Rabu, 25 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


Nasharuddin lebih banyak keluar negara, tak banyak bekerja.... Aziz Bari

Posted: 25 May 2011 06:11 AM PDT

Pengumuman Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang akan datang dijangka memberi "kesan yang lebih parah" kepada penyandang, Nasharuddin Mat Isa, berbanding Mohamad Sabu yang juga menjadi calon, kata Profesor Abdul Aziz Bari.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berulang dalam pemilihan parti pada Jun 2011, setelah tiga orang pemimpin memperolehi pencalonan yang mencukupi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.  

Dalam pemilihan pada tahun 2009, pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Sabu, Husam Musa dengan Nasharuddin Mat Isa akhirnya memihak kepada penyandang, meskipun jumlah undi yang diperolehi kedua-dua orang "pencabar" lebih daripadanya.

Sesetengah penganalisa menganggap Nasharuddin Mat Isa menang kerana kebanyakan perwakilan PAS meletakkan "kepimpinan ulamak" sebagai pertimbangan utama mereka, lantas Husam dan Mat Sabu yang bukan dari golongan ulama gagal mendapat tempatnya.  Kali ini, apakah pula kesudahannya apabila Tuan Ibrahim yang berasal dari golongan ulama mengambil bahagian dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden?

"Itu tanggapan atau persepsi kita (bahawa ahli PAS mahukan ulama menyandang jawatan Timbalan Presiden).  Sama ada ia benar atau tidak kita kena lihat masa pengundian nanti.  Saya yakin perwakilan mahu PAS melonjak dalam politik nasional," jawab Abdul Aziz Bari.

Beliau menambah, "Saya tidak fikir PAS akan mendapat lonjakan di peringkat nasional melalui Tuan Ibrahim atau Nasharuddin (gambar kanan).  Logiknya saya fikir Tuan Ibrahim akan mengambil undi yang dijangka memihak kepada Nasharudin.  Logiknya Nasharuddin yang akan menerima kesan lebih parah berbanding Mat Sabu."

Ketika diminta untuk menilai prestasi (Nasharuddin) penyandang Timbalan Presiden, Aziz Bari melontarkan kritikannya, "Beliau tidak banyak bekerja untuk memperkuat jentera parti.  Nasha lebih banyak keluar negara.  Di parlimen beliau tidak aktif.  Kawasan parlimen juga tidak dijaga dengan baik sama ada di Yan (1999-2004) atau sekarang di Bachok.  Nasha juga terlibat dengan usaha mendekati UMNO.  Jadi Nasha bukan sahaja tidak memperkasa parti tetapi juga melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat."

Abdul Aziz Bari juga mengulas "kepimpinan ulamak", yang dikatakan masih menjadi faktor pertimbangan utama ketika perwakilan memilih pemimpin mereka.  

Kita kena sedar bahawa kelayakan 'ulama' ini tidak ada dalam perlembagaan PAS. Ia hanya timbul kerana pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979 dan begitu kedengaran sebagai slogan untuk menjatuhkan Asri Haji Muda pada tahun 1982.  Selepas itu slogan itu terus ditiup untuk menjadi retorik parti.  Tetapi dalam keadaan politik yang sudah berubah dan PAS perlu merakyat dan membuka pintu kepada non-muslim, ulama tidak lagi penting.  Malahan ia seperti menjadi liabiliti apabila mereka yang digelar ulama gagal menjalankan kerja," Katanya.(Merdekareview)

Gelora Umno Sabah: Shafied Afdhal vs Panglima Musa Aman

Posted: 24 May 2011 10:50 PM PDT

KEBIMBANGAN Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap kemaraan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semakin memuncak ekoran 'Bisikan Kalbu' yang semakin mendesah kerana musuh politik Shafie, Datuk Seri Panglima, Musa Haji Aman begitu berjasa kepada UMNO dan pernah menghulurkan bantuan ketika UMNO dalam keadaan nazak.

Shafie, manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, menongkah arus mencipta sengketa dengan menyerang kubu kuat Musa dan melancarkan 'Saiwar' melalui Task Force UMNO (KDM) yang menjadi 'Kuda Liar' tanpa pelana; menyerang keutuhan perpaduan UMNO dari dalam dengan bantuan dan sokongan seteru Musa Aman.

Persoalannya, dalam keadaan ekonomi Sabah berada pada landasan yang terbaik dan transformasi ekonomi sedang dijayakan melalui pelbagai projek termasuk NKRA dan Agropolitan, hasil kerja keras Musa; berbaloikah Najib menurut hasutan Shafie untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah menjelang pilihanraya umum yang dijangkakan enam bulan dari sekarang.

Kegelojohan Shafie melancarkan perang saraf melalui gurkha politik yang hanya tahu mengejar projek, tetapi gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan, menyebabkan taktiknya mudah dihidu sehingga misinya sering kali gagal.

Shafie dan Najib tidak mempunyai alasan untuk memecat Musa sebagaimana Chin Su Phin membaling najis ke muka Najib kerana gagal menyingkirkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga Sarawak kehilangan 16 Kerusi kepada Pembangkang pada pilihanraya umum ke 10 lalu menjadi 'Nujum Pak Belalang' menuding jari kepada Musa yang akan menyebabkan Sabah kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya umum kelak.

'Teori Pemusnah' Chin Su Phin adalah permata minda Shafie melalui asakan Peter Anthony, Christinus Chiu, John Ambrose, Mohd Yusof Apdal, Alfred Chan, Rahim Ismail, Jasa Haji Rauddah, Yusof Yakub dan semua kroni yang mendapat imbalan projek daripada Shafie.

Perlantikan Chin Su Phin sebagai 'Senator' langsung tidak memberi kesan kepada BN Sabah kerana Musa mempunyai 'Akar Politik' yang kuat tetapi tertanam di dalam tanah sehingga sukar untuk meramalkan tindakannya; apatah lagi mempunyai Komando (You Command, I Do) yang hanya bertindak atas arahan Musa.

Namun asakan, serangan dan gerakan perang saraf yang dilakukan Shafie selama ini gagal melumpuhkan Musa yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memperkukuhkan ekonomi Sabah melalui 'Think-Thank' beliau sendiri yang gagal dibolosi Gurkha Politik Shafie, termasuk Azman Ruslan dan Jamawi Jaafar.

Bagaimanapun, Najib memerlukan orang tengah atau penasihat untuk menyelesaikan sengketa antara Musa-Shafie dan calon terbaik untuk melakukan 'Gencatan Senjata' ialah Tun Dr Mahathir Mohammad yang masih disegani kawan dan digeruni lawan.

Hanya Mahathir tahu apa rahsia Musa dan Shafie dan ternyata Mahathir masih Pro-Musa kerana bersetuju membubarkan Sistem Ketua Menteri Merry Go-Round sebaik sahaja Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kes rasuah Shafie sejak era NBT yang bertompok-tompok di SPRM dan fail siasatan Musa yang dibuka ekoran rencana politik Shafie yang mengupah anak saudaranya ke Hong Kong bagi mendapatkan bukti palsu melalui penahanan orang yang dikhabarkan paling rapat dengan Musa, Michael Chia Thien Foh; masih gagal mengaitkan Musa dengan skandal berkenaan; hanya diketahui Mahathir dan Pak Lah yang memegang butang 'Freeze' ketika itu.

Namun apakah Shafie atau Musa akan mengalah dan duduk di meja perundingan jika masing-masing merasakan diri mereka mempunyai kekuatan untuk melakukan 'bidikan terakhir' untuk melumpukan musuh mereka.

Sebagai tokoh yang mendapat jolokan 'Golden eye boy' Najib, Shafie tentunya merasakan peluangnya untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah semakin hampir tetapi mungkin terhalang kerana Najib tidak mempunyai kekuatan untuk menyingkirkan Musa, tokoh berjasa kepada UMNO!

Dalam masa yang majoriti Adun dan Ketua Bahagian UMNO di Sabah mempersoalkan kenapa Musa perlu diganti ketika ekonomi Sabah semakin stabil dan rizab negeri pada tahap tertinggi dalam sejarah Kerajaan yang pernah memerintah negeri ini.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

Harga minyak dunia dok pelan turun, Najib tak jadi nak naik harga

Posted: 24 May 2011 10:43 PM PDT

Najib Razak terbantut nak naikkan petrol Petrol RON95. Ialah  tak patutpun naik, kerana negara pengeluar lain lebih rendah harga petrol depa daripada harga yang dok ada di Malaysia la ni.  


Lagipun mana akalnya, harga minyak dunia dok koi turun.


Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum tak jadi naik bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

ismail sabri yaakob"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertaha
n.



Harga semasa



Harga Petrol di Malaysia : RM1.90  
Malaysia pengeluar petrol ke-27 di dunia


Harga Petrol di Qatar: RM0.75
Qatar pengeluar petrol ke-22 di dunia


Harga petrol di Oman: RM1.00
Oman pengeluar petrol ke-28 di dunia


Harga petrol di Mesir : RM1.06
Mesir pengeluar petrol ke-29 di dunia


awat kita lagi mahal.... baca laporan ni pulak...lagi fening


Sedang Umno-BN ghairah menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan Asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang khuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.


Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.

"Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun," kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.

Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.

Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.

OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.

Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Najib dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.

Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan dinaikkan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter.



Husam tawar diri Naib Presiden ekoran kekosongan

Posted: 24 May 2011 09:13 PM PDT

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sudahpun membuat keputusan  bertanding jawatan nombor dua dalam PAS pada Muktamar PAS minggu depan. Begitulah senario bagi melengkapkan kekuatan satu dan dua dalam parti berasaskan gandingan ulama.

Mohamad Sabu turut bertanding Jawatan Timbalan Presiden itu, menjadikan pertandingan tiga penjuru dengan kesediaan penyandang Nasharuddin Mat Isa.

Pun begitu, bagi tiga jawatan Naib Presiden ia masih terbuka. Sekurang-kurangnya penyandang Dato Mahfuz Omar, Salahudin Ayob telah mengumumkan mempertahankan jawatan berkenaan.

Selain dua calon ini, mantan Naib Presiden Dato Husam Musa telah menyanggahi keputusan awalnya untuk hanya bertanding jawatan AJK Pusat dengan mengumumkan turut menawarkan diri bagi jawatan berkenaan.

Tiada apa yang salah bagi Husam. Ia berasaskan kekosongan. Sebelum ini Husam mengambil pendekatan bertanding AJK Pusat kerana mungkin merasakan gandingan Tuan Ibrahim, Mahfuz dan Salahudin telah serasi bagi jawatan Naib Presiden.

Namun perubahan ke arah bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Tuan Ibrahim mengakibatkan ada ruang bagi Husam bertanding kembali bagi jawatan Naib Presiden.

Itu keberangkalian yang mungkin bersarang dalam benak Husam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad sejak awal  menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden, manakala beberapa nama lagi dikatakan turut berminat menduduki kerusi itu termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Exco Kelantan Datuk Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Abang Mat Timbalan Presiden PAS ?

Posted: 24 May 2011 08:34 PM PDT

Mohamad Sabu akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.


Namun Abang Mat akan kalah jika penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa menarik diri dan memberi laluan kepada Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Kesemua ini dikatakan ekoran keputusan Tuan Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti Pas itu yang secara langsung akan memecah belahkan undi kepada dua kelompok. Itu persepsi sebahagian ahli PAS.

Ataupun Tuan Ibrahim yang baru membuat u-turn menarik diri... dan membiarkan Nasharuddin melawan Mohamad Sabu. Yang ini mungkin tidak akan berlaku. 

Apapun hanya langkah-langkah ini akan menyebabkan Abang Mat kalah ?

Bagaimanapun congakan politik sememangnya jelas kelihatan, bahawa kesediaan Tuan Ibrahim bertanding jawatan nombor dua itu adalah dengan harapan sebahagian undi penyokong Nasharudin akan memihak kepada beliau.

Beliau juga dilaporkan telah mendapat "blessing" untuk bertanding jawatan itu bagi mengekalkan tradisi kepimpinan ulama bagi jawatan nombor satu dan dua  parti kerana dibimbangi Abang Mat akan berjaya memecahkan tradisi berkenaan.

Kini politiking dalam parti bagi jawatan Timbalan Presiden PAS telah kelihatan menjadi lebih sengit, meskipun masih ada seorang lagi calon nama besar yang belum mengumumkan pendirian sama ada bertanding atau menarik diri.

Datuk Seri Menteri Besar Kedah Azizan juga telah mengesahkan tidak bertanding jawatan itu memandangkan banyak bebanan kerjabuat bersangkutan dengan kerajaan negeri Kedah yang dipimpinnnya. Azizan menawarkan diri untuk jawatan AJK Pusat sahaja dan menolak juga untuk jawatan Naib Presiden.

Berbalik pada kerusi nombor dua, jika dilihat pada jumlah pencalonan sudah pasti ramai yang melihat Abang Mat berpeluang cerah memenangi kerusi itu.


Abang Mat dilaporkan menerima 45 pencalonan berbanding Nasharuddin hanya 42 pencalonan, manakala Tuan Ibrahim mendapat 39 pencalonan.

Walaupun jika diukur daripada segi pencalonan itu (Tuan Ibrahim bukan calon pilihan), tetapi beliau adalah antara calon popular kebelakangan ini. Mungkin ini disebabkan ada usaha untuk mengekalkan gandingan ulama bagi kerusi nombor satu dan dua. 
Apapun (jika Abang Mat menang) ia tidak harus dilihat daripada sudut negatif kerana ia bersesuaian dengan dasar PAS untuk menjalinkan kepimpinan ulama dan profesional  terus diperkukuhkan.
Pola pengundian sudah pasti berubah. Meskipun sesetengah pihak beranggapan Tuan Ibrahim mempunyai kelebihan..., yang jelas ialah "it might happen" undian "in favour of ulama will split."
Ada juga kalangan anggota parti PAS yang mengingatkan bahawa sebahagian besar penyokong Abang Mat (selama ini menyokong beliau kerana membantah Nasharudin) dan penyokong Nasharudin sendiri akan berubah haluan kepada Tuan Ibrahim berasaskan keterampilannya.
Bagaimanapun Abang Mat ternyata mempunyai kelebihan tersendiri. Beliau adalah pemimpin rakyat.. pemimpin disenangi rakyat.
Bukan sahaja disenangi rakyat bahkan disenangi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kerana sikapnya yang banyak memperjuangkan hak rakyat dan pengalamannya yang telah jauh melalui jerih perih bersama rakyat.


Tiada ulasan: