Ahad, 22 Mei 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


mestikah kita boikot kedai mamak kerana gara gara pukimak ini..????

Posted: 22 May 2011 07:45 AM PDT




Penyokong/pendokong Pakatan Rakyat patut  memboikot kedai-kedai mamak. Ini kerana lebih ramai penyokong/pendokong Pakatan Rakyat yang minum/makan di kedai mamak berbanding penyokong/pendokong UMNO.

Penyokong/pendokong UMNO biasanya berjumpa dan menghabiskan masa di "Coffee House" di hotel-hotel seluruh Malaysia. Mereka berbuat begitu kerana mereka banyak duit.Tidak seperti penyokong/pendokong PR yang sentiasa sengkek dan takda duit. Terpaksa menghilangkan dahaga di restoran2 mamak.

Dengan sokongan KIMMA@KIMMAK@PUKIMAK  yang terbuka kepada UMNO jelas satu penghinaan pada penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Maka, wajiblah kita MEMBOIKOT kedai-kedai Mamak. Biar kedai-kedai Mamak ni bergantung harap kepada orang2 UMNO yang majoriti lebih suka minum/makan di Coffee House.

Mamak2 kat MAlaysia ni tak sedar diri. Di mata UMNO, mereka ni setaraf dengan "pariah" aje. MElayu2 UMNO ni, sebelah mata pun tak pandang diorang ni. Tapi, mereka ni terhegeh-hegeh nak sokong UMNO.

Cumanya, yang kita hairan, mamak2 yang buka kedai runcit, rata-rata penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Dengan kata lain, kalau kedai runcit tu tuan punyanya adalah mamak, maka jangan terus boikot kerana rata-rata mereka ni penyokong kita.

Ada satu kedai mamak di Kampung Tunku, PJ dekat dgn Sekolah Menengah Sri Aman yang menjadi penyokong PAS yang sangat tegar mengalahkan kita sendirii. KEdai runcit dia siap jual Harakah walaupun masa Mahathir pegi ban Harakah.

Rasanya, petanda paling mudah adalah mereka ni jual Harakah/Suara Keadilan/Roket atau tidak.

Jarang kita  tengok restoran-restoran Mamak jual Harakah/Suara Keadilan/Roket. TAPI, semua restoran Mamak ni jual Utusan Meloya/Berita Hairan dan semua akhbar UMNO.

Jadi, kalau kedai runcit/kedai buku/stall suratkhabar tak jual akhbar kita, pakat2 kita boikot.Sekarang ni pun dah banyak restoran MElayu. Pakat pakat lah minum kat restoran MElayu.Teringat reformis Nora masuk kedai Mamak lepas tu nampak gambar Mahathir. Terus Reformis Nora tu bangkit sambil meludah dan keluar dari restoran Mamak tu.

Kita kena ajar sikit diorang ni. Biar diorang respek sikit kat kita. Diorang kena ingat langit tinggi rendah. Jangan mudah2 ludah kat muka kita lepas tu harap kita nak dokong diorang.

Kita tak mintak diorang tunjuk sokongan kepada kita secara terbuka. Tapi, hormatlah pada kita penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Kalo ko buleh tunjuk sokongan kepada UMNO/BN, kitorang pun boleh tunjuk protes kitorang.

UMNO candukan rakyat dengan budaya khianat,menindas dan tak bermoral....!!!!

Posted: 21 May 2011 08:45 PM PDT



Majoriti golongan kayanya yang bilangannya sangat kecil ialah kroni UMNO yang tinggal di kota. Majoriti golongan sederhananya yang bilangannya tidak begitu membanggakan tinggal di bandar dan pinggir bandar. Pada hakikatnya, orang Melayu yang tinggal di desa dan pedalamanlah yang mundur dalam serba-serbi. UMNO mensengajakannya tetapi anehnya golongan inilah yang terus dipergunakan untuk kelangsungan hayat kuasanya.

UMNO telah menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Buktinya ekuiti Melayu hanya sekitar 19% sahaja. Ada RM54 bilion saham Bumiputera habis dikaut hingga tinggal RM2 bilion sahaja. Tanah Simpanan Melayu (TSM) disapu hingga tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Penjajah yang bagi 3 juta hektar TSM ternyata jauh lebih bagus daripada UMNO. Bagi tanah kepada peneroka FELDA sampai la ni peneroka tidak menguasai perusahaan getah dan kelapa sawit. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Sudahlah begitu, ditipunya peneroka dengan berbagai-bagai. Melayu-UMNO memang berahi tipu Melayu atas darat.

Orang Melayu mahu mereka dibela kerana sudah lama ditekan oleh penjajah. Sebab itu sudah lebih setengah abad mereka pilih UMNO. Tetapi UMNO khianati Melayu. Melayu mundur. Melayu tak maju. Melayu tak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Cina. Mengapa?

UMNO mengamalkan budaya rendah. Khianat ialah budaya rendah. Kronisme ialah budaya rendah. Nepotisme ialah budaya rendah. Rasuah ialah budaya rendah. Komisyen ialah budaya rendah. Sekularisme ialah budaya rendah. Fitnah ialah budaya rendah. Samseng ialah budaya rendah. Penipuan ialah budaya rendah. Perkauman ialah budaya rendah. Lucah dan sex maniac ialah budaya rendah. Lakukan sumpah laknat tanpa mematuhi syariat Islam disebut jahil. Kejahilan termasuk dalam kategori budaya rendah. Melayu tidak akan maju dengan budaya rendah. Budaya rendah tiada kualiti. Budaya rendah tiada kredibiliti. Budaya rendah tiada integriti.

Budaya rendah telah menjadikan majoriti Melayu tidak cerdik. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka ditipu. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" pilihan raya. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" beras sekali-sekala macam SUBUR (Sumbangan Beras untuk Rakyat). Dah matikah projek SUBUR? Macam-macam cara digunakan oleh UMNO untuk memperkotak-katikkan Melayu.

UMNO guna fitnah untuk menjatuhkan lawan. UMNO guna dubur untuk jatuhkan lawan. UMNO gunakan video lucah untuk jatuhkan lawan. UMNO beri kad pengenalan kepada warga asing dan paksa mereka pangkah Barisan Nasional dalam pilihan raya. UMNO guna budaya rendah untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan buat Buku Jingga, UMNO cari sekutu untuk hentam kandungan buku itu bukannya cari idea yang yang lebih baik untuk menandingi tawaran buku itu. UMNO tidak boleh fikir jauh ke depan kerana mengamalkan budaya rendah. Dek kerana budaya rendahlah UMNO mendabik dada dapat bagi kononnya baik punya penghargaan kepada guru. Apabila guru dan orang cerdik bising hanya 2% guru yang dapat faedah dan lulusan diploma tak dapat apa-apa, baru sedar akan kebodohan, tetapi tetap tak mau mengaku, suruh cikgu-cikgu bersabar. Sudah terantuk baru tengadah. Inilah mentaliti budaya rendah.

Guru dan semua rakyat Malaysia! Berhentilah dicandui UMNO dengan budaya rendah. Kita guna budaya tinggi untuk ke mercu kejayaan. Aspek budaya tinggi yang utama ialah ilmu. Orang Melayu-Islam telah diberi akal dan naqal oleh Allah. Keilmuan akan mencerdaskan minda kita. Kecerdasan minda akan mendorong kita menganalisis maklumat yang diterima, mensintisiskannya, dan membuat penilaian, bukan setakat tahu, faham, dan guna pakai saja.

Budaya tinggi menolak sekularisme, perkauman sempit, dan aneka bentuk perlakuan negatif. Budaya tinggi menyanjungi keilmuan, kebajikan, keadilan, perpaduan, dan aneka perilaku yang positif. Pemimpin yang berbudaya tinggi sentiasa memikirkan cara untuk merakyatkan kekayaan negara, bukan untuk memenuhkan tembolok sendiri dan kroni. Anda semua tentu telah baca tentang barisan kroni yang memelihara Najib dan suku-sakatnya. Najib mengamalkan budaya rendah untuk berkuasa. Sebab itu rakyat tak dapat apa-apa. Yang dapat ialah 1 Malaysia yang pura-pura. Kepura-puraan pun budaya rendah!!!

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama perlu membentuk kesatuan atas nama mengamalkan budaya tinggi. Kita singkirkan budaya rendah. Kita buang pemiliknya jauh ke Laut Qalzum. Kita bina budaya tinggi demi ketulenan demokrasi dan perhambaan diri kepada Yang Maha Kuasa demi keselamatan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna kita nyahkan budaya rendah yang hanya layak untuk haiwan sahaja. Cukuplah sekali kita diulit pahit getir budaya rendah.

arak masuk sekolah ....menteri pelajaran tak peduli janji dapat besarkan pundeknya dari hasil haram syarikat macam ini...!!!

Posted: 21 May 2011 07:59 PM PDT

Lindungi pelajar daripada alkohol di sekolah




Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.

Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).

Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini.

Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana.

Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia "menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara" untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini.

Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan.

Kenyataan mereka bahawa mereka "tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur" adalah tidak benar sama sekali.

Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur.

Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil.

Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan.

Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol.

Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol.

Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama.

Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an.

Sehubungan itu, kita  menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah.

Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya.

Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru.

Kita juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa "semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol".

Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol.

Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol.

Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain.

Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja.

Jadi kita menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara.

Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain.

nak tau lagi...

Agenda yahudi ialah menerapkan jenama dalam minda anak-anak agar mereka tahu dila dewasa nanti jenama inilah membantu mereka dahulu..Sesungguhnya kehancuran menanti generasi Malaysia akan datang jika agenda ini dibiarkan berterusan oleh kerajaan yg korup..

Tiada ulasan: