Khamis, 19 Mei 2011

PERAKITE

PERAKITE


Ular sawa dihantar bersama surat aduan kepada Zambry Kadir

Posted: 19 May 2011 07:50 AM PDT

Dulu depa ada kata simpulan bahasa.. (niat menghina). kali ini rakyat bawa ular sungguh ke pejabat Zambry Kadir.

Semunya gara-gara kecewa dan dukacita dengan sikap kerajaan negeri Perak yang mempersendakan  masalah mereka. Wakil penduduk Kampung DBI, Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar yang hensem itu. 

Tindakan itu sebagai membuktikan dan menyatakan bahawa ular berkeliaran di perkampongan setinggan itudan memerlukan perhatian kerajaan negeri. Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular. 

Mereka juga berbuat demikian sebagai membantah  sikap kerajaan Umno-BN yang agal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu. 

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar. Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama. 

Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry 

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu diambil oleh sepasukan anggota bomba. Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular. 

Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. "Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam./Tvs

HUSAM MUSA: SATU-SATUNYA NAMA DICALON UNTUK KESEMUA JAWATAN

Posted: 19 May 2011 05:52 AM PDT

Satu-satunya nama yang dicalonkan untuk bertanding bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan pada Muktamar PAS awal Jun ini ialah  Datuk Husam Musa.
Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Namun demikian Husam menolak pencalonan Pas Kawasan Bukit Bintang agar bertanding jawatan Presiden.
Husam pantas menolak pencalonan itu dan berikrar menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan pada ketika itu berkata: akan bertanding hanya bagi jawatan AJK PAS Pusat.
Perkembangan itu dilihat seolah-olah Husam cuba meminggirkan diri. Beberapa pemimpin seangkatan beliau melihat pendirian Husam itu juga merugikan parti yang dihimpit cabaran demi cabaran apa-tah lagi pada PRU13 yang semakin hampir.
Semasa PRU12, Husam yang ketika itu Naib Presiden PAS merupakan salah satu instrumen penting yang memainkan dalam mengatur strategi pilihanraya untuk Kelantan dan Nasional. Husam juga telah membuktikan kewibawaannya dalam menjana strategi ekonomi negeri Kelantan, malahan menjadi ikon ekonomi yang baik.
Husam yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi Universiti Malaya ternyata telah banyak melalui ujian getir di negeri cik siti wang kembang itu. Hubungan baik beliau dengan pimpinan saf utama PKR dan DAP juga menjadi aset penting kepada PAS. Amatlah rugi bagi PAS untuk menolak dan meminggirkan Husam daripada arus persada utama PAS.
Benar Husam sekurang-kurangnya wajar menerima pencalonan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi jawatan Naib Presiden bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan dalam persada PAS dan menonjolkan kehebatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Empat belas orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS, namun setakat ini hanya mantan Salahuddin Ayob dan  Ketua Penerangan Idris Ahmad mengesahkan kesediaan bertanding pada muktamar Pas awal Jun ini.
Dua calon sudahpun menarik diri bagi jawatan itu, iaitu Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak).
Dua lagi mantan naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memberikan jawapan. Namun Tuan Ibrahim turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang setakat ini memperlihatkan mantan Nasharuddin akan dicabar Mohamad Sabu.
Banyak desakan meminta Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain nama besar lain yang turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (juga layak bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat dan Menteri Besar Perak Ke-10 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat).

Pulau Pinang sasar RM6.1 bilion pelaburan 2011

Posted: 19 May 2011 03:53 AM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mensasarkan untuk mencapai pelaburan RM6.1 bilion bagi tahun ini,  iaitu hanya 50 peratus daripada RM12.2 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010 , yang merupakan rekod pelaburan tertinggi untuk pertama kalinya di Malaysia. 

Unjuran lebih rendah ini ditetapkan untuk menarik pelaburan tambah nilai yang lebih tinggi, berteknologi tinggi, industri berasaskan pengetahuan yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi, perpindahan teknologi dan industri yang inovatif.

Tambahan daripada itu, laporan Gartner pada September 2010 menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurun daripada 31.5% pada tahun 2010 ke 4.6% pada tahun 2011. ini bermakna kadar pertumbuhan akan lebih meruncing.

Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk memperkukuhkan (menggabung atau menyatukan) rekod pelaburan pada tahun lalu agar kekurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah dan merosakkan industri. 

Menurut laporan terbaru MIDA, pada tiga bulan pertama tahun 2011 telah menyaksikan keseluruhan RM1.8 bilion telah diluluskan daripada 20 projek untuk Pulau Pinang.

Pulau Pinang menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang telah diluluskan untuk negara iaitu RM12.2 bilion dari Januari hingga Mac 2011. FDI yang telah diluluskan untuk Pulau Pinang sebanyak RM991 juta merupakan 21 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI yang telah diluluskan untuk Malaysia. Ketika ini Pulau Pinang menduduki tempat keempat di Malaysia.

Pada tahun 2010, RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang dijangka akan dapat menjana 21, 000 peluang pekerjaan baru. Dengan situasi negeri yang sifar pengangguran masa kini, pihak berkuasa negeri harus berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti sumber manusia dan pembangunan SME (perusahaan kecil dan sederhana).

Dalam menangani cabaran ini, Kerajaan Negeri melalui investPenang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran SME, Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja. Pusat SMART ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama secara erat dengan PSDC dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) juga telah menunjukkan komitmen untuk melatih bakat-bakat baru serta menetapkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan untuk perkembangan sains dan teknologi.

Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 bagi membantu para penganggur mereka yang diberhentikan telah digubal semula peranan dan tanggungjawabnya bagi menarik dan mengekalkan bakat sedia ada. Misi pusat CAT adalah untuk menjenamakan semula Pulau Pinang sebagai tempat yang sesuai untuk bekerja dan hidup dengan moto baru 'My Penang, My Workplace' dengan menitikberatkan peluang, ekonomi dan taraf hidup.

Pulau Pinang boleh kembali memimpin dengan bukan sahaja sebagai 'sweatshop' tetapi juga 'smartshop' dalam industri perkilangan di Malaysia.

KETUA MENTERI PULAU PINANG
LIM GUAN ENG   

Hujah Nazri pada kenyataan Ibrahim pelik

Posted: 19 May 2011 03:39 AM PDT

Kenyataan DS Nazri Aziz seolah mempertahankan Ibrahim Ali mengenai 'perang salib" sekadar mengundang marah dan mengelirukan rakyat.


(Ini berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bahawa tiada tindakan boleh diambil ke atas Presiden Perkasa itu kerana beranggapan kenyataan itu merupakan norma di Malaysia)

pas muktamar 130610 dzulkefly ahmadAnggota parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad menyifatkan logik Nazri itu cuba menghalalkan tindakan berdiam diri kerajaan terhadap Ibrahim.

"Ia hujah yang pelik," katanya sambil memberi amaran tindakan itu boleh membuka pintu kekacauaan dan huru-hara dalam masyarakat.

"Kita bercakap tentang terpadamnya keluhuran perlembagaan, (keadaan) tiada undang-undang sepenuhnya."

Nazri juga turut dilaporkan berkata, walaupun kenyataan sedemikian tidak disenangi, rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" menangani watak seperti Ibrahim. 

Katanya, memandangkan ia turut disiarkan di laman sosial seperti Twitter, ia melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegah atau menghukum.

Sementara itu, anggota parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, apa pun sentimen dalam masyarakat pada masa ini, tiada yang "seburuk ucapan Ibrahim".

"Tiada sesiapa bercakap tentang perang salib. Hanya Ibrahim yang sediakan pentas untuk orang Islam menentang orang Kristian."

Katanya, sekiranya Ibrahim terus dibiarkan tanpa dihukum, kenyataannya menyebabkan pelbagai kesan lain, seperti menghalau pelaburan asing, mengancam keharmonian, sekali gus memusnahkan konsep 1Malaysia.

Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang Baljit Singh pula mempesoalkan sama ada Nazri menunggu "darah mengalir" sebelum mengambil tindakan sepatutnya.

"Kenyataan Ibrahim, jika dibenarkan bertukar kepada aksi, boleh mencederakan orang. 

"Adakah Nazri menunggu darah mengalir baru akan mengambil tindakan yang sesuai?" tanya Baljit dengan marah.

Baljit juga menyufatkan ucapan Ibrahim itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perselisihan antara kumpulan agama.

Projek IC akan menular ke Semenanjung

Posted: 18 May 2011 06:06 PM PDT

Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka berleluasa di Semenanjung Malaysia, sepertimana di Sabah sebelum ini, kata bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong.

Beliau berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.



Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.


"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah. Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.



Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.


Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.


Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini ketua menteri Sabah. 




NONEKatanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.

Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.

Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.

Tiada ulasan: