PENYAPU SIAL |
- Lindungi Utusan menunjukkan Kerajaan Tak Beretika
- rakyat derita bagai nak mampos kerajaan pukimak UMNO-PORNO buat pekak badak aje...!!!
- sindiket di taja UMNO beri kewarganegaraan kepada warga asing untuk projek merampas selangor dengan 'all cost'...!!!
Lindungi Utusan menunjukkan Kerajaan Tak Beretika Posted: 21 May 2011 12:46 AM PDT Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia apabila menyiarkan laporan-laporan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tidak beretika dalam melaksanakan undang-undang sedia ada. Tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang, kita ambil contoh baru-baru ini Utusan menyiarkan berita mengenai sensitiviti agama. Tapi sampai ke hari ini tiada ada apa-apa tindakan diambil ke atas akhbar dan blogger tersebut. Etika telah dilanggar, adakah kerana surat khabar Umno, maka ia akan dibiarkan? Kita tidak tahu sama ada blogger ada autoriti atau kredibiliti sehingga akhbar itu memuatkan berita tersebut di muka hadapan. Kerajaan juga tidak beretika dalam isu ini. Etika kewartawanan yang rosak berpunca daripada sikap berat sebelah kerajaan sendiri yang terlalu berlembut dengan media yang dikuasai parti pemerintah itu.Kerajaan tidak akan mengenakan undang-undang kalau yang hendak dikenakan undang-undang itu melibatkan orang dia sendiri, tapi jika akhbar lain yang buat mengenai berita itu, kita pasti akhbar itu akan diharamkan. Malah kita percaya, ketua-ketua editor media arus perdana lain akan dipanggil dalam tempoh terdekat sahaja bagi menjelaskan kedudukan sebenar laporan mereka jika ianya menyimpang daripada apa yang diinginkan kerajaan tetapi tidak terhadap Utusan Malaysia.Kerajaan perlu ada komitmen yang tinggi menegakkan undang-undang. Selagi kerajaan bermain dengan undang-undang, kita tidak akan jadi apa-apa. Sesetengah isu sensitif yang terlalu banyak dimainkan media arus perdana sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kehadiran pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab.Contohnya isu interlok adalah isu biasa yang tidak patut dijadikan isu perkauman yang begitu hebat kerana ia sama seperti karya-karya sastera yang lain. Kita bagi contoh, sekiranya ada karya sastera yang menggunakan istilah Pak Pandir yang membodohkan orang Melayu, kita tidak akan mengambil tindakan seperti yang dilakukan sesetengah pihak berkenaan novel Interlok tempoh hari.Kerana ada dua tiga orang politik yang sengaja memainkan isu ini, orang politik itu yang sepatutnya dihukum.. |
rakyat derita bagai nak mampos kerajaan pukimak UMNO-PORNO buat pekak badak aje...!!! Posted: 21 May 2011 12:35 AM PDT Penarikan balik subsidi gula oleh kerajaan pemerintah kononnya mahu menjimatkan tanggungan sebanyak RM 116.6 juta disambut hambar oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu, harga gula dinegara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negera serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Bukan itu sahaja rakyat seolah- olah 'dihadiahkan' dengan perkhabaran baru dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa harga bahan bakar termasuk RON95 akan dikaji semula bulan hadapan, yang berkemungkinan akan naik lagi. Beliau tanpa rasa bersalah berkata, rakyat harus memikirkan 'manfaat' yang bakal diperolehi jika kerajaan pemerintah berjaya mengurangkan bebanan kewangan umpamanya pembinaan sekolah, jalan- jalan kampung, projek perumahan rakyat dan sebagainya. Persoalannya, siapakah yang akan memikirkan perit jerih rakyat yang dihambat kos hidup yang semakin meningkat dengan kadar gaji masih ditakuk lama ? Kita menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah haramjadah ini menaikkan harga barangan asas tidak sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Rakyat kini semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikkan harga barang, lebih-lebih lagi kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan. Bagi kami rakyat yang berpendapatan agak sederhana dan pertengahan memang rasa cukup terkilan dengan sikap kerajaan persekutuan dengan slogan seolah-olah menipu rakyat, mendahulukan rakyat tapi realitinya yang berlaku kesan dengan kenaikkan harga minyak akan menyebabkan kami akan hidup dalam keadaan sengsara.. Mengulas isu yang sama, rakyat berpendapatan sederhana kini hidup dalam keadaan serba kekurangan memandangkan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih pada takuk yang lama.Pendapatan kita 10 tahun yang dulu sama dengan sekarang tetapi harga barang makin meningkat tinggi, maknanya kita terhimpit, rakyat sekarang ni terhimpit dengan kenaikkan gula, minyak. Itu menyebabkan golongan pekerja yang berpendapatan sederhana susah untuk hidup di kawasan bandar.. Matlamat kerajaan pemerintah tidak jelas dengan slogan yang sering dibangga-banggakan, seolah-olah tidak bertepatan kerana rakyat saban hari asyik mengeluh dengan harga barangan.Sebenarnya slogan yang diangkat kerajaan tidak menepati dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang, di mana barang diutamakan dan rakyat diketepikan jadi kita rasa slogan itu tidak ada makna...hanyalah sebagai satu propaganda penyamun menipu mangsanya |
Posted: 20 May 2011 03:55 PM PDT Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik? Peningkatan secara drastik jumlah pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dipercayai berkait rapat dengan sindiket memberikan kewarganegaraan kepada warga asing, seperti yang didedahkan Parti Keadilan Rakyat 10 Mei lalu. Hasil percaturan licik itu, semalam UMNO Hulu Selangor mengumumkan jumlah pengundi dikawasan parlimen itu meningkat secara drastik iaitu, lebih 15 ribu orang, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar. Sehubungan itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) didesak agar segera menyiasat dakwaan itu dan melumpuhkan segala aktiviti 'menjual' kedaulatan negara itu. "Memetik Sinar Harian semalam, dia (UMNO Hulu Selangor) kata jumlah pengundi di Hulu Selangor meningkat lebih 15 ribu hasil usaha UMNO Selangor daftarkan mereka," kata Khalid kepada media ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. 11 Mei lalu Khalid bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang dengan tindakan terdesak UMNO BN yang berikrar mahu merampas kembali Selangor dengan apa jua cara tanpa menyedari tindakan itu akan menggadaikan kedaulatan negara. Modus operadi memberikan hak kerakyatan itu dilihat mirip kepada projek kad pengenalan di Sabah sewaktu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990. "Projek kad pengenalan tidak begitu diketahui di Semenanjung tetapi merupakan isu panas di Sabah. Sehingga kini kerajaan BN tidak mahu menangani isu itu dengan serius. Kita tahu mengapa, kerana Projek kad pengenalan adalah projek UMNO Sabah merubah demografi negeri tersebut bagi memastikan UMNO terus berkuasa," tegas Khalid. Sementara itu, bekas calon DUN Likas, Dr. Chong Eng Leong mengesahkan kegiatan memberi hak kerakyatan kepada warga asing berlaku secara berleluasa di Sabah. Eng Leong yag juga penulis buku 'Lest We Forget', adalah individu yang bertanggungjawab membawa petisyen daftar pemilih yang dicemari warga asing ke mahkamah sehingga memaksa pilihan raya kecil DUN Likas diadakan semula pada tahun 1999. Baru- baru ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Jaafar menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien memohon agar diberi status warganegara kepada kira- kira 2000 warga asing bagi mengundi BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang. Pendedahan itu dinafikan Idris dan mengugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada PKR. "Dia nak saman saya terpulang, Saya lapor polis supaya perkara ini disiasat," kata Khalid. UMNO Hulu Selangor turut mendakwa surat tersebut adalah palsu malah Hishamuddin serta Timbalannya Datuk Lee Chee Leong berkata, kementeriannya tidak akan memberi kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno. Justeru Khalid berkata, Pakatan Rakyat dan pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan Siasatan Diraja bagi menyelesaikan masalah tersebut namun cadangan itu tidak mendapat sebarang reaksi dari kerajaan pemerintah. "Projek IC adalah cabaran besar PR. Justeru ia salah satu unsur dalam Buku Jingga. Kita menjanjikan rakyat Sabah untuk selesaikan isu tersebut dan kita juga perlu bersiap siaga kemungkinan sindiket tersebut melebarkan sayapnya ke Semenanjung," kata Khalid lagi. tvs |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan