Jumaat, 27 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan Datang ke Malaysia buru Najib Altantuya...!!!

Posted: 27 May 2011 04:42 AM PDT



Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.


P/s: Najib mula berdebar!

kerajaan kepala butoh mengutamakan kepentingan rakyat....tengkorak hang la...!!!!

Posted: 27 May 2011 04:39 AM PDT

Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat




Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

"Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.



penyapu sial

memperkukuh kewangan negara dengan menipu,menindas dan merompak rakyat...tak ada otak ke..nak kaji pendapatan perkapita rakyat...dengan pendapatan seciput dan harga barangan meningkat tinggi kerana kebuasan kerajaan menaikan harga minyak serta barangan keperluan rakyat marhaen...

inikah di namakan prihatin dengan nasib rakyat...kepala butoh la....kalau dah salah urus kewangan negara jangan lah rakyat di jadikan mangsa....memang kerajaan UMNO pukimak ini dah tak layak memerintah negara...selagi UMNO -BN memerintah...rakyat makin merempat...papa kedana...yang kaya raya kroni UMNO pukimak...subsidi IPP kepada kroni kenapa tak nak di kurangkan ....???..sponsor pilihanraya ke...???

nak capai negara yang penduduknya  berpendapatan tinggi kunun...kepala butoh la...kroni penyamun berpendapatan tinggi boleh la...!!!

siapakah individu yang mengiringi perjalanan Razak dan Altantuya...????

Posted: 27 May 2011 04:15 AM PDT

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.



Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel berkata  hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu," kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.



Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

3 sebab BN kelentong... tak mau potong subsidi petrol buat masa ini....!!!!

Posted: 26 May 2011 05:32 PM PDT



3 sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPS, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dengan adanya Pakatan Rakyat (PR) telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong mereka membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini.

Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun.

Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan..

Pertama, katanya PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, ujarnya BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun,  sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi.

Ini,  adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

Dalam erti kata lain sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang..

Selain itu,  penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran.

Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian.

Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti rasuah.

Menteri-menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an.

Dasar anti rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan.Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat, bak kata pepatah 'bunuh dua ekor burung dengan seketul batu' dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang...

BN....BANGSAT NEGARA tabur harapan kosong, rakyat semakin terhimpit

Posted: 26 May 2011 05:22 PM PDT



Rakyat Malaysia sepatutnya telah menikmati laba yang menguntungkan apabila negara telah menikmati kemerdekaan selama lebih 50 tahun.

Namun situasi ekonomi Malaysia pada hakikatnya semakin membimbangkan, walaupun media BN sentiasa memaparkan bahawa Malaysia cemerlang, sebaliknya negara semakin berada dalam kewangan yang meresahkan rakyatnya yang tertekan dengan kenaikan harga barang secara berterusan dan semcam tidak terkawal oleh kementerian dan agensi yang telah diamanahkan.

Kerajaan BN perlu mengambil sirius persoalan ini, bukannya cuma menabur harapan kosong terhadap rakyat di media-media pro Umno BN.

Permasalah sebenar telah didedahkan baru-baru ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata lebih kurang 20,000 daripada penjawat awam iaitu kakitangan sokongan di jabatan kerajaan menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Fakta tersebut sudah cukup menggambarkan bahawa kerajaan BN tidak ambil cakna tentang kebajikan penjawat awam sehingga mereka menghadapi tekanan hidup secara tererusan .

Kita  kadang-kadang melihat warga asing yang sedang berada di negara kita mencari rezeki lebih selesa hidup tanpa menghadapi tekanan hidup seperti rakyat malaysia walaupun punya kerja disektor awam atau swata namun kehidupan tidak terjamin.

Setiap bula gaji mereka difikirkan untuk membayar pelbagai pinjaman bank, perumahan dan banyak yang berhutang dengan kada kredit. Sedangkan warga sing walaupun gaji tidak seberapa boleh mengirim wang balik ke negara mereka masing tanpa perlu memikirkan hutang dan pelbagai bayaran lain.

Tambahan pula kenaikan harga bahan api yang tidak munasabah secara tidak langsung telah menyebabkan kenaikan berantai harga baranghan lain.

Tidak sepatutnya rakyat malaysia sentiasa dihadapkan dengan kenaikan harga minyak sedangkan negara kita termasuk dalam salah satu negara pengeluar minyak.
Untuk  menjadikan Malaysia bersituasi selamat melalui pelan yang diutarakan seperti dalam Buku Jingga.kita menggesa supaya rakyat Malaysia sahut laungan perubahan, Malaysia mesti diselamatkan.

Tiada ulasan: