Rabu, 4 Mei 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


VIDEO : ANIMASI Serangan Ke Atas Osama Laden DIKELUARKAN

Posted: 04 May 2011 06:36 AM PDT


Butiran demi butiran yang terus muncul mengenai serbuan serangan yang mengorbankan Osama bin Laden, ia menjadi sedikit mudah untuk dibayangkan.

Bermula dari pendaratan helikopter sehinggalah peristiwa tembakan ke arah Osama yang dilaporkan tidak bersenjata, ABC News telah membuat satu video maya yang mencantumkan peristiwa-peristiwa serbuan itu dalam hanya seminit.

Ia tidak sepenuhnya CGI, tetapi ia cukup untuk menjadi rujukan yang baik terhadap bagaimana situasi sebenar berlaku.

Anda boleh melihatnya di bawah :

SEKITAR Solat Jenazah Osama Laden Di Karachi

Posted: 03 May 2011 10:22 PM PDT



Pengikut pertubuhan Islam yang telah diharamkan Jamaat-ud-Dawa menitiskan air mata ketika upacara solat jenazah untuk Osama di Karachi semalam.


RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.
Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

"Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain," kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan "kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat)," katanya dipetik Reuters.

"Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu," katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

"Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati," kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

"Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain," kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

"Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan)," kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

"Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim," katanya lagi.

Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

"Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian," kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an.


Kredit : Reuters

Bila Binatang MEROKOK, ORANG UTAN Di Malaysia & ULAR SAWA Di Indonesia

Posted: 03 May 2011 08:33 PM PDT















Malaysia
Shirley ialah seekor orang utan yang hidup di sebuah Zoo di Johor, Malaysia. Shirley menjadi daya penarik tersendiri di Zoo tersebut. Keunikan Shirley ialah kerana ia 'seorang' perokok tegar. Shirley selalu meminta rokok dari dalam kurungannya kepada petugas Zoo. Para pengunjung Zoo selalu tertarik untuk memberikan Shirley sebatang rokok, jika rokok Shirley sudah habis. Namun lucunya, Shirley juga memilih apabila hanya menghispa rokor yang digemarinya sahaja.




Indonesia
Biasanya ular sawa, gemar memakan daging. Namun ular di Desa Beringin, Kecamatan Labang, Kabupaten Bangkalan, Madura, lebih gemar menghisap rokok.

"Rupanya ular sawa yang saya temui ini, aneh. Dia tidak mahu makan daging, ia mahu merokok saja. Sehari ia boleh bisa menghabiskan 1 bungkus rokok," kata Solihin.

Dia mula memberi rokok sebagai santapannya setelah dia pertama kali menemuinya, tidak mahu diberi daging ayam. "Dia seperti melirik rokok saya. Saya berikan rokok sebagai santapan setiap hari," katanya.

Untuk memberi rokok, Solihin menyalakan rokok. Lalu rokok yang sudah berapi itu dimasukkan ke mulut ular sawa ini.

Lelaki Inilah YANG PERTAMA Melaporkan Peristiwa Pembunuhan Osama

Posted: 03 May 2011 06:18 PM PDT

PAKISTAN - Secebis kebenaran telah terungkap di sebalik propaganda yang dihebohkan dan laungan kemenangan yang sedang melanda di dalam media kafir dan dongeng murahan kononnya Syeikh Osama "berlindung dari peluru di sebalik tubuh isterinya".

Ternyata, orang pertama yang melaporkan mengenai pertempuran sengit dalam catatannya di microblog Twitter adalah seorang konsultan IT, Sohaib Athar, yang tinggal di Abbottabad, di mana semua peristiwa terjadi, demikian menurut laporan BBC News.









Di dalam Twitter, sesaat sebelum pertempuran, Athar telah menulis bahawa ada helikopter yang berkemungkinan milik Angkatan Bersenjata Pakistan yang terbang di atas ruang udara Abottabad. Dia mencatat bahawa penerbangan seperti itu cukup jarang berlaku di daerahnya.

Kemudian, menurut catatan Athar, beberapa ledakan kedengaran. Kemudian, diketahui bahawa sebuah helikopter mengalami kerosakan dan telah jatuh. Sohaib Athar tidak hanya menjelaskan pengamatannya di dalam Twitter, tetapi juga mengumpulkan informasi dari teman-temannya yang turut berada di dalam jaringan internet.

Kemudiannya, ia mendapati bahawa bukan semua helikopter itu milik angkatan bersenjata Pakistan, dan bahawa sebuah helikopter yang telah dijatuhkan itu mungkin bukan kerana kemalangan.

Athar menyedari sebab mengapa helikopter tersebut berada di sana dan apa sebenarnya yang terjadi hanya setelah ia mendengar ucapan Obama ketika ia mengumumkan tentang "pembunuhan" Syeikh Osama bin Laden.

Namun, ternyata menurut maklumat dari penduduk Abbottabad dalam microblog bahawa peristiwa tembak-menembak di kota itu (propaganda Barat menyebutnya "kehadiran tentera di kota") berlangsung selama sekitar 2 jam, tentera AS mendakwa  "operasi itu berlangsung kurang dari 40 minit".

Tidak lama kemudian, walaupun setelah beberapa pernyataan yang dikeluarkan berbeza, Amerika tetap mengakui tujuan serangan di Abbottabad adalah untuk menangkap hidup-hidup Bin Laden.

Namun, ketua Al Qaeda tidak membenarkan mereka untuk melakukannya (menyerah diri). Amerika menyatakan setelah mereka menawarkan supaya mereka menyerah diri, Bin Laden dan puteranya melepaskan tembakan untuk membunuh mereka.

Jika versi Amerika ini boleh dipercaya, mereka sebenarnya tidak berada di dalam jarak yang dekat dengan Bin Laden. Ketua Al Qaeda ini dikatakan terbunuh dengan peluru penembak tepat di kepala. (Kemudian, Amerika telah mengubah cerita mereka dan mengatakan bahwa Bin Laden tidak melawan sama sekali dan hanya ditembak di perut dan kepala).

Selepas itu, cerita sekali lagi berubah apabila ada dua perempuan dilaporkan bersama-sama dengan Bin Laden di rumah itu. Tidak ada informasi tepat tentang nasib mereka. Dilaporkan bahawa mereka berdua telah dibunuh, namun dinyatakan hanya ada satu mayat perempuan dan seorang lagi cedera dan kini berada dalam tahanan AS.

Propaganda AS terbaru mereka mempunyai pelbagai perincian kecil dari apa yang terjadi. Mereka memiliki operasi secara live, dan laporan tentang CIA yang mencatatkan bahawa "tidak ada yang membawa keluar sampah dari rumah besar" dan penerbangan pasukan khas untuk operasi itu dan macam-macam lagi.

Foto rumah yang rosak dengan kesan darah telah juga diterbitkan. Media menjalankan cerita standard tanpa informasi yang tepat sambil diselangi dengan pembohongan murahan yang biasa dibuat dalam kes tersebut.

Namun, masih terdapat cukup banyak pertanyaan yang timbul.

Mengapa Amerika tidak menunjukkan video atau foto Syeikh Osama bin Ladin yang telah meninggal dunia? Selain itu, cerita Amerika bahawa Syeikh Osama "dimakamkan" di Laut Arab (kira-kira 1,200 km dari tempat kejadian), beberapa jam setelah pembunuhan itu nampaknya cukup mustahil.

Bagaimana AS melakukan ujikaji genetik DNA Syeikh Osama beberapa jam setelah "kematiannya" (seperti yang dilaporkan, dengan memotong tangannya, ia mirip seperti sebuah ritual pagan) nampaknya paling mustahil, sedangkan keputusan ujikaji DNA memerlukan masa beberapa hari.

Hanya ada dua alasan untuk menjelaskan perkara ini iaitu :

Pertama, Syeikh Osama tidak ada di rumah yang diserang oleh Amerika.

Kedua, Syeikh Osama memang telah dibunuh, tapi jasadnya begitu rosak kerana AS melakukan pelbagai kekejian terhadapnya, sehingga tidak mungkin untuk mengidentifikasikan jasadnya secara visual.

Faktanya, diketahui bahwa Syariah tidak membenarkan untuk menguburkan  Muslim di dalam air sebagaimana yang dikatakan oleh ulama Islam di Mesir dan negara-negara lain yang memberi komen tentang perdebatan pernyataan AS tentang penguburan Bin Laden di laut dengan mengamalkan ajaran Islam.

Kami hanya ingin menunjukkan bahawa jika terbunuhnya Syeikh Osama disahkan benar, itu hanya akan membuktikan bahawa ia telah bertemu dengan kesyahidannya dalam Jihad yang telah ia lakukan semasa hidupnya dan untuk seruannya kepada Muslim. Ia menjadi syuhada dalam pertempuran, sebagaimana layaknya Mujahidin.

Jika benar kematian ini terjadi, sebenarnya ia hanyalah kemenangan simbolik bagi Amerika kerana seperti sebahagian besar pemerhati berkata. Peristiwa ini tentu akan meningkatkan imej Obama dan meningkatkan kembali peluangnya untuk kekal di Rumah Putih, bukan hal lain.

Sepuluh tahun, dua perang tercetus, ratusan milion dollar dihabiskan hanya untuk memburu seorang manusia. Allahu akbar! Tiada siapa yang boleh katakan ini adalah kemenangan bagi mereka yang waras?

Selain itu, mereka harus mengakui sebuah fakta yang tidak boleh ditolak bahawa kematian Syeikh Osama tidak akan menghentikan Jihad. Api Jihad akan terus menyala tidak kenal lelah dan Amerika akan menyalahkan diri sendiri dengan melancarkan perang global mereka terhadap Islam.

Tiada ulasan: