itu selain ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Rami dan Ketua Penerangan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh.
Bagaimanapun Nik Zawawi mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan itu dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Video - PART 4. Rentetan Konspirasi: Siapa di belakang fitnah 2? (Rafizi Ramli)

Posted: 18 May 2011 05:48 PM PDT

Video - PART 3. Sampel DNA telah ditanam (Rafizi Ramli)

Posted: 18 May 2011 05:48 PM PDT

Video - PART 2. Air mani tidak pernah muncul dan dibuktikan dalam Mahkamah (Rafi...

Posted: 18 May 2011 05:47 PM PDT

Video - PART 1. Saiful tidak pernah berada di dalam unit kondo (Rafizi Ramli)

Posted: 18 May 2011 05:46 PM PDT

Should not 1 Malaysia be more than just satu, satu, satu ...

Posted: 18 May 2011 05:45 PM PDT

Should not 1 Malaysia be more than just satu, satu, satu ...
Although Prime Minister Najib Razak is not the chief tenor in the opera, recently he tried to put in a command performance at the hallowed halls of Oxford. 

With much flourish and panache, he gave a speech, albeit not a moving one, on the issue of 'moderation' and how Malaysia is the model nation that other nations should emulate in terms of practising non-extremist lifestyles that have enabled Malaysians to continue to enjoy peace, harmony, prosperity and progress.
Although Najib cannot be termed as a brilliant orator, unlike the late President John F Kennedy, he can sound quite convincing but only to those who are ignorant of what is going on in the Malaysianl political scene.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: