Pulakdah! |
- Belasungkawa : Blogger Telor Dibasuh
- Remaja JUAL Anak Kecil Di eBay
- Pengantin Perempuan TERJUN TINGKAP Kecewa Perkahwinannya DIBATALKAN
Belasungkawa : Blogger Telor Dibasuh Posted: 19 May 2011 12:18 AM PDT Hari ini, kita kehilangan seorang blogger di Malaysia iaitu blogger TelorDiBasuh. Kepada yang dah lama berblogging mungkin mengenali arwah. Arwah juga merupakan antara rakan blogger yang kerap menjenguk ke blog ini. Arwah meninggal dunia kerana jangkitan di paru-paru beliau dan baru berusia di awal 20an. Marilah kita berdoa untuk arwah.. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas Abdul Hakim bin Mohd Kamal…. Al-Fatihah.... |
Remaja JUAL Anak Kecil Di eBay Posted: 18 May 2011 07:58 PM PDT MICHIGAN : Seorang remaja perempuan menjual seorang anak kecil yang berusia dua tahun dan memiliki hubungan kekeluargaan dengannya kepada seorang lelaki melalui laman web eBay. The Holland Sentinel melaporkan pihak polis berjaya mengesan tempat tinggal wanita berusia 19 tahun itu di Ottawa County. Sheriff Ottawa County, Leftenan Mark Bennett, berkata pihak polis menerima panggilan telefon mengenai penjualan seorang anak kecil di internet pada Isnin (16/5/2011). Penjualan anak kecil tersebut dipercayai dari tempat yang jauh. Bennett mengatakan salah seorang pembeli pada awalnya menyangkakan penjualan bayi itu adalah palsu. Namun, tawaran pembelian lelaki tersebut diterima. Pembeli itu kemudiannya segera menelefon polis. Hasil petunjuk dari pembeli, polis berjaya menemui remaja wanita tersebut. Menurut Bennett, remaja wanita tersebut diduga terpaksa menjual anak kecil itu kerana sedang memerlukan wang. Sementara itu, anak kecil tersebut khabarnya ketika ini sudah diambil ibunya di Kent County. Namun pihak eBay sendiri belum memberi sebarang keterangan mengenai kejadian tersebut. |
Pengantin Perempuan TERJUN TINGKAP Kecewa Perkahwinannya DIBATALKAN Posted: 18 May 2011 05:32 PM PDT CHANGCUN -Kecewa ditinggalkan kekasih, seorang wanita di China cuba untuk membunuh diri. Wanita tersebut berusaha menamatkan hidupnya dengan melompat dari tingkat tujuh bangunan perumahan dengan memakai gaun pengantinnya. Bagaimanapun wanita tersebut bernasib baik berjaya diselamatkan seorang penduduk dengan menangkap gaun pengantin yang dikenakannya ketika ia akan melompat dari tingkat tujuh tersebut. Seperti dilaporkan oleh Reuters, Rabu (18/5/2011) wanita berusia 22 tahun tersebut tergantung di jendela bangunan sebelum usaha mengakhiri hidupnya digagalkan oleh Guo Zhongfan. Zhongfan dibantu penduduk yang lain lalu menarik gaun pengantin berwarna putih itu untuk menyelamatkannya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan perumahan di Changchun, wilayah Jilin, China. Media tempatan melaporkan, wanita itu kecewa kerana hubungannya dengan kekasihnya yang telah terjalin selama empat tahun terkandas di tengah jalan. Sedangkan pasangan ini sepatutnya akan melangsungkan pernikahan pada hari esok. "Dia tidak dapat hidup kerana tunangnya telah meninggalkannya dan akan bernikah dengan wanita lain ketika hanya tinggal beberapa hari sebelum pernikahan mereka," menurut TV tempatan. Wanita yang dikenali sebagai Li Wan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam usahanya membunuh diri. Gaun pengantin putih itu menjadi saksi peristiwa tragik ini. Sedih. Li Wan duduk menangis teresak-esak duduk di birai tingkap Bernasib baik. Lelaki ini berjaya menangkap pengantin perempuan ini sebelum ia terjatuh. Diselamatkan. Li Wan berjaya ditarik masuk ke dalam bangunan. Pertolongan. Cubaan bunuh diri pengantin perempuan ini berjaya dielakkan. Seorang saksi berkata: "Di atas sana ada yang cuba untuk menangkap kakinya manakala ada yang menariknya dari belakang menggunakan skirt labuhnya. Zhongfan yang menyelamatkannya berkata: "Dia amat sedih apabila percintaannya diputuskan tetapi dia tahu dan sedar kini dia telah mendapat peluang kedua dan menghargainya." Klip VIDEO percubaan bunuh diri : |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan