PERAKITE |
Ibrahim Ali perlekeh 1Malaysia dan melanggar prinsip Rukunegara Posted: 15 May 2011 07:19 AM PDT Ibrahim Ali ternyata telah sewenang-wenangnya memperlekeh prinsip 1Malaysia dan melanggar prinsip Rukunegara apabila mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad. Presiden Perkasa itu memang telah dengan sengaja menguji kesabaran komuniti Kristian dan cuba membangkitkan semangat anti-kristian di kalangan komuniti Islam. Polis, khususnya Menteri Dalam Negeri Datu Seri Hishamuddin Hussein sepatutnya telah bertindak segera membendung perkara seumpama itu daripada berterusan, namun sikap Hishamuddin yang memandang ringan perkara itu bakal menimbulkan keresahan rakyat semata-mata. Ini jelas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon nampaknya lebih ke depan dan berani mencabar dan menyifatkan kenyataan Ibrahim Ali sebagai biadap dan tidak wajar dengan nada ektremis. Koh berkata sikap Ibrahim mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1Malaysia Barisan Nasional Presiden Gerakan itu menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan. "Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad." Koh berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu. Koh menggesa semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain. "(Kenyataan itu) adalah sesuatu tidak wajar khususnya selepas pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama," kata Koh. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dan pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. Dalam reaksinya, Hishammuddin sekadar berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Hishammudin. Dalam kenyataannya Koh menambah, pemimpin-pemimpin Kristian juga mengulangi pendirian mereka bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sambil pada masa yang sama mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu yang timbul sekarang. Koh menambahkata, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya menggalakkan kesederhanaan dan semangat perantaraan untuk menguruskan dengan baik pandangan yang berbeza berbanding tindakan memprovokasi permusuhan. Justeru kata beliau, polis seharusnya menyiasat ucapan Ibrahim sepanjang dua hari lalu berhubung elemen mencetuskan konflik dan sikap benci di kalangan rakyat. |
Umno tidak menghormati lagi majlis agama Posted: 14 May 2011 07:02 PM PDT Umno BN sudah tidak menghormati majlis-majlis agama kerana keghairahan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila Umno mengedar video cakera padat (VCD) seks yang kononnya dilakukan Ketua Pembangkang itu pada program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah'. Program itu turut dihadiri ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang. Ketika menyampaikan ucapannya, Anwar berkata, Umno BN sudah membuktikan akan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal berkuasa termasuk 'merampas' semula Selangor. "Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya!," katanya di majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu. Dr Sheikh Wahbah pula berpesan agar hadirin istiqamah semasa berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika menuruti permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan