Khamis, 5 Mei 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno

Posted: 05 May 2011 04:52 PM PDT

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya "sudah hampir tiba."
Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.
Read More / Baca Lagi >>

Isu PAS-Umno: Mufti Perlis tak wajar label ‘pengkhianat Islam’

Posted: 05 May 2011 04:47 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.
Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu "melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam."
"Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Ceramah Ust Nasarudin Tantawi-Cbg3-5-5-2011

Posted: 05 May 2011 04:41 PM PDT

Video : Ceramah Shamsul Iskandar-Cbg3-5-5-2011

Posted: 05 May 2011 04:40 PM PDT

Jasa Seorang Pemimpin yang sering dikhianati

Posted: 05 May 2011 11:34 AM PDT

AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempertahankan supaya kadar tol di negara ini tidak dinaikkan  sehingga lah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.
Menurutnya, kenaikan tol pada Oktober tahun yang sama bukan kebetulan kerana semasa di kementerian kewangan, Menteri Pengangkutan ketika itu mendesak beliau menaikkan harga tol atas alasan kos selian lebuhraya yang semakin tinggi

"Saya tanya adakah kamu wakil konsesi tol atau wakil rakyat?" kata Anwar semasa berucap di Forum bertajuk Pengangkutan Awam di Lembah Klang: Penambahbaikan Dan Cabaran hari ini.
Forum tersebut diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya,  Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau turut meminta pandangan Perbendaharaan Negara adakah perlu tol dinaikan.
"Perbendaharaan jawab, tidak perlu dan harga tol kekal sehinggalah saya di pecat pada 2 September 1998 dan sebulan kemudian, harga tol naik," katanya.
Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak 1990 hingga 1998 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri sejak 1993 hingga 1998.
Semasa memimpin kementerian kewangan, Anwar berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus setahun selama lapan tahun berturut-turut.

GERAKAN ANTI KIMMA

Posted: 05 May 2011 11:26 AM PDT

MANA ASAL USUL MEREKA




BOIKOT RESTORAN KIMMA


kulit gelap, mata bulat, hidung mancung, bulu badan lebat, terdapat semua ciri2 masyarakat india tapi malaoon ni mengaku melayu.......... isisisis..... bangsa yang paling selekeh n cetek ilmu di muka bumi ni...... seseorang patut bangga dengan asal usul kamu..... jangan campur adukkan bangsa n agama. kalau mamak ni rupa paras 100% melayu x pe jugak dia nak mengaku melayu......... sedarlah diri kamu wahai mamak. i bukan nak maki hampa tapi inilah realiti di malaysia ni. info penting...... kat malaysia ni, orang2 india kasta rendah iaitu (pariah) adalah majaroti convert kepada mamak (muslim) n kristian. ini kerana mereka x tahan dengan cacian n makian daripada kaum sendiri (diasingkan) so bila mereka convert maka terhapuslah kasta ni.... tis is main reasons. bukan semua mamak kat malaysia macam ni but majoriti......
Oleh mat raja pada KEMPEN BOIKO KIMMA DI TERUS KAN LAGI pada 11/05/04Read More / Baca Lagi >>

Apakah Pendedahan Mengenai Anwar Seterusnya?

Posted: 05 May 2011 11:23 AM PDT


SELEPAS membuat pendedahan sungguh tidak bermoral dan mencemarkan maruah negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan penayangan video lucah yang menjelekkan, Eskay menjanjikan akan membuat satu lagi kejutan minggu depan, akan mendedahkan satu lagi menggemparkan tentang Anwar Ibrahim.

Katanya apa yang akan didedahkan itu memberi implikasi lebih teruk lagi daripada pendedahan video yang dikatakan melibat Anwar Ibrahim. Apakah pendedahan itu? Ia menjadi tanda tanya. Kini makin jelas niat Eskay terlalu busuk dan hina ke atas Anwar Ibrahim.

Apakah pendedahan seterusnya itu membuktikan pendedahan busuk mengenai video itu bersama Rahim Tamby Chik dan Suhaib Lazim tidak memberi kesan besar. Walaupun video berkenaan sudah tersebar di seluruh dunia, dari ruang jamban hingga ke ruang masjid tetapi ia tidak memberi kesan besar untuk menghancurkan kerjaya Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2

Posted: 05 May 2011 11:22 AM PDT


Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.

Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran

Posted: 05 May 2011 11:14 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.
"Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya," kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.
Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, "kenapa tidak Malaysia?"
"Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk," katanya lagi.
Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.
Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuhkan pengisytiharan darurat

Posted: 05 May 2011 11:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Kerajaan turut digesa memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Malaysia seharusnya mencontohi negara lain seperti Mesir yang telah memansuhkan pengisytiharan darurat.
"Kita berada dalam kerangka undang-undang yang tempang. Memang ISA itu zalim, itu memang jelas tapi isu yang lebih utama ialah mengenai deklarasi darurat yang masih digunakan di Malaysia sedangkan negara lain seperti Mesir ianya sudah dimansuhkan," kata beliau dalam satu diskusi bertajuk 'Siapa di belakang ISA' di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLCAH), kelmarin.
Terdahulu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) melancarkan buku yang ditulis Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

Posted: 05 May 2011 11:08 AM PDT

Video : Polis Ugut Peguam 'Jangan Sampai Jadi Macam SPRM'

Posted: 05 May 2011 11:06 AM PDT

PRU 13 : UMNO-BN Akan terus berkuasa ?

Posted: 05 May 2011 11:04 AM PDT

Oleh: anak_muar

"Dari apa yang dilihat dan diamati tindak tanduk UMNO yang semakin rakus dan kejam dalam mengekang kemaraan PR semakin terserlah.Tidak perlu untuk dijelaskan panjang lebar akan segala tindak tanduk mereka.Segala perancangan untuk menyekat kemaraan PR telah pun diaturkan dan diletupkan satu persatu dalam usaha melemahkan gerakan PR.

UMNO bekerja tanpa henti selama 24 jam merangka strategi demi strategi untuk menggagalkan PR.

Read More / Baca Lagi >>

Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras

Posted: 05 May 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR:  Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul  Hamid.
Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.
"Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah 'mandul' dan 'dayus' kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.
"Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.
"Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan," kata Azmi kepada Keadilandaily.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah lucah: TV3, Utusan dan Berita Harian dilindungi kerajaan

Posted: 05 May 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, media perdana seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, diberikan perlindungan atau imuniti oleh kerajaan dalam menyebarkan fitnah dan politik lucah.
Beliau menyuarakan kekesalannya apabila media berkenaan berterusan memberikan liputan 'bertali arus' berhubung video seks fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun ramai tokoh-tokoh Islam dan bukan Islam mengecam tindakan ini, namun kerajaan  sengaja 'menghalalkan' isu ini diberi liputan meluas tetapi jauh sekali untuk menangkap pesalah yang mengedar bahan lucah," kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Read More / Baca Lagi >>

AMK : KP JAWI Pastikan Sumpah Lancar

Posted: 05 May 2011 04:39 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI: Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dilihat tidak memainkan peranan menegah perbuatan trio Datuk T yang jelas melanggar undang-undang Islam dikhalayak umum berhubung perbuatan sumpah laknat Jumaat lalu.
Sebaliknya Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali yang turut berada di Masjid Amru Al-As, Sentul hanya menjadi pemerhati seolah-olah menghalalkan perbuatan itu walaupun tidak mengikut hukum syarak.
"Menyatakan sikap saya yang kesal dan jijik dengan perangai Ketua Pengarah Jawi yang turut hadir ke masjid tersebut di mana kita yakin ianya sebahagian daripada perancangan untuk memastikan agar perlaksanaan sumpah itu berjalan," menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Read More / Baca Lagi >>

Hentikan perdagang wanita

Posted: 05 May 2011 04:38 AM PDT

Rohayu Rusli   
Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.
Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

Tulah , sibuk dengan sumpah menyumpah, RON97 dah jadi RM2.90

Posted: 05 May 2011 04:37 AM PDT

Oleh: senik

"'Assalamualaikum, ..Negara digembar gempurkan dengan akhlak buruk ketua pembangkang, dirancakkan dengan adegan hidustan sumpah menyumpah, tetapi akhirnya rakyat juga yang derita dalam senyum apabila RON97 dinaikkan lagi kepada RM2.90 seliter dan kelihatan akan naik lagi dan lagi dan lagi kerana ampungan yang tidak tahu nak turun. Walaupun ada berita mengatakan harga minyak dunia turun merudum selepas berita kematian Osama yang diharapkan Najib akan menjadikan dunia aman, tetapi berita dari sumber kerajaan yang pandai mentadbir mengatakan sebaliknya.Macam mana dunia nak aman kalau macam ni sedangkan suasana dalam negara sendiripun semakin menuju kekacauan.

Read More / Baca Lagi >>

Polis Sanggah Masjid, PBT Untuk Anjur Program Politik, Kata Khalid

Posted: 05 May 2011 04:34 AM PDT





SHAH ALAM 5 MEI : Kerajaan Negeri Selangor membidas Polis Diraja Malaysia kerana menganjurkan program empat hari di Sabak Bernam untuk mencanang slogan 1Malaysia Barisan Nasional yang sarat dengan acara-acara Pemuda Umno. 
Program yang bermula hari ini dianjurkan tanpa berbincang dengan Pegawai Daerah, pemimpin tempatan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong mahupun Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Malah, PDRM juga mengarahkan pihak Masjid Sabak Bernam memberi laluan kepada wakil polis untuk menyampaikan solat Jumaat, sekali gus membekalangkan JAIS dan MAIS yang hanya mahu pembaca khutbah bertauliah membaca khutbah Jumaat, kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Posted: 05 May 2011 04:31 AM PDT

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.Read More / Baca Lagi >>

Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97

Posted: 05 May 2011 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.
Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor  turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.
Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

1Malaysia dan 1Bumi 1Melayu: Satu Kontradiksi Terancang

Posted: 05 May 2011 03:44 AM PDT

Oleh: BayangDiAir

" PM mencanangkan 1Malaysia. Motifnya untuk menarik sokongan dan undi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan retorika yang merdu ini, diharapkan dapat melunakkan hati kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya agar meyakini keterbukaan, kesaksamaan dan keadilan kerajaan BN. Di hujung terowong nanti, diharapkan ada cahaya untuk BN mendapat undi yang lebih baik berbanding PRU12 melalui sokongan semua bangsa di bawah 1Malaysia. Mantera 1Malaysia dijampiserapah demi menjamin BN  terus berkuasa di Putrajaya.

  Utusan Malaysia pula melontarkan batu ( bukan idea) yang bernama 1Bumi 1Melayu. Motifnya pula untuk mendapat sokongan dan undi berganda daripada bangsa Melayu untuk tuannya. Melayu akan mudah teruja dengan slogan-slogan yang menunjukkan ketuanan Melayu. Maka pihak yang mendapat keuntungannya ialah UMNO, parti ketuanan dalam BN.

Read More / Baca Lagi >>

Politik Kuno di Malaysia

Posted: 05 May 2011 03:42 AM PDT

Oleh: ruhan

"Politik pada hari ini perlukan acuan baharu untuk mendidik rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh parti-parti politik yang berwibawa. Kewibawaan itu seratus peratus bergantung kepada kepimpinan yang telah memastikan hala tuju masing-masing. Tidak perlulah dicampuradukkan dengan pelbagai hal lain yang tidak berkaitan dan boleh mencacatkan perjuangan.

BN mengemukakan Konsep 1 Malaysia. Slogan yang digunakan ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Pada peringkat awalnya, slogan ini menyentak perasaan rakyat. Namun, keseketikaan itu bertukar menjadi mala petaka kepada pemerintah.

Read More / Baca Lagi >>

Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

Posted: 05 May 2011 03:40 AM PDT

SHAH ALAM 5 MEI: Dalang video seks, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat yang menyalahi hukum syarak, semata-mata kerana khuatir dikenakan tuduhan Qazaf bersabit fitnah video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kredibiliti Eskay semakin terhakis saban hari melalui kenyataan yang tidak konsisten seraya menimbulkan kesangsian di kalangan umat.

Berdepan dengan kredibilitinya yang semakin rapuh, Eskay menggunakan kitab suci al-Quran sebagai cara untuk menghalalkan fitnahnya itu di mata rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Sentimen rakyat marah BN tidak relevan di Perak?

Posted: 05 May 2011 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, apabila kajian yang dijalankan jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan.
Sebuah badan pengkaji, Zentrum Future Studies dalam kajian terbarunya mengenai perkembangan politik di Perak mendapati Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak, tetapi beliau perlu dibantu dan diimbangi dengan tokoh muda lain yang setara dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: