Isnin, 30 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


Idris, Husam dan Nizar menang ? Pemerhati

Posted: 30 May 2011 03:03 AM PDT

Haripun semakin mendekat, tetapi suasana seperti biasa bagi pemilihan Muktamar Pas hujung minggu ini. Memang panas.. tetapi itupun sekadar cuaca yang memanaskannya. Pada permukaannya seperti biasa sahaja rutinnya.

PAS sedang bersedia menghadapi pemilihan pada Muktamar, sedang PKR dipimpin DSAI menjelajahi negeri ke negeri memperkemas dan menyusun strategi pilihan raya yang dihidu seakan diadakan pada Julai.

Pemerhati politik pula mengambil pendirian mudah dalam pemilihan kerusi Naib Presiden PAS. Semuanya berasaskan logik. Bagi mereka salah seorang daripada dua calon berlatar belakang pendidikan agama dalam senarai calon yang bertanding jawatan itu.. Ustaz Idris Ahmad atau Datuk Nik Amar Nik Abdullah akan terpilih.


Dato Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob pula kini sedang dicongak jasabakti dan kerjabuat mereka sepanjang memegang jawatan Naib Presiden. Ada kerja dibuat atau sekadar impak  buat bising di sana sini agar kendengaran sedang bekerja. Terserahlah pada perwakilan membuat ketentuan.


Pemerhati berkata Ustaz Idris Ahmad yang akan menang dalam persaingan untuk kouta calon agama itu. Bagaimanapun yang pasti ialah undi yang diterima setiap calon tak banyak beza kerana terpaksa berkongsi enam. 


Setakat ini Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Amar menerima kredit hayat daripada TGNA. Husam dijangka menang bersama Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berdasarkan beberapa kriteria  politik.

Husam yang telah bersama PAS sejak awal menamatkan pengajian ekonomi di Universiti Malaya pada 1983, dikatakan orang yang penting dalam membantu TG Nik Aziz di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain pencetus  idea bernas dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan. 


Husam ternyata sangat komited dan harta parti yang sangat tahan diuji.

Datuk Seri Muhammad Nizar pula pemimpin 'popular' yang diterima semua termasuk bukan Islam, selaras dengan motto PAS for All. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh di kalangan rakyat bukan Islam, meskipun nama beliau menjadi gah bermula 2008 apabila diangkat menjadi MB Perak. 

Posted: 30 May 2011 02:36 AM PDT

B Dato' Hj Husam Musa, YB Salahuddin Ayub, YB Dato Mahfuz Omar dan YB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Beberapa sahabat dan 
pemerhati politik berpendapat salah seorang dari kalangan yang berpendidikan agama akan menang iaitu Ustaz Idris Ahmad. Manakala untuk 2 kouta lagi persaingannya sangat sengit. Dijangkakan undi yang mereka perolehi tidak banyak bezanya antara satu sama lain. Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka menang berdasarkan kepada beberapa faktor menurut pemerhati politik tersebut.

Antara faktor yang menyebabkan Husam menang ialah beliau dikatakan orang yang penting dalam membantu Tuan Guru di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain dari mempunyai idea-idea yang baik dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan. Selain itu beliau juga merupakan petugas parti yang sangat komited dan tahan uji. Sebaik sahaja menamatkan pengajian beliau dari Universiti Malaya (UM) beliau terus sahaja mewakafkan dirinya kepada PAS Kelantan sehingga ke hari ini.

Datuk Seri Muhammad Nizar pula diilihat sebagai pemimpin 'versatile' yang diterima oleh semua pihak termasuk rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai  pemimpin seperti ini bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PAS for All. Selain dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden beliau dilihat sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh di kalangan rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai seorang pemimpin yang seperti ini. Demikian hujah yang dikeluarkan oleh pemerhati politik kepada saya.

Tiada ulasan: