PERAKITE |
- Kenyataan penuh YB Dato Husam Musa mengenai pencalonan Naib Presiden
- Daya saing Malaysia merosot enam anak tangga
- HUSAM MENERIMA PENCALONAN BAGI JAWATAN NAIB PRESIDEN
- Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak
- Tuan Ibrahim tanding jawatan Timbalan Presiden
- Ustaz Norazli terima pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda dan AJK PAS Pusat
Kenyataan penuh YB Dato Husam Musa mengenai pencalonan Naib Presiden Posted: 24 May 2011 04:22 AM PDT Bismillahirrahmannirrahim Pada mulanya saya hanya bercadang untuk bertanding Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja. Sebabnya, supaya saf Naib-Naib Presiden yang ada tidak diganggu di atas prestasi dan hala tuju yang memuaskan yang tunjukkan oleh mereka. Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti. Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan, sebagai tapak utama PAS pada waktu ini, tetapi juga untuk PAS keseluruhannya. Saya percaya polisi PAS untuk menjalinkan gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan. Dalam hal ini, kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut. Oleh itu di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-57 ini. Kepada Allah saya bertawakal dan saya berharap bimbingan saf kepimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah amat berat. HUSAM MUSA Chengdu, China 20 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 24 Mei 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Daya saing Malaysia merosot enam anak tangga Posted: 24 May 2011 04:10 AM PDT Walaupun mempunyai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 telah jatuh enam anak tangga daripada tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke-16 pada tahun 2011. Perkara ini turut disokong dengan pendedahan laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Index (GCI) untuk tahun 2010- 2011 di mana menunjukkan Malaysia kini jatuh dari tangga 24 (berada di tangga ke 21 untuk tahun sebelumnya) ke tangga 26. Menurut Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) di Switzerland, Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam 2 daripada 4 faktor utama kajian - kecekapan kerajaan dan kecekapan pengurusan, jatuh dari tangga ke 9 dan tangga ke 4 pada tahun 2010 ke tangga 17 dan tangga 14 masing-masing pada tahun 2011. Dua faktor lain adalah prestasi ekonomi dan infrastruktur. Selain itu, WEF menunjukkan bahawa Jelas sekali WEF merujuk kepada masalah rasuah dan kroni seperti mana yang dilaporkan oleh IMD bahawa kecekapan pengurusan dan kecekapan kerajaan terjejas kerana kurangnya sistem tender terbuka dan ketelusan. Faktor lain termasuklah infrastruktur yang lemah, pendidikan ( rendah dan kemasukan ke peringkat menengah ) dan kurangnya kecekapan dalam pasaran tenaga kerja. Ia boleh diungkap bahawa kita berdepan dengan kes yang klasik- ekonomi rendah, produktivi rendah di mana kita berjuang untuk menghadapi realiti hidup ketika ini, Berhubung dengan pemotongan subsidi dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, DAP mempersoalkan tentang rasional, logik dan keadilan daripada pemotongan subsidi untuk barangan kecil seperti gula dan diesel yang boleh menjimatkan beratus- ratus juta tetapi bukan barangan besar seperti pemberian subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial yang menelan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun. Dalam erti kata lain, sekiranya Perdana Menteri mengatakan bahawa subsidi adalah seperti 'candu', jadi kenapa tidak menghapuskan 'candu besar' iaitu pemberian subsidi kepada IPP sebelum menghapuskan 'candu kecil' melibatkan subsidi gula, petrol dan diesel yang nyata telah membebankan masyarakat umum secara langsung. Ekonomi Warga Kuala Lumpur harus bekerja empat kali melebihi warga New York untuk mampu membeli 1kilogram beras, dan masa bekerja yang diperlukan untuk membeli 1kilogram roti adalah dua kali ganda daripada apa yang warga New York perlu lakukan.
Sumber: UBS AG / TMI Melainkan jika Kerajaan BN mengatasi masalah rasuah yang bermaharajalela, peningkatan inflasi, memperbaiki pertumbuhan pendapatan dan ketidakadilan sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini, pemotongan subsidi yang dicadangkan pada Jun 2011 hanya akan memburukkan lagi masalah di mana pemotongan subsidi ini akan menjadikan golongan miskin sebagai sasaran tetapi menyelamatkan syarikat- syarikat kaya. LIM GUAN ENG | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HUSAM MENERIMA PENCALONAN BAGI JAWATAN NAIB PRESIDEN Posted: 24 May 2011 03:20 AM PDT Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa mengumumkan kesediaan untuk menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar PAS awal Jun ini. "Atas perkembangan di dalam dan di luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden. "Kepada Allah saya bertawakkal. Bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat," demikian menurut kenyataan beliau. Menurutnya, meskipun pada awalnya hanya merasakan bercadang bertanding untuk AJK Pusat sahaja, perkembangan mutakhir membuat beliau menimbang semula pendirian. Beliau berkata, memandangkan perkembangan terbaru pengumuman penyandang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, maka beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan. Sementara itu, Mazlan Aliman menolak pencalonan bagi jawatan naib presiden, kecuali bertanding AJK Pusat sahaja. Setakat ini yang mengesahkan bertanding Naib Presiden ialah Idris Ahmad, dua penyandang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar. Dua lagi nama yang dirasakan sedang membuat pertimbangan rapi bagi jawatan berkenaan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan dan mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak Posted: 23 May 2011 10:35 PM PDT Pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti itu tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, jika Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri itu. Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang disiarkan dalam Portal Berita Roketkini.com. hari ini. Sejak peristiwa hitam rompakan kuasa BN terhadap kerajaan negeri Perak, DAP sudah berkali-kali menegaskan bahawa mereka tetap menyokong kepimpinan Nizar jika ditakdirkan PR kembali berkuasa di Perak. Portal itu juga menyiarkan keyakinan DAP Perak bahawa mereka akan kembali berkuasa jika Pilihanraya Umum diadakan pada masa terdekat. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koh Ham berkata PR dijangka memenangi 33 dari 59 kerusi Dun Perak. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan Ibrahim tanding jawatan Timbalan Presiden Posted: 23 May 2011 08:59 PM PDT Sepertimana telahan saya sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akhirnya menjawab teka teki dengan mengumumkan akan bertanding jawatan nombor dua dalam PAS pada Muktamar awal Jun ini. Lantaran itu akan menyaksikan pertandingan antara Tuan Ibrahim, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan AJK Pas Pusat Haji Mohamad Sabu. Berikut ialah kenyataan penuh beliau: Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan. Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar. Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama. Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS Pusat 24 Mei 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ustaz Norazli terima pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda dan AJK PAS Pusat Posted: 23 May 2011 07:55 PM PDT Alfadhil Ustaz Norazli Musa menerima pencalonan untuk kerusi Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan bersidang minggu hadapan. Beliau yang telah mengesahkan pencalonan itu juga mengesahkan menerima pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak itu berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam parti berasaskan sumbangan dan kredibiliti beliau selama ini. "Saya berhasrat membantu Presiden dan Parti agar menjadi pembela rakyat yang ampuh dan menyuntik semangat kental dalam jiwa pemuda sebagai pejuang menegakkan kebenaran selaras dengan syiar Islam," kata beliau. Norazli sememangnya ainonim dengan persada perjuangan menegakkan syiar Islam tanah air. Satu-satunya pemimpin yang sentiasa berjiwa kental untuk berada dalam barisan hadapan perjuangan..., bersemarak dengan ilmu dan ketajaman pemikiran. Lantaran itulah, anak jati Perak ini menerima pencalonan selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar PAS minggu depan. Merungkai bidodatanya, maka tidak keterlaluan dalam frasa yang pendek mengambarkan kemampuan dan keperibadian leluhor beliau dalam menegakkan syiar Islam, PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Perak, di Malaysia malahan juga di senario antarabangsa. Tidak ketinggalan kerana wajar dinyatakan, Ustaz Norazli lepasan bidang dakwah peringkat ijazah ini juga adalah mantan Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak 2008-Jun 2010. JAWTAN SEMASA Politik i. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak ii. Yang Dipertua PAS Ipoh Barat Kebajikan dan Sosial i. Ahli Jawatankuasa Mapim ii. Penasihat Persatuan Kebajikan Trong (Pekut) iii. AJK Muslim Care iv. Pendakwah Politik i. Mantan Ketua Pemuda PAS Perak ii. Mantan Penasihat agama exco agama 2008-2009 iii. Mantan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah iv. Mantan Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak (2008-Jun 2010) semasa mengikut konvoi Caravan Asian to Gaza menyampaikan bantuan bersama mantan MB Perak DS Mohamad Nizar bersama ulama Lebanon |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan