PENYAPU SIAL |
- Peti Undi Di Ceroboh Semasa PRN Sarawak
- Hari Paling Sibuk Bagi Polis Melaka.....bukan nak menangkap penjenayah....tapi sibuk nak tunjuk bodek kepada arahan pemimpin atasan UMNO-BN...!!!
- eskay sajer nak timbulkan ketegangan di masjid...supaya dapat merosakkan imej pakatan rakyat
- Bloggers UMNOPORNO TERCIRIT dalam spender nak jawab soalan...!!!
- 11 mei ...humban aje UMNOPORNO haramjadah ke liang jirat....!!!
- kerajaan haramjadah UMNO-BN-APCO jadi robinhood merompak rakyat untuk tolong besarkan pundek rosmah mansor betina puaka berjoli sakan ...!!!
Peti Undi Di Ceroboh Semasa PRN Sarawak Posted: 12 May 2011 11:14 AM PDT Sarawak Report telah memperolehi beberapa keping gambar mengenai peti-peti undi yang telah dicerobohi seperti yang terdapat di pusat pengiraan undi berkontroversi di Senadin. Semasa pilihanraya itu kisah kesalahan rasuah dan pembelian undi di kawasan Miri itu telah terbongkar. Calon PKR, Dr Michael Teo, yang pada mulanya telah mendahului dalam bilangan undi sehingga pada saat-saat akhirnya, tiba-tiba pusat tersebut telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan menimbul rasa cemas dan keliru, di mana akhirnya calon SUPP-BN telah disahkan sebagai pemenang dengan kelebihan undi 58. Dr Michael seterusnya telah mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah. Jika Dr Teo meneruskan niatnya dan bertanding semula, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong aduan dan bantahannya itu. Sebagai contoh, undi pos telah menunjukkan peratus sebanyak 103% melebihi kertas undi yang dikeluarkan. Dr Teo juga melaporkan bahawa 20 keping dari kesemua kertas undi telah tidak dikembalikan. Seperti yang direka-reka, 1,134 dari undi-undi itu berpihak kepada SUPP dan hanya 58 kepada Teo – PKR dikatakan mendapat hanya 5% dari 20% keseluruhan undi pos. Pegawai Pilihanraya, Chai Ko Het, pada malam itu telah memburukkan lagi keadaan di pusat itu dengan tidak membenarkan pengiraan semula, walaupun beza pada keputusan itu adalah sekecil 0.4%. Peraturan jelas mengatakan jika perbezaan keputusan adalah kurang dari 2%, maka pengiraan semula dibenarkan. Chai Ko Het telah diketahui bersungguh-sungguh berpihak kepada SUPP. Para pekerja SUPP juga diketahui dibenarkan memasuki beberapa tempat mengundi, bertentangan dengan peraturan-peraturan, bagi membolehkan mereka menentukan pengundi telah hadir (suatu cara transaksi di mana BN akan membayar pengundi, sebahagiannya dijelaskan dahulu, dan selepas pengundian bakinya dijelas!) Maka, bagaimana pula dengan gambar-gambar foto yang telah kami paparkan di bahagian atas laman ini? Ianya telah membuktikan bahawa terdapat keadaan luarbiasa berlaku pada hari Isnin, iaitu dua hari selepas pengundian, di mana, ketika kontrovesi Senadin masih berlaku, seorang agen PKR telah dipanggil bersama-sama seorang lagi agen BN, bagi menyaksikan sendiri peti-peti undi yang terlibat, dengan kehadiran seorang pegawai pilihanraya. Butir-butir amalan tidak dijelaskan dan calon PKR, Dr Teo, tidak diberitahu mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil kemudian! Semasa pertemuan yang agak luarbiasa itu, yang telah menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai kemurnian amalan pilihanraya yang telah berlalu itu, pegawai pilihanraya telah mengeluarkan peti-peti undi untuk diteliti oleh kedua-dua agen yang telah diundang itu. Agen PKR yang dijemput ke pejabat itu, telah secara kebetulannya membawa sebuah kamera bersamanya, telah merakamkan beberapa gambar yang membuktikan keluarbiasaan yang terdapat pada peti-peti undi, yang disahkan dan dipersetujui bersama agen BN dan juga pegawai pilihanraya. Terdapat 8 sampul merah kertas-kertas undi yang disimpan di dalam peti-peti undi plastik, yang dibungkus dengan pembungkus plastik berwarna kuning, tidak ditutup dengan kemas dan tidak terdapat sebarang tandatangan bagi mengesahkan bahan-bahan bukti itu disemak dengan teliti atau terperinci. Tambahan pula, 4 buah daripada peti-peti undi itu tidak ditutup atau dilakri dengan sempurna. Terdapat 2 buah peti undi ditutup secara salah bagi membolehkannya mudah dibuka. Di dalam sebuah lagi peti undi, sampul berwarna merah telah dipotong dan kertas-kertas undi telah disimpan secara tidak kemas! Ketika agen PKR sibuk merakamkan gambar-gambar mengenai tanda-tanda penipuan pengundian, tiba-tiba pegawai pilihanraya itu telah membuat suatu pengumuman yang mengejutkan. Dia telah mengarahkan supaya semua kertas undi dikeluarkan dari peti-peti undi, yang diterima dari kesemua 40 buah pusat pengundian itu, untuk dimasukkan ke dalam satu beg untuk disimpan semula! Kenapakah pegawai pilihanraya, yang bertugas di bawah seliaan Ketua Pegawai Pilihanraya Chai Ko Het yang tidak hadir itu, telah memutuskan untuk mengengkari arahan-arahan dan peraturan-peraturan pilihanraya sedemikian? Jika Dr Teo memutuskan untuk menentang kes penipuan pilihanraya itu, maka dia sedar bahawa dia sebenarnya menentang sistem kehakiman yang dikawal oleh Taib yang korup dan tidak adil. Walaupun pihak pemerintah telah bekerja keras melaksanakan penipuan dalam pilihanraya itu, namun umum kebanyakannya telah juga berjaya meraih 45% dari keputusan undi rasmi. Angka tersebut memberikan gambaran rasa tidak puas hati rakyat negeri ini terhadap pimpinan korup Taib selama 30 tahun dan juga jangka masa separuh abad pimpinan BN./Sarawak Report |
Posted: 12 May 2011 09:21 AM PDT Esok Polis Melaka sudah tentu sibuk bukan kerana menangkap penjenayah tetapi menghalang ceramah PR. Sudah tentu beratus-ratus anggota Polis akan terlibat. Berpuluh-puluh halangan jalan (Road Block) akan dibuat. Ribuan ringgit duit rakyat akan hangus hanya kerana hendak menghalang ceramah PR. Alasan tidak lain tidak bukan untuk menggagalkan ceramah PR atas arahan 'orang atasan'. Permit ceramah tidak diberikan walaupun rayuan telah diajukan sehingga ke peringkat Ketua Polis Negeri. Tapak ceramah di Duyong Tengah sudah tentu akan bertukar bagaikan pengkalan penjenayah. Ianya akan dikepung bagaikan sekumpulan penjenayah disyaki terlibat bersembunyi di situ. Inilah demokrasi ala Malaysia. Demokrasi untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah. Alasan permit tidak diberikan ialah kerana bimbang ada provokasi dari pihak lawan. Sepatutnya permit diberikan dan Polis datang bertugas menjaga ketenteraman supaya tidak ada pihak yang melakukan provokasi dan kekacauan. Sejarah membuktikan ceramah PR tidak pernah berlaku kekacauan kecuali ada pihak yang tidak bertamadun mengacau ceramah PR. Macam-macam rupa Polis akan keluar, yang gemuk, kurus, bermisai, bengis, muka manis, baju merah, biru, topi merah, topi biru, baju biasa dan sebagainya akan keluar hanya dengan satu tujuan mengikut telunjuk orang atasan. Semuanya kerana Anwar Ibrahim yang dikatakan manusia paling jahat di dunia akan turun berceramah. Mengapa mereka begitu takut kepada Anwar sedangkan mereka sendiri menuduh Anwar kaki betina, kaki liwat, kuda tunggangan Yahudi, alat DAP, pengkhianat Melayu dan bermacam-macam keburukan. Jadi sepatutnya tidak perlulah mereka menghalang ceramah tersebut sebab sudah tentu tidak akan ada orang yang datang mendengar ceramah penjahat seperti itu. Tetapi mengapa mereka begitu takut??????? Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa majoriti rakyat tidak redha walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk kepentingan BN bukan untuk kepentingan rakyat. mutaligat |
eskay sajer nak timbulkan ketegangan di masjid...supaya dapat merosakkan imej pakatan rakyat Posted: 12 May 2011 09:16 AM PDT Kita percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan. Perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan. Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya. Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid. Seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib,. Keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul. Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.Tidak keterlaluan untuk kita berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain... Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu. Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau. Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.Tindakan itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam. Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li'an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu |
Bloggers UMNOPORNO TERCIRIT dalam spender nak jawab soalan...!!! Posted: 11 May 2011 08:43 PM PDT Beberapa hari lalu Che Nad kemukakan 5 soalan untuk dijawab oleh UMNO Be End atau juak-juak mereka. Malangnya soalan yang mudah itu tidak mampu dijawab. Supaya Che Nad boleh menikmati rasa syok sendiri maka biarlah Che nad sendiri tolong jawab soalan tu bagi pihak bloggers UMNO Be End: Soalan 1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.50 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan? Blog PELANTAQLUCAH jawab: Minta rebat kat UUM pun takleh bagi camna nak minta rebat kat UiTM Merbok, lagilah takleh bagi. Opss silap pulak BN patutnya desak rebat cukai kat semua premis Kerajaan Pusat yang ada atas tanah negeri baru rakyat nampak tak main politik, nii ka siang malam dok pulun isu UUM nampak sangat terbodo dengan mainan Naib Canselor UUM tu. Soalan 2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs? Blog KEDAHTIAM jawab: Gullpp, terkantoi dah ni. Macamnilah.. sebab Perlis tu miskin BN perintah, Kedah PAS perintah banyak duit.. ops silap.. takdak duit.. ops ada duit.. (eh nak kata Kedah ada duit nampak depa pandai merintah, nak kata takdak duit nak hujah apa pulak nak pakai kat Perlis..) Sat nak pi makan dulu, isok saya jawab. Soalan 3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu? Blog PADIBETINAjawab: Pusat bagi duit mana cukup, kalau cukup tak timbul isu macam nilah. Ingat BN Pusat kaya sangat ka? Daripada depa perabih untuk kepentingan pendidikan dan kebajikan pelajar, lebih baik perabih untuk Rosmah Mansor makan angin luar negeri.. (eh aku jawab macam PR pulak). Soalan 4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya? Blog JOMGODOWN jawab: Kalau bagi free semua nak ambik duit mana urus UUM, takdak akai ka? (Eh, kalau kerajaan negeri bagi rebat hilang RM1.6 juta makna sebahagian peruntukan kebajikan untuk rakyat hilanglah).. entahlah, aku tak reti jawablah.. Soalan 5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untung besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak? Blog MAMIROCKER jawab: Berr..t..tt..anggungjawabbb.. sapa kata tak bertanggungjawab, alasannya sebab BN buat menatang apa pun semua betoi. Andaikata BN buka kandang babi dalam masjid pun betoi aihh, BN mana pernah silap, yang tak betoi PAS Pakatan Rakyat saja..paham!! Oleh Che Nad |
11 mei ...humban aje UMNOPORNO haramjadah ke liang jirat....!!! Posted: 11 May 2011 07:16 PM PDT TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya. Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988. Mengapa Umno dibiarkan haram? Jawapannya ialah kerana selepas Dr Mahathir hampir tewas pertandingan jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 dengan beza 40 undi sahaja, bermakna separuh daripada perwakilan dan ahli Umno ketika itu menolaknya. Apabila Umno diharamkan, penyokong Razaleigh dan Mahathir berpecah. Sebahagian besar masih ikut Mahathir kerana banyak faktor. Sebahagiannya mengikut Razaleigh yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud. Umno dilahirkan di Istana Johor. Ia ditubuhkan dengan restu penjajah British. Mereka dijadikan anak emas penjajah dan diberikan red carpet untuk menerima anugerahkan kemerdekaan dengan mudah. Sedangkan pejuang-pejuang asal kemerdekaan yang dipelopori pejuang-pejuang hebat seperti Abu Bakar Bashir, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan ramai ulama-ulama tersohor yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah. Pada diri tokoh-tokoh hebat ini mengalir darah perjuangan Melayu-Islam. Mereka adalah pejuang sebenar, tetapi nama-nama hebat mereka dipadamkan sebagai pejuang tulen Islam dan nasionalisme Melayu menentang penjajahan British. Tiada seorang pemimpin Umno pun menghadapi tekanan daripada British sebagaimana yang dihadapi oleh tokoh-tokoh hebat ini. Jangankan darah, tiada setitik peluh pun mengalir di dahi pemimpin Umno akibat hambatan British. Justeru, hakikat sebenarnya, Umno tidak layak untuk mendabik dada kononnya mereka adalah parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib bangsa. Apa yang disebutkan sebagai asas perjuangan Umno adalah nasionalisme Melayu. Perjuangan Umno untuk memelihara bangsa, agama dan negara, hanya retorik kosong buat mengelabui mata rakyat semata-mata. Memperingati hari lahir Umno pada 11 Mei saban tahun tidak bermakna jika paksi perjuangan Umno yang sebenarnya sudah tidak ada. Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan. Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno. Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen. Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah. Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'. Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri. Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas? Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangan Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat. Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak. Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara. Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno? Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah? Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendabik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar. Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata. Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara. Jika Umno dijatuhkan dan Umno tidak lagi menjadi parti pemerintah, nescaya mereka semua akan turut tersekat daripada terus meratah harta rakyat. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan hak rakyat, selain menghumban Umno ke dalam lubang jirat . Cukup-cukuplah Umno-BN berkuasa. sengaja aku sebut jirat...sebab UMNO dan orang orangnya tak layak di humban ke liang lahat...liang lahat hanyalah untuk orang islam...kalau liang jirat...anda faham faham ajer la maksud aku.... Justeru itu, menjelang setiap 11 Mei, rakyat tidak seharusnya bergembira, sebaliknya meratap kesedihan kerana puak-puak yang masih rakus membidak-bidak harta rakyat untuk kepentingan kroni dan kaum keluarga masih terus berkuasa. |
Posted: 11 May 2011 06:51 PM PDT Tindakan kerajaan Umno menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN). Alasan yang diberikan Umno-BN itu bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina sebagai tak masuk akal dan cubaan menipu rakyat Kenaikan (harga gula) kali keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).. Alasan daripada kerajaan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen adalah tidak masuk akal sekali gus mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Umno-BN dalam menguruskan kewangan negara. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara? Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol.. Dalam pada itu kita wajar turut mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah Mansor.Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan