Rabu, 25 Mei 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Obama TIDAK INGAT Tahun, 2011 Ditulis 2008

Posted: 25 May 2011 09:09 AM PDT

Presiden Barack Obama seolah-olah tidak mengingati tahun. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Obama menulis di dalam buku tamu Westminster Abbey, di gereja Anglikan tempat Putera William dan Kate Middleton bernikah pada 29 April lalu. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Selasa (24/5/2011).

Ini merupakan saat yang cukup menganggu dan satu lagi adalah ketika Obama akan melakukan toast ala kerajaan dan pemain muzik secara tiba-tiba memainkan lagu God Save the Queen terlalu cepat.

Kunjungan ini dibuat sebulan setelah jutaan orang menyaksikan pernikahan William dan Kate di Westminster Abbey. Dalam majlis perkahwinan itu, Obama dan keluarganya tidak diundang. Kunjungan ini merupakan tradisi yang pernah dibuat sebelumnya oleh bekas Presiden Richard Nixon, Bill Clinton, dan George Walker Bush dengan meletakkan bunga di makam Unknown Soldier sebelum menuliskan pesan di Distinguished Visitors' Book.


Penemuan KELAWAR JADIAN Di Jombang

Posted: 25 May 2011 03:02 AM PDT

Seorang penduduk di sini menunjukkan seekor kelawar yang memiliki telinga mirip arnab dan berkaki lengkap lima jari, Rabu (25/5/2011). Kelawar yang ditemui di Dusun Gendong Desa Watugaluh Kecamatan Diwek Kabupaten Jombang ini didakwa adalah seekor haiwan jadi-jadian. Haiwan ini biasanya dipelihara untuk mendapatkan kekayaan.


Erkk...ada sesiapa yang tahu...berapa sebenarnya jari kaki kelawar?...:Author Faethal

Kabinet Tangguh PEMOTONGAN Subsidi RON95 Dan Tarif Elektrik?

Posted: 24 May 2011 11:34 PM PDT

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

PENEMUAN TERBARU : Kumbang Tanah MAKAN Katak

Posted: 24 May 2011 05:12 PM PDT


Nampaknya erti kegembiraan bagi kumbang ini ialah seekor katak hidup.

Dalam satu kajian baru-baru ini, para penyelidik di Universiti Tel Aviv mendapati terdapat satu spesies kumbang tanah yang boleh melemahkan dan membunuh amfibia yang lebih saiznya lebih besar beberapa kali dari dirinya.

Ahli-ahli sains membuat pemerhatian ke atas kumbang Epomis yang berkongsi habitat dengan amfibia ini pada waktu siang, di mana ia pada kebiasaannya hanya melancarkan satu serangan secara senyap-senyap kepada mangsa pada waktu malam.

Menurut kajian, kumbang itu mula menggigit mangsanya di belakang, menyebabkan amfibia itu mengalami kekejangan ganas sambil berusaha ikhtiar terakhir untuk melepaskan diri daripada kumbang itu. Gigitan itu menghentikan mangsa dalam masa beberapa minit, membolehkan kumbang mengambil masa beberapa jam dengan perlahan untuk menelan hidangannya bermula dari kaki dan ke atas.

Penyelidik-penyelidik turut memerhatikan kumbang itu memakan amfibia lain seperti katak, kodok, cicak dan salamander, nampaknya mereka bukanlah pemakan yang cerewet.



Penemuan-penemuan ini menunjukkan satu pembalikan peranan yang berbeza berbanding dengan apa yang lazimnya berlaku di alam haiwan.

"Amfibia biasanya memburu serangga biasa dalam diet pemakanan mereka termasuklah kumbang dewasa, kumbang-kumbang tanah khususnya," kata penyelidik kanan Gil Wizen. "Rakaman video baru-baru ini melihat serangan kumbang pada kodok dan katak membawa penemuan baru dalam interaksi serangga amfibia, dan mendokumentasikan fenomena luar biasa invertebrata yang mengancam haiwan-haiwan vertebrata."

Kajian ini telah dicetak di dalam jurnal ilmiah ZooKeys.

Tiada ulasan: