Khamis, 12 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : KG KERANDANG - Agenda Politik Umno@BN

Posted: 12 May 2011 11:07 AM PDT

Video : Najib Ada Agenda Politik

Posted: 12 May 2011 10:45 AM PDT

Sultan Selangor Ingatkan Badan Kehakiman Jalan Tanggungjawab Dengan Amanah

Posted: 12 May 2011 08:20 AM PDT

SHAH ALAM 12 MEI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa badan Kehakiman di negeri ini untuk memainkan peranan secara amanah dan penuh tanggungjawab agar dapat menzahirkan dan memartabatkan kedaulatan undang-undang negara khususnya di Selangor.

Dalam titah ucapannya ketika mencemar duli merasmikan Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi, Tuanku mengingatkan agar institusi perundangan menjalankan tugas dengan penuh beramanah.

" Sebagai sebuah negeri yang maju dan peneraju dalam bidang perundangan, maka beta menggesa agar para hakim, pegawai-pegawai Kehakiman di Mahkamah Selangor dan semua kakitangan mahkamah agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab, mesra pelanggan dan mengutamakan sikap professional pada setiap masa dan keadaan. Elakkan bekerja sambil lewa, kerana ia boleh menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat beta," titah Tuanku.

Read More / Baca Lagi >>

PPMM: Sahkan saja, kabinet, parlimen tak perlu bahas

Posted: 12 May 2011 08:13 AM PDT

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengemukakan cadangan drastik supaya mekanisme penggubalan undang-undang berkaitan Islam ditukar bagi mengekang pengaruh politik dan mengelakkan campurtangan golongan bukan Islam.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalPresidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mahu undang-undang yang hendak digubal didraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja dan terus ke kabinet dan parlimen untuk disahkan tanpa dibahas.

Menurutnya, perbahasan - seperti yang berlaku sekarang - tidak diperlukan lagi kerana kerana ia sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Perbezaannya adalah perkenan Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong ini diperoleh terlebih dahulu sebelum perkara ini dibawa ke jemaah menteri dan parlimen.

"Ia bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.
Read More / Baca Lagi >>

Video HRP: Stop move to demolish Setapak shrines

Posted: 12 May 2011 08:05 AM PDT

Video : AMK giving statement on Sumpah Laknat commotion

Posted: 12 May 2011 08:02 AM PDT

'Menjolok bulan dipagar bintang’

Posted: 12 May 2011 07:51 AM PDT

Oleh Lanh
PELAWAAN Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak agar PAS bekerjasama dengan Umno kononnya bagi bersama-sama memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama meninggalkan gabungannya dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) adalah ibarat cubaan menjolok bulan dipagar bintang.


Bulan (PAS) kini hampir mengambang penuh (bulat dan terang menjelang malam ke-15 di dada langit) tetapi pada masa sama ia dipagar bintang (DAP yang berlambangkan roket dan PKR yang berlambangkan bukaan mata penuh).
Read More / Baca Lagi >>

Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda

Posted: 12 May 2011 07:50 AM PDT

Oleh Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak. "Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan ulangan terhadap Tiong: MPMUM tuntut keadilan

Posted: 12 May 2011 07:47 AM PDT

A.Pengenalan:
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab bersama seluruh mahasiswa Universiti Malaya dengan ini menuntut keadilan terhadap tuduhan ulangan yang dijatuhkan ke atas calon Pro-Mahasiswa iaitu Tan Tiong Yih (calon umum) bagi pilihanraya kampus Universiti Malaya sesi 2010/2011.  Setelah berakhirnya pilihanraya kampus UM pada Februari yang lepas, kemenangan Tan Tiong Yih telah digantung dan sekaligus pihak pentadbiran UM membuat tuduhan ke atas Tiong di bawah tatatertib UM.
B.Fakta Kes 1.0 Penjatuhan hukuman yang terlampau berat ke atas Tan Tiong Yih oleh panel Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya.
Atas tuduhan yang diarahakan oleh pihak pentadbiran iaitu Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM (HEPA), Tan Tiong Yih (gambar kanan) telah dikemukakan ke prosiding tatatertib yang dijalankan oleh panel Jawatankuasa Tatertib UM pada 24 Mac yang lepas.  Atas keputusan daripada prosiding ini, hukuman penggantungan satu semester yang mula berkuatkuasa serta merta telah dijatuhkan.  Hukuman yang dijatuhkan ini didapati terlampau berat dan tidak setimpal dengan kesalahan yang disabit ke atas Tiong.
2.0 Pengguguran segala tuduhan dan hukuman terhadap Tan Tiong Yih oleh panel rayuan, Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya.
Pada 25 April 2011 yang lepas, setelah permohonan rayuan dibuat ke atas hukuman yang dijatuhkan sebelum ini, Tiong telah dikemukakan ke prosiding tatatertib rayuan sekali lagi.  Namun, keputusan daripada panel rayuan Jawatankuasa Tatatertib ini agak memberangsangkan dan segala tuduhan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap saudara Tiong sebelum ini digugurkan serta merta.  Tiong didapati tidak bersalah terhadap kesalahan yang disabit sebelum ini dan juga sama sekali memulihkan status kemenangan saudara Tiong dalam pilihanraya kampus sesi 2010/2011 dan dimasukkan semula ke dalam kabinet MPMUM sesi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen Keadilan Untuk Lim Lian Geok ialah Perjuangan Hak Sivil Berlandaskan Perlembagaan

Posted: 12 May 2011 07:46 AM PDT

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan melapor polis PERKASA (Pribumi Perkasa Negara) yang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap kempen ini dan melucut kerakyatan penganjur kempen.  Ini menunjukkan perangai tidak demokratik PERKASA.
Kempen Keadilan Untuk Lim Lian Geok adalah perjuang hak sivil yang munasabah, mematuhi undang-undang dan secara aman.  Tujuannya adalah mengembalikan status kerakyatan bekas Presiden Jiao Zong dan pejuang pendidikan Bahasa Cina Lim Lian Geok, menggubal Akta Kesamarataan Pendidikan dan melarang kerajaan mendiskriminasikan pendidikan bahasa ibunda.
Read More / Baca Lagi >>

Pendedahan Hata Wahari dan politik talam dua muka

Posted: 12 May 2011 07:45 AM PDT

Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak!
Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk "common sense" dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan "lidah rasmi UMNO".  Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan "common sense" tersebut.
Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan "consumption" atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi "production" atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib.
Betapa munafiknya PM
Pendedahan Hata Wahari sekali gus membuktikan betapa munafik seorang Perdana Menteri yang kononnya berazam membawa gagasan 1Malaysia jitu kepada rakyat jelata malahan berbicara tentang idea 1ASEAN tanpa segan silu semasa berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan baru-baru ini, seolah-olah retorik 1Malaysia yang penuh dengan bayangan politik fitnah dan unsur-unsur ekstrem dapat dijadikan inspirasi kepada negara-negara rantau ASEAN.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa dan apa itu Osama Laden?

Posted: 12 May 2011 07:38 AM PDT

Oleh DINSMAN 
Sesekali cuba kita berfikir terbalik, atau yang sebaliknya. Terutamanya dalam kes seperti Osama ben Laden ini. Apa sebenarnya benda ini? Media-media Barat begitu sekali membesar-besarkan cerita ini. Plot cerita atau jalan ceritanya sudah jadi macam filem Superman. Osama jadi kuasa jahat yang mengancam keselamatan manusia di dunia, dan Presiden Amerika jadi Superman yang menyelamatkan umat manusia.
sudah menjadi seperti suatu fiksyen atau karya rekaan pakar-pakar strategi Amerika dan Yahudi. Mereka kata Osama jahat kita pun kata Osama jahat. Mereka kata Osama pengganas kita pun kata Osama pengganas. Padahal apakah kita benar-benar tahu dengan pasti siapakah dan apakah Osama ben Laden itu?
Read More / Baca Lagi >>

KJ : ''Pergi Mentekedarah kat Restoran The Loaf," Big Dog

Posted: 12 May 2011 07:37 AM PDT

Sumber Malaysiakini

Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.
Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.

Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.

Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali bimbang PRU ke-13 paling kotor

Posted: 12 May 2011 07:34 AM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN 

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bimbang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan menjadi yang paling kotor di seluruh negara khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, gambaran pilihan raya paling kotor itu merujuk peringatan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya warga Selangor menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor.

Katanya, Umno akan menggunakan tindakan ganas untuk berdepan dengan parti-parti yang berlawan dengannya di mana-mana Dun dan Parlimen di negeri-negeri Pakatan Rakyat. 
Read More / Baca Lagi >>

Perayaan 65tahun UMNO gagal mendekati rakyat

Posted: 12 May 2011 07:28 AM PDT

Oleh Mummy Rokiah
Umor 65 tahun tidak membawa apa-apa makna jika pengisiannya kosong dan gagal sama-sama dimanafaatkan oleh rakyat marhaen bawahan.Perayaan UMNO 65 tahun yang dihadiri seramai 2,000 orang tidak seharusnya menjadi kebanggaan kerana hanya dirayakan golongan tertinggi UMNO di ibu negara sahaja.

Perayaan yang dihadiri beberapa kerat perwakilan dari bahagian yang sebenarnya memperlihatkan UMNO masih elitis dan hanya bercampur sesama mereka sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Kerajaan Jimat RM4 Billion pun, rakyat dapat apa?

Posted: 12 May 2011 07:27 AM PDT

Oleh: mazwandi

"Ada sesiapa yang terbaca Utusan Online? Jika tiada, eloklah, ada yang mengikut pandangan golongan yang mengharamkan membaca Utusan kerana ianya akhbar fitnah. Pandangan itu betul, tetapi bagi satu pihak yang lain, iaitu askar-askar yang menentang secara terus dengan musuhnya, askar itu patut membaca dan mengetahui segala cerita, perancangan, tipu daya, propaganda dan fitnah yang dilontarkan agar askar-askar itu dapat menyerang kembali musnya dengan peluru yang betul.

Maka, mahu tidak mahu, askar-askar pejuang wajib baca Utusan untuk mengenali musuh. Terutama askar-askar didalam alam siber. Peluru mereka adalah matlumat.
Read More / Baca Lagi >>

MIUP punya presiden, sama pandi kutty punya cerita

Posted: 12 May 2011 07:26 AM PDT


Ari ini.... Presiden Malaysia Indian United party, Nala Pambu telah mendapat sedikit publisiti dalam Utusan Melayo. Mungkin Utusan pun kesian kat dia kot sebab dah lama sangat tenggelam. Rakyat Malaysia pun tak tahu apa itu MIUP party yang diterajui si Nala.

Ayoyo... siapa itu Nala?? Apa itu MIUP?? Hantu ka, atau jembalng ka??
Read More / Baca Lagi >>

Kes Sarbani: Petunjuk Baru Bukti Sarbani Tidak Bunuh Diri

Posted: 12 May 2011 07:25 AM PDT


Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.

Petunjuk itu merujuk kenyataan 'bukan saya... orang saya' yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.Read More / Baca Lagi >>

CAKAP SENANG - MENIPU LAGI SENANG

Posted: 12 May 2011 07:24 AM PDT

LAGI KELENTONG RAKYAT



HARGA MINYAK DI PASARAN ASIA JATUH AS$101 SETONG – suara keadilan

Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah, lapor AP semalam.

Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14 setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York.

Kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55.

Pada 5 Mei lalu, kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter dengan pertambahan sebanyak 20 sen lagi.Read More / Baca Lagi >>

Program Kerajaan Pakatan berfaedah untuk rakyat

Posted: 12 May 2011 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Pakatan Rakyat tidak perlu risau dengan fitnah-fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Umno BN terhadapnya kerana parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat adalah parti-parti yang proaktif.
Sebaliknya, ketika Umno BN yang sedang terdesak mengasak dengan pelbagai fitnah, Pakatan Rakyat tetap akan terus bekerja keras untuk ke hadapan bagi membantu dan mempertingkatkan hidup rakyat.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin menegaskan, hasilnya pasti akan dapat dinilai sendiri oleh rakyat sehingga akan menyebabkan Umno BN yang akan terus tertolak dan termakan dengan fitnah-fitnah yang diciptakannya sendiri.
Menurut beliau, sebagai gabungan parti yang bertanggungjawab, Pakatan Rakyat tidak mempunyai masa untuk melayan fitnah-fitnah tidak berasas yang diciptakan oleh Umno BN kerana Pakatan Rakyat sendiri mempunyai agenda lebih jauh untuk kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.
Katanya, walaupun Pakatan Rakyat mempunyai saluran amat terhad untuk menyebarkan segala perancangan kepada masyarakat, tetapi rakyat negara ini sudah semakin bijak membuat penilaian mereka sendiri dengan dibantu sumber-sumber sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS minta SPRM siasat jambatan kedua

Posted: 12 May 2011 07:11 AM PDT

KOTA BHARU, 12 Mei: Mengapa Umno Kelantan begitu beriya-iya benar mahu kerajaan negeri membentang kerta putih berkaitan program Ladang Rakyat, mungkinkah ada isu lain yang mahu disembunyikan.
Apa yang tidak kena dengan pembangunan ladang sawit dibangun Ladang Rakyat, sedangkan lebih 4,300 penduduk miskin mendapat manfaat sebanyak RM200 sebulan.
Malah dakwaan pihak tertentu melalui media massa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat bagi pembangunan Ladang Rakyat ternyata tersasar jauh kerana tiada tanah dirampas sehingga kini.
Read More / Baca Lagi >>

'Selidik sebab bukan Islam tak selesa di naungan Islam'

Posted: 12 May 2011 07:09 AM PDT

NONESebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam wawancaranya dengan TV Selangor, Dr Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.

"Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Who let the Big Dog out?

Posted: 12 May 2011 07:06 AM PDT


By Rottweiler

Many rear dogs to guard their homes. Dogs have a sentimental hold over humans and some argue they can be hypocritical. In Malaysia, there is one particular big dog that lurks in the dregs and surfaces in his next drama.

Who let that Big Dog Out? He is barking maliciously most characteristically in his concrete jungle of lies.

The blogger known as Big Dog who happily did his ridiculous spin about DAP and Christians and has to date got away scot free, seems to be barking to the tune of his political masters. 
Read More / Baca Lagi >>

Gua Seorang Pejuang Melayu... Hampehhhh...!!!!

Posted: 12 May 2011 07:04 AM PDT

Ada orang bertanya, macamana gua boleh dapat akses masuk port umPORno PJ Selatan dan Bangunan umPORno di Seksyen 11 Shah Alam. Jawapannya nombor keahlian umPORno gua masih aktif lagi maaaa...., bapak mertua gua yang berjawatan dalam umPORno tukang bayar yuran tahunan, sebab nak pastikan gua jadi ahli umPORno yang totok sepertinya... kah..kah...kah...

Oleh kerana tak mau jadi Menantu Derhaka... gua layan jelah, dia nak bayarkan sukahati dia lah.. itu hak dia, hak gua dalam peti undi maaaaaa... dia bukan ada cctv pun... kah...kah...kah....

Bila duduk bersembang dengan puak2 umPORno nih... gua syok melihat semangat diorang mempertahankan bangsa Melayu, kononnya itu Melayu ini Melayu.. melayu..melayu..melayu... bla..bla..bla... segala-galanya pasal melayu.... akhirnya sendiri yang layu.... ngeeeee....

Dalam dok syok mempertahankan "Ketuanan Melayu" nih...., adakalanya terserlah jugak kebodohan puak2 parti jahanam nih.... hahahaha..., apasal laaa... diorang nih suka sangat buat lawak dan membiarkan gua gelak guling2 sampai senak perut beb.... gilababi betul laaaa... kelaku puak2 umPORno nih...


Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang - Shaik Hussein Mydin

OK... lah..., bab rupa paras, jasmani dan rohani gua tak mau sentuh kerana gua menghormati ciptaan yang MAHA ESA semuanya cukup sifat dan sempurna, cuma yang gua tak tahan apasal nama dia takda unsur keMELAYUan...., kalau dah bukan Melayu... macamana boleh jadi Pemimpin kepada orang2 Melayu...??? Bangang jugak Pemuda Melayu Penang yeaaaa...!!!!

Kalau macam itu punya cara, gua rasa tak salah jikalau orang cina jadi Menteri Besar atau jadi Perdana Menteri..., kah...kah...kah... kerana umPORno telah membuktikan bangsa lain juga boleh jadi pemimpin kepada orang melayu... tak gitu gang puak2 parti umPORno... keh..keh..keh....
Statement: Gua sebagai ahli umPORno yang berdaftar dan bapak mertua gua tak pernah gagal membayarkan yuran tahunan gua... ntah berapa hengget setahun.. gua pun tak pasti... menentang sekeras-kerasnya seorang Mamak Kutty menjadi Ketua umPORno Pulau Pinang pemimpin kepada pemuda melayu... sebab dia bukan seorang melayu tulen.. dia adalah seorang MAMAAAAAAAKKKKKK...!!!!!
"Amacam beb.. statement gua... ada bunyi macam pejuang melayu tak... muakakakaaaaa...!!!"

Gua tak tau samada berita kat malaysiakini betul atau tidak, samada mamat pedukang tu Ketua Pemuda MIC atau umPORno..., yang pastinya kenyataan beliau berbelit beb... sifat berbelit nih dah sinonim sangat dengan perangai mandeliar.., mana taknya...  cuba lu orang lihat...
"Yang siarkan berita kontroversi nih.. adalah Utusan Meloya dan Utusan Meloya pula petik daripada blogger yang bernama Anjing Besar pro UMNO beb.... tiba-tiba Ketua Pemuda MIC umPORno Penang kata diorang masuk perangkap???"
Sebagai seorang ahli umPORno berdaftar..., perlukah gua menangis dan bersimpati dengan kenyataan bangang dari Ketua Pemuda MIC umPORno Penang ini...??? Tolong habaq mai sat...

Atau PERLUKAH gua gelak guling2 dengan lawak bodoh pedukang tuuuu.... muakakakaaaaaa....!!!!

Anjing keras telor

Posted: 12 May 2011 07:03 AM PDT


Oooo.... udah mandang rupernyer. Habeh hilang sesemuanya. Setelah bikin gempak 1Mehsia, tetiba padamkannya, ngape?? Telor udah terbakor?? Ater... suka benor main dengan api, mana tak terbakor telor sendiri. Kalor tak dipadamkan.... hilang ke udah telornyer?? Haru weh.... kalor tak bertelor!!

Ituler citer blogger 'marahku'.... semua N3 yang ada kaitan dengan citer sensasi berapi tentang 'Kristian agama rasmi Malaysia' telah dilenyapkan daripada blognya. Oooo... agaknyer dia takut disaman oleh DAP atau juga takut di-ISA-kan. Aha.. tau pun takut!! Ater... bila buat keghojer gileer... tak ingat takut. Bukan ke orang tua dah kata...., jangan main dengan api, bahaya. Ater... biut bebenor. Bila telor udah rasa nak terbakor, baru nak dipadamkan N3 berapi tu. Aaaa.... ambik kamu, padan muka!! [Baca sini]
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: