Isnin, 23 Mei 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Khabar Mullah Omar Terbunuh PALSU : Taliban

Posted: 23 May 2011 06:08 AM PDT

KABUL - Mujahidin Afghanistan menyangkal laporan berita Afghanistan bahawa Mullah Mohammad Omar telah terbunuh di negara Pakistan. Mujahidin menyatakan bahawa pemimpinnya masih hidup dan sedang berada di Afghanistan, menurut Guardian, Isnin (23/5/2011).

Juru cakap mujahidin Afghanistan, Zabiullah Mujahid, melalui panggilan telefon hari Isnin (23/5), menyangkal laporan itu.

"Berita itu adalah tidak benar," kata Zabihullah.

Dia berkata, "Itu hanya propaganda Barat dan kami benar-benar menyangkal khabar angin itu. Beliau berada di Afghanistan dan sedang sibuk memimpin operasi jihad."

Sebelumn itu saluran berita Afghanistan, Tolo, mengutip dari seorang pejabat inteligen Afghanistan yang tidak ingin dikenali identitinya bahawa melaporkan Mullah Omar telah terbunuh di Pakistan.

Ketika AP hendak mengesahkan mengenai hal itu, maklumat dari Afghanistan mengatakan mereka tidak tahu apa-apa mengenai laporan tersebut.

Wikilieaks : Eskay Dan Perjanjian Dengan Pemberontak Thai

Posted: 23 May 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kabel kedutaan AS rahsia pada 2006 yang dibocorkan telah mendedahkan tahap pengaruh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah di dalam urusan dengan kumpulan pemisah Melayu Thai yang masih terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Thai.

Eskay, yang kemudiannya menjadi konsulat kehormat Thai di Langkawi, telah berkongsi pengetahuannya tentang pergerakan kumpulan pemisah ini dan aktiviti-aktiviti mereka kepada pegawai-pegawai Kedutaan AS berpangkat tinggi di dalam satu mesyuarat pada 5 Feb 2006.

Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington.

Butiran kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin yang telah diterbitkan di dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Clark, di dalam kabel, telah membongkarkan beberapa pemahaman, maklumat dan tindakan-tindakan kumpulan pergerakan pemisah daripada Eskay termasuk:

- Penggunaan Malaysia sebagai tempat perlindungan yang selamat;
- Peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pemberontakan generasi tua dalam menyediakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin muda;
- Mengenal pasti seorang pemberontak veteran yang aktif mengarahkan serangan-serangan;
- Pemberontak-pemberontak menerima bantuan kewangan melalui Singapura dari sumber-sumber yang tidak diketahui;
- Pertubuhan pemisah generasi yang lebih muda memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi "terlalu panas"; dan
- Pemberontak-pemberontak muda mempunyai pekerjaan tertentu di restoran-restoran Thai dan di estet getah.

Clark berkata maklumat daripada Eskay berkaitan kumpulan pemberontak itu adalah maklumat paling terperinci pernah pasukan AS terima.


"Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan besar golongan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.


"Pendapat-pendapatnya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada orang yang dipercayai," kata Clark di dalam kabel.

Kabel menambah bahawa Eskay telah menggambarkan dirinya "pengantara" penting yang memainkan peranan dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Melayu Thai dan kerap berhubung dengan pertubuhan pemisah di kedua-dua bahagian sempadan.

"Eskay berkata dia menjalankan usahanya dengan sebahagian besar pemberontakan kebebasan Thai dan Kerajaan Malaysia, dan mengekalkan hubungan berterusan dengan Ketua-ketua kumpulan pemisah paling dikenali yang tinggal di Malaysia.


"Bagi menyokong kenyataannya, dia menunjukkan rakaman video ketika mengadakan pelbagai mesyuarat dengan lelaki, yang ia sifatkan sebagai Ketua-ketua pemisah lebih tua dan bersama pengendali-pengendali yang lebih muda," tambah Clark di dalam kabel.

Clark bagaimanapun memberi amaran yang kepercayaan Eskay dalam menawan golongan lama Kumpulan Penentang ini bercanggah dengan pendapat ahli politik Malaysia, pegawai-pegawai dan polis yang umumnya berpendapat golongan tua ini sebagai tidak relevan.

Dia juga berkata bahawa terdapat beberapa sukarelawan rakyat Malaysia yang mencurigai hubungan Eskay dengan Kumpulan Pemisah itu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam urusan perniagaan kontroversi pada masa lalu.

Clark juga memberitahu di dalam kabelnya yang identiti Eskay adalah dilindungi.


Golongan lama

Kabel berkata Eskay telah memaklumkan kepada pegawai AS yang kebanyakan daripada generasi tua
Ketua-ketua Pemisah Melayu ini tinggal di Malaysia dengan pengetahuan dan persetujuan kerajaan Malaysia.

"Eskay mengesahkan generasi pertubuhan pemisah lebih muda, termasuk yang terlibat di dalam serangan baru-baru ini di selatan Thailand, sering memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi 'terlalu panas' dan mereka memerlukan tempat perlindungan yang selamat," kata kabel, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia tidak sentiasa mengetahua identiti dan perjalanan golongan pertubuhan pemisah lebih muda.

Kabel berkata para pemimpin yang lebih tua, dengan jaringan mantap di Malaysia, mewujudkan perkhidmatan sokongan untuk kumpulan pemberontak di dalam penyediaan tempat perlindungan dan transportasi, pemberian perkerjaan termasuk di dalam restoran-restoran Thai dan di estet getah.

Clark juga berkata bahawa Eskay menamakan seorang pemberontak veteran, Abdullah Idris, naib presiden Barisan Revolusi Nasional (BRN-C), sebagai bertanggungjawab untuk mengatur untuk beberapa serangan yang sedang berlaku di selatan Thailand.

Bagaimanapun Eskay percaya yang pertubuhan pemisah Melayu hanya melakukan 30% serangan-serangan di selatan itu ke atas tentera Thai, puak polisi dan agensi perisikan bersama kumpulan penjenayah bertanggungjawab untuk baki serangan yang lain.

"Eskay mendakwa yang ramai pemimpin-pemimpin pemberontak percaya Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dan Penasihat Parti Thai Rak Thai General Chavalit Yongchaiyudh membiayai kebanyakan daripada serangan keganasan baru-baru ini."

Kabel juga berkata bahawa Eskay mengakui mengatur mesyuarat-mesyuarat di antara risikan Malaysia dengan pelbagai pemberontak-pemberontak yang beroperasi di Thailand, dimana mesyuarat-mesyuarat membincangkan satu persefahaman untuk laluan selamat di dalam Malaysia.

Bagaimanapun dia berkata walaupun di bumi Malaysia, militan Melayu Thai tidak merasakan selamat daripada kemungkinan penculikan atau pembunuhan.

"Ada sekurang-kurangnya satu peristiwa, seorang pemburu ganjaran Thai telah merasuah tempatan polis Malaysia untuk menculik sekumpulan pemisah yang ada di Malaysia.


"Eskay telah campur tangan untuk membebaskan mangsa, dimana seorang pegawai polis Malaysia telah mengunci mangsa di dalam bonet kereta polisnya," tambah kabel.


Pembiayaan asing dan rangkaian antarabangsa

Kabel juga berkata Eskay telah mendedahkan beberapa pemberontak yang menerima wang daripada sebuah bank di Singapura, melalui sebuah money changer di sempadan Padang Besar, Perlis.

Eskay juga telah memaklumkan kepada Pegawai AS dia tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kumpulan pertubuhan pemisah Melayu itu mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas luar seperti Al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.

"Eskay tidak tahu punca dana… walaupun terdapat pandangan beliau ia ada potensi hubung kait dengan kumpulan pengganas," kata kabel.

Eskay mengulas risikan Malaysia tidak memberi perhatian yang cukup atas risiko ini dan dia menggalakkan AS memberi perhatian terhadap perkembangan ini.

Mesyuarat di antara Pegawai AS dengan Eskay berlaku beberapa hari sebelum satu menjelang satu lawatan ke Thailand oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan Malaysia sebagai "fasilitator" yang berperanan untuk perbincangan tidak rasmi akan datang di antara pertubuhan pemisah Melayu dan perisikan kerajaan Thai.

Eskay bagaimanapun, merasakan bahawa peranan pengantaraan Malaysia tidak akan ada kemajuan.

"Sebaliknya, Eskay meramalkan keganasan akan berterusan," menurut kabel AS, yang juga menyatakan Eskay telah berkongsi dengan Pegawai AS satu kertas 'rahsia' 12 halaman tentang kumpulan pemberontak dan pendapat-pendapat kumpulan Melayu Thai, hasil dari temubualnya dengan ramai ketua pemisah.

Lebih daripada 4,500 orang, Muslim dan Buddha, telah terkorban sejak pemberontak-pemberontak melancarkan satu pemberontakan di rantau paling selatan Thailand yang memagari Malaysia sejak awal 2004.

Tiga wilayah selatan telah berada di bawah pemerintahan darurat sejak 2005, memberikan kuasa-kuasa luas kepada pihak tentera untuk membuat tangkapan.

Eskay muncul kembali dalam tajuk berita pada Mac tahun ini selepas menunjukkan satu video seks yang di dakwanya menunjukkan Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina.

Anwar telah menafikan ia ialah dia dalam video tetapi Eskay berkeras dia bercakap benar,dan mendakwa dirinya turut ada di dalam rakaman video itu bersama dengan Anwar.


Kredit : FMT

Inflasi 3.5%, Rakyat M'sia Hilang RM35 Setiap RM1000

Posted: 22 May 2011 05:31 PM PDT

KUCHING: Setiap kenaikan harga runcit, walau sekecil manapun, akan membebankan rakyat bawahan di Malaysia yang sudah pun terbeban dengan bajet keperluan yang ketat, menurut Wong King Wei ADUN Padungan yang baru.

Wong tidak bersendirian di dalam pandangannya ini dan semakin ramai pengguna yang risau dan prihatin di atas kadar peningkatan inflasi berbanding kenaikan gaji mereka.

Bank Negara baru-baru ini mengumumkan, inflasi akan meningkat dua kali ganda kepada 3.5% untuk tahun ini. Sekarang ia sudahpun mencecah 3%.

Bagi rakyat biasa yang berpendapatan RM1000, kadar inflasi 3.5% secara mudahnya membawa maksud ia akan kehilangan RM35 dari saku tanpa membeli apa-apa.

Dan jika kadar inflasi meningkat sehingga 5%, mereka akan kehilangan RM50, yang sepatutnya boleh digunakan, untuk keperluan beras, gula, minyak dan bawang selama beberapa hari untuk ahli keluarga.

Wong berkata: "Kerajaan tidak boleh terus berbohong dengan situasi ini ... menghapuskan subsidi akan mempengaruhi semua rakyat biasa daripada berjalanan, makanan dan perbelanjaan.


"Kami tidak akan mendapat nilai untuk wang yang dibelanjakan. Nisbah pendapatan dan kos barang di Malaysia saat ini berada di tahap yang sangat tidak sihat."

Menurut Wong, wakil rakyat DAP di Padungan, dalam kitaran harga barangan pengguna sahaja telah membuatkan rakyat Malaysia kehilangan kuasa membeli mereka.

"Kita tertinggal dengan kebanyakan negara sekarang. Malah rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur yang biasanya memiliki kuasa membeli tertinggi berbanding rakyat Malaysia di tempat lain turut merasakan kesulitan itu.


"Itu semua ada di dalam 2010 Prices and Wages Report," katanya merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Laporan UBS Switzerland yang mendedahkan Malaysia tertinggal di dalam saingan global di dalam hal kuasa membeli.

Berbanding Korea Selatan, Wong berkata 40 tahun yang lalu, kemapuan ekonomi republik itu setara dengan Malaysia, tetapi sekarang rakyatnya menikmati kuasa membeli 17% lebih tinggi berbanding Malaysia.


Rasuah dan kronisme

Menurut laporan itu, kuasa membeli penduduk KL hanyalah 33.8% berbanding penduduk New York, sementara penduduk London mempunyai kuasa membeli sehingga 42%.

Laporan itu mencatatkan walaupun harga barang di tempat ini adalah dua kali ganda berbanding di KL, kuasa membeli di Kuala Lumpur masih dua kali lebih rendah.


Menyalahkan kuasa membeli yang lemah kerana jurang di antara pendapatan dan kos barang, Wong berkata ianya 'perbandingan signifikan' dengan gaji di Malaysia.

Memburukkan lagi situasi ialah rakyat Malaysia harus berhadapan dengan 'rasuah dan kronisme'.

"Kek ekonomi di negara ini tidak diagihkan dengan sama rata dan adil ... dan ini adalah kerana rasuah dan kronisme. Alasan sebenar kenapa kerajaan mengurangkan subsidi adalah kerana mereka tidak mempunyai wang."


"Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu mencatatkan bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah urus telah menyebabkan Malaysia dijangka kehilangan RM28 bilion sepanjang tahun." katanya.

Dia menambah penghapusan subsidi adalah cara kerajaan mengalihkan perhatian rakyat dari isu nyata - rasuah.

"Kerajaan tidak mempunyai wang kerana rasuah."


"Dengan menghapuskan kronisme dan rasuah, kita boleh mengambil langkah ke arah yang tepat dalam meningkatkan kuasa membeli dan menurunkan kadar inflasi
.
"Ini akan (pada akhirnya) meringankan beban rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka." katanya kepada wartawan baru-baru ini.


Kredit :FMT


************************************************************************

Kuasa beli kita merosot

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes @ utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.

Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.

''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.

''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?

''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.

''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.

Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.

Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.

''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.

Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.

''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.

''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.

Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.

''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.

Tiada ulasan: